You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA PERLIS

02000 KUALA PERLIS


TEL: 04-9854244 FAX: 04-9854245
Ruj Kami : PPKIBP/C29/(2)
MINIT MESYUARAT PPKIBP BERSAMA IBU BAPA
KALI PERTAMA 2015
Tarikh
Hari
Masa
Tempat:

:
15hb. Januari 2015
:
Khamis
:
2.00 petang
Kekas PPKIBP

Kehadiran :
1. Puan Azliza Bt Hamad@Ahmad
2. Puan Noorlaila Bt Zinon
3. Puan Noor Hafiza Bt Bulat
4. Puan Ida Nasyrah Bt Zainol @ Mohd
5. Puan Norhidayah Bt Musa
6. Puan Aslini Bt Omar
7. En. Mahazir Bin Jusoh
8. En. Mohd Shafiq Bin Shahidan
9. Puan Natasha Amira Bt Zazali
10. Puan Zaleha Bt Marsat
11. Puan Hasmah Bt Ismail
12. Cik Fatin Hazwani Bt Othman
13. Puan Siti Nor Haslinda Bt Yahya
14. Puan Siti Saleha Bt Hamzah
15. Puan Nur Awatiff bt mohd Redzoan
16. Puan Noor Hayati Bt Abdullah
1.

( Naib Pengerusi )
( Setiausaha )

Ucapan Aluan.
1.1 Pengerusi Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru,ppm dan ibu bapa
serta waris kerana dapat menghadirkan diri pada perjumpaan kali petama sesi 2015.
Pengerusi memaklumkan bahawa Tuan Guru Besar tidak dapat hadir kerana menghadiri
mesyuarat di JPN. Pengerusi majlis menyampaikan salam Tuan Guru Besar kepada ibu bapa
dan waris yang hadir.
1.2 Pengerusi memperkenalkan sekali lagi Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
dan guru-guru kelas kepada ibu bapa.
Tahun 1 Cikgu Mohd Shafiq
Tahun 2 Cikgu Natasha
Tahun 3 Cikgu Fatin
Tahun 4 Cikgu Zaleha
Tahun 5 Cikgu Norhidayah

2. Peraturan Sekolah.
2.1

Murid tidak dibenarkan sesekali untuk ponteng ke sekolah. Bagi murid yang tidak dapat
hadir ke sekolah atas sebab tertentu, ibu bapa hendaklah menulis sepucuk surat makluman
atau menghantar pesanan ringkas kepada guru kelas. Sekiranya murid tidak hadir ke sekolah
selama tiga kali beturut-turut tanpa sebab, surat amaran pertama akan dikeluarkan. Jika
masih tidak hadir, amaran kedua dan ketiga akan diberikan.

2.2 Kekemasan pakaian ke sekolah adalah perkara yang paling dititkberatkan. Ibu bapa dan waris
murid hendaklah sentiasa memastikan anak-anak mereka menjaga kekemasan diri dari segi
rambut, kuku, pakaian dan kasut sekolah. Pakaian sekolah mestilah lengkap dengan tanda
nama dan lencana sekolah.
2.3 Pengambilan anak waktu balik. Ibu bapa harus mengambil anak mereka pada waktu yang
telah ditetapkan dan menunggu anak mereka di hadapan kelas. Bagi ibu bapa yang anaknya
tidak mempunyai masalah dari segi fizikal, anak boleh dihantar melalui pagar belakang atau
pagar di hadapan pra sekolah. Bagi murid yang mempunyai masalah fizikal, ibu bapa boleh
menghantar anaknya sampai di hadapan kelas.
2.4

Waktu rehat murid sama dengan tahap 1. Walaubagaimanapun, murid akan keluar rehat 5
minit awal dari aliran perdana untuk mengelakkan kesesakan semasa membeli makanan.
Semua murid PPKIBP mendapat RMT secara percuma. Murid diminta datang awal ke
sekolah untuk bersarapan terlebih dahulu.

2.5

Elaun murid khas ( EMK ). Semua pengeluaran elauan mestilah mengikut prosedur yang telah
ditetapkan. Ibu bapa perlu mengisi borang permohonan dan diluluskan oleh Tuan Guru Besar.
Sekiranya Tuan Guru Besar tiada, Guru Penolong Kanan boleh meluluskan permohonan
tersebut. Setakat ini semua murid mendapat EMK kecuali Mohd Nazri, Shafiq Aiman dan
Mohd Danish. Ini disebabkan murid-murid tersebut dalam proses mendapatkan kad OKU.
Permohonan EMK dibuat dua kali setahun dan diuruskan oleh guru Data iaitu Puan Noor
Hafiza. Ealun murid akan dimasukkan pada bulan Februari dan September.

2.6

Ibu bapa perlu memastikan anak mereka mempunyai Buku Simpanan Nasional ( BSN ) dan
kad OKU. Ibu bapa juga perlu memaklumkan sekiranya terdapat perubahan dalam nombor
telefon bimbit mereka. Ini untuk memudahkan guru menghubungi mereka sekiranya terdapat
sebarang masalah berkaitan anak mereka.

3.0 Perlantikan AJK Sarana Ibu Bapa PPKIBP


Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
AJK

:
:
:
:
:
:

Puan Noraini
Puan Warizani Bt Junus
Puan Rusmira
Puan Rokiah
En. Ibrahim
En. Ahmad

4.0

Hal-Hal Lain.

4.1

Penganjuran Hari Q oleh Jabatan Pendidkan Khas. Murid-murid PPKIBP SK Kuala Perlis
akan menunjukkan kemahiran menganyam bakul pada hari pameran tersebut.

4.2 Aktiviti lawatan, Terapi dann Hari Keluarga mestilah dirancanag dan. Lawatan akan
dilaksanakan pada bulan April. Antara aktiviti lain yang akan dilangsungkan dalam bulan
April ialah Kejohanan Balapan dan Padang, MTQ dan Pertandingan Nasyid .
4.3 Penolong Kanan memaklumkan bahawa SK Kuala Perlis telah menang dalam kategori
Pengurusan Ko-Kurikulum Terbaik Peringkat Negeri. Semoga kita dapat mengekalkan
pencapaian ini dari masa ke semasa.
4.4 Ibu bapa boleh memberikan sumbangan dalam bentuk apa jua tidak kira wang ringgit,
peralatan, tenaga dan sebagainya dalam usaha untuk mencantikkan kelas PPKIBP.
4.5 Penolong Kanan memaklumkan bahawa Program PPKIBP akan dibuka di SMK Kuala Perlis
pada hujung bulan Januari ini.

5.0

Ucapan Penutup.
Pengerusi majlis berharap agar semua guru dapat menjalankan tanggungjawab
yang diamanahkan dengan baik.

Disediakan oleh:

.
( PN. NOORLAILA BT ZINON)
S/U PPKBIP
SK KUALA PERLIS

Disemak oleh:

.
( PUAN AZLIZA BT HAMAD @ AHMAD )
PENOLONG KANAN PPKIBP
SK KUALA PERLIS

You might also like