You are on page 1of 1

IKATAN DAN SIMPULAN

SIMPULAN BUKU SILA


Untuk sambung dua utas tali yang sama
besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak
mudah lucut.Ia digunakan untuk mengikat
benda -benda kecil seperti mengikat layar
kapal, bungkusan, mematikan simpulan pada
anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.

IKATAN MANUK
Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada
kayu balak, tiang atau pancang.Ia berfungsi
sebagai permulaan dan penamat atau untuk
mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting,
ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.Ikatan
ini juga digunakan untuk membuat
gejet(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah
disebutkan diatas tadi).

TINDIH KASIH
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak
boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk kerjakerja menyelamat,iaitu dengan cara
mengikatkan tali pada pinggang.
SIMPULAN ANGKA NOMBOR LAPAN
Merupakan satu simpul pengunci yang tidak
mudah dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga
merupakan salah satu daripada stopper knots.

SIMPULAN BUNGA KETI


Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama
besar atau tali yang berlainan
jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik
bendera ke tali di penghujung bendera dalam
flag break.

SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL


Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk
mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana
cara begini mudah dibuka semula serta tidak
mudah tertanggal

SIMPULAN PENGAIL
Untuk sambung dua utas tali yang halus, licin,
dan sama besar seperti tali pancing.Ia
digunakan oleh nelayan untuk mengikat tali
pukat dan jala.

You might also like