You are on page 1of 5

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menegaskan sistem pendidikan


negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik berdasarkan kepercayaan, keyakinan
serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat
melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
adalah pemantapan pemikiran tentang pendidikan di Malaysia. Falsafah ini menetapkan
arah haluan yang perlu ditujui dan sebagai suatu falsafah, ia dirasakan mempunyai
keutuhan dan ketahanan yang berkekalan buat sepanjang masa dalam konteks masyarakat
Malaysia. Oleh itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan sepatutnya dijadikan teras
keseluruhan pendidikan di negara ini daripada pendidikan pra sekolah sehinggalah ke
peringkat pengajian tinggi.

Dalam konteks pendidikan yang luas, matlamat pendidikan bukan sahaja


diorientasikan kepada masyarakat tetapi juga dituju ke arah pembinaan tradisi keilmuan,
mencari kebenaran, keadilan dan kebersihan dalam masyarakat. Inilah nilai-nilai hidup
yang harus dibina menerusi pendidikan. Nyatalah bahawa cabaran dan peranan
pendidikan pada masa akan datang adalah ke arah melahirkan manusia yang yakin dan
patuh kepada agama, berilmu, berakhlak, bertanggungjawab dan memberi sumbangan
kepada masyarakat dan negara.

1.2

Latar belakang masalah

Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia juga


mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Oleh itu, sistem pendidikan
negara terpaksa menerima cabaran ini kerana sering kali proses perkembangan sesuatu
masyarakat dikaitkan secara langsung dengan sistem pendidikannya.

Usaha dan tindakan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan


hasrat negara yang diterjemahkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan terbantut
sekiranya guru yang menjadi penggerak utama tidak berfungsi dan tidak memainkan
peranan yang berkesan. Konsep guru berkesan menurut Tajul Ariffin Noordin dan Nor
Aini Dan (2002:106) merupakan satu konsep yang penting dan perlu dijayakan dalam
usaha kita untuk memartabatkan profesion perguruan. Terdapat dua pendekatan untuk
melahirkan guru berkesan. Pertama, perlunya guru menghayati konsep pendidikan
bersepadu dan seterusnya melaksanakan FPK. Kedua ialah meningkatkan kualiti dan
potensi guru dalam aspek pedagogi dan kemahiran-kemahiran khusus dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Halangan-halangan yang mencacatkan strategi merealisasikan FPK daripada guru


menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1992:158) di dalam Pukal KBSM antaranya
ialah bersikap sinis, berpandangan sempit, bingung tentang peranannya, kacau dan tiada
harmoni, pengetahuan yang mati, kurang imaginasi, perangkap rutin dan penyesuaian
cara kerja.

Bagaimana seorang guru mampu mendidik anak muridnya jika masalah-masalah


di atas tidak mampu untuk di atasi oleh guru. Penyelidik hanya mendalami masalah yang
berkaitan dengan guru yang bingung tentang peranannya.

1.3

Penyataan masalah

Kini semua aspek kehidupan manusia sama ada dari segi ekonomi, politik, sosial,
nilai, pendidikan, sains, teknologi dan industri dalam keadaan kritikal. Persoalan akhlak
menjadi isu besar yang melanda mana-mana negara terutama negara-negara maju bahkan
negara-negara membangun seperti Malaysia juga mengalaminya. Abad ke-21 diwarnai
dengan berbagai krisis akhlak dan kemanusiaan. Dalam berekonomi, manusia rakus dan
tidak beretika. Lantaran itu kekayaan tidak diagihkan dengan adil dan kemiskinan terus
berlaku. Dalam berpolitik, politikus salah menggunakan kuasa. Dalam bersosial kita
bergelumang dengan budaya tidak beradab dan sebagainya.

Abdullah Sani Yahya (2003:53) menegaskan di dalam bukunya Perkembangan


Pendidikan di Malaysia bahawa kebimbangan serta keprihatinan kerajaan dan rakyat
mempunyai bukti-bukti yang kukuh. Sepatutnya perkembangan serta kemajuan ekonomi
serta pembangunan negara akan melahirkan warganegara yang baik, bersatu padu,
berdisiplin dan terlatih. Malangnya negara sudah berjaya menghasilkan ramai rakyat
yang celik huruf tetapi daripada beberapa aspek lain perlu diberi penekanan dan
penegasan semula supaya mereka juga celik budaya, celik akhlak, amanah dan
memahami tujuan hidup serta tanggungjawab yang mesti dilaksanakan.

Semua itu adalah termasuk di dalam tugas para guru. Amanah untuk mendidik
pelajar yang diberi oleh ibu bapa kepada guru bukanlah guru sekadar menyampaikan
ilmu pengetahuan semata-mata bahkan lebih daripada itu seperti memperkembangkan
kemahiran pelajar dan membentuk budi pekerti atau akhlak mulia.

Harian Metro 9 Oktober 2002 melaporkan bahawa segelintir guru memukul


murid-murid khas. Hanya kerana murid itu lembap serta lambat memahami sesuatu yang

diajar, mereka dihukum dengan sedemikian rupa. Mengapakah hal seperti itu boleh
berlaku? Kalau dilihat terdapat beberapa kes-kes salah laku yang melibatkan guru ke atas
pelajar, begitu banyak untuk didedahkan satu persatu.

Utusan Malaysia 30.9.2003 melaporkan bahawa guru sendiri kadangkala boleh


menjadikan pelajar hilang disiplin, kata tiga Profesor Madya dari Universiti Sains
Malaysia (USM), hasil penyelidikan selama lapan bulan di dua buah sekolah di Johor
baru-baru ini. Melabel individu pelajar sebagai jahat akan akhirnya menjadikan pelajar
menerima diri mereka seadanya memang jahat.

Berita Harian 2 Oktober 2003 mendedahkan beberapa murid tahun enam di


daerah Kemaman dipercayai menjadi mangsa liwat seorang guru sekolah berkenaan sejak
Julai lalu. Tindakan tidak bermoral ini begitu memalukan kerana dilakukan oleh seorang
yang bergelar guru. Guru yang diberikan kepercayaan oleh masyarakat dan negara
merupakan model bagi pelajar dalam menunjukkan teladan yang baik. Jika ini berlaku,
bagaimana pelajar dapat dibentuk sahsiahnya sedangkan gurunya sendiri gagal dalam
melaksanakan tugasnya. Ini semua jelas menunjukkan bahawa terdapat guru yang tidak
memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Berdasarkan kepada masalah dan situasi yang dinyatakan sebelum ini, penyelidik
terdorong untuk mengkaji dan menyelidik hal yang berkaitan tentang:

Sejauh manakah kefahaman serta penghayatan bakal-bakal guru tentang Falsafah


Pendidikan Kebangsaan

1.4

Objektif kajian

Kajian ini mempunyai beberapa objektif/tujuan tersendiri yang perlu dicapai iaitu
untuk :

i. Untuk mengetahui sejauh mana tahap pengetahuan serta kefahaman bakal-bakal


guru tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

ii. Untuk mengetahui sejauh mana tahap penghayatan bakal-bakal guru tentang
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.5

Persoalan kajian

Kajian ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang jelas berhubung perkara
berikut :

i. Sejauh manakah pengetahuan serta kefahaman bakal-bakal guru tentang matlamat


pendidikan yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
ii. Sejauh manakah penghayatan bakal-bakal guru tentang matlamat pendidikan yang
digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

You might also like