You are on page 1of 1

Objektif organisasi

Pejabat kesihatan bahagian kapit bertanggungjawab di dalam aspek


perancangan, perlaksanaan, pemantauan dan penilaian keatas aktiviti-aktivitinya
untuk memastikan perkhidmatan kesihatan promotif, pencegahan, pemulihan
serta kawalan penyakit dapat diberikan dan disampaikan kepada masyarakat
dalam bahagian secarara khusus dan negeri Sarawak pada amnya, kearah
mencapai tahap kesihatan yang optima sepanjang hayat. Untuk mencapai hasrat
ini, objektif-objektif bagi pejabat kesihatan bahagian kapit adalah seperti di
bawah ini.
Objektif keseluruhan
Untuk mencapai kesihatan optima bagi semua penduduk melalui pendekatan
penjagaan serta rawatan kesihatan asas yang dinamik selaras dengan teknologi
yang sesuai dan terkini ke arah peningkatan taraf kesihatan penduduk secara
menyeluruh.
Membantu setiap individu mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi
membolehkan mereka menjalani kehidupan yang produktif dengan memberi
tumpuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan daif.
Mengalakkan penyertaan dan penglibatan masyarakat dan individu termasuk
penglibatan NGOs, agensi kerajaan dan swasta dalam penjagaan kesihatan
komuniti dan kesihatan kendiri menerusi perkonsian pintar.
Memenuhi dengan seboleh-bolehnya keperluan pelanggan dalaman dan luaran
yang berurusan dengan pejabat kesihatan bahagian kapit kearah
penambahbaikan berterusan perkhidmatan yang diberi, demi kebaikan dan
kepuasan bersama.

Visi organisasi
Bahagian kapit akan menjadi sebuah bahagian yang terdiri daripada individu,
keluarga dan masyarakat yang berpengetahuan dalam aspek amalan dan
penjagaan kesihatan kendiri dan sihat dari segi jasmani, rohani, mental, sosial
dan persekitaran.

Misi organisasi
Pejabat kesihatan bahagian kapit akan menyediakan system kesihatan yang adil
dan saksama, cekap, mampu disediakan dan diperolehi, berteknologi sesuai,
serasi pelanggan dan bersesuaian dengan pesekitaran serta mewujudkan
penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam penjagaan kesihatan kendiri.

You might also like