You are on page 1of 7

Tali dan ikatan

Ikatan:
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk membuat jambatan,
tiang bendera, menara dan sebagainya. Kebiasaannya dalam kegiatan berpengangkap dan
kepanduan beberapa ikatan digunakan seperti ikat seraya, ikat serong, ikat silang gunting
dan lilit balak.

Ilustrasi 6 ikatan asas:


1. BUKU SILA
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain anduh, menyambung tali
yang sama besar saiznya dan boleh digunakan untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini
direka agar kedua-dua punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.
Fungsi
Untuk menyambung dua tali yang sama saiz.
Untuk mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
Keistimewaan: mudah dibuka, iaitu dengan menarik salah satu hujung.

2. IKATAN BUNGA GETI


Ikatan bunga geti digunakan bagi menyambungkan tali yang tidak sama besar saiznya.
Contohnya bagi menyambungkan tali perahu dengan tali kapal.
Fungsi
Menyambung dua tali yang tidak sama saiz.
Mengikat tali kesuatu tanjul. Contohnya,

ikatan

jenis

ini

digunakan

apabila

menyambungkan tali penarik bendera kepada tali di hujung bendera.

3. SIMPULAN TINDIH KASIH


Simpulan tindih kasih digunakan untuk membuat gegelung tali yang tidak terjerut atau
mengikat leher binatang supaya tidak terjerut. Jenis ikatan ini juga boleh digunakan dalam
kerja-kerja menyelamat seperti menyelamatkan mangsa yang terjatuh ke dalam sungai.
Fungsi
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
Digunakan untuk kerja-kerja menyelamat, contohnya, untuk mengikat pinggang orang
yang diselamatkan dari laut.

4. IKATAN SIMPUL MANUK (Clove Hitch)


Ikatan simpul manuk biasanya digunakan sebagai permulaan ikatan ketika mula mengikat
pada kayu atau sebagainya.
Fungsi:
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki dengan
selamat.
Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan silang gunting.

5. SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL


Simpul belit atau lilit dua simpul sama kegunaannya dengan simpul manuk iaitu berguna
untuk mengikat dan menarik kayu balak.

Fungsi
Simpulan adalah untuk mengikat kapal yang berlabuh.

6. SIMPULAN ANGKA 8 / FIGURE OF 8


Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan. Simpul angka no.8 ini juga
merupakan salah satu daripada stopper knots.
Fungsi
Sebagai ikatan sementara dihujung tali agar tidak terburai jika tali itu pecah.
Untuk menahan tali tidak tercabut dari blok takal
Lebih berguna kerana mudah dibuka.

Ikatan Tambahan:

7. IKATAN PENGAIL
Ikatan pengail digunakan untuk menyambung dua tali yang sama besar terutama sekali tali
yang basah. Ikatan ini berguna untuk menggantung billy atau basin jika hujung kedua-dua
tali yang di sebelah lagi diikat bersama.
Fungsi
Digunakan untuk mengikat tali pada gelung besi, kayu dan pancang.
Ikatan ini kuat dan kukuh.
Sesuai digunakan untuk mendaki bukit, abseiling dan rappelling.

8. TAMBAT SERAYA (Square Lashing)


Fungsi:
Tambatan ini selalunya digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan seumpamanya
yang bersudut tepat bagi membuat jambatan, tiang bendera, gajet dan lain-lain. Tambat
seraya dimulakan dan dimatikan dengan lilit manuk.

9. TAMBANG SILANG GUNTING (Sheer Lashing)


Fungsi:
Tambatan ini digunakan untuk mengikat beberapa batang kayu atau buluh yang selari
supaya boleh menghadilkan silang seperti gunting. Caranya adalah dengan memulakan
lilitan manuk dan kemudian lilitan tali pada batang-batang kayu atau buluh dengan kemas
dan ketat. Matikan ikatan dengan memasukkan tali di celah-celah kayu atau buluh agar
bersilang seperti gunting.

10. TAMBAT SERONG (Diagonal Lashing)


Fungsi:
Tambatan ini digunakan untuk mengikat dua tiang atau pelang yang bersilang. Tambat
serong berguna untuk membuat jambatan, menara, para dan lain-lain. Kegunakannya lebih
kurang sama dengan tambat seraya.

You might also like