You are on page 1of 26

DASAR EKONOMI BARU

Latar belakang
Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan
perkembangan masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak
British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India
untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah,
perdagangan dan perladangan.
Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan
pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum
mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara
kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.
Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan.
Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang
untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi.
Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau
sistem semasa penjajahan masih berterusan.
Rasional
Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung
Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga
miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar
kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:
Kaum Kadar Kemiskinan ( % ) Pendapatan Purata Keluarga Sebulan ( RM )
Malayu 64.8 172.00
Cina 26.0 392.00
India 39.2 304.00
Lain-lain 44.8 813.00

Pemilikan Jumlah Pemilikan %


( RM Juta )
1. Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah
a) Bumiputera Perseorangan
b) Agensi Amanah
2. Bukan Bumiputera
3. Warganegara Asing

279.6 4.3
168.7 2.6
110.9 1.7
2233.2 34.0
4051.3 61.7

Jumlah : 6564.1 100.0

Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum
adalah seperti berikut:
Sektor-sektor Melayu Cina India Lain-lain
1. Pertanian
67.6 19.9 11.5 1.0
2. Perlombongan
32.1 58.7 8.5 0.7
3. Perniagaan/Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan dan
kemudahan awam
42.6 45.5 10.7 1.2
Objektif
Menyedari kedudukan ketidakseimbangan sosialekonomi itu , kerajaan telah
mengusahakan supaya satu pendekatan baru dalam rancangan pembangunan
negara yang melibatkan program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi
Baru. Matlamat utama dasar ini diperkenalkan ialah bagi mewujudkan perpaduan
Negara dengan mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, budaya, penenpatan dan
sebagainya,

Strategi Pelaksanaan
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun
dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:
i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan
peluang-peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum.
ii. Penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya
menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
Membasmi kemiskinan
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di
kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar.
Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah
mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu
yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk
menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka
supaya:
i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.
ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.
iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.
iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar
dan luarbandar dan antara wilayah.
v. Memodenkan kehidupan di luarbandar.
vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di


Malaysia.
viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan kemudahan infra-struktur dan lain-lain.

Penyusunan Semula Masyarakat


Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham /
ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di
mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri
dari pelabur-pelabur luar negeri.

Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut
telah disusun :
i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui proses
memodenkan kawasan luarbandar.
ii. Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga yang
terdapat sekarang ini dengan cara yang progresif dan menerusi pertumbuhan ekonomi
seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan tenaga buruh mencerminkan bilangan
kaum.
iii. Menambahkan dengan lebih cepat lagi bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan
modal dalam stok syarikat dan pertumbuhan ekonomi.
iv. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang
Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30% ekonomi
dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi saperti MARA, Bank
Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional.
v. Memajukan negeri dan kawasan yang dianggap mundur melalui pembangunan
wilayah baru seperti DARA, KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.
Penutup
Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses
pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks
keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar
kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk
mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih
dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga
dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)


Latar belakang
Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama
(RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (19711990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi
pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian
DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai.
Jelas bahawa proses socio-economic engineering ala DEB ini memerlukan masa yang
lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesankesan daripada pergolakan dunia amnya.
DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua
(RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN),
menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan
Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Objektif
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang
bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik
dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu
langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju
dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan
politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.
Strategi Pelaksanaan
DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan
ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan
perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan
yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:
(i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan
ekonomi dengan pengagihan yang saksama;
(ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi
untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan;
(iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi
negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang

diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat
Malaysia;
(iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan
jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan
antara kawasan bandar dan luar bandar;
(v) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat
menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial
dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;
(vi) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang
berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi
cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan
matlamat penyusunan semula masyarakat;
(vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan
dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan
dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan
budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian
yang moden; dan
(viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian
yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya
dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara
berterusan.
DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB
serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia mengandungi
beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam
usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat. Dimensi-dimensi baru DPN adalah seperti berikut:
(i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk
tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di
samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan yang termiskin adalah
keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan.
Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak $370 sebulan bagi
saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, $544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah
dan $452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000 isi rumah atau 4%
daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin);
(ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan
dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah
meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan
ekonomi;
(iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan
diri dalam proses penyusunan semula masyarakat; dan

(iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia


termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan yang saksama.
Program Pelaksanaan
Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah
seperti berikut:
(i) Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan
Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk
mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses menghapuskan
kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan
ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan
latihan sebelum bantuan diberikan;
(ii) Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa
DPN telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya
dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di dalam
menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan
kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara
ini. Dalam bidang eksport pula, halangan-halangan (perlindungan) perdagangan
antarabangsa akan meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, Malaysia akan terus
mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta lebih bersedia
menghadapi risiko berkaitan. Para pengeksport negara juga perlu mengurangkan
pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport
yang mempunyai daya saingan yang tinggi;
(iii) Wawasan 2020
Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan
Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian
pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN akan terus menggalakkan
penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan
masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan
ketahanan negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia.
Oleh kerana setiap kaum mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri maka adalah
penting untuk semua kaum di negara ini saling melengkapi dan bantu membantu
antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara; dan
(iv) Pembasmian Kemiskinan
Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam
tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula
dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi

pembasmian kemiskinan,DPN akan mengambil kira beberapa perubahan dibuat


terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di
kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah
memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui pembukaan tanahtanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk
mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka.
Pengalaman telah menunjukkan bahawa kos penyelenggaraan skim pembangunan
tanah seperti yang diuruskan oleh FELDA adalah lebih tinggi daripada kos
pengendalian estet yang serupa oleh sektor swasta. Tambahan pula anak-anak
peneroka dan petani yang berpendidikan lebih tinggi kurang berminat untuk bekerja
di luar bandar. Ramai di antara mereka telah berhijrah untuk bekerja di bandar-bandar.
Dengan itu pembukaan tanah baru oleh agensi kerajaan untuk mengatasi masalah
pengangguran tidaklah ekonomikal lagi. Peranan ini lebih sesuai untuk dikendalikan
oleh estet-estet komersial.
Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar akan membolehkan mereka
mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi. Aspek
latihan ini akan dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang
dilaksanakan sehingga ini. Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk
golongan penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah
mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.
Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada
program-program berikut:
- pendidikan dan
- latihan
- kesihatan
- jalan-jalan luar bandar
- pengangkutan
- perumahan
- bekalan air dan elektrik
Usaha-usaha yang lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan
ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya di antara
negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain.
Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar juga akan
dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi
penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan
asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga
akan diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan
bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini
bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan tetapi
juga menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan
dan industri kecil.

(v) Penyusunan Semula Masyarakat


Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan
semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini.
Berhubung dengan ini, matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan
ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh.
Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan guna tenaga
dan penyertaan Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk
Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar dan program
Kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan Bumiputera, tetapi
adalah menjadi harapan kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan perniagaan
berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi
kerajaan. Sehubungan dengan ini latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika
perniagaan akan diutamakan. Sebagai langkah jangka panjang, program untuk
memupuk usahawan muda juga akan diberi tumpuan.
DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor
moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada
penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program subkontrak dan franchise. Usahasama secara aktif di antara Bumiputera dan bukan
Bumiputera akan digalakkan untuk membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan
prospek perniagaan. Bagi membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan
moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahankemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran
antarabangsa. Matlamat penyusunan semula gunatenaga akan memastikan corak
gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan
komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara. Dalam tempoh 10 tahun yang akan
datang, dasar ini akan memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang
saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori
profesional, pengurusan dan teknikal. Daripada 2.4 juta pekerjaan baru yang dijangka
akan dapat diwujudkan dari tahun 1991-2000, kira-kira 55.8% akan diambil oleh
Bumiputera (706,700 dalam sektor perkhidmatan dan 534,000 dalam sektor
pembuatan.) Di sektor luar bandar, untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja,
langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran.
Berhubung dengan strategi penyusunan semula hak milik dan pengawalan dalam
sektor swasta, sasaran secara kuantitatif yang khusus tidak ditetapkan dalam DPN.
Langkah-langkah akan diambil untuk melengkapkan Bumiputera dengan kemahirankemahiran yang sesuai bukan sahaja bagi mengurus dan menjalankan pemiagaan
dengan berkesan tetapi juga bagi mengekalkan kekayaan mereka. Agensi-agensi
amanah dan perbadanan awam perlu merancang dan menyelaras tindakan masingmasing dengan lebih berkesan dalam mewujudkan harta-harta baru dan membeli
kepentingan tertentu bagi pihak Bumiputera. Peranan Permodalan Nasional Berhad
(PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan Bumiputera dan
pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham

Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan PNB untuk


meneruskan usaha menggembleng tabungan Bumiputera sepanjang tempoh DPN.
Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan
memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat
penyusunan semula modal saham. Jawatankuasa Pelaburan Asing akan meneruskan
pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan menggalakkan lagi
syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Penutup
Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan
ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan
miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan
berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk
mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

DASAR WAWASAN NEGARA


MATLAMAT DAN RANGKA DASAR

PENDAHULUAN
1.01 Rancangan Malaysia Kelapan (RMKe-8) yang meliputi tempoh 2001-2005
merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga
(RRJP3), 2001-2010. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang terkandung dalam RRJP3
akan menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21.
RMKe-8 menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai
objektif DWN, iaitu pertumbuhan mampan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama.
1.02 Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketujuh (RMKe-7), negara mengalami
pertumbuhan ekonomi yang pesat, kecuali pada tahun 1998 apabila negara dilanda
krisis ekonomi yang teruk. Walau bagaimanapun, penguncupan ekonomi yang
mendadak hanya berlaku dalam jangka masa yang singkat. Ekonomi kembali
mengalami pertumbuhan dengan cepat hasil pelaksanaan dasar fiskal dan kewangan
serta strategi yang berkesan oleh Kerajaan dan prestasi sektor luaran yang
menggalakkan. Pada tahun 2000, ekonomi mencatat kadar pertumbuhan sebelum
krisis dengan harga secara relatifnya stabil dan kadar penggangguran yang rendah.
Tahap kemiskinan dapat dikurangkan dengan ketara dan kualiti hidup dapat
ditingkatkan.
1.03 Dalam tempoh RMKe-8, ekonomi Malaysia akan menghadapi cabaran yang
lebih besar kesan daripada peningkatan globalisasi dan liberalisasi serta kemajuan
teknologi yang pesat, terutamanya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Bagi
meningkatkan daya saing dan memperkukuhkan daya tahan ekonomi, usaha yang
bersungguh-sungguh akan dilaksana untuk meningkatkan produktiviti faktor
keseluruhan (TFP) serta memudahkan pembangunan ekonomi berasaskan
pengetahuan. Keutamaan akan diberi untuk meningkatkan penawaran tenaga buruh
yang berkualiti, meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan (P&P) dan
mempercepatkan pembangunan sektor yang menyumbang kepada pertumbuhan.
Penekanan juga akan diberi kepada memperkukuhkan nilai-nilai positif di kalangan
rakyat dan membentuk masyarakat yang bersatu padu dan saksama.
II. DASAR WAWASAN NEGARA
1.04 Dasar Wawasan Negara menggabungkan teras kritikal dasar pembangunan yang
lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional dengan objektif
utama mencapai perpaduan nasional. Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum,
penyusunan semula masyarakat dan pembangunan yang seimbang masih menjadi
strategi utama. DWN juga berpandu kepada cabaran strategik Wawasan 2020 yang

menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk menjadi negara maju sepenuhnya
menjelang 2020.
1.05 Secara khususnya, DWN merupakan gabungan semua usaha pembangunan yang
lepas dengan tujuan mewujudkan Bangsa Malaysia yang bersatu padu, progresif dan
makmur yang dapat hidup dalam suasana harmoni dan ikatan perkongsian yang
saksama. Bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh Negara untuk menjadi sebuah
negara maju sepenuhnya mengikut acuan sendiri, penekanan juga akan diberi kepada
membina negara yang berdaya tahan dan berdaya saing serta masyarakat yang bersatu
padu dan saksama untuk memastikan perpaduan dan kestabilan sosial. Bagi
merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti berikut:
Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan, menyemarakkan
semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat supaya
lebih bertolak ansur dan penyayang yang tersemat dengan nilai positif serta
meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi; menggalakkan pewujudan
masyarakat yang saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan
ketidakseimbangan di kalangan dan di dalam kumpulan etnik serta wilayah;
mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber
pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro;
mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi;
membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik
untuk meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan
mengoptimumkan daya pemikiran rakyat; mengukuhkan pembangunan sumber
manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap, produktif dan berpengetahuan;
dan meneruskan pembangunan alam sekitar yang mampan untuk meneguhkan
pertumbuhan jangka panjang.

III. TERAS PEMBANGUNAN RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN


1.06 Dalam tempoh RMKe-7, kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) secara keseluruhan adalah positif walaupun krisis kewangan menyebabkan
ekonomi menguncup sebanyak 7.4 peratus pada tahun 1998. Krisis ini merupakan
satu ujian getir ke atas ketahanan negara dan menyerlahkan kekuatan dan kelemahan
ekonomi. Kesan globalisasi, liberalisasi dan kemajuan pesat ICT memerlukan dasar,
strategi dan program sedia ada dinilai dan disusun semula serta pendekatan baru
dilaksanakan. Dasar dan strategi akan ditumpukan bagi mencapai pertumbuhan
mampan dengan daya tahan serta memperkukuhkan infrastruktur kewangan dan
ekonomi.

1.07 Pelaksanaan strategi yang sesuai pada masa yang tepat dan secara berkesan
adalah penting bagi menangani cabaran yang dihadapi oleh negara dalam
membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. Sehubungan dengan ini, Kerajaan
akan terus memastikan pendekatan menyeluruh dan seimbang diambil dalam
melaksanakan agenda pembangunan negara. Melalui pendekatan ini, penekanan
bukan sahaja akan diberi kepada pembangunan sumber manusia dari segi ekonomi
tetapi juga pembangunan aspek-aspek penting yang lain iaitu sosial, kebudayaan dan
psikologi.
1.08 Dasar dan strategi dalam tempoh RMKe-8 akan memberi tumpuan untuk
mencapai pertumbuhan mampan dengan berdaya tahan. Teras RMKe-8 adalah
mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi yang didorong oleh input kepada
strategi yang didorong oleh pengetahuan. Peralihan kepada strategi ini penting dalam
usaha meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, mempercepatkan perubahan
struktur sektor pembuatan dan perkhidmatan serta menggiatkan sektor pertanian dan
memperkukuhkan kestabilan sosioekonomi melalui pengagihan kekayaan dan
pendapatan negara yang saksama. RMKe-8 akan memberi lebih tumpuan kepada
inisiatif sektor swasta sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar
institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti bagi membantu pembangunan
sektor swasta. Dalam usaha meningkatkan daya saing negara, penekanan khusus akan
diberi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan menerusi pembangunan sumber
manusia, peningkatan aktiviti P&P serta penggunaan teknologi terkini, terutamanya
ICT.
1.09 Strategi utama yang akan dilaksana dalam tempoh Rancangan bagi menangani
cabaran yang dihadapi oleh negara adalah seperti berikut:
Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap dan memastikan dasar
kewangan dan fiskal yang berhemat serta meningkatkan usaha membangunkan
ekonomi berasaskan pengetahuan; memperkukuh dan menyelaras program dan
strategi pengagihan bagi memastikan penyertaan yang seimbang di kalangan dan
antara kumpulan etnik dan kumpulan pendapatan serta wilayah; meningkatkan
pertumbuhan produktiviti melalui pemantapan pengetahuan, kemahiran dan
kepakaran pekerja serta mengukuhkan p&p dan sains dan teknologi (s&t);
meningkatkan daya saing dan daya tahan ekonomi dengan mempercepatkan peralihan
sektor ekonomi utama kepada proses pengeluaran yang lebih cekap dan aktiviti nilai
ditambah yang lebih tinggi; memperluaskan penggunaan ICT dalam semua sektor
ekonomi bagi mempercepatkan proses pertumbuhan; memperkukuhkan asas sumber
manusia bagi memastikan bekalan tenaga manusia yang mempunyai tahap
pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran berfikir yang tinggi; melaksanakan
pendekatan menyeluruh dan bersepadu dalam menangani isu-isu sumber asli dan alam
sekitar bagi mengekalkan pembangunan yang mampan; meningkatkan lagi kualiti
hidup melalui peningkatan akses kepada perkhidmatan social serta membangunkan
aspek estatik dalam kehidupan; dan mempergiatkan usaha bagi memupuk dan

menyemai nilai-nilai positif dan sifat murni di kalangan rakyat menerusi sistem
pendidikan, pertubuhan sosial dan agama serta media.

Pengekalan Kestabilan Ekonomi Makro


1.10 Ekonomi makro yang stabil adalah penting untuk mengekalkan pertumbuhan
ekonomi mampan dengan berdaya tahan. Usaha untuk mengekalkan kestabilan
ekonomi makro, termasuk meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap,
memastikan dasar kewangan dan fiskal yang berhemat, menggalakkan pelaburan yang
berkualiti dari dalam dan luar negara, meningkatkan pembangunan sektor yang
menyumbang kepada pertumbuhan dan mengekalkan kedudukan imbangan
pembayaran yang sihat.
1.11 Meneruskan pengurusan ekonomi makro yang mantap. Malaysia akan
meneruskan matlamat untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan
kadar inflasi yang rendah dan akaun luar negara dan belanjawan yang mampan. Bagi
mencapai status negara maju menjelang tahun 2020, KDNK sebenar perlu
berkembang pada kadar minimum 7.0 peratus setahun. Kadar pertumbuhan ini akan
dicapai selaras dengan potensi ekonomi jangka panjang dan asas pengurusan ekonomi
makro yang mantap khususnya dalam keadaan harga yang stabil dan mengekalkan
lebihan dalam imbangan akaun luar negara dan akaun fiskal. Dalam tempoh RMKe-8,
melalui pelaksanaan langkah-langkah untuk meningkatkan potensi keluaran,
pertumbuhan ekonomi disasarkan pada kadar 7.5 peratus setahun. Usaha akan diambil
bagi meningkatkan kecekapan dalam penggunaan modal, melaksanakan pelaburan
berkualiti dan produktif serta meningkatkan produktiviti buruh dan sumbangan TFP
kepada pertumbuhan ekonomi.
1.12 Dalam mencapai pertumbuhan yang lebih tinggi, pengalaman daripada krisis
ekonomi pada tahun 1998 telah memberi petunjuk perlunya ekonomi mempunyai
daya tahan bagi menghadapi sebarang kemungkinan di luar jangkaan dan keupayaan
untuk pulih dengan kesan minimum. Dalam suasana system kewangan global yang
semakin berintegrasi, negara akan terus terdedah kepada risiko aliran modal spekulatif
jangka pendek yang tidak terkawal. Oleh yang demikian, pengurusan ekonomi makro
yang mantap akan dilaksana bagi mengelak ketidakseimbangan serta menyumbang
kepada pengukuhan daya tahan ekonomi dan meningkatkan daya saing.
1.13 Memastikan dasar kewangan dan fiskal berhemat. Dalam tempoh RMKe-8,
Kerajaan akan meneruskan dasar fiskal yang berhemat bagi memastikan nisbah
khidmat hutang jangka panjang yang mampan dan terkawal. Sistem percukaian dan
pentadbirannya akan terus diperkukuhkan untuk menjana hasil dan meningkatkan
kecekapan ekonomi dan produktiviti. Dasar kewangan akan mengukuhkan lagi dasar
fiskal dalam menggalakkan pertumbuhan jangka panjang yang mampan. Dalam
konteks ini, kecairan akan diuruskan dengan berhemat untuk memudahkan
pertumbuhan ekonomi tanpa menyebabkan berlakunya inflasi. Dasar kewangan juga

akan memastikan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank tidak menjadi punca
ketidakstabilan yang membawa kepada kenaikan harga aset yang seterusnya
menyebabkan tekanan inflasi. Bagi menggalakkan simpanan untuk menyokong
pertumbuhan ekonomi, kadar pulangan sebenar deposit yang positif akan dikekalkan.
Di samping itu, pasaran bon akan dibangunkan bagi melengkapi sistem perbankan
dalam memenuhi keperluan kewangan khususnya untuk projek infrastruktur yang
besar.
1.14 Menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negeri dan menarik pelaburan
langsung asing (FDI) yang berkualiti. Usaha akan ditumpu bagi menggalakkan
pelaburan swasta dalam negeri supaya ekonomi dapat dibangun berasaskan strategi
pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri serta
mengukuhkan daya tahan ekonomi. Kerajaan akan terus melaksana dasar
properniagaan dengan menyediakan persekitaran yang kondusif bagi pembangunan
perniagaan. Sektor swasta akan digalak meningkatkan kualiti pelaburan dan
mengembangkannya kepada aktiviti nilai ditambah yang lebih tinggi. Sehubungan
dengan ini, dalam usaha meningkatkan produktiviti dan daya saing, usahawan
tempatan digalak meningkatkan penggunaan pengetahuan dalam operasi dan
menjadikan amalan dan standard antarabangsa sebagai pengukur keupayaan mereka.
Di samping itu, perolehan kepakaran dan kontrak pengeluaran akan menjadi
bertambah penting khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk
mengembangkan pasaran dalam negeri dan antarabangsa. Dasar penswastaan akan
terus dilaksana sebagai kaedah memperkukuhkan peranan sektor swasta dalam
pembangunan ekonomi serta meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor
korporat.
1.15 Kerajaan juga akan terus menggalakkan FDI terutamanya dalam aktiviti
pembuatan berteknologi tinggi, ICT, tenaga dan aktiviti strategik lain. Galakan akan
diberi kepada FDI yang mempunyai komponen P&P serta dapat memberi manfaat
yang ketara dalam aspek pembangunan sumber manusia, pemindahan teknologi dan
akses kepada pasaran baru. Syarikat multinasional (MNC) akan terus diberi galakan
untuk mengukuhkan rantaian dengan industry dalam negeri melalui penggunaan lebih
banyak input tempatan. Pelabur asing juga digalakkan membentuk kerjasama dan
perkongsian strategik dengan PKS dalam negeri.
1.16 Mengekalkan kedudukan imbangan pembayaran yang sihat. Kerajaan akan terus
melaksana dasar serampang dua mata untuk mengekalkan kedudukan imbangan
pembayaran yang sihat iaitu mengurangkan defisit dalam imbangan perkhidmatan dan
meningkatkan lebihan dagangan. Bagi menangani defisit akaun perkhidmatan,
industri perkhidmatan akan terus dibangunkan untuk meningkatkan pendapatan
tukaran asing daripada pelancongan, perjalanan dan pendidikan, perkapalan dan
insurans, kewangan dan pembinaan. Di samping itu, bagi mengekalkan pendapatan
eksport, Kerajaan akan terus menyediakan persekitaran yang kondusif yang dapat
membangunkan lagi sektor eksport. Usaha juga akan diambil bagi mengurangkan bil

import menerusi promosi PKS secara aktif untuk mengeluarkan input perantaraan
bagi industri dalam negeri.
1.17 Dalam tempoh Rancangan, industri tempatan dijangka menghadapi persaingan
yang lebih hebat kesan daripada peningkatan liberalisasi, iaitu selaras dengan
pembentukan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan perjanjian
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Kematangan ekonomi negara membangun
yang lain dan negara dalam peralihan kepada ekonomi berasaskan pasaran akan
meningkatkan lagi persaingan negara di peringkat global. Usaha berterusan akan
diambil untuk memperbaiki kualiti kemudahan infrastruktur dan mewujudkan
persekitaran yang kondusif untuk inisiatif swasta serta meningkatkan pembangunan
kelompok industri yang berdaya saing.
1.18 Menggiatkan usaha membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan. Selaras
dengan arah aliran global, peningkatan kandungan pengetahuan dalam semua aktiviti
ekonomi adalah perlu untuk meningkatkan nilai ditambah dan mewujudkan guna
tenaga. Ekonomi berasaskan pengetahuan merupakan strategi penting bagi
meningkatkan produktiviti dari segi TFP dan tahap potensi keluaran serta
menyediakan asas untuk mengekalkan daya saing negara di peringkat antarabangsa
dalam jangka masa pendek dan sederhana. Pembangunan ekonomi berasaskan
pengetahuan, antara lain, memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk
meningkatkan lagi pembangunan sumber manusia, mengukuhkan P&P dan S&T,
menaik taraf infrastruktur ICT dan memastikan wujudnya kemudahan pembiayaan
yang bersesuaian.
1.19 Malaysia perlu membangunkan dengan segera tenaga manusia yang kreatif dan
inovatif dalam jumlah yang besar. Bagi mencapai tujuan ini, sistem pendidikan akan
dikaji semula untuk menyediakan kemahiran yang diperlukan. Sistem pembelajaran
sepanjang hayat akan diperkenalkan dan program peningkatan kemahiran
diperkukuhkan untuk menyokong pembentukan masyarakat yang mengutamakan
pemerolehan pengetahuan secara berterusan. Di samping itu, program yang lebih
teratur akan dilaksana untuk menarik warganegara Malaysia di luar negara serta
warga asing yang mempunyai kemahiran tinggi dan berbakat bekerja di Malaysia.
Usaha memperkukuhkan P&P dan S&T termasuklah meningkatkan keupayaan dalam
negeri untuk menjalankan P&P, memperkemaskan mekanisme pembiayaan sektor
awam untuk P&P, menggalakkan sektor swasta supaya memperuntukkan peratusan
yang lebih besar daripada pendapatannya untuk aktiviti ini, menumpukan semula
usaha P&P dalam bidang strategik dan memperbaiki penyebaran penemuan
penyelidikan dan meningkatkan keupayaan pengkomersilannya. Bagi membantu
pertumbuhan aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan, Kerajaan secara berterusan
akan menaik taraf infrastruktur komunikasi dan multimedia, menggalakkan
pembangunan industri dengan kandungan tempatan dan memastikan regim kawal
selia yang menyokong pertumbuhan. Sistem kewangan akan disusun semula bagi
memenuhi keperluan aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan. Pembangunan

industri modal teroka dan pasaran modal akan dipercepatkan untuk menjadi sumber
penting pembiayaan aktiviti berinovatif dan berteknologi tinggi.

Pembasmian Kemiskinan dan Penyusunan Semula Masyarakat


1.20 Agenda pengagihan akan terus diberi penekanan untuk mencapai matlamat
membina masyarakat yang bersatu padu dan saksama. Bagi mencapai tujuan ini,
pelaksanaan strategi dan program pengagihan akan diperkukuh dan diselaraskan bagi
memastikan penyertaan seimbang di kalangan dan antara kumpulan etnik, pendapatan
dan wilayah. Untuk memastikan objektif ini tercapai kerajaan akan mengkaji semula
dan memperbaiki kelemahan pelaksanaan strategi dan program sedia ada.
1.21 Mengukuhkan program pembasmian kemiskinan. Teras pembasmian kemiskinan
dalam tempoh Rancangan adalah untuk mengurangkan kadar kemiskinan mutlak
kepada 0.5 peratus pada tahun 2005. Pertumbuhan ekonomi yang dijangka pesat
dalam tempoh Rancangan akan mewujudkan lebih banyak peluang kepada golongan
miskin untuk meningkatkan lagi pendapatan mereka dan keluar daripada belenggu
kemiskinan. Di samping itu, Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dan
program pembasmian kemiskinan yang lain akan diperkukuhkan di bawah Skim
Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR). Bagi membasmi kemiskinan di
kawasan dan di kalangan golongan yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi,
SPKR akan dilaksana sebagai satu pakej bersepadu yang mengandungi komponen
ekonomi, sosial dan fizikal.
1.22 Kerajaan akan terus menangani isu ketidakseimbangan pendapatan khususnya
antara kumpulan etnik, bandar dan luar bandar dan wilayah. Usaha akan dipergiat
untuk mewujudkan kumpulan berpendapatan sederhana yang lebih besar dan makmur
di samping meningkatkan pendapatan kumpulan berpendapatan rendah. Lebih banyak
aktiviti yang dapat menjana pendapatan akan diperkenalkan bagi meningkatkan
pendapatan isi rumah miskin dan kumpulan berpendapatan rendah. Antara lain, satu
mekanisme akan dibentuk bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil dengan
menyediakan bantuan pada masa mereka menghadapi keadaan yang sukar. Bagi
memenuhi objektif pembangunan seimbang antara wilayah dan negeri, Kerajaan akan
mengambil langkah meningkatkan kadar pertumbuhan bagi negeri-negeri kurang
maju dengan menggalakkan pertumbuhan sektor ekonomi seperti pembuatan,
pelancongan dan pertanian moden.
1.23 Meneruskan agenda penyusunan semula masyarakat. Berhubung dengan
penyusunan semula pemilikan, pelbagai program seperti peruntukan saham, skim unit
amanah dan penswastaan akan terus dilaksana untuk meningkat dan mengekalkan
pemilikan modal dan kawalan Bumiputera ke atas syarikat. Pemilikan ekuiti
Bumiputera dalam sektor korporat akan ditingkatkan sekurang-kurangnya 30 peratus
pada tahun 2010 seperti yang terkandung dalam RRJP3. Institusi dan agensi amanah
Bumiputera diharap dapat memainkan peranan yang lebih besar terutamanya dalam

mengembleng sumber Bumiputera dan mewujudkan peluang kekayaan baru.


Usahawan Bumiputera akan digalak mewujudkan usaha sama dan perkongsian
strategik dengan usahawan bukan Bumiputera dan asing untuk mendapat manfaat
dalam kemajuan teknologi, akses kepada pasaran dan kepakaran pengurusan.
1.24 Usaha yang lebih besar akan diambil untuk memperkemaskan pelaksanaan
strategi dan program penyusunan semula guna tenaga dalam pelbagai sektor ekonomi
dan di semua peringkat pekerjaan supaya mencerminkan komposisi etnik. Pendidikan
dan latihan terus menjadi mekanisme penting untuk mencapai objektif penyusunan
semula guna tenaga. Dalam hubungan ini, lebih banyak institusi latihan dan
vokasional peringkat tinggi akan dibina dalam tempoh Rancangan untuk
membolehkan pekerja dan graduan institusi vokasional dan latihan terutamanya
Bumiputera untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.
1.25 Dalam tempoh Rancangan, pembangunan Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera (MPPB) akan tertumpu kepada mewujudkan usahawan
Bumiputera yang lebih mampan, berdikari dan bertaraf dunia. Sokongan dan
penglibatan langsung Kerajaan secara terpilih masih diperlukan. Walau
bagaimanapun, agensi pelaksana akan mewujudkan dasar tamat penyertaan yang
menetapkan tempoh masa bagi peserta menyertai program yang dilaksanakan untuk
memberi peluang kepada usahawan Bumiputera lain mendapat manfaat daripada
program tersebut. Selaras dengan objektif mewujudkan masyarakat Bumiputera kelas
pertengahan yang lebih besar dan makmur, langkah sedia ada akan diperkemaskan
lagi dan strategi baru dilaksana untuk memperkukuhkan daya tahan usahawan
Bumiputera. Di samping itu, usaha akan dilaksana untuk menyemai nilai-nilai positif
seperti amanah, disiplin dan akauntabiliti di kalangan usahawan Bumiputera. Sektor
swasta termasuk dewan perniagaan dan persatuan perdagangan dijangka terlibat
secara aktif dalam melaksanakan program-program baru bagi melahirkan lebih ramai
usahawan Bumiputera yang dinamik dan berdaya tahan.

Pertumbuhan yang Didorong oleh Produktiviti


1.26 Meningkatkan pertumbuhan produktiviti adalah penting bagi mencapai
pertumbuhan yang tinggi dengan paras harga yang stabil. Memandangkan sumber dan
keupayaan pengumpulan modal yang terhad serta persaingan hebat dalam menarik
kemasukan pelaburan asing, peralihan strategi pembangunan ekonomi daripada
strategi pertumbuhan yang didorong oleh input kepada strategi pertumbuhan yang
didorong oleh produktiviti melalui peningkatan sumbangan TFP perlu dipercepatkan.
Peningkatan dalam TFP melalui penggunaan modal dan buruh yang lebih cekap akan
membolehkan ekonomi bergerak ke sempadan pengeluaran yang lebih tinggi.
Penekanan akan diberi kepada meningkatkan pendidikan, kemahiran dan keupayaan
tenaga buruh, memperkemaskan teknik pengurusan dan organisasi, meningkatkan
P&P dan S&T, memperkukuhkan kapasiti inovasi dan melindungi hak milik
intelektual serta memperluaskan penggunaan ICT.

1.27 Kejayaan strategi pertumbuhan yang didorong oleh produktiviti bergantung


kepada tenaga kerja yang berkualiti dan berkebolehan. Dalam tempoh RMKe-8,
sistem penyampaian pendidikan dan latihan akan diorientasikan semula bagi
mempercepatkan pengumpulan modal manusia. Pengukuhan sistem ini amat penting
kerana perubahan pesat teknologi menyebabkan pengetahuan dan kemahiran yang
dipelajari menjadi tidak sesuai dengan keperluan pasaran dalam jangka masa yang
lebih singkat. Melalui pengukuhan program latihan dan latihan semula, kualiti tenaga
kerja dapat ditingkatkan dan seterusnya memendekkan keluk pembelajaran dan
mempercepatkan penggunaan proses pengeluaran yang lebih maju dan perolehan
teknologi baru. Kerajaan akan mempergiatkan usaha menyediakan lebih ramai tenaga
manusia mahir dan berpengetahuan. Dengan wujudnya tenaga manusia sedemikian,
ekonomi akan terus meningkatkan keupayaan penggunaan pengetahuan dalam semua
peringkat rantaian nilai.
1.28 Kerajaan akan terus menggalakkan firma tempatan untuk menjalankan aktiviti
P&P dan inovasi teknologi melalui penyediaan insentif fiskal dan kewangan serta
kemudahan infrastruktur yang bersesuaian. Penekanan akan diberi kepada
pembiayaan bersama dan menggalakkan program kerjasama dalam penyelidikan
antara industri dan institusi awam serta mengkomersilkan penemuan P&P.
Memandangkan pelaburan dalam P&P dan pembangunan industri strategik
melibatkan kos dan mempunyai risiko yang tinggi, pendekatan nasional yang
bersepadu akan dilaksanakan. Sumber-sumber akan disediakan kepada institusi
penyelidikan tertentu untuk membangunkan teknologi perindustrian dalam bidang
yang dikenal pasti sama ada secara bersendirian atau usahasama dengan industri.
Memandangkan bioteknologi merupakan satu daripada teknologi utama dalam abad
ke-21, dasar bioteknologi nasional akan digubal bagi merangka pendekatan yang
komprehensif dan bersepadu dalam pembangunan bioteknologi.

Peningkatan Daya Saing Sektor Utama


1.29 Proses liberalisasi dan kemajuan dalam ICT serta perubahan dalam pasaran
pengguna akan meningkatkan persaingan di pasaran global. Oleh itu, meningkatkan
daya saing negara di peringkat antarabangsa khususnya dalam sektor-sektor ekonomi
utama adalah satu daripada teras pembangunan yang penting bagi mencapai
pertumbuhan ekonomi yang mampan. Sehubungan dengan ini, langkah yang berkesan
termasuk memastikan jentera pentadbiran lebih proaktif akan dilaksanakan. Di
samping itu, persekitaran yang kondusif akan disediakan menerusi langkah seperti
menggubal undang-undang dan merangka dasar perdagangan yang sesuai. Dalam
tempoh Rancangan, sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian akan terus
menjadi penggerak utama ekonomi.
1.30 Perindustrian masa hadapan. Dalam tempoh RMKe-8, persaingan antara negara
untuk mendapatkan pelaburan, pengeluran dan pasaran akan bertambah hebat. Selain
peningkatan dalam persaingan, cabaran yang akan dihadapi berikutan kemajuan pesat

teknologi akan mempengaruhi pembangunan industri. Bagi memenuhi cabaran


tersebut dan mengekalkan momentum pertumbuhan dalam sektor pembuatan, teras
strategik ditumpukan untuk membangun industri yang mampu memenuhi keperluan
pengguna yang semakin kompleks. Di samping itu, pakatan strategik dengan syarikat
asing akan dibentuk untuk meningkatkan daya saing dan menambah peluang di
pasaran luar negara.
1.31 Selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Kedua, industri perlu beralih kepada
aktiviti rantaian nilai yang lebih tinggi dengan menumpukan kepada peningkatan
inovasi dan penggunaan teknologi baru. Aktiviti-aktiviti ini termasuklah P&P,
rekabentuk pembangunan produk, pembuatan berteknologi tinggi, proses
kejuruteraan, lojistik dan pemasaran strategik. Penekanan akan diberi kepada
pembangunan kelompok industri yang dinamik. Sehubungan dengan ini, industri
elektrik dan elektronik akan terus beralih daripada proses pengeluaran berintensif
buruh kepada penggunaan proses pengeluaran berteknologi tinggi. Industri berasaskan
sumber pula terutamanya industri petrokimia, farmarsi dan keluaran makanan digalak
menjalankan aktiviti yang mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi.
1.32 Kerajaan akan menggalakkan kepelbagaian di kalangan kelompok industri utama
memandangkan komposisi industri yang seimbang akan menyumbang kepada
pertumbuhan mampan serta meminimumkan kesan daripada turun naik permintaan.
Pada masa yang sama, industri digalak menggunakan proses pengeluaran berintensif
pengetahuan untuk meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan. Kerajaan akan terus
menggalak kemasukan FDI dalam industri yang mempunyai nilai ditambah yang
tinggi dan industri berintensif teknologi serta memberi penekanan kepada latihan
kemahiran untuk memenuhi permintaan tenaga manusia mahir oleh industri.
1.33 Memupuk kestabilan dan kecekapan sektor kewangan. Dalam tempoh RMKe-8,
penekanan akan ditumpu kepada mengukuh dan meletakkan sektor kewangan pada
kedudukan yang strategik dalam persekitaran pasaran yang lebih global dan liberal.
Teras sektor kewangan ialah untuk mewujudkan sektor kewangan yang kompetitif,
kukuh dan berdaya tahan yang akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan
ekonomi yang lebih tinggi. Bagi mencapai tujuan ini, Pelan Induk Sektor Kewangan
dan Pelan Induk Pasaran Modal akan menyediakan rangka kerja yang komprehensif
untuk pembangunan strategik sektor kewangan sepanjang tempoh 10 tahun.
1.34 Di bawah Pelan Induk Sektor Kewangan, usaha akan ditumpu bagi membentuk
kumpulan utama institusi perbankan tempatan yang kukuh. Pada masa yang sama,
institusi perbankan perlu terus memainkan peranan yang dinamik untuk menyokong
ekonomi di samping memelihara kestabilan sistem perbankan. Potensi perbankan
Islam akan diperkukuhkan lagi sebagai satu sistem yang canggih dan berdaya maju
dalam mengembleng tabungan dan menyediakan sumber pelaburan. Rangka kerja
institusi dan infrastruktur pasaran akan diperkukuhkan untuk membolehkan sistem
perbankan berfungsi dan beroperasi dengan lancar. Pembangunan dan penyelidikan ke

atas instrumen kewangan Islam juga akan digalak bagi menjana produk yang
berinovatif dan berorientasikan pelanggan.
1.35 Pelan Induk Pasaran Modal menggariskan strategi bagi pembangunan pengantara
dan institusi yang kompetitif dalam bidang utama bagi membantu kecekapan dalam
penggemblengan sumber dan membina asas domestik yang kukuh untuk sektor
perkhidmatan kewangan. Langkah akan dilaksana bagi membangunkan lagi segmen
utama pasaran modal seperti pasaran bon dan derivatif serta industri pengurusan dana.
Penekanan juga akan ditumpu kepada membangunkan industri modal teroka bagi
memudahkan pembiayaan industri berasaskan teknologi yang mempunyai potensi
pertumbuhan yang tinggi. Selain daripada itu, tumpuan akan diberi kepada
membangunkan Malaysia sebagai pusat antarabangsa aktiviti pasaran modal Islam.
1.36 Memaksimumkan potensi pelancongan. Pendekatan bersepadu dan menyeluruh
akan diberi penekanan bagi membolehkan industri pelancongan mencapai tahap
kemajuan yang lebih tinggi. Pembangunan industri pelancongan yang mampan
merupakan bahagian penting dalam merancang dan melaksanakan aktiviti
pelancongan. Usaha akan ditumpu kepada program yang mempunyai impak yang
besar dalam menarik pelancong dan meningkatkan hasil pelancongan. Malaysia akan
ditonjolkan sebagai destinasi utama pelancong, penuh dengan perayaan dan acara
menarik sepanjang tahun. Di samping itu, langkah akan terus dilaksana bagi
meningkatkan pembangunan produk, pemasaran dan promosi, keselesaan dan
keselamatan pelancong. Pembangunan sumber manusia akan diberi keutamaan selaras
dengan keperluan meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan pelancongan.
Pakatan strategik dan kerjasama antarabangsa akan terus diperkukuhkan untuk
meningkatkan lagi promosi dan pembangunan pelancongan.
1.37 Menggiatkan sektor pertanian. Dalam tempoh Rancangan, perubahan sektor
pertanian kepada sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing yang bersepadu
dengan sektor ekonomi lain akan dipercepatkan. Tumpuan utama adalah menambah
pengeluaran makanan, meningkatkan daya saing komoditi perindustrian menerusi
penyatuan kawasan pertanian dan membangunkan sumber baru pertumbuhan.
Langkah juga akan dilaksana bagi mengoptimumkan penggunaan sumber dengan
menggiatkan P&P serta menggunakan kemahiran dan teknologi baru. Perkhidmatan
sokongan dan institusi akan diperkemas untuk menggalakkan lagi perladangan
tersusun dan penyertaan aktif sektor swasta dalam aktiviti pertanian. Pengkomersilan
produk pertanian akan dipromosi melalui penumpuan yang lebih kepada aktiviti P&P
gunaan dan interaksi yang lebih rapat dengan pelabur yang berpotensi.

Perluasan Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

1.38 ICT mempunyai peranan strategik dalam mempercepatkan proses pertumbuhan


ekonomi dengan meningkatkan kecekapan dan produktiviti semua sektor dalam
ekonomi. Dalam tempoh RMKe-8, usaha akan diambil untuk mempercepatkan
pelaksanaan program dan projek berkaitan ICT di seluruh negara. Bagi mencapai
tujuan ini, penyebaran dan penggunaan ICT dalam dan antara sektor akan terus
diperluaskan. Persekitaran institusi, peraturan dan perundangan yang kondusif akan
disediakan bagi membantu pembangunan ICT dan aktiviti lain yang berkaitan.
1.39 Usaha juga akan dilaksana bagi mempercepatkan pembangunan Koridor Raya
Multimedia (MSC) dan membantu melaksana aplikasi perdana MSC. Di samping itu,
Malaysia akan dibangunkan sebagai hub ICT dan multimedia global. PKS berasaskan
ICT akan dibangun untuk menyokong ekonomi berasaskan pengetahuan. Bagi
memastikan keberkesanan pelaksanaan program ICT, pembangunan sumber manusia
akan diberi penekanan untuk menyediakan pekerja berpengetahuan dan mahir yang
mencukupi. Seterusnya, kesedaran terhadap ICT akan dipertingkatkan di kalangan
penduduk melalui kempen di seluruh negara dan pendidikan ICT. Langkah juga akan
dilaksana bagi menangani jurang digital antara golongan kaya dan miskin, kawasan
bandar dan luar bandar serta antara sektor ekonomi bagi memastikan semua
rakyatmendapat manfaat daripada ICT.

Peningkatan Pembangunan Sumber Manusia


1.40 Dalam tempoh Rancangan, teras utama pembangunan sumber manusia ialah
menyediakan asas sumber manusia yang kukuh bagi membantu pembangunan
ekonomi berasaskan pengetahuan serta meningkatkan produktiviti dan daya saing.
Sehubungan dengan ini, usaha untuk membangunkan sistem pendidikan dan latihan
yang cekap dan responsif akan dilaksana bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga
buruh berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang dilengkapi dengan nilai dan
sikap positif. Di samping itu, pengajaran mengenai nilai-nilai etika dan moral akan
diperkukuh dengan memasukkan nilai-nilai tersebut dalam kurikulum termasuk
latihan guru. Tumpuan khusus akan diberi untuk mengeluarkan lebih ramai tenaga
manusia P&P dan S&T di peringkat tinggi. Sebagai sebahagian daripada usaha untuk
menambah peluang memperoleh pengetahuan, penekanan akan diberi untuk
meningkatkan kefasihan dan kemahiran berbahasa Inggeris di peringkat sekolah dan
tertiari. Lebih banyak sekolah berasrama akan dibina bagi meningkatkan prestasi
pelajar terutamanya dalam mata pelajaran Matematik dan Sains. Selaras dengan
liberalisasi dalam pendidikan dan latihan, penyertaan sektor swasta akan dipergiatkan
terutamanya di peringkat tertiari. Sektor swasta akan digalak menambahkan kapasiti
dengan menubuhkan kampus dan institusi baru dan mengendalikan lebih banyak
program berkembar dengan universiti awam tempatan dan institusi pengajian tinggi
luar negara serta memperluaskan program pengajian jarak jauh. Di samping itu,
universiti awam dan swasta tempatan akan digalak membangunkan pusat
kecemerlangan setanding dengan universiti luar negara yang bereputasi tinggi.

1.41 Akses kepada pendidikan dan latihan berkualiti akan ditingkatkan melalui
penyediaan kemudahan pembelajaran dan pengajaran yang mencukupi terutamanya di
kawasan terpencil dan pedalaman. Peruntukan bantuan kewangan yang mencukupi
bagi meneruskan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari di institusi awam dan
swasta akan menambah peluang pendidikan dan latihan, terutamanya di kalangan
pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
1.42 Pada tahun 2005, belia merupakan 19.1 peratus dan wanita 49.5 peratus daripada
jumlah penduduk. Golongan ini merupakan bahagian penting sumber manusia yang
boleh menyumbang kepada pencapaian objektif pembangunan negara. Belia perlu
diberi bimbingan serta dibekalkan dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai
serta disemai dengan sikap dan nilai yang baik bagi menghadapi cabaran persekitaran
yang berubah dengan pantas. Usaha juga akan dilaksana untuk terus menyepadu dan
menyediakan akses kepada wanita untuk membolehkan mereka mencapai potensi
sepenuhnya dan setanding dengan lelaki dalam menyumbang kepada pembangunan.

Pencapaian Pembangunan Mampan


1.43 Penekanan akan diberi untuk menangani isu alam sekitar dan sumber asli secara
bersepadu dan menyeluruh. Langkah akan diambil bagi mengenal pasti pendekatan
pengurusan yang berhemat, berkeberkesanan kos dan sesuai yang dapat memberi
pelbagai manfaat untuk memastikan pembangunan mampan dan berdaya tahan.
Kerajaan akan mengambil langkah pencegahan awal dan menggunakan prinsip
berwaspada bagi menangani isu pengurusan alam sekitar dan sumber semulajadi.
Kerajaan juga akan mewujudkan persekitaran yang membolehkan pelaksanaan
perubahan polisi yang efektif termasuk strategi mewujudkan peluang kepada sektor
swasta menyertai pelaksanaan langkah pemuliharaan alam sekitar.
1.44 Langkah akan diambil bagi memperkukuhkan pangkalan data dalam membuat
keputusan mengenai alam sekitar dengan memperkenalkan penggunaan indikator
pembangunan mampan.Ini membolehkan Kerajaan mengenal pasti impak ke atas
alam sekitar dan merangka rancangan tindakan pemulihan dengan lebih baik. Usaha
menangani pencemaran udara akan diteruskan, terutamanya daripada kenderaan
bermotor. Dasar Air Negara akan digubal bagi memastikan sumber air dikendalikan
dengan lebih efisien dan berkesan. Di samping itu, dasar pengurusan sisa yang
komprehensif akan diperkenalkan bagi menangani isu pengurangan serta penggunaan
dan pengitaran semula sisa.
1.45 Perancangan guna tanah akan diperkukuh dan peraturan diperkenalkan bagi
mengawal akses kepada sumber biologi dan menangani isu keselamatan biologi
berkaitan dengan organisma yang diubah secara genetik. Pengurusan hal ehwal laut
secara keseluruhan akan dikaji semula bagi menangani konflik antara pelbagai aktiviti
di kawasan laut, mengurangkan tekanan ke atas persekitaran laut dan memperluaskan
kepelbagaian biologi laut dan pantai. Di peringkat antarabangsa, Kerajaan akan terus

memantau dan menyertai perundingan alam sekitar bagi memastikan langkah-langkah


yang dicadangkan dalam forum tersebut tidak akan menghalang pembangunan
Malaysia atau mendiskriminasikan produk berdasarkan ciri-ciri alam sekitar.

Peningkatan Kualiti Hidup


1.46 Usaha mengekalkan pertumbuhan ekonomi akan disertai dengan penyediaan
peluang yang lebih baik kepada semua rakyat Malaysia untuk meningkatkan kualiti
hidup mereka. Sehubungan dengan ini, penyediaan dan akses kepada perkhidmatan
sosial adalah penting untuk memastikan orang ramai dapat hidup dengan aman dan
melibatkan diri sepenuhnya dalam masyarakat. Pelaburan dalam perkhidmatan sosial
akan menyumbang dan membantu meningkatkan peluang mendapat perkhidmatan
sosial yang lebih seimbang dan saksama serta meningkatkan kualiti hidup. Kerajaan
akan terus memastikan setiap lapisan masyarakat memperolehi faedah pembangunan
menerusi penyediaan perkhidmatan sosial yang mencukupi dan berkualiti kepada
semua golongan, khususnya kumpulan berpendapatan rendah dan kurang bernasib
baik serta golongan istimewa. Tumpuan akan diberi bagi menyediakan peluang
pendidikan dan meningkatkan akses kepada kemudahan kesihatan yang lebih baik
serta perumahan yang mampu dimiliki. Di samping itu, usaha akan dilaksana bagi
menambah kemudahan kebudayaan dan riadah serta menggalakkan gaya hidup sihat.
1.47 Kerajaan akan terus menyedia dan memperbaiki kemudahan pendidikan yang
merupakan elemen penting untuk mencapai kualiti hidup yang lebih baik. Bagi
meningkatkan kadar enrolmen di peringkat prasekolah, menengah dan tertiari,
tumpuan khusus akan diberi untuk meningkatkan enrolmen dan kualiti pendidikan di
kawasan luar bandar.
1.48 Teras sektor kesihatan adalah untuk terus memperbaiki status kesihatan
penduduk menerusi peluasan program pembangunan kesihatan serta memastikan
semua rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti. Sektor
swasta akan digalak meluaskan liputan perkhidmatan kesihatan untuk melengkapi
peranan sektor kesihatan awam. Mekanisme kawal selia akan dibentuk untuk
memastikan sektor awam dan swasta menyediakan rawatan kesihatan berkualiti pada
kos yang berpatutan.
1.49 Dalam tempoh RMKe-8, tumpuan akan diberi kepada penyediaan perumahan
yang mencukupi dan mampu dimiliki oleh kumpulan berpendapatan rendah dan
sederhana. Di samping itu, penekanan akan terus diberi kepada penyediaan
kemudahan perumahan dan infrastruktur yang bertujuan meningkatkan kualiti hidup
penduduk luar bandar. Usaha akan dilaksana untuk meluaskan liputan penyediaan
kemudahan awam seperti bekalan air, elektrik dan pembetungan. Keutamaan akan
diberi kepada perluasan bekalan air di kawasan luar bandar dari sumber lain seperti
air bawah tanah, sungai dan anak sungai. Tumpuan juga akan diberi untuk
meningkatkan kapasiti dan akses kepada infrastruktur di kawasan kurang maju

sementara di kawasan bandar usaha akan ditumpu kepada meningkatkan kecekapan


dan memperbaiki perkhidmatan pengangkutan.
1.50 Aspek estetik dalam kualiti hidup akan terus diberi penekanan menerusi
penglibatan yang lebih besar dalam aktiviti seni dan kebudayaan. Ini akan digalakkan
menerusi kempen, pameran dan persembahan di peringkat negeri dan daerah. Usaha
ini akan diperlengkapkan dengan pembangunan kemudahan fizikal yang diperlukan.
Kualiti persembahan kebudayaan juga akan ditingkatkan melalui penyediaan latihan
kepada artis dan mengenal pasti bakat-bakat baru.
1.51 Sukan akan terus digalakkan sebagai alat untuk melahirkan ahli sukan bertaraf
dunia, membina gaya hidup sihat serta menguatkan semangat perpaduan, setiakawan
dan semangat kekitaan di kalangan pelbagai kumpulan etnik. Penyertaan dalam sukan
akan digalakkan melalui pelaksanaan program bersesuaian yang dapat menyumbang
kepada pembentukan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing.
1.52 Langkah perlindungan dan pendidikan pengguna akan dipergiatkan sebagai
sebahagian daripada usaha meningkatkan kebajikan pengguna. Ini akan meningkatkan
kesedaran pengguna dan melindungi kepentingan mereka. Bagi memenuhi permintaan
dan harapan pengguna yang semakin tinggi, pengeluar dan peniaga perlu
meningkatkan kecekapan dan produktiviti secara berterusan bagi menyediakan
barang-barang berkualiti pada harga yang kompetitif.

Penanganan Isu Sosial


1.53 Pembangunan ekonomi dan pembandaran akan memberi kesan ke atas norma
serta institusi sosial dan kebudayaan. Di samping itu, globalisasi mempunyai impak
dan mungkin mengancam keutuhan struktur kekeluargaan dan komuniti tradisional
serta mempengaruhi nilai-nilai budaya dan norma dalam integrasi sosial dan
pembinaan nusa bangsa. Usaha-usaha perlu dilaksanakan untuk memastikan
masyarakat mempunyai daya tahan untuk menghadapi pengaruh negatif yang
mungkin memberi kesan kepada asas keharmonian dan toleransi sosial.
Ketidakupayaan berhadapan dengan perubahan sosial termasuk perubahan gaya hidup
dan struktur kekeluargaan akan menimbulkan pelbagai masalah sosial dan menafikan
faedah pembangunan ekonomi. Oleh itu, strategi dan program pembangunan sosial
perlu digubal serta mekanisme sokongan sosial yang sesuai disediakan.
1.54 Pelan Tindakan Sosial (PINTAS) yang digubal pada tahun 1998 menyediakan
rangka kerja untuk membentuk sistem yang seimbang yang menyepadukan pelbagai
komponen pembangunan sosial dan akan dilaksanakan di seluruh negara. Bagi
menangani isu-isu sosial, PINTAS akan memberi tumpuan kepada aspek promosi,
pencegahan, penglibatan dan pemulihan. Melalui sistem ini, perkhidmatan dan
sumber yang disediakan oleh Kerajaan dan agensi bukan kerajaan akan disepadu dan
diselaraskan untuk menyokong usaha pembangunan sosial secara berkesan.

Sehubungan dengan ini, iltizam dan kerjasama daripada semua kerajaan negeri,
pertubuhan bukan kerajaan, sektor swasta, komuniti setempat dan individu adalah
perlu untuk memastikan masalah sosial dapat dicegah dan diuruskan secara
profesional.
1.55 Menyedari bahawa keluarga adalah asas kestabilan sosial dan masyarakat
penyayang, tumpuan akan terus diberi untuk memperkukuhkan unit keluarga. Usaha
akan terus diambil untuk membolehkan keluarga menghadapi cabaran kesan daripada
kepesatan pembangunan ekonomi serta memastikan kestabilan dan keharmonian
dalam keluarga. Di samping itu, program pembangunan keluarga akan terus dilaksana
bagi memastikan keluarga dan masyarakat pada umumnya berdaya tahan.

Pengukuhan Nilai Moral dan Etika


1.56 Sistem nilai murni yang menekankan tingkah laku bermoral dan beretika yang
berasaskan agama, adat dan tradisi merupakan komponen penting dalam semua usaha
pembangunan. Sifatsifat yang baik seperti amanah, disiplin, rajin, jujur, hormat dan
toleransi akan terus dipupuk dan dipelihara melalui sistem pendidikan, pertubuhan
agama dan sosial, badan perniagaan dan media. Tumpuan yang lebih akan diberi
untuk menyemai nilai-nilai positif ini di kalangan belia melalui pelaksanaan program
Rakan Muda.
1.57 Dalam usaha menjadi sebuah negara maju sepenuhnya seperti terkandung dalam
Wawasan 2020, adalah perlu untuk memupuk semangat identiti bersama dan bangga
terhadap negara berasaskan warisan dan pencapaian yang lepas serta meningkat dan
mengoptimumkan potensi yang sedia ada. Semangat identiti bersama dan berkongsi
tujuan sangat penting dalam usaha pembangunan nusa bangsa. Pemupukan nilai
positif dan kepercayaan terhadap nilai moral dan tingkah laku beretika sebagai satu
cara hidup di kalangan rakyat akan terus menjadi asas kepada kejayaan negara.

IV. PENUTUP
1.58 Teras RMKe-8 adalah untuk mengekalkan pertumbuhan dan daya saing bagi
menghadapi perkembangan globalisasi dan liberalisasi. Pengurusan berhemat
ekonomi makro bagi memastikan penggunaan sumber yang optimum dan cekap serta
usaha memperkukuhkan daya tahan sistem kewangan diperlukan untuk mengekalkan
pertumbuhan. Strategi untuk menangani cabaran utama dalam tempoh Rancangan
termasuk meningkatkan produktiviti, menambah penawaran tenaga manusia yang
berkualiti, menggiatkan aktiviti P&P dan meningkatkan pembangunan sektor yang
menyumbang kepada pertumbuhan. Bagi membolehkan negara membangunkan
ekonomi berasaskan pengetahuan, ekonomi negara perlu beroperasi pada sempadan
pengeluaran yang lebih tinggi dan mempercepatkan peralihan daripada pertumbuhan
yang didorong oleh input kepada pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Pada masa

yang sama, tumpuan akan juga diberi bagi meningkatkan kualiti hidup melalui
penyediaan perkhidmatan sosial yang lebih baik termasuk kemudahan pendidikan dan
kesihatan, perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki dan perkhidmatan lain
yang berkaitan. Usaha juga akan dilaksana bagi memastikan kehidupan sosial
masyarakat diperkukuh dan mempunyai daya tahan untuk menghadapi pengaruh
negatif yang mungkin akan memberi kesan terhadap asas toleransi dan keharmonian
sosial serta pembinaan nusa bangsa.

You might also like