You are on page 1of 4

TERMA DAN SYARAT PERKHIDAMATAN PEKERJA/GURU

TADIKA ANAKKU ADIWARNA

Fasal 1 : Perjawatan

1.1 Perjawatan
(a) Syarikat melantik mana-mana calon yang sesuai dengan memenuhi syarat-syarat berikut :
(i) lulus temuduga
(ii) mengesahkan dengan bertulis bahawa pekerja telah menerima dan bersetuju mematuhi
Terma & Syarat Perkhidmatan Pekerja/Guru, TADIKA ANAKKU ADIWARNA
(b) Perlantikan untuk pekerja sementara, separuh masa atau kontrak boleh dilakukan dari semasa ke
semasa dalam keadaan seperti berikut :
(i) penambahan beban kerja yang luar biasa
(ii) kekurangan pekerja kerana terdapat pekerja yang mengambil cuti sakit yang
berpanjangan atau cuti bersalin
(c) Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan dengan serta merta mana-mana pekerja yang
setelah dilantik didapati menyembunyikan apa-apa maklumat kesihatannya atau memeberi maklumat
palsu semasa permohonan pekerjaaannya.

1.2 Tarikh Perlantikan


Tarikh perlantikan pekerja ialah tarikh lapor diri untuk bertugas
1.3 Tempoh Percubaan
(a) Tempoh percubaan selama 6 bulan.
(b) Tamat tempoh percubaan dengan jayanya akan diperakui oleh syarikat untuk pengesahan jawatan.

Fasal 2 : Gaji

2.1 Penetapan Gaji


(a) Permulaan gaji bermula RM1000 (melebihi tempoh percubaan selama 6 bulan) .
2.2 Kenaikan Gaji Tahunan
(a) Pekerja layak diberi kenaikan gaji tahunan setelah disahkan jawatan dalam tahun sebelumnya.
(b) Syarikat atas budi bicara berhak memutuskan perkara-perkara yang diambilkira dalam
pemantauan.
(c) Syarikat berhak untuk tidak memberi kenaikan gaji tahunan kepada anggota atas sebab-sebab
prestasi yang tidak memuaskan.
(d) Tarikh kenaikan gaji tahunan bagi pekerja ialah pada Januari tiap-tiap tahun.

2.3 Bonus
(a) Syarikat atas budi bicara boleh menimbangkan pembayaran bonus kepada pekerja.
(b) Bonus tidak akan dibayar kepada pekerja seperti berikut :
(i) pekerja yang belum disahkan jawatan
(ii) pekerja yang dibuang atau ditamatkan perkhidmatan
(iii) pekerja yang meletakkan jawatan tanpa memenuhi syarat yang ditetapkan

Fasal 3 : Elaun

3.1 Elaun dan Bayaran Tugas Rasmi


3.1.2 Elaun Makanan

Pekerja yang menjalankan tugas rasmi syarikat melebihi jarak _______ dari kawasan syarikat adalah
layak menuntut elaun makan seperti kadar berikut :
Jawatan
Guru Besar
Guru

Bayaran (RM)
15
10

3.1.3 Elaun Tuntutan Perjalanan


(a) Pekerja menjalankan tugas rasmi layak membuat tuntutan ealaun perjalanan dengan kadar berikut :
Motosikal : 30 sen sekilometer
Kereta : 50 sen sekilometer
(b) Bayaran told an mengikut jumlah dalam resit yang dilampirkan dan mendapat pengesahan
daripada syarikat

3.2.3 Elaun Guru Besar/Guru


(a) Syarikat hanya membayar elaun kepada Guru Besar mengikut kadar seperti di bawah :
Jawatan
Guru Besar

Bayaran (RM)
15

(b) Elaun Khas Pelajar


Elaun yang dibayar kepada guru berdasarkan bilangan
Jawatan
Guru Besar
Guru

Elaun khas (RM)

3.2.4 Bayaran kerja lebih masa (OT)


Cara bayaran : 1.5 * gaji sejam * jumlah jam kerja lebih masa

Fasal 4 : Cuti

4.1 Cuti Tahunan


(a) Kelayakan cuti rehat tahunan adalah seperti berikut :
Tempoh perkhidmatan
1 5 tahun

Jumlah cuti tahunan


(hari)
12 hari

> 5 tahun

18 hari

(b) Perkhidmatan dengan syarikat diambil kira untuk menentukan jumlah kelayakan Cuti Tahunan.
(c) Cuti tahunan tidak termasuk cuti rehat (Sabtu dan Ahad), cuti am yang diwartakandan cuti sakit.
(d) Atas kepentingan perkhidmatan pihak pengurusan syarikat boleh membatalkan @ memendekkan
apa-apa cuti yang diluluskan sebelumnya kepada mana-mana pekerja dan memanggil pekerja kembali
bertugas.
(e) Permohonan cuti hendaklah dibuat 3 hari sebelum tarikh bercuti.
4.2 Cuti Kecemasan
Atas budi bicara syarikat, pekerja boleh mengambil cuti kecemasan. Walau bagaimanapun, cuti
kecemasan akan ditolak daripada cuti tahunan.
4.3 Cuti Ganti
Cuti ganti adalah untuk menggantikan

Fasal 5 : Waktu Bertugas


5.1 Waktu bertugas adalah seperti ditetapkan kepada setiap guru

You might also like