You are on page 1of 16

GARIS PANDUAN PENGURUSAN DAN PENANAMAN SAWIT

DI KAWASAN TANAH GAMBUT

1.0

PENGENALAN

Perkembangan industri sawit negara telah menampakkan peningkatan


keluasan tanaman kepada lebih 4.0 juta hektar sehingga akhir 2008 yang
diusahakan dengan komoditi ini. Senario ini telah menyebabkan keluasan
tanah yang dikategorikan baik untuk sawit berkurangan. Ada petanda
bahawa penanaman sawit di masa hadapan akan tertumpu di kawasan
tanah bermasalah atau marginal seperti gambut, asid sulfat, tanah curam
dan lain-lain.

Tanah gambut dengan anggaran keluasan 2.6 juta hektar merupakan


tanah dengan beberapa masalah tertentu dan memerlukan teknik-teknik
pengurusan yang baik untuk menjadikannya lebih produktif. Pengamalan
teknologi yang disyorkan membolehkan pengeluaran hasil BTS tanaman
sawit di tanah gambut setanding dengan penghasilan di kebanyakan
tanah liat mineral.

2.0

TAKRIF TANAH GAMBUT

Tanah gambut ditakrifkan sebagai tanah yang mempunyai ketebalan


lapisan bahan ogranik melebihi 0.5 m bagi kedalaman tanah yang
melebihi 1.0 m. Bahan organik tanah pula ditakrifkan sebagai bahan yang
mempunyai sifat kehilangan berat melebihi 60% selepas pembakaran.

Bagi tujuan penanaman sawit, secara praktiknya tanah gambut boleh


dikelaskan berdasarkan kepada tahap pereputan bahan organik serta
berdasarkan kedalaman lapisan bahan organik. Faktor kedalaman dan

pereputan bahan organik mempengaruhi kaedah pengurusan dan amalan


agronomi tanaman sawit di tanah gambut.

Jadual 1 - Pengkelasan Tanah Gambut Berdasar Jenis dan


Tahap Pereputan Bahan Organik

Klasifikasi

Ciri

Berwarna kecoklatan, sebahagian besar bahan


organik belum mereput dan mudah dikelapasti.
Ketumpatan pukal tanah sangat rendah (< 0.1 g/cc)
dan keupayaan pegangan air tinggi
Sederhana sifatnya iaitu berada di antara sifat Fibric
Hemic
dan Sapric
Berwarna gelap, bahan organik telah mereput.
Sapric
Ketumpatan pukal tanah tinggi (> 0.2 g/cc) dan
keupayaan pegangan air rendah
Sumber: Paramananthan, 2000
Fibric

Tanah gambut Jenis Fibric

Tanah gambut Jenis Sapric

Jadual 2 - Pengkelasan Tanah Gambut Berdasarkan Kedalaman


Lapisan Bahan Organik1 Serta Kesesuaian Agronomi2

Klasifikasi

Kedalaman (sm)

Kesesuaian Agronomi

Cetek

50 - 100

Sangat sesuai

Sederhana dalam

100 - 150

Sesuai

Dalam

150 - 300

Sesuai

> 300

Marginal

Tersangat dalam
Sumber:

1
2

= Paramananthan et al., 1984


= Fairhurst et al., 1998

Tanah gambut dikategorikan sebagai tanah yang bermasalah (marginal


soil) yang selalunya ditemui di sepanjang kawasan pedalaman yang
rendah dekat dengan kawasan pantai dan mengandungi saliran

yang

tidak baik. Antara limitasi yang menjejaskan kejayaan penanaman sawit


adalah:

kepadatan pukal tanah rendah

keronggaan tanah berlebihan

susutan/kecutan tanah yang selalunya tinggi pada peringkat awal


pembangunan atau pembersihan kawasan penanaman menyebabkan
pokok

sawit

tumbang

mengakibatkan

banyak

bahagian

akar

terbongkas dan terdedah ke udara serta menjadi rosak

paras air yang tinggi (selalu dalam keadaan tenggelam)

pH rendah (< 3.5)

kadar C/N tinggi serta rendah tahap kesuburan terutama nutrien K dan
P dan nutrien mikro

pengikatan unsur zat pemakanan dalam baja oleh asid organan dalam
gambut seperti asid karboksilik, phenolik dan asid amino lain dan

keupayaan penampanan tanah tinggi

3.0

PENANAMAN SEMULA POKOK SAWIT

3.1

Teknik Penanaman Semula Pokok Sawit

Penanaman semula di tanah gambut boleh dilaksanakan menggunakan


berbagai teknik. Teknik-teknik tersebut adalah seperti berikut:

Teknik pembakaran sempurna pokok sawit tua ditumbangkan


beserta akar dan pangkal batang dikorek, dikumpul dan dibakar.

Teknik pembakaran separa pokok sawit tua yang mati diracun,


ditebang dan disusun di lorong tanaman untuk pembakaran, bahagian
yang tidak terbakar dijadikan bahan sungkupan benih sawit yang
ditanam.

Teknik pembakaran sifar mesra alam dan telah berjaya dilaksanakan


dari segi teknikal dan ekonomi.

Teknik tanam bawahan anak sawit ditanam antara barisan pokok


lama diikuti dengan penjarangan pokok lama dalam jangka masa 1224 bulan selepas anak benih ditanam.

Teknik pembakaran sempurna

Teknik pembakaran separa

Teknik pembakaran sifar

Teknik tanam bawahan

Walaupun banyak teknik boleh digunakan dalam penanaman semula


sawit di tanah gambut, faktor-faktor berikut perlu diambil kira dalam
pemilihan tersebut:

i.

Tumbesaran pokok sawit di kawasan pembakaran sifar adalah


sama atau lebih baik daripada di kawasan pembersihan sempurna.
Dilaporkan bahawa di kawasan pembakaran sifar, pengeluaran
BTS adalah lebih tinggi walaupun tidak signifikan berbanding di
kawasan pembersihan sempurna. Status nutrien daun dalam
kawasan pembakaran sifar lebih baik (terutamanya P dan K)
daripada kawasan pembersihan sempurna

ii.

Pembakaran boleh mengakibatkan berlakunya kebakaran tanah


gambut yang tidak terkawal. Pembakaran biojisim pokok sawit juga
mengakibatkan kehilangan yang tinggi terhadap bahan organik,
nitrogen dan sulfur yang sepatutnya boleh ditambahkan ke tanah
selain kehilangan bahan sungkupan dan humus kepada tanah

iii.

Pengurusan biojisim pokok sawit secara pembakaran adalah tidak


dibenarkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Akta Alam
Sekitar kawalan Udara Bersih Tahun 1978

iv.

Teknik tanam bawahan meningkatkan serangan kumbang badak


dan penyakit Ganoderma (penyakit RPB) serta prestasi hasil
rendah terutama apabila penjarangan dan kaedah pemusnahan
pokok tua tidak dijalankan dengan sempurna seperti disyorkan

v.

Di kawasan populasi kumbang badak amat tinggi, pembersihan


sempurna dan pembakaran separa adalah lebih diutamakan

vi.

Bagi mengawal dan mencegah penyakit RPB dari menyerang


pokok sawit, kaedah sanitasi inovatif adalah disyorkan kerana ia
berkesan dalam mengurangkan serangan penyakit RPB

Teknik Sanitasi Inovatif Sebelum Tanam Semula Sawit

3.2

Teknik Pengurusan Biojisim Inovatif Semasa Penanaman


Semula Sawit

Kajian MPOB pada tahun 2001 telah memperkenalkan teknik pengurusan


biojisim inovatif semasa penanaman semula sawit.

Dalam teknik ini

langkah-langkah berikut perlu dipraktikkan:

Pokok tua ditumbang dan dicincang dengan menggunakan


jentolak 120 HP yang dipasang dengan chipping bucket

Batang dan pelepah diracik 5 10 sm tebal dan pada sudut


45 60o supaya ianya reput dengan cepat manakala
pangkal batang sawit tua perlu dikorek dan lubangnya
dikambus semula

Semua biojisim pokok sawit dilonggokkan di sepanjang


lorong antara barisan pokok tidak melebihi 2 meter tinggi
dan tepi longgokan sekurang-kurangnya 1 meter dari lubang
tanaman dengan had longgokan sepanjang 30 meter

Disyorkan semua biojisim yang telah diracik diselerakkan


rata 3 4 m lebar di barisan tanaman. Teknik ini didapati
dapat

mempertingkatkan

pertumbuhan

pokok,

mengurangkan keperluan pembajaan sehingga 50% bagi


tempoh lima tahun pertama, sebagai bahan sungkupan yang
dapat memulihara kelembapan tanah serta mengurangkan
masalah rumpai di samping mengurangkan kos penanaman
semula

3.3

Sistem Parit Ladang

Sistem parit ladang yang cekap dan berkesan membolehkan paras air
ladang dikawal pada paras 70 - 90 sm dari permukaan tanah bagi
pertumbuhan dan penghasilan pokok yang maksima di samping
mengurangkan masalah susutan Sistem saliran juga berfungsi mengawal
paras air supaya tidak terlalu tinggi bagi mengelakkan keadaan air
bertakung di ladang. Air bertakung tidak sesuai untuk perkembangan
pokok sawit, menjejaskan penghasilannya serta menyulitkan urusan
ladang.

Pembinaan pintu air adalah penting dan bilangannya adalah satu unit bagi
setiap 40 50 hektar dan dibina secara kekal menggunakan konkrit atau
bahan lain yang dapat berfungsi mengawal air di ladang mengikut paras
yang ditentukan. Semasa penanaman semula, parit ladang lama yang
diperlukan hendaklah digali semula manakala yang tidak diperlukan
dikambus.
Jadual 3 - Spesifikasi dan Justifikasi Sistem Parit Ladang
Spesifikasi &
Justifikasi

Parit Besar

Parit Utama

Fungsi

Menurunkan
paras air
sebelum kerja
pembangunan
dimulakan

Menyalir
keluar air
berlebihan
dari ladang ke
parit besar

Saiz (m)
Lebar atas
Lebar bawah
Dalam

4.0 6.0
2.0 3.0
3.0 4.0

Intensiti
(m/hektar)

Mengikut
keperluan

Parit
Pengumpul

Parit Ladang

Menyalir
keluar air
berlebihan
dari blok
tanaman ke
parit utama

Menyalir
keluar air
berlebihan
dari dalam
blok ke parit
pengumpul

3.0 5.0
1.5 2.0
2.0 2.5

1.5 2.5
0.5 1.0
1.5 2.0

1.0 1.5
0.5 1.0
0.5 1.0

10 - 15

45 - 50

150 - 300

3.4

Parit ladang

Parit pengumpul

Parit utama

Pintu air

Sistem Jalan Ladang

Sistem jalan ladang perlu dirancang dan dibina mengikut justifikasi dan
spesifikasi yang betul bagi mengelakkan kesulitan operasi ladang dan
peningkatan kos penyelenggaraan ladang. Rangkaian jalan ladang dibina
selari dengan rangkaian sistem parit dengan jarak kedudukan antara jalan
dan parit ialah 2 hingga 4 meter:

Jalan utama :

selari dengan

parit utama dengan ukuran lebarnya

4.5 - 5.5 meter dan intensiti ialah 10-15 meter/ hektar.

Jalan ladang :

selari dengan parit pengumpul dan ukuran lebarnya


3.5 - 4.0 meter dan intensiti ialah 45-50 meter/ hektar.

10

Jalan ladang

3.5

Kepadatan Tanaman

Secara umumnya kepadatan atau jarak tanaman sawit bergantung


kepada tahap kedalaman lapisan gambut.

Kepadatan tanaman yang

tinggi iaitu sehinggga 200 pokok/hektar adalah disyorkan bagi kawasan


yang berisiko tanggi serangan penyakit Reput Pangkal Batang (RPB)

Jadual 4 - Syor Kepadatan Tanaman Sawit di Tanah Gambut

Jenis Tanah

Kepadatan Tanaman

Gambut

(bil. pokok/hektar)

Jarak (m)
Antara pokok

Antara baris

Cetek

148

8.83

7.65

Sederhana dalam

160

8.50

7.36

Dalam

160

8.50

7.36

11

3.6

Teknik Penanaman

Gambut cetek dan sederhana yang dipadatkan - teknik penanaman


lubang dalam lubang dengan saiz 1.0 x 1.0 x 0.3 meter bagi lubang
besar dan 03 x 0.3 x 0.3 meter bagi lubang kecil

Gambut dalam dan sederhana yang tidak dimampatkan teknik


penanaman lubang biasa

Teknik penanaman lubang condong sehala adalah disyorkan di tanah


gambut dalam. Kaedah ini dapat mengurangkan kehilangan hasil BTS
kesan kejadian pokok condong atau tumbang selain tidak menjejas
lorong laluan dalam ladang.

Lubang condong sehala yang disyorkan bagi penanaman sawit di


tanah gambut dalam

12

3.7

Penyediaan Lorong Tuai

Paras air tanah dan kepadatan pukal tanah rendah menyukarkan


pelaksanaan sistem mekanisasi operasi ladang

Penyediaan lorong tuai dengan menambak bahagian tengah lorong


tuai menggunakan tanah gambut membolehkan sistem mekanisasi
ladang dijalankan termasuk semasa kerja menanam

Lorong tuan secara cambering membolehkan sistem


mekanisasi operasi ladang dilaksanakan

Teknik penyediaan lorong tuai yang salah memberi


kesan terhadap arah kecondongan pokok sawit

13

3.8

Tanaman Kacang Penutup Bumi

Kajian MPOB mendapati tanaman kacang penutup bumi

Mucuna

bracteata adalah sangat sesuai ditanam di tanah gambut berbanding


tanaman penutup bumi yang lain

Keistimewaan

tanaman

ini

ialah

ianya

tahan

lindungan,

kemarau, penyakit dan perosak di samping pertumbuhan cepat

Mucuna bracteata

14

4.0

PENUTUP

Penanaman sawit di kawasan

tanah

gambut

terus

berkembang

melibatkan pihak swasta dan juga pekebun-pekebun kecil kerana telah


mendapat pulangan yang memuaskan.

Program penyelidikan dan

pembangunan (R & D) untuk membaiki sifat-sifat tanah gambut terus


dijalankan agar hasil BTS dapat ditingkatkan setanding dengan
penghasilan di tanah mineral.

Pengurusan air ladang yang cekap dan effisen, amalan menanam dan
agronomi yang betul dan penyediaan pemakanan kepada sawit dengan
kadar yang mencukupi dan seimbang adalah merupakan kriteria utama
menentukan kesesuaian sesuatu kawasan tanah gambut untuk dimajukan
dengan penanaman sawit dan harus diberi perhatian.

Semoga garis panduan ini dapat membantu pegawai pelaksana di


lapangan dalam mengurus penanaman sawit di tanah gambut oleh
pekebun kecil agar mendapat pulangan yang optimum walaupun
kekangan-kekangan seperti keperluan mekanisasi operasi ladang, pokok
condong dan tumbang, perosak dan penyakit tanaman terus merupakan
cabaran yang perlu ditangani dengan bijak.

Disediakan oleh

Unit Pemindahan Teknologi


Bahagian Pengembangan dan Kesejahteraan Rakyat
RISDA

15

5.0

RUJUKAN:

1.

Esnan A.G. Pembangunan dan Pengurusan Sawit Di Tanah


Gambut. Malaysian Palm Oil Board (MPOB), Bangi.

2.

Hasnol O. 2004. Kaedah Penanaman Semula Sawit Di Kawasan


Tanah Gambut

16

You might also like