You are on page 1of 4

Cenderabahasa Bil.

2 JPNPP
TOPIK 10
PASANGAN KATA MENGELIRUKAN
1. KATA NAFI : tidak - bukan
Kedua-duanya ialah kata nafi. Kata nafi ialah perkataan yang menjadi
unsur nafi untuk frasa-frasa predikat.
tidak
Kata nafi tidak ialah unsur nafi bagi
frasa kerja dan frasa adjektif.
Bapanya tidak pergi ke pejabat hari ini.
Kenyataan yang diberinya itu tidak
benar.

bukan
Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa
nama dan frasa sendi nama.
Makanan itu bukan untuk Ali tetapi
untuk Aminah.
Projek itu bukan usaha yang saya
lakukan.

Nota:

Kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika
kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.
Contoh:
Pak Abu bukan kaya sangat tetapi pemurah orangnya.
Dia bukan hendak belajar tetapi hendak bermain sahaja.
2. kerana - sebab
kerana ialah kata hubung manakala sebab ialah kata nama.
kerana
Zainal tidak pergi ke sekolah kerana dia
demam campak.

sebab
Pihak tertuduh gagal memberikan sebab
dia tidak bersalah.

Nota:
Perkataan sebab boleh dijadikan sebagai kata hubung dengan meletakkan
perkataan oleh di hadapannya menjadi oleh sebab. Perlu diingat bahawa kata
hubung kerana yang memang merupakan kata hubung tidak boleh diletakkan
perkataan oleh untuk menjadikannya sebagai kata hubung. Oleh itu, frasa oleh
kerana adalah salah.
Contoh kesalahan ayat:
Abu ditangkap oleh pihak polis sebab mencuri di pasar raya. (X)
Abu ditangkap oleh pihak polis kerana mencuri di pasar raya. ()
Oleh kerana hujan, kami terpaksa berteduh di bawah pokok itu. (X)
Oleh sebab hujan, kami terpaksa berteduh di bawah pokok itu. ()
3. dalam

di dalam

Cenderabahasa Bil.2 JPNPP


dalam
Merupakan kata sendi nama yang
hadir di hadapan kata nama yang
membawa pengertian tempat yang tidak
mempunyai ruang atau jarak.
1. Kita semua bersetuju dalam hal ini.
2. Kita harus fasih bertutur dalam
bahasa Melayu.
3. Perkara itu telah dibincangkan dalam
mesyuarat yang lalu.

di dalam
Merupakan kata arah hadir di hadapan
kata nama yang mmerujuk kepada
tempat yang mempunyai ruang atau
jarak.
1. Banyak pelajar masih berada di
dalam kelas
itu.
2. Beberapa orang pemburu telah sesat
di dalam
hutan yang tebal itu.
3. Buku-buku itu terletak di dalam
meja saya.

Contoh ayat yang salah:


Saya tidak terlibat di dalam urusan perniagaan itu. (X)
Aminah masih berada dalam kelas itu. (X)
4.

antara - di antara

antara
Kata sendi nama yang tidak membawa
maksud yang mempunyai ruang dan
jarak.
Contoh:
Tidak ada perbezaan yang besar
antara pendapat saya dengan
pendapatnya.
Pelajar itu sedang berbincang
antara mereka.

5.

di antara
Kata arah yang digunakan untuk maksud
arah yang mempunyai ruang dan jarak.
Contoh:
Tambak Johor terletak di antara
negeri Johor dengan negara
Singapura.
Saya dapat menikmati pemandangan
yang indah sepanjang perjalanan di
antara Pulau Pinang dengan
Kelantan.

bagi - untuk
Pada umumnya kata bagi dan untuk ialah kata sendi nama yang digunakan
secara bervariasi antara satu sama lain.
Asrama itu dibina untuk pelajar-pelajar miskin. ()
Asrama itu dibina bagi pelajar-pelajar miskin. ()
Nota :
Dalam penggunaan untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan kata
untuk tidak boleh ditukar ganti dengan kata bagi.
Contoh:
Hadiah itu pemberian khas daripada ibu untuk saya. ()
Hadiah itu pemberian khas daripada ibu bagi saya. (X)

Cenderabahasa Bil.2 JPNPP

6.

dapat

boleh

dapat
Kata bantu yang digunakan dalam ayat
yang menyatakan maksud ada
keupayaan atau berupaya.
1. Jalan itu tidak dapat dilalui kerana
banjir.
2. Saya tidak dapat memenuhi
permintaannya
yang melampau itu.

7.

berasa

boleh
Kata bantu yang digunakan dalam ayat
yang menyatakan maksud keizinan atau
kebenaran.
1. Kanak-kanak mahupun orang dewasa
tidak
boleh berbohong.
2. Ahmad tidak boleh menghadiri majlis
itu kerana
terpaksa menolong ibunya di rumah.

merasa

Berasa bermakna mempunyai rasa manakala merasa pula bermakna


menikmati rasa.
Berasa mesti digunakan di hadapan kata adjektif, manakala merasa
digunakan di hadapan kata
nama.
berasa
Ahmad berasa kecewa dengan
keputusan pertandingan itu.
Seluruh badan Pak Samad berasa sakit
setelah bekerja sehari suntuk.
Gulai ikan itu berasa sangat masin
akibat terlebih garam.
8. ialah

adalah
ialah
Kata pemeri yang digunakan di hadapan
kata nama.
Contoh:
Cikgu Nor ialah guru Bahasa Melayu
saya.

merasa
Ibu ingin merasa kari ayam yang telah
dimasak oleh ayah.
Bapa saya pernah merasai keperitan
hidup pada zaman pemerintahan Jepun.
Aminah merasai kesakitan yang teruk
akibat kemalangan itu.

Menara Berkembar Petronas ialah


bangunan yang tertinggi di dunia.

adalah
Kata pemeri yang digunakan di hadapan
kata sendi nama dan kata adjektif.
Contoh:
Langkah kerajaan itu adalah untuk
membantu mereka yang kurang bernasib
baik.
Anak Puan Aminah adalah sangat
comel.

Nota:
Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama dengan kata nafi.

Cenderabahasa Bil.2 JPNPP


Contoh:
Siswazah yang baru lulus itu ialah bukan berasal dari Pulau Pinang. (X)
Siswazah yang baru lulus itu bukan berasal dari Pulau Pinang. ()
Arahan itu adalah bukan untuk semua pegawai. (X)
Arahan itu bukan untuk semua pegawai. ()

Kata pemeri boleh wujud dalam binaan kata nafi dan frasa adjektif
Berita yang disebarkan itu adalah tidak benar. ()

Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.
Adalah dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan esok. (X)
Dengan ini dimaklumkan bahawa kerja gotong-royong akan dimulakan esok.
()

9.

banyak

ramai

banyak
Kata adjektif yang digunakan untuk
menunjukkan bilangan yang lebih
daripada satu khasnya untuk manusia,
benda dan binatang.
Contoh:
Banyak pelajar yang tidak datang ke
sekolah hari ini kerana banjir.

ramai
Digunakan untuk menunjukkan suasana
dan keadaan meriah, tidak sunyi, bising,
dan riuh rendah.
Contoh:
Suasana majlis hari jadi itu menjadi riuhrendah apabila ramai orang yang
menjerit-jerit.

Banyak kanak-kanak suka akan


makanan yang manis.

Ramai kanak-kanak yang melompatlompat semasa menyaksikan


persembahan penyanyi itu.

Contoh ayat yang salah:


Ramai pelajar tidak hadir ke sekolah kerana sakit mata. (X)
Banyak pelajar tidak hadir ke sekolah kerana sakit mata. ()

Jennifer Lopez mempunyai ramai peminat di Malaysia. (X)


Jennifer Lopez mempunyai banyak peminat di Malaysia. ().

You might also like