You are on page 1of 9

LAMPIRAN 2

MAKLUMAT TAMBAHAN
PEMARKAHAN PAJSK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

1.0.

Tafsiran Aktiviti Peringkat Antarabangsa:


1.1.

Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Bahagianbahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKK),
Bahagian Sukan (BS), Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK),
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Bahagian
Pendidikan Khas (BP Khas) dan Bahagian Pendidikan Swasta (BP Swasta)

1.2.

Penyertaan dan penglibatan murid di luar negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan agensi
bukan kerajaan (NGO)/kumpulan/individu dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian serta Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM.

1.3.

Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan jemputan penyertaan murid dari luar
negara yang diurus sepenuhnya oleh Bahagian-bahagian di KPM melalui tapisan Bahagian Hubungan
Antarabangsa, KPM.

1.4.

Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara dengan melibatkan penyertaan murid dari luar negara
yang dikelola/dianjur oleh sekolah, agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) dengan kelulusan Bahagian
Kokurikulum dan Kesenian, KPM dan telah melalui tapisan serta kebenaran Bahagian Hubungan
Antarabangsa, KPM.

1.5.

Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka
(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28
Disember, 1967, No. 5652 Peraturan Kursus Pengajian). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati
tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.

1.6.

Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain di KPM selain BKK dan BS dianggap sebagai kelulusan untuk
menjalankan program sahaja. Bagi tujuan pengiktirafan diminta merujuk kepada BKK dan BS.
1

2.0.

3.0

Tafsiran Aktiviti Peringkat Kebangsaan:


2.1.

Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha


Kementerian Pendidikan Malaysia melalui BKK dan BS, KPM

serta diurus sepenuhnya oleh

2.2.

Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negara yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada BKK dan BS, KPM.
Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 buah negeri (3 buah sekolah dari setiap negeri)
TIDAK termasuk tuan rumah. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak sama atau bertindan dengan
aktiviti yang dikelolakan oleh KPM bagi tahun semasa. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai keturunan
kaum

2.3.

Program kebangsaan yang dikelolakan oleh pihak sekolah tanpa kelulusan BKK dan BS, KPM adalah dikira
markah penyertaan peringkat sekolah sahaja.

2.4.

Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka
(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28
Disember, 1967, No. 5652 Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak
menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.

2.5.

Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain di KPM selain BKK dan BS dianggap sebagai kelulusan untuk
menjalankan program sahaja. Bagi tujuan pengiktirafan diminta merujuk kepada BKK dan BS.

Tafsiran Aktiviti Peringkat Negeri:


3.1.

Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh Jabatan
Pendidikan Negeri.

3.2.

Penyertaan dan penglibatan murid di dalam negeri yang diusaha dan diurus oleh agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 Daerah (sekurang-kurangnya 3
buah sekolah bagi setiap daerah) TIDAK
termasuk tuan rumah. Bagi negeri yang tiada daerah
pengelolaan hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya 10 buah sekolah. Penyertaan mestilah melibatkan
2

pelbagai keturunan kaum. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dengan aktiviti yang
dikelolakan oleh JPN bagi tahun semasa.

4.0.

3.3.

Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah boleh diiktiraf sebagai program peringkat negeri dengan
syarat melibatkan sekurang-kurangnya 15 buah sekolah dari 3 daerah dan mendapat kebenaran daripada
Pengarah Pendidikan Negeri. Kos tidak melibatkan JPN dan PPD.

3.4.

Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka
(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28
Disember, 1967, No. 5652 Peraturan Kursus Pengajian). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati
tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.

Tafsiran Aktiviti Peringkat Daerah:


4.1

Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan serta diurus sepenuhnya oleh Pejabat
Pelajaran Daerah.

4.2.

Penyertaan dan penglibatan murid di dalam daerah yang diusahakan dan diurus oleh agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan (NGO) dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pejabat Pelajaran
Daerah. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 5 sekolah

4.3.

Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah (melibatkan lebih daripada 5 sekolah) tanpa kelulusan Pejabat
Pelajaran Daerah adalah dikira markah penyertaan aktiviti peringkat sekolah sahaja.

4.4.

Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka
(bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28
Disember, 1967, No. 5652 Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak
menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.

5.0.
Bil.
5.1.

HURAIAN PEMBERIAN MARKAH


Isu/ Perkara berbangkit

Huraian/ penjelasan

Program-program Khas Kebangsaan, contoh:


i.

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia

ii.

Pertandingan Menulis Surat kepada


Perdana Menteri.

Peringkat Pelaksanaan
a. Sekolah

Sekolah

b. Daerah

Daerah

iii.

Larian 1 Murid 1 Sukan (1M1S):

iv.

Gotong Royong Kebangsaan.

v.

Bulan Kecergasan Malaysia.

c. Bahagian

vi.

Sambutan Hari Habitat Sedunia

d. Negeri

vii.

Perhimpunan Sejuta Belia .

viii.

Minggu Alam Sekitar

ix.

Hari Sukan Negara

x.

Bulan Kecergasan Negara

Markah Penyertaan

e. Kebangsaan

Bahagian
Negeri
Kebangsaan

Catatan: Pemberian markah penglibatan murid bergantung kepada jenis


Penglibatan (penglibatan 1, 2 atau 3)

Bil.
5.2.

Isu/ Perkara berbangkit

Huraian/ penjelasan

Program-program Khas Negeri, contoh:


i.

Perkhemahan Pengakap Daerah


Jengka 30 tahun Peringkat
Antarabangsa.

ii.

Jambori Pengakap JOTA/JOTI

iii.

One Contemporary Art Competition


anjuran Kementerian Pelancongan.

iv.

HHH Run / Sunset Run

v.

Peringkat Kelulusan/
Pengurusan (Rujuk takrif
antarabangsa/kebangsaan)

Markah Penyertaan

a. Sekolah

Sekolah

b. Daerah

Daerah

Pesta Tanglong Perdana (Perak)

c. Bahagian

Bahagian

vi.

Larian Antarabangsa Jambatan Pulau


Pinang

d. Negeri

Negeri

vii.

Kuala Lumpur International Marathon

e. Kebangsaan

Kebangsaan

viii.

Klang 10K Run

f.

Antarabangsa

Antarabangsa

Pengiktirafan penglibatan murid dalam larian-larian peringkat


antarabangsa adalah seperti berikut:
i.

Penyertaan individu/sekolah dikira penyertaan peringkat


sahaja.

sekolah

ii.

Penyertaan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD)


dikira penyertaan peringkat Daerah

iii.

Penyertaan melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia


(MSSM) negeri berkenaan perlu disokong dengan surat dan dikira
penyertaan peringkat negeri.

Kejayaan/Pencapaian murid diberikan markah mengikut tahap penyertaan.

Bil.

Isu/ Perkara berbangkit

5.3.

Program-program berkembar sekolah Premier,


sekolah kluster, Sekolah Prestasi Tinggi dan
SBP
i.

5.4.

Huraian/ penjelasan
i.
ii.

Program berkembar antara sekolah


dengan universiti/kolej/sekolah luar
negara

Pengujian secara terus (On-Line Assessment)


bagi program Ko-Akademik
Penglibatan murid-murid dalam Kuiz Matematik
dan seumpamanya, secara individu berbayar
(Peringkat Antarabangsa)

Aktiviti ini tidak diterima pakai dalam pengiraan penilaian markah


kokurikulum, kerana:
i.

Aktiviti tidak melalui dan mendapat kebenaran Bahagian Kokurikulum


dan Kesenian/KPM.

ii.

Kelebihan kepada individu yang berkemampuan dan mempunyai


kemudahan IT.

iii.

Sistem penilaian yang dijalankan dan pelaksanaanya tidak jelas dan


tidak diketahui, keesahan dan kebolehpercayaan diragui.

iv.

Tidak diketahui siapa penganjur di peringkat kebangsaan dan


bertanggungjawab bagi sebarang perkara berbangkit.

v.

Penyertaan secara terbuka tanpa apa-apa saringan dari segi


pemilihan calon berbanding Aktiviti Olimpiad Sains dan
Matematik yang diuruskan oleh Bahagian Kokurikulum dan
Kesenian, KPM.

i.

Sebarang kelulusan aktiviti dan pengiktirafan perlu mendapat


kelulusan BKK, KPM

ii.

Pengiktirafan hanya akan diberi selepas sesuatu program itu


selesai dijalankan dan laporan dihantar ke BKK, KPM

Contoh:
i.

5.5.

Lawatan keluar ke sekolah berkembar di luar negara diikhtiraf


sebagai peringkat antarabangsa.
Lawatan masuk diikhtiraf sebagai aktiviti peringkat sekolah

International Competititions and


Assessments for School),
Penganjur: Educational Assessment
Australia, The University of New
South Wales, Sydney, Australia

ii.

Essay writing/Penulisan
sajak/pertandingan melukis /cipta
laman blog

iii.

Skor A

Kejohanan Seni Bela Diri Jemputan


i.

Kebangsaan

ii.

Antarabangsa

Bil.
5.6.

5.7.

Isu/ Perkara berbangkit


Pemarkahan Aktiviti Olimpiad / Kuiz seperti:
i.

International Mathematics Olympiad (IMO)

ii.

International Physics Olympiad (IPHO)

iii.

International Junior Science Olympiad


(IJSO)

iv.

National Science Challenge

v.

Kuiz Kimia Kebangsaan

Penglibatan murid-murid dalam Program


Kerajaan Negeri seperti:
i.
ii.
iii.

5.8.

Bandar Kembar Seremban Bukit Tinggi,


Sumatera, Indonesia
Pulau Pinang Medan, Indonesia
Ipoh Fukuoka, Jepun

Penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang


berkaitan dengan Agensi Bukan Kerajaan (NGO),
contoh aktiviti:
i.

Khidmat Masyarakat Highway Duty

ii.

Perkhemahan

iii.

Pertandingan Kawad Kaki

iv.

Pertandingan Seni Bela Diri

Huraian/ penjelasan

i.

Peringkat pertama yang dijalankan di sekolah dikira sebagai


khidmat sumbangan peringkat sekolah (10 markah).

ii.

Peringkat kedua, peserta dipanggil oleh BKK KPM untuk


menghadiri kem latihan peringkat kebangsaan layak mendapat
markah penyertaan peringkat kebangsaan (17 markah) dan
markah pencapaian sekiranya berjaya.

iii.

Peserta yang terpilih untuk mewakili Negara ke peringkat


antarabangsa layak untuk mendapat markah penyertaan
peringkat antarabangsa (20 markah) dan markah pencapaian
sekiranya berjaya.

Penglibatan pelajar diiktiraf sebagai penglibatan antarabangsa,


pemilihan sesorang peserta melalui saringan dan pemilihan oleh
jawatankuasa khas yang dilantik.

Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian


Pendidikan Malaysia / Jabatan Pendidikan Negeri / Pejabat Pendidikan
Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan).
Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang dipohon.
Peringkat penglibatan :
a. Kelulusan PPD penglibatan peringkat daerah
b. Kelulusan JPN penglibatan peringkat negeri
c. Kelulusan KPM penglibatan peringkat kebangsaan
Sekiranya penglibatan tanpa kelulusan KPM/JPN/PPD markah
penglibatan dan pencapaian tidak dikira.

Bil.

Isu/ Perkara berbangkit

Huraian/ penjelasan

5.9.

Penglibatan murid-murid dalam pertubuhan


yang tidak terdapat/tidak berdaftar di sekolah

Sekiranya aktiviti yang dianjurkan mendapat kelulusan daripada


KPM/JPN/PPD maka markah Penglibatan dan Pencapaian murid boleh
diambil kira walaupun aktiviti tersebut tidak tersenarai di peringkat
sekolah.

5.10.

Penglibatan murid dalam aktiviti yang berkaitan


dengan Agensi Kerajaan (GO), contoh:

Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada Kementerian


Pendidikan Malaysia / Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat Pelajaran
Daerah terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan).
Markah penglibatan tertakluk kepada peringkat kelulusan yang dipohon.

5.11.

i.

Sambutan Hari Kor Kadet Polis

ii.

Festival Kebudayaan

iii.

Hari Kebangsaan

iv.

Hari Pahlawan

v.

Hari Koperasi

vi.

Larian Bomba

vii.

Hari Belia Kebangsaan

Aktiviti yang berkaitan dengan pihak Istana


dan Kerajaan Negeri

Peringkat penglibatan :
a. Kelulusan PPD penglibatan peringkat daerah
b. Kelulusan JPN penglibatan peringkat negeri
c. Kelulusan KPM penglibatan peringkat kebangsaan

Semua aktiviti yang melibatkan Institusi Raja dan Setiausaha Kerajaan


Negeri perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri
dan dikira sebagai penglibatan peringkat negeri.

Bil.

Isu/ Perkara berbangkit

5.12.

Aktiviti Khidmat Masyarakat (Ekstra Kurikulum)


i.

Aktiviti Kejiranan/Komuniti

ii.

Aktiviti Alam Sekitar

iii.

Aktiviti Bencana Alam

iv.

Aktiviti Khidmat Jabatan/Agensi

v.

Aktiviti Kebudayaan/
Kesenian/Integrasi

vi.

Aktiviti Kerohanian

vii.

Aktiviti Insaniah

Huraian/ penjelasan
Sebagai kawalan pihak sekolah diminta membuat verifikasi dengan
maklumat seperti berikut:
a. Nama aktiviti
b. Rekod kehadiran / penglibatan
c. Ulasan pencapaian / hasil
d. Pengesahan dan perakuan
# Aktiviti Khidmat Masyarakat yang dilaksanakan dalam aktiviti
sedia ada seperti Perkhemahan Tahunan Pasukan Badan
Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan tidak dikira
sebagai Ekstra Kurikulum

# Pengenalan Khidmat Masyarakat


Sebagai Syarat Graduat Pendidkan
Menengah

Disediakan oleh:
Urus setia PAJSK
Aras 3, Blok B9, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Tel: 03-88721613

You might also like