You are on page 1of 1

1.

1 Fabrik yang diperlukan


Fabrik juga dikenali sebagai tekstil yang berasal daripada perkataan textilis yang
bermaksud tenunan. Secara amnya, perkataan fabrik bukan hanya untuk fabrik bertenun
tetapi juga untuk fabrik tanpa tenun seperti fabrik berkait dan fabrik yang dibina khas
iaitu fabrik terikat dan fabrik bernet. Fabrik terbahagi kepada dua iaitu fabrik asli dan
fabrik buatan.
Fabrik yang sesuai untuk membuat blaus ialah fabrik sederhana tebal bercorak
atau tanpa bercorak. Jenis fabrik yang digunakan untuk menghasilkan pakaian terpulang
kepada keselesaan individu. Kebiasaannya fabric yang digunakan ialah fabrik kapas
campuran. Corak pada fabrik yang dipilih juga perlu menepati citarasa pemakai.
Fabrik kapas campuran ini merupakan gentian kapas yang dicampur dengan
gentian lain seperti gentian

buatan manusia untuk menghasilkan fabrik kapas

campuran. Kelebihan menggunakan fabrik ini termasuklah:

tahan lasak.
mudah dikendalikan.
tahan panas dan tidak mudah mengembang.
mudah dijahit.

You might also like