You are on page 1of 6

SKRIP PENGACARA MAJLIS MAKAN MALAM SEJAMBAK KASIH SEKALUNG BUDI

ANJURAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 07/08

1.

CUE :

Pengarah tiba di pintu dewan.


Ketibaan Yg. Berbahagia Tuan Pengarah Institut Perguruan
Sarawak, Miri

Osman
2.

CUE :

Setelah Tuan. Pengarah mengambil tempat duduk.

ANN :
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt. dan salam sejahtera.

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Salam sejahtera pembuka bicara
Sirih junjung penyeri majlis,
Majlis Sejambak Kasih Sekalung Budi kita raikan,
Selamat datang tamu ke majlis,
majlis makan malam kita sajikan.

Yang Berbahagia Dr Zulmahari bin Merawi, Pengarah Institut Perguruan


Sarawak, Miri
Yang Berusaha Puan Tumerah bt Hj Rosmin, Timbalan Pengarah Institut
Perguruan Sarawak, Miri
Yang Dihormati Encik Mohamad bin Haji Tangah
osmanzaini_pismppprks2

Ketua Unit Khidmat Pengurusan


Yang Dihormati Tuan Haji Mohd Zailani bin Haji Jaya
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar


Saudara Abg Mohd Shukri Bin Abg Muis
Yang

Dihormati,

Ketua-ketua

Jabatan,

Ketua-ketua

Unit,

para

pensyarah, pengawai eksekutif, staf-staf sokongan, barisan Exco JPP


dan para guru pelatih sekalian.
Bersyukur kepada Tuhan kerana dengan izinNya dapat kita berkumpul
bersama-sama pada malam yang ceria ini untuk kita meraikan Majlis
Makan Malam Sejambak Kasih Sekalung Budi anjuran Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar Sesi 2007 2008 yang diketuai oleh Yang Dipertua
JPP, saudara Abg Mohd Shukri Abg Muis. Sesungguhnya majlis pada
malam ini amat bermakna kerana inilah julung julung kalinya kita
mempertemukan semua warga institut dalam majlis makan malam
seumpama ini. Alhamdullillah... Untuk pengetahuan hadirin hadirat juga,
majlis pada malam merupakan usaha yang berterusan dan tidak putus
putus dari barisan exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang diketuai
Saudara Abg Mohd Shukri Bin Abg Muis untuk mamastikan majlis yang
begitu bermakna ini menjadi realiti. Tahniah diucapkan.

3.

CUE :

Apabila Ustaz sudah bersedia.


osmanzaini_pismppprks2

ANN :

Hadirin sekalian, bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan ini
mempersilakan Sdr. Mohd Nazrin bin Othman untuk mengetuai bacaan
doa. Majlis mempersilakan....

4.

CUE :

Apabila Ustaz sudah duduk di tempatnya...

ANN :

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

CUE :

Apabila YDP JPP sudah bersedia...

ANN

: Hadirin dan hadirat, seterusnya, majlis mempersilakan Saudara Abg


Mohd Shukri Bin Abg Muis Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar

untuk

menyampaikan

ucapan

alu

aluan.

Majlis

mempersilakan....

5.

CUE :

Setelah YDP JPP mengambil tempat duduknya.

ANN :

Majlis merakamkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

CUE :

Apabila Tuan Pegarah setelah bersedia...

ANN

:Para hadirin yang dihormati. Majlis seterusnya mempersilakan Yang


Berbahagia Dr Zulmahari bin Merawi, Pengarah Institut Perguruan Sarawak,
Miri bagi menyampaikan ucapan . Dengan segala hormatnya dipersilakan.

ANN

Majlis merakamkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

osmanzaini_pismppprks2

Sebelum memulakan majlis makan malam ini, dijemput................untuk membacakan


doa makan.Dipersilakan

Bertemu cinta di Sandakan,


Gendang gendut tali kecapi,
Sambil menonton kita makan,
Pelbagai persembahan akan diseri
Sambil menikmati hidangan, beberapa persembahan akan dipertontonkan kepada
para hadirin sebagai hiburan sampingan.Dengan ini, saya secara rasminya
menyerahkan majlis seterusnya kepada dua rakan setugas saya untuk meneruskan
dan menyerikan lagi majlis kita pada malam ini.
6.

CUE :

Penyampaian Anugerah dan Sijil

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_________________________________________________________

7.

CUE :

Penyampaian Cenderamata

__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

osmanzaini_pismppprks2

8.

CUE :

Persembahan Live Band

9.

CUE :

Jamuan Berakhir

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi jujungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman
Tanjung Bundong indah berseri
Tampak bersih penghibur hati
Selesai sudah majlis ini
Terima kasih daun keladi

10.

ANN :

Hadirin sekalian. Dengan ini maka berakhirlah Majlis Makan Malam

Sejambak Kasih Sekalung Budi anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi 2007 2008.
Diharap hadirin dan hadirat semua sentiasa dalam keadaan gembira dan bahagia selalu
hendaknya. Kita akan tangguhkan majlis makan malam ini dan berharap berjumpa lagi pada
tahun akan datang.
Segala kesilapan dan kekurangan daripada pihak penganjur harap dimaafkan. Kami juga
mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak di
atas kerjasama yang jitu dihulurkan. Sekian, wabillahi taufik wal hidayah assalamualaikum
w.b.t.

osmanzaini_pismppprks2

11.

ANN :

Mengumumkan, Yang Berbahagia Dr Zulmahari bin Merawi, Pengarah

Institut Perguruan Sarawak, Miri meninggalkan majlis.

osmanzaini_pismppprks2

You might also like