You are on page 1of 6

TUGASAN

________________________________________________________________________
HBML3203
TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
SEMESTER SEPTEMBER 2016
________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA PELAJAR
1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak
kursus ini.
2. Jawab dalam bahasa Melayu.
3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MS-WORD melainkan dinyatakan sebaliknya.
Anda tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti . jpeg /
.gif / print screen / dan lain-lain format berkaitan.
4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada myINSPIRE untuk penyediaan
dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times
New Roman dan langkau baris 1.5.
5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.
Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan
tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah
perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.
6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui myINSPIRE. Sila rujuk kepada
portal untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan
menyimpan salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.
7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail.
8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 31hb Oktober 13hb November 2016. Serahan selepas
13hb November 2016 TIDAK akan diterima.
9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga
dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.
10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti
yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di myVLE).
11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai bukti
penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan penghantaran
tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar.

PENILAIAN
Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.
Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.
PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH
Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut
No.
1
2
3
4

% Kumpulan Pertindihan
0 30
30.01 50
50.01 70
70.01 100

% Potongan Markah
0
5
10
100

Tugasan yang dikenal pasti mempunyai pertindihan tugasan bagi mana-mana kumpulan
pertindihan di atas tidak dibenarkan untuk rayuan. Bagi pelajar dalam kategori pertindihan
tugasan kumpulan 70.01-100, akses online rayuan semakan semula tugasan bagi subjek
berkaitan dilupuskan dari pilihan rayuan.

SOALAN TUGASAN
Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, anda perlu menggunakan pengetahuan pengajaran
Tatabahasa dan Kemahiran Bahasa Melayu untuk diaplikasikan dalam konteks pendidikan
bahasa di sekolah rendah bagi menjawab soalan tugasan ini.
Anda dikehendaki memilih SEBUAH sekolah rendah untuk dijadikan sebagai lokasi kajian
bagi menghuraikan bagaimana Tatabahasa dan Kemahiran Bahasa Melayu diaplikasikan
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.
Pengaplikasian hendaklah memenuhi maklumat-maklumat berikut:
i. Penjelasan konsep tatabahasa dan kedudukannya dalam sukatan dan huraian sukatan
pelajaran Bahasa Melayu KSSR, termasuk pembicaraan aspek wacana yang meliputi
kohesi, koheren, konsep, jenis dan fungsi.
ii. Perbincangan pengaplikasian wacana berformat dan tidak berformat, pentafsiran
proses wacana berformat dan tidak berformat dalam tatabahasa dan pemaparan contoh
penyataan yang sesuai bagi wacana argumentatif dan deskriptif.
Bagi memudahkan tugasan ini dijalankan, anda perlulah:
a. mendapatkan kerjasama daripada Pengetua, Ketua Bidang Bahasa dan Ketua Panitia
sekolah berkenaan untuk menyemak butiran pengajaran Tatabahasa dan Kemahiran
Bahasa Melayu;
b. mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang bersesuaian bagi mempertingkatkan
kualiti kandungan penulisan anda;
c. menggunakan bahan grafik untuk menjelaskan inti pati penulisan tugasan serta
melampirkan gambar dan bahan sokongan yang berkaitan dengan kajian anda.
Laporkan dalam bentuk format laporan ilmiah dan disokong dengan fakta dan rujukan
daripada sekurang-kurangnya EMPAT sumber rujukan yang berkaitan.
[Jumlah: 40 markah]

Rubrik Tugasan
Kriteria
Pengenalan

Wajaran

Tidak Lengkap

Lemah

Sederhana

Baik

Cemerlang

Markah
Penuh
4

Tiada sebarang
pengenalan atau
latar belakang
kajian.

Pengenalan atau latar


belakang kajian yang
sederhana dan tidak
begitu berkaitan.

Pengenalan atau latar


belakang kajian agak baik
tetapi tidak meliputi
keseluruhan objektif
kajian.

Pengenalan atau latar


belakang kajian yang
baik dan mampu
memperjelaskan
objektif kajian.

Pengenalan atau latar


belakang kajian yang
sangat baik, teliti dan
memperjelaskan
keseluruhan objektif
kajian.

Penjelasan
konsep
tatabahasa dan
kedudukannya
dalam sukatan
dan huraian
sukatan
pelajaran
Bahasa Melayu
KSSR,
termasuk
pembicaraan
aspek wacana
yang meliputi
kohesi,
koheren,
konsep, jenis
dan fungsi.

2.5

Tiada penjelasan
yang berkaitan.

Menyatakan secara
ringkas konsep dan
kedudukan tatabahasa
dalam sukatan dan
huraian sukatan
pelajaran Bahasa
Melayu KSSR. Tiada
konteks susunan yang
rapat antara kohesi dan
koheren selain tidak
memaparkan konsep,
jenis dan fungsi wacana
yang padat.
Tiada sebarang contoh
disertakan.

Menyatakan konsep dan


kedudukan tatabahasa
dalam sukatan dan
huraian sukatan pelajaran
Bahasa Melayu KSSR
dengan tidak lengkap.
Membincangkan tentang
konteks susunan yang
rapat antara kohesi dan
koheren namun tidak
memaparkan konsep,
jenis dan fungsi wacana.
Isi kandungan penulisan
tidak begitu teratur dan
tidak terperinci.
Contoh turut disertakan
bagi menyokong
perbincangan namun
tidak begitu berkaitan.

Menjelaskan konsep
dan kedudukan
tatabahasa dalam
sukatan dan huraian
sukatan pelajaran
Bahasa Melayu KSSR
dengan baik dan teratur.
Perbincangan tentang
konteks susunan yang
rapat antara kohesi dan
koheren adalah baik
selain memaparkan
konsep, jenis dan
fungsi wacana dengan
baik.
Isi kandungan
penulisan tidak begitu
teratur dan tidak
terperinci.
Contoh yang berkaitan
turut disertakan bagi
menyokong
perbincangan.

Menjelaskan konsep dan


kedudukan tatabahasa
dalam sukatan dan huraian
sukatan pelajaran Bahasa
Melayu KSSR
dengan sangat baik, teratur
dan lengkap.
Perbincangan tentang
konteks susunan yang
rapat antara kohesi dan
koheren adalah sangat
teliti dan sangat jelas
selain memaparkan
konsep, jenis dan fungsi
wacana dengan sangat
terperinci.
Contoh-contoh yang amat
baik dan sangat berkaitan
turut disertakan bagi
menyokong perbincangan.

10

Pengaplikasian
wacana

2.5

Menyatakan secara
ringkas pengaplikasian

Menyatakan
pengaplikasian tatabahasa

Menjelaskan
pengaplikasian

Menjelaskan
pengaplikasian tatabahasa

10

Tiada penjelasan

Kriteria
berformat dan
tak berformat,
pentafsiran
proses wacana
berformat dan
tak berformat
dalam
tatabahasa dan
pemaparan
contoh
pernyataan
yang sesuai
bagi wacana
argumentatif
dan deskriptif.

Wajaran

Tidak Lengkap

Lemah

Sederhana

Baik

Cemerlang

yang berkaitan.

tatabahasa dari sudut


penggunaan wacana
berformat dan tidak
berformat.

dari sudut penggunaan


wacana berformat dan
tidak berformat
dengan tidak lengkap.

Penghuraian proses
wacana dalam
penulisan argumentatif
dan deskriptif adalah
tidak meluas.
Pernyataan wacana
yang ditunjukkan juga
tidak sesuai.
Tiada sebarang contoh
yang sesuai disertakan.

Penghuraian proses
wacana dalam penulisan
argumentatif dan
deskriptif adalah tidak
tersusun dan tidak begitu
jelas. Pernyataan wacana
yang ditunjukkan hanya
sebahagian sahaja yang
bersesuaian. Hanya
sebahagian sahaja contoh
yang disertakan adalah
bersesuaian.

Maklumat
Sokongan
(Sorotan
Kajian)

Huraian tidak
dijelaskan dengan
baik. Tiada
maklumat
sokongan.

Huraian disertakan
dengan satu maklumat
sokongan yang kurang
tepat dan memerlukan
penerangan.

Huraian dijelaskan secara


terperinci dan disertakan
dengan dua maklumat
sokongan yang umum.

Kesimpulan

Kesimpulan yang
tidak jelas dan
tidak menjawab
persoalan
tugasan.

Kesimpulan yang boleh


diterima tetapi tidak
menjawab persoalan
tugasan dengan baik.

Kesimpulan yang boleh


diterima. Ia menjawab
persoalan tugasan.

tatabahasa dari sudut


penggunaan wacana
berformat dan tidak
berformat
dengan baik dan teratur.
Penghuraian proses
wacana dalam
penulisan argumentatif
dan deskriptif adalah
baik. Pernyataan
wacana yang
ditunjukkan agak
teratur namun tidak
begitu terperinci.
Contoh-contoh yang
berkaitan turut
disertakan bagi
menyokong
perbincangan.
Huraian dijelaskan
secara terperinci dan
disertakan dengan
sekurang-kurangnya
tiga maklumat
sokongan yang
terperinci.
Kesimpulan yang jelas
dan menjawab
persoalan tugasan
dengan baik.

Markah
Penuh

dari sudut penggunaan


wacana berformat dan
tidak berformat dengan
sangat baik, teratur dan
lengkap.
Penghuraian proses
wacana dalam penulisan
argumentatif dan deskriptif
adalah sangat teliti, jelas
dan terperinci.
Contoh-contoh yang amat
baik dan sangat berkaitan
turut disertakan bagi
menyokong perbincangan.

Huraian dijelaskan secara


terperinci dan disertakan
dengan sekurangkurangnya empat
maklumat sokongan yang
jelas dan terperinci.

Kesimpulan yang jelas dan


padat serta menjawab
persoalan tugasan dengan
sangat jelas dan
menyeluruh.

Kriteria
Organisasi

Wajaran
1

Tidak Lengkap

Lemah

Sederhana

Baik

Cemerlang

Kebanyakan
keterangan tidak
disusun mengikut
logik dan
penulisannya
adalah tidak
bermakna.

Beberapa keterangan
tidak disusun mengikut
logik dan cara
penulisannya adalah
tidak memuaskan.
Penulisan tidak
mengikut kriteria yang
dikehendaki dan format
yang ditetapkan.
Penulisan bibliografi
tidak mengikut gaya
APA.

Kebanyakan keterangan
disusun mengikut logik
dan cara penulisannya
adalah memuaskan.

Keterangan disusun
mengikut logik dan
penulisannya adalah
bermakna.

Kebanyakan keterangan
disusun mengikut logik
dan penulisannya jelas,
menarik dan bermakna.

Penulisan tidak mengikut


kriteria walaupun
mengandungi bahagian
pengenalan, huraian dan
pelaporan tentang tajuk
tetapi rumusan kurang
tersusun. Penulisan
bibliografi tidak
mengikut gaya APA.

Penulisan mengikut
kriteria iaitu
mengandungi bahagian
pengenalan, huraian
dan pelaporan tentang
tajuk tetapi rumusan
kurang tersusun.
Penulisan bibliografi
tidak mengikut gaya
APA sepenuhnya.

Penulisan mengikut
kriteria iaitu mengandungi
bahagian pengenalan,
huraian dan pelaporan
tentang tajuk serta
rumusan disusun mengikut
format. Penulisan
bibliografi mengikut gaya
APA sepenuhnya.

JUMLAH MARKAH

Markah
Penuh
4

40

You might also like