You are on page 1of 7

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Bahagian atas logo Jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia terdapat bentuk bulan sabit
dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni
diserapkan ke dalam budaya kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.
Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel Jabatan yang
memberikan perkhidmatan secara profesional.
Bunga padi melambangkan kuasa untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
(Akta 341) dan juga kemakmuran negara.
Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, warna kuning
melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan
warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama pemadaman
kebakaran.

BENDERA

Bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia terbahagi kepada dua bahagian, tiga
segi warna merah dengan logo Jabatan, jalur kuning, dan jalur biru dalam satu tiga segi
yang lain-lain.
Warna merah melambangkan semangat berani yang tinggi di kalangan anggota bomba
dalam menjalankan tugas operasi kebombaan dan penyelamatan untuk bangsa dan
negara.
15 jalur kuning dan biru membawa maksud terdapat 15 buah Jabatan Bomba dan
Penyelamat negeri-negeri.
Jalur warna kuning bermaksud Jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti
kepada pelanggan dan stake holders ke arah perkhidmatan bertaraf dunia dan
mencerminkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Jalur warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama pemadaman
kebakaran dan menitikberatkan kebersihan alam sekitar semasa menjalankan operasi
kecemasan.

SEJARAH KADET BOMBA

Penubuhan Kadet Bomba bermula apabila Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Seremban membuat permohonan untuk menubuhkan persatuan tersebut di maktab
tersebut. Majlis pelancaran penubuhan Persatuan Kadet Bomba maktab tersebut telah di
rasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba Negeri Sembilan dan telah di hadiri oleh
pegawai kanan dari Ibu Pejabat Bomba dan Jabatan Bomba Negeri Sembilan. Majlis
gilang gemilang tersebut berlangsung di maktab tersebut pada 14 Mei 1984.
Motto Pasukan Kadet Bomba ialah Berkhidmat Untuk Menyelamat yang
mana ianya selaras dengan tujuan penubuhannya. Pelajar di beri latihan dan didikan
kaedah penyelamat bukan sahaja ketika menghadapi kebakaran tetapi juga ketika
menghadapi kecemasan yang lain. Berfalsafahkan tujuan untuk membina insan yang
mempunyai sahsiah yang seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan fizikal, persatuan
ini ternyata menarik minat ramai pelajar menyertainya. Matlamat utama penubuhan
persatuan kadet bomba ialah membentuk pelajar yang peka terhadap isu-isu semasa,
keselamatan dan kemanusiaan.
Dengan menyertai persatuan kadet bomba pelajar akan dapat menimba
pengetahuan asas dalam bidang teori dan praktikal bantuan kebombaan, berkongsi
kesefahaman dan meningkatkan kemahiran dalam menjalankan tugas dan memberi
kesedaran kepada sekolah dan masyarakat secara umumnya tentang bahaya kebakaran
dan kecuaian manusia

VISI
Untuk mencapai misi ini kami komited untuk memberikan perkhidmatan kebombaan dan
penyelamatan secara profesional dan unggul untuk melindungi nyawa, harta benda dan
alam sekitar serta memberikan perkhidmatan perikemanusiaan di semua keadaan
bencana.

MISI
Ke Arah Sebuah Organisasi Kebombaan Dan Penyelamatan Bertaraf Dunia.

OBJEKTIF
Untuk memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan
peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam
kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan.

Objektif Kualiti Bomba


Dari segi kualiti jabatan bertekad untuk cermelang melalui
inovasi dan kualiti MS ISO 9000.

ETIKA
Berkhidmat untuk negara kerana Allah
Sentiasa berkhidmat untuk faedah masyarakat
Taat dan setia, cekal dan sabar
Bekerja dengan dedikasi, cekap dan berdisiplin
Siap sedia setiap masa
Seerat serasa sehati sejiwa

PAKAIAN KADET BOMBA

LAGU KADET BOMBA


Kadet Bomba bersatu
Sama berganding bahu
Pemuda pemudi harapan
Tiang negara
Jiwa raga yang murni
Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap bersedia
Menimba ilmu jaya
Demi masa hadapan
Berwawasan matlamatnya
Pastikan berjaya
Kadet bomba bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur
Gigih berusaha
Ikrar kami sahutlah
Berani beretika
Harumkan nama
Malaysia jaya ( 2X )

You might also like