You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

JALAN FLETCHER,
OFF JALAN TUN RAZAK
53200 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA

KLINIK BOLA SEPAK


TEMPAT:

PADANG SJK(T) JALAN FLETCHER

TARIKH :

23 & 30 OKTOBER 2010


ANJURAN:
KELAB BOLA SEPAK
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL
JALAN FLETCHER, OFF JALAN TUN RAZAK, KL

1.0

PENDAHULUAN

Kejayaan sesebuah negara amat bergantung kepada kualiti pemain yang


dilahirkan. Pemain yang berkualiti mempunyai kemahiran bolasepak yang
tinggi yang lahir daripada latihan yang sistematik daripada jurulatih yang
benar-benar berpengetahuan dan berpengalaman. Semoga apabila mereka
meningkat dewasa, mereka mempunyai kemahiran yang tinggi dan mampu
bermain dengan baik. Namun, pemain mestilah mempunyai kualiti permainan
yang tinggi untuk mencapai matlamat tersebut. Justeru itu, pihak sekolah
melalui Kelab Bolasepak amat bertuah dan berbesar hati dengan persetujuan
jurulatih bertauliah dari Polis Diraja Malaysia untuk mengadakan Klinik
Bolasepak di sekolah ini. Melalui klinik ini diharapakn setiap murid

akan

dapat menimba ilmu yang amat berguna daripada jurulatih. Pihak guru-guru
juga akan mendapat manfaat daripada pendedahan teknik latihan di dalam
program ini. Semoga program ini menjadi satu usaha awal ke arah
melahirkan pemain yang berkualiti terutamanya di Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil, Jalan Fletcher Kuala Lumpur dan dapat mewujudkan akademi bola
sepak.

2.0

MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kemahiran


bola sepak dan mencungkil bakat di kalangan murid-murid. Program ini juga
dijalankan seiring dengan seruan Menteri Pelajaran Malaysia 1 Murid 1
Sukan untuk meningkatkan potensi setiap murid dari awal bangku sekolah.
Program ini juga akan menjadi landasan dalam pembentukan akademi bola
sepak yang bakal diwujudkan terulung kali di sekolah Tamil di Malaysia.

3.0

OBJEKTIF

3.1

Memberikan pendedahan kemahiran bolasepak secara


sistematik dan betul kepada murid-murid.

3.2

Menanamkan minat terhadap bolasepak dikalangan murid dan


masyarakat di SJK(T) Jalan Fletcher.

3.3

Mendedahkan murid-murid tentang teknik latihan dan aspek


pemakanan, disiplin dan persediaan mental seorang pemain
bolasepak

3.4

Menjalin kerjasama antara pihak sekolah, PIBG, dan


masyarakat dalam membantu kecemerlangan sekolah

3.5

Menanamkan minat dan kecintaan masyarakat dan peminat


terhadap pasukan bola sepak sekolah.

4.0

TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN


4.1

Tarikh yang dirancang ialah 23 & 30 Oktober 2010 iaitu pada


hari Sabtu.

4.2

Dilaksanakan selama 2 hari

4.3

Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang.

- Sesi Pertama
23/10/2010 (Sabtu) 8.00pagi 11.00 pagi & 2.00 petang 4.00
petang
- Sesi Kedua
30/10/2010 (Sabtu) 8.00pagi 10.00 pagi & 2.00 petang 4.00
petang

5.0

TEMPAT
- Padang SJK(T) Jalan Fletcher, Kuala Lumpur

6.0

KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

Program ini mensasarkan kumpulan murid-murid lelaki yang terdiri dari Tahun
1 hingga Tahun 6.
7.0

BAYARAN

Bayaran sebanyak RM 20.00 akan dikenakan untuk seorang murid.

8.0

AKTIVITI PROGRAM

Aktiviti program ini akan merangkumi aspek:


- Latihan asas fizikal/ kecergasan
- Kemahiran asas bolasepak
- Undang-undang bolasepak
- Taktikal bolasepak

9.0

PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar program ini akan menjadi perintis kepada
pembentukan akademi bola sepak yang akan bertapak dibawah naungan
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Jalan Fletcher, Kuala Lumpur. Seterusnya
diharapkan ia akan membuka mata pihak tertentu peri pentingnya kemahiran
dan ilmu bolasepak yang betul dan sistematik. Semoga ia menjadi satu
persiapan yang jitu ke arah melahirkan pemain yang bermutu bermula dari
peringkat kanak-kanak dan seterusnya menjadi pemain yang serba lengkap
apabila dewasa.
Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..................................................

(Encik Muhammad Adam Bin Abdullah)

(Puan Valarmathi A/P Balakrishnan)

Setiausaha Kokurikulum,

Guru Besar,

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil,

Jalan Fletcher, Off Jalan Tun Razak,

Jalan Fletcher, Off Jalan Tun Razak,

53200, Kuala Lumpur.

53200, Kuala Lumpur.

You might also like