You are on page 1of 4

Keadaan Terang dan Gelap

Sumber Cahaya
1. Sumber cahaya utama di bumi ialah
matahari.
2. Matahari memancarkan cahayanya ke
bumi sepanjang masa.

3. Selain matahari, objek-objek yang


boleh
mengeluarkan
cahaya
juga
merupakan sumber cahaya.
4. Contoh sumber cahaya lain ialah api,
lilin, mentol lampu, lampu suluh, pelita
dan sebagainya.
5. Keadaan yang terang akan membantu
kita untuk melihat dengan jelas.
6. Kita tidak boleh melihat dalam
keadaan gelap kerana tiada cahaya.

Bayang-bayang
1. Cahaya bergerak dalam garis lurus.
2. Bayang-bayang
akan
terbentuk
apabila cahaya dihalang oleh sesuatu
objek.
3. Bentuk
bayang-bayang
yang
terbentuk bergantung kepada objek itu.

4. Cara-cara
untuk
menghasilkan
bayang-bayang:
a) Suluhkan
lampu
suluh
pada
dinding.
b) Letakkan satu objek di hadapan
lampu suluh.

c) Lihat
terbentuk.

bayang-bayang

yang

Keperluan Cahaya
1. Cahaya membolehkan kita melihat
dengan jelas.
2. Cahaya
juga
membolehkan
kita
melihat warna.
3. Cahaya menyebabkan bayang-bayang
terbentuk.
4. Cahaya boleh dijadikan isyarat bagi
sesuatu. Contohnya, cahaya daripada
rumah api membantu menunjukkan arah
bagi kapal yang belayar di laut.
5. Cahaya
digunakan
untuk
menunjukkan
isyarat
kecemasan.
Contoh: ambulans, bomba, kereta polis.
6. Cahaya lampu isyarat membantu
mengawal lalu lintas.

You might also like