You are on page 1of 7

Isu daripada guru.

Sebagai seorang pendidik, guru mempelbagaikan kaedah


pengajaran supaya murid tertarik kepada pengajaran seterusnya
dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
yang berkesan. Apabila dikaji semula, guru masih menggunakan
kaedah tradisional dalam pengajaran mereka. Penggunaan
kaedah tradisional dalam pengajaran merupakan satu kaedah
yang berpusatkan guru di mana guru akan memberikan
penerangan dan maklumat manakala murid hanya mendengar
penjelasan daripada guru. Guru yang menggunakan kaedah ini
biasanya akan memberi ilmu yang berbentuk nota supaya murid
mudah menghafal maklumat yang diberi. Melalui kaedah
tradisional, murid tidak dapat berbincang bersama rakan-rakan
mereka mengenai sub topik yang diajar malah mereka juga tidak
digalakkan untuk memberikan pandangan mereka semasa
pengajaran berlangsung. Maka, murid akan bergantung
sepenuhnya kepada guru terhadap pembelajaran mereka seperti
murid menyalin nota yang dituliskan oleh guru di papan tulis
tanpa membuat nota tambahan sendiri, murid hanya melakukan
tugasan yang diberikan oleh guru dan tidak membuat latihan
tambahan dengan usaha sendiri dan murid hanya membaca nota
atau bab tertentu apabila guru memberi tajuk yang memasuki
peperiksaan. Rosli (1998) turut menyatakan amalan biasa di bilik
darjah masih bersifatkan tradisional iaitu guru masih
menggunakan sebahagian besar masa pengajaran dan
pembelajaran (PdP) untuk bercakap dan memberi penerangan
manakala penglibatan murid hanya didapati apabila menjawab
soalan.
Seterusnya aras soalan daripada guru juga memainkan peranan
penting dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi
pelajar. Aras soalan guru dapat dibahagikan kepada dua
bahagian. Pertama, teknik penyoalan guru di dalam kelas. Salah
satu tujuan kaedah menyoal guru di dalam kelas ialah untuk
menilai pembelajaran dan kemajuan murid serta untuk meneroka
pandangan alternatif murid. Namun, guru yang sering

mengemukakan soalan berada di aras rendah kepada murid sama


ada soalan tersebut dikemukakan secara lisan mahupun bertulis.
Soalan pada aras rendah ini tidak menggalakkan murid untuk
berfikir kerana murid hanya perlu menyatakan fakta bagi
menjawab soalan tersebut dan soalan aras ini juga tidak
menggalakkan murid untuk berfikir di luar kotak pemikiran
mereka. Kenyataan ini juga disokong oleh Rajendran (2001) di
mana hasil kajian beliau mendapati hampir 90% soalan yang
dikemukakan oleh guru melibatkan kemahiran berfikir aras
rendah manakala 10% lagi adalah soalan yang melibat kemahiran
berfikir aras tinggi. Kedua ialah respons jawapan guru kepada
soalan murid. Respond jawapan guru terhadap soalan yang
diberikan oleh murid dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras
tinggi mereka. Hal ini kerana guru memberikan responds jawapan
yang positif akan menjadikan murid terus tertanya-tanya dan
mereka akan berusaha untuk mencari maklumat tersebut sampai
mereka peroleh. Jawapan positif yang diberikan oleh guru
bermaksud jawapan yang tidak mematikan soalan penyoal.
Menurut Robert Sternberg, terdapat tujuh aras dalam
memberikan respons guru kepada persoalan murid. Aras pertama
ialah singkirkan jawapan murid di mana pada aras ini guru
memberikan respons yang dapat mematikan persoalan murid.
Aras kedua ialah menyatakan semula persoalan murid sebagai
respons. Aras yang berikutnya ialah guru mengaku tidak tahu
atau hanya memberikan maklumat kepada murid. Aras keempat
ialah guru memberi respons dengan memberikan galakan kepada
murid untuk mendapatkan jawapan daripada pihak yang boleh
memberikan maklumat seperti internet. Seterusnya, pada yang
kelima, guru menggalakkan sumbang sara atau menyuarakan
pertimbangan untuk kemungkinan jawapan alternatif. Pada aras
yang keenam pula, guru menggalakkan murid untuk
mempertimbangkan jawapan alternatif dan kaedah untuk menilai
kemungkinan jawapan tersebut dan di aras yang ketujuh dalam
memberi respons ialah guru menggalakkan murid untuk
mempertimbangkan pelbagai kemungkinan jawapan alternatif

ditambah dengan kaedah pembuktian serta mengambil tindakan


susulan untuk menilai jawapan tersebut.
Guru yang mementingkan pengajaran berlandaskan peperiksaan
menyebabkan murid tidak berpeluang untuk menguasai
kemahiran berfikir aras tinggi. Guru hanya mementingkan
pencapaian cemerlang murid dalam peperiksaan sehinggakan
mereka hanya memfokuskan soalan-soalan peperiksaan kepada
murid. Ini dapat dibuktikan dengan suasana di sekolah terutama
sekali kepada murid yang bakal menghadapi peperiksaan awam
yakni bagi tingkatan tiga dan tingkatan lima, guru akan mencuba
untuk menghabiskan topik bagi setiap subjek sekurang-kurangnya
dua bulan sebelum peperiksaan tiba. Ini kerana guru dapat
memberikan banyak set soalan yang diperoleh daripada pelbagai
sumber kepada murid dan guru akan menyuruh murid untuk
menyelesaikan soalan tersebut. Soalan yang terlampau banyak
diberikan guru menyebabkan murid hanya tertumpu untuk
menjawab soalan untuk peperiksaan dan kebanyakan soalan
tersebut kurang mengandungi soalan kemahiran berfikir aras
tinggi. Selain itu, pemberian soalan juga menyebabkan murid
dapat mengagak dan menghafal soalan serta jawapan yang bakal
mereka hadapi ketika peperiksaan sebenar. Maka, benarlah kajian
Pushpalatha (2006) yang menyatakan bahawa terdapat
sebilangan guru memberi pendapat bahawa mengajar murid
menguasai maklumat untuk peperiksaan dan mengembangkan
daya pemikiran adalah dua matlamat yang berbeza.
Rajendran (2001) telah membuat kajian mengenai kesediaan guru
dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran
melalui pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi. Melalui
menjayakan kajian ini, beliau telah mengambil sampel daripada
guru yang mengajar subjek bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di
sebuah daerah. Dalam kajian ini, beliau telah membahagikan
kepada tiga aspek penting dalam mengkaji kesediaan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran menggunakan kemahiran berfikir.
Tiga aspek tersebut ialah pengetahuan, kemahiran padagogi dan
faktor yang mempengaruhi persepsi guru tentang ilmu kemahiran

dan sikap. Melalui aspek pengetahuan didapati guru lebih yakin


dari segi ilmu pengetahuan yang mereka miliki untuk mengajar
berbanding mengenai pengajaran menggunakan kemahiran
berfikir aras tinggi. Melalui kajian Rajendran (2001), beliau
mendapati guru lebih mengetahui untuk merancang pengajaran
secara biasa di dalam kelas berbanding mengajar menggunakan
kemahiran berfikir aras tinggi. Hasil kajian juga menunjukkan
guru lebih yakin dari segi kemahiran pedagogi yang mereka miliki
untuk mengajar subjek di dalam kelas seperti biasa berbanding
kemahiran padagogi untuk mengajar pengajaran melalui
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Ini dibuktikan daripada
dapatan kajian yang menunjukkan skor min bagi item kemahiran
padagogi bagi pengajaran bahasa Melayu adalah lebih tinggi
berbanding dengan skor min bagi kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT). Kemahiran padagogi yang dinilai meliputi aspek
merancang untuk mengajar, kebolehan untuk menggunakan
pelbagai strategi dan teknik, menggunakan bahan sumber
pengajaran dan pembelajaran dan menilai kemajuan murid.
Faktor yang mempengaruhi persepsi guru mengenai ilmu
kemahiran dan sikap menunjukkan guru masih tidak yakin untuk
mengajar kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pengajaran.
Hal ini kerana guru tidak yakin untuk mengajar dalam kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) walaupun mereka telah menghadiri
kursus mengenai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Sikap guru
yang tidak yakin ini terbukti apabila guru masih menggunakan
kaedah tradisional semasa pengajaran berlangsung. Selain itu,
guru juga berpendapat mereka mempunyai kesukaran dalam
menyediakan soalan untuk menghadapi peperiksaan dalam masa
yang sama menyediakan soalan untuk kemahiran berfikir. Ini
kerana cara pengajaran untuk peperiksaan awam adalah
berlainan berbanding pengajaran kemahiran berfikir membuatkan
mereka terpaksa memikirkan dua kaedah yang berbeza jika
kemahiran berfikir perlu dilaksanakan dan ini membebankan
guru.
Antaranya ialah guru menggunakan kaedah tradisional dalam
pengajaran. Ilmu yang diajar lebih kepada berbentuk nota dan

pelajar perlu menghafal. Perbincangan dalam kalangan murid pun


tidak dijalankan dan murid hanya bergantung kepada guru untuk
memahami sesuatu topik. Murid kurang cenderung untuk
mengembangkan idea kerana pembelajaran hanya berpusatkan
guru. Rosli (1998) menyatakan amalan biasa di bilik darjah masih
bersifatkan tradisional iaitu guru masih menggunakan sebahagian
besar masa PdP untuk bercakap dan memberi penerangan
manakala penglibatan murid hanya didapati apabila menjawab
soalan.
Isu lain ialah aras soalan yang digunakan iaitu teknik penyoalan
guru di dalam kelas serta respon guru kepada soalan murid. Aras
soalan yang diberikan berada pada aras rendah. Soalan tidak
menggalakkan murid berfikir. 90 peratus soalan yang
dikemukakan oleh guru adalah pada aras rendah.(Rajendran,
2001). Respon guru terhadap soalan yang diberikan murid amat
penting di mana respon tersebut dapat meningkatkan kemahiran
berfikir aras tinggi murid tersebut.
Robert Sternberg (American Cognitive Psychologist), 7 aras dalam
memberi respon kepada persoalan murid.
Singkirkan soalan murid.
Menyatakan semula persoalan murid sebagai respon.
Mengaku tidak tahu atau memberikan maklumat pada persoalan
murid.
Berikan galakan kepada murid untuk mendapatkan jawapan
respon atau jawapan daripada pihak yang boleh memberi
jawapan.
Galakkan sumbang saran atau menyuarakan pertimbangan untuk
kemungkinan jawapan alternatif.
Galakkan murid untuk mempertimbangkan jawapan alternatif dan
kaedah untuk menilai kemungkinan jawapan tersebut.
Menggalakkan murid untuk mempertimbangkan pelbagai
kemungkinan jawapan alternatif, ditambah dengan kaedah

pembuktian berserta mengambil tindakan susulan untuk menilai


jawapan tersebut.
Isu yang turut berkaitan dengan guru adalah pendidikan yang
berlandaskan peperiksaan di mana guru mengajar murid untuk
peperiksaan. Guru memfokuskan kepada soalan peperiksaan dan
mengajar murid menguasai maklumat untuk peperiksaan.
Mengajar pelajar menguasai maklumat untuk peperiksaan dan
mengembang daya pemikiran adalah dua matlamat yang
berlainan (Pushpalatha,2006). Situasi pembelajaran berlandaskan
peperiksaan ini akan melahirkan murid yang struktural kuat
ingatan menghafal dan mengingat pelajaran berbanding
memberikan pendidikan holistik yang melahirkan murid inovatif
dan kreatif.
Selain itu, isu guru tidak bersedia juga menjadi isu utama yang
memberi impak besar terhadap perjalanan pengajaran dan
pembelajaran. Dari segi aspek pengetahuan, guru lebih yakin dari
segi ilmu pengetahuan yang mereka miliki untuk mengajar
berbanding ilmu pengetahuan mengenai KBAT. Dari segi
kemahiran pedagogi pula, guru lebih yakin dari segi kemahiran
padagogi yang dimiliki untuk mengajar subjek berbanding
kemahiran padagogi mengajar KBAT. Faktor yg mempengaruhi
persepsi guru tentang ilmu kemahiran dan sikap: guru yg
menghadiri kursus KBAT tidak percaya mereka bersedia mengajar
KBAT (Rajendran, 2011).
Isu semasa dalam KBAT adalah memerlukan pelajar yang aktif
berfikir. Edward de Bono (1976) menyatakan kemahiran berfikir
membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk
menyelesaikan masalah. Dewey (1910) menegaskan bahawa
pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi
keraguan atau masalah tertimbul. Menurut pandangan Islam,
berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak
manusia dapat bekerja dan beroperasi. Menurut N.S. Rajendran,
2001 menyatakan KBAT memerlukan pelajar yang aktif. Pelajar
aktif- aktif berfikir, aktif ketika proses PdP. Pelajar pasif lebih
kepada menghafal berbanding memahami. Suasana kelas

mempengaruhi keaktifan pelajar. Dari segi kesediaan pelajar,


pelajar kurang mampu untuk menjawab item KBAT.
LANGKAH MENGIMPLIMENTASIKAN KBAT
PERANAN GURU
Guru memainkan peranan penting dalam memastikan kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) dapat dilaksanakan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu guru harus memastikan murid aktif
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru juga harus
memberi peluang kepada pelajar untuk memberi pendapat,
berbincang dan bertanya.
Di samping itu, guru hendaklah mempelbagaikan strategi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mengubah teknik
pengajaran secara chalk and talk kepada kaedah yang lebih
menjurus pelajar untuk berfikir. Guru juga mesti merancang
soalan, tugasan dan aktiviti yang menuntut pelajar berfikir secara
berterusan dan menilai pemikiran mereka dan pemikiran individu
lain.

You might also like