You are on page 1of 9

DPP B2(b)

Institut Kemahiran MARA


Sungai Petani, Kedah
INFORMATION SHEET
PROGRAMME :

SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN LUKISAN STRUKTUR

SESSION :

JUL DIS 2011

SEMESTER :

3A & 3B

CODE/COURSE :

ECS 3032

SHEET NO :

IS 11

LECTURER :

EN. AZNAN OSMAN @ OTHMAN

WEEK :

12

TOPIC :

4.0

PROJECT PLANNING

4.3

Critical Path Method


4.3.1 Definition of critical path method
4.3.2 Uses of symbols, definition and characteristics of
symbols

SUB-TOPIC :

4.3.3 Analyse and calculation of time


4.3.4 Advantages and disadvantages of critical path
method
After completing the unit, students should be able to :
LEARNING
OUTCOME :

4.3

4.3.1

define the critical path method

4.3.2

explain the uses of symbols, define and describe the


characteristics of symbols

4.3.3

explain the analyse and calculation of time

4.3.4

describe the advantages and disadvantages of critical


path method

KAEDAH LALUAN KRITIKAL (CRITICAL PATH METHOD)


Kaedah Laluan Kritikal juga disebut Kaedah Laluan Genting ataupun
Kaedah Rangkaian Logik, merupakan satu teknik yang digunapakai dalam
penyediaan perancangan, perlaksanaan dan pengawalan sesuatu projek binaan.
Kaedah

ini

dipersembahkan

dalam

bentuk

gambarajah,

yang

menunjukkan keseluruhan projek yang meliputi perhubungan dan pergantungan


antara aktiviti dari permulaannya sehingga siap projek. Ianya berasaskan kepada
satu rangkaian aktiviti yang dilakarkan menggunakan simbol-simbol tertentu.

Page 1 of 9

DPP B2(b)

4.3.1

DEFINISI KAEDAH LALUAN KRITIKAL (DEFINITION OF CRITICAL PATH


METHOD)
Kaedah Laluan Kritikal (KLK) merupakan satu teknik analisa rangkaian
projek yang digunakan untuk meramal jumlah tempoh projek. Laluan kritikal
untuk projek adalah siri aktiviti yang menentukan masa terawal projek boleh
disiapkan
KLK banyak membantu dalam mengenalpasti laluan genting/kritikal yang
mana laluan ini memerlukan pengawalan yang teliti dalam perlaksanaan projek.
Sebarang kelewatan pada laluan ini akan menyebabkan gangguan dan
kelewatan pada keseluruhan perlaksanaan projek.
KLK juga dapat menunjukkan aktiviti yang mempunyai lebihan masa
ataupun apungan yang mana aktiviti ini boleh diperlewatkan dalam jangkamasa
yang dibenarkan tanpa mengganggu masa siap projek. Aktiviti ini juga dapat
membantu dalam penyediaan penyelarasan terhadap penggunaan sumber.

4.3.2

KEGUNAAN, DEFINISI DAN CIRI-CIRI SIMBOL (USES, DEFINITION AND


CHARACTERISTICS OF SYMBOLS)
Simbol-simbol merupakan elemen yang penting dalam penyediaan laluan
kritikal atau rangkaian logik. Simbol yang digunapakai adalah seperti berikut:
a.

Anak Panah (Arrows)


Simbol anak panah bermaksud suatu aktiviti. Setiap aktiviti
memerlukan masa dan sumber.Ruang atas anak panah mewakili aktiviti
dan ruang bawah anak panah pula adalah masa. Pangkal anak panah
menunjukkan permulaan aktiviti dan kepala anak panah menunjukkan
berakhirnya

aktiviti.

Panjang

atau

pendek

anak

panah

tidak

menggambarkan sesuatu perkara.


b.

Bulatan (Circle)
Simbol bulatan bermaksud suatu peritiwa. Ianya merupakan titik
masa ataupun persilangan sesuatu aktiviti bermula dan berakhir.Biasanya
dalam bulatan ini dipecahkan kepada tiga bahagian yang diletakkan
nombor aktiviti, masa mula terawal dan masa mula terakhir bagi
perlaksanaan aktiviti.

c.

Anak Panah Putus-Putus (Dashed Arrows)

Page 2 of 9

DPP B2(b)
Simbol anak panah putus-putus bermaksud suatu aktiviti semu
(dummy). Ia digunakan hanya untuk menunjukkan perhubungan logik
antara satu aktiviti dengan aktiviti yang lain tanpa melibatkan masa dan
sumber. Ianya juga bagi memastikan tidak ada dua aktiviti yang
menggunakan nombor peristiwa yang sama.
Penyediaan rajah laluan kritikal atau rangkaian logik memerlukan
kemahiran dan pengetahuan yang luas dalam perlaksanaan projek binaan. Ia
meliputi pengetahuan tentang kaedah pengurusan, teknologi binaan, peralatan
dan bahan-bahan binaan. Walau bagaimanapun penyediaannya meliputi tiga
peringkat utama iaitu :
a.

Penyediaan Awal (Basic Preparation)


Ia merupakan peringkat untuk mengenalpasti tiga aspek penting
iaitu senarai aktiviti, jangkamasa aktiviti dan turutan aktiviti. Ketiga-tiga
aspek ini perlu disediakan dalam bentuk jadual bagi memudahkan
penyediaan rajah.
i.

Senarai Aktiviti
Semua aktiviti perlu disenaraikan bagi menyiapkan sesuatu
projek. Ianya boleh didapati daripada lukisan kerja, spesifikasi
kerja dan dokumen kontrak.

ii.

Jangkamasa Aktiviti
Setiap aktiviti perlu ditentukan jangkamasanya setepat yang
mungkin. Penentuan jangkamasa ini bergantung kepada saiz
kumpulan pekerja, bentuk aktiviti, bahan dan mesin yang
digunakan termasuk juga jumlah hasil kerja (output).

iii.

Turutan Aktiviti
Setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan perlu ditentukan
turutannya menurut keperluan dan kepentingan bagi menyiapkan
sesuatu projek. Ianya meliputi aktiviti sebelum dan selepas serta
apakah aktiviti yang boleh dijalankan secara serentak.

b.

Penyediaan Rajah (Diagram Preparation)

Page 3 of 9

DPP B2(b)
Apabila jadual yang mengandungi senarai aktiviti, jangkamasa
dan turutan telah disediakan, maka seterusnya adalah penyediaan rajah
laluan kritikal atau rangkaian logik.
Rajah dilukis dari sebelah kiri ke kanan. Ianya bermula dengan
bulatan peristiwa/aktiviti pertama diikuti anak panah aktiviti pertama dan
seterusnya hingga semua aktiviti selesai. Nombor peristiwa atau aktiviti
dimasukkan ke dalam bulatan peristiwa.
Setelah rajah siap, jangkamasa aktiviti boleh dimasukkan di
bawah anak panah dan masa terawal dan terakhir bagi penyiapan projek
dimasukkan di dalam bulatan peristiwa.. Nama aktiviti diletakkan pada
bahagian atas anak panah. Bagi mendapatkan rajah yang baik penelitian
perlu diberikan kepada aspek berikut :
i.

Masa Terawal
Masa mula terawal (early start) dan masa siap terawal (early
finish) adalah dua masa terawal yang berbeza. Masa mula
terawal adalah masa untuk memulakan aktiviti yang paling awal
boleh dijangkakan. Masa siap terawal adalah masa untuk
menyiapkan aktiviti yang paling awal boleh dijangkakan.

ii.

Masa Terlewat
Masa mula terlewat (late start) dan masa siap terlewat (late finish)
adalah dua masa terlewat yang berbeza. Masa mula terlewat
adalah masa untuk memulakan aktiviti yang paling lewat boleh
dijangkakan. Masa siap terlewat adalah masa untuk menyiapkan
aktiviti yang paling lewat boleh dijangkakan.

iii.

Laluan Genting/Kritikal
Laluan kritikal ialah laluan yang mempunyai tempoh yang
terpanjang melalui rajah rangkaian dan mempunyai apungan
(slack/float) yang terkecil. Jika lebih dari satu aktiviti dalam laluan
kritikal mengambil lebih masa dari yang dirancang, seluruh jadual
projek akan lewat kecuali langkah-langkah pembetulan diambil.

c.

Penyiapan Jadual (Table Completion)

Page 4 of 9

DPP B2(b)
Pada peringkat penyediaan awal laluan kritikal atau rangkaian
logik, penyediaan jadual adalah perlu yang mengandungi senarai,
jangkamasa dan turutan aktiviti. Jadual tersebut perlu dilengkapkan
dengan penambahan terhadap masa. Ini meliputi masa mula terawal dan
terlewat, masa siap terawal dan terlewat termasuk masa apungan.
Jadual ini banyak membantu dan memudahkan pihak pengurusan
projek (kontraktor) dalam menjalankan kerja-kerja pengawalan projek.
Pada amnya, kaedah laluan kritikal ini merupakan asas kepada
pihak pengurusan projek untuk :
i.

Membantu mengagihkan sumber-sumber binaan yang terhad


bagi setiap aktiviti,

ii.

Pengawasan dan pengawalan masa binaan,

iii.

Perancangan dan pengawalan kos keseluruhan projek.

Kadangkala berlaku salah anggapan tentang kaedah laluan kritikal ini.


Untuk menjelaskannya adalah bahawa :

Laluan kritikal bukan laluan semua aktiviti yang kritikal tetapi ia


merupakan laluan yang melibatkan masa (tempoh) sesuatu aktiviti
boleh disiapkan.

Kemungkinan ada lebih dari satu laluan kritikal jika panjang dua
atau lebih laluan adalah sama.

Laluan kritikal boleh berubah serentak dengan kemajuan projek.

Kerja kritikal boleh dipendekkan dengan menambah lebih sumber


atau mengubah skop.

Lalulan kritikal boleh berubah apabila tarikh awal dan akhir


sebenar dimasukkan.

4.3.3

ANALISA DAN PENGIRAAN MASA (ANALYSE AND CALCULATION OF

Page 5 of 9

DPP B2(b)
TIME)
Jadual rangkaian logik sebenarnya adalah rajah yang menentukan
laluan kritikal dan yang dilukis dengan menggunakan simbol-simbol tertentu.
Laluan kritikal atau rangkaian logik ini boleh dianalisa dan dibuat
pengiraan masa mula dan siap terawal dan terlewat, jika setiap aktiviti diketahui
masa atau tempoh perlu diambil untuk menyiapkan aktiviti tersebut.
Contoh Analisa dan Pengiraan Masa Laluan Kritikal

RAJAH 7.3
Soalan :
a.

Berapa laluan yang ada dalam rajah 7.3 di atas?

b.

Berapa panjang setiap laluan?

c.

Mana satu laluan kritikal?

d.

Tentukan masa terawal setiap laluan?

e.

Tentukan masa terakhir setiap laluan?

Jawapan :
a.

b.

Terdapat 4 laluan iaitu :


i.

Laluan 1 = 12568

ii.

Laluan 2 = 13568

iii.

Laluan 3 = 1368

iv.

Laluan 4 = 14768

Panjang setiap laluan :


i.

Laluan 1 = 1 + 4 + 6 + 3 = 14 hari

Page 6 of 9

DPP B2(b)

c.

ii.

Laluan 2 = 2 + 5 + 6 + 3 = 16 hari

iii.

Laluan 3 = 2 + 4 + 3 = 9 hari

iv.

Laluan 4 = 3 + 6 + 2 + 3 = 14 hari

Laluan kritikal adalah :


Laluan 2 kerana ia mempunyai bilangan hari yang terbanyak dan
merupakan laluan yang terpanjang diantara lain-lain laluan.

d.

Masa terawal setiap laluan :

5
4

7
5

1
0

11

3
4

14

13

11
ES

EF

7
6

e.

i.

Laluan 1 = 0 + 1 = 1, 1 + 4 = 5, 5 + 6 = 11, 11 + 3 = 14

ii.

Laluan 2 = 0 + 2 = 2, 2 + 5 = 7, 7 + 6 = 13, 13 + 3 = 16

iii.

Laluan 3 = 0 + 2 = 2, 2 + 4 = 6, 6 + 3 = 9

iv.

Laluan 4 = 0 + 3 = 3, 3 + 6 = 9, 9 + 2 = 11, 11 + 3 = 14

Masa terakhir setiap laluan :

5
4

1
0

2
7

3
2

6
4

13

8
3

16 16

4
5

7
6

11

i.

Laluan 1 = 16 3 = 13, 13 6 = 7, 7 4 = 3, 3 1 = 2

ii.

Laluan 2 = 16 3 = 13, 13 6 = 7, 7 5 = 2, 2 2 = 0

Page 7 of 9

9 16
14

DPP B2(b)

4.3.4

iii.

Laluan 3 = 16 3 = 13, 13 4 = 9, 9 2 = 7

iv.

Laluan 4 = 16 3 = 13, 13 2 = 11, 11 6 = 5, 5 3 = 2

KELEBIHAN

DAN

KEKURANGAN

KAEDAH

LALUAN

KRITIKAL

(ADVANTAGES AND DISADVANTAGES OF CRITICAL PATH METHOD)


Kebaikan/Kelebihan KLK
Kelebihan utama kaedah laluan kritikal ini ialah :
a.

Memerlukan jururancang berfikir secara logik.

b.

Amat sesuai untuk projek yang besar dan rumit.

c.

Kemampuannya menunjukkan hubungkait antara aktiviti-aktiviti binaan.

d.

Membantu pengurus projek mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang kritikal


(dalam laluan kritikal).

e.

Aktiviti yang bukan kritikal juga dikenal pasti dan memudahkan pelarasan
sumber.

f.

Keperluan maklumat dan bahan yang bertindak sebagai halangan untuk


memulakan beberapa aktiviti, dikenal pasti semasa proses perancangan.

Kelemahan/Keburukan KLK
Kelemahan utama kaedah laluan kritikal ini ialah :
a.

Tidak sesuai untuk projek yang kecil.

b.

Sukar difahami kerana ia merupakan keterangan tempoh kontrak dalam


bentuk grafik.

c.

Untuk mengemaskini, rangkaian perlu didraf semula dari tarikh yang


berkenaan.

d.

Rangkaian lebih sukar dan mahal untuk dikemaskini berbanding dengan


carta bar.

e.

Maklumat kontrak dan lukisan seringkali dipinda selepas kerja dimulakan


di tapak dan ini melibatkan pengubahsuaian rangkaian.

EXERCISE 11.0 :
1.

Kenapakah kaedah laluan kritikal digunakan sebagai program induk?


Page 8 of 9

DPP B2(b)
2.

Mengapakah pihak pengurusan projek amat memerlukan kaedah laluan kritikal?

3.

Apakah kebaikan kaedah laluan kritikal dari segi pengawalan kos sesuatu
projek?

4.

Jelaskan kenapakah kaedah laluan kritikal lebih sukar dan mahal untuk
dikemaskini jika dibandingkan dengan carta bar?

5.

Berikan DUA kelebihan dan kelemahan kaedah laluan kritikal?

REFERENCE :
1. Teachers handout
2. Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan 5 Ab. Aziz Abd. Latiff, Ismail Yusof, Abdul
Aziz Abu Bakar (DBP)
3. Pengenalan Ukur Kuantiti Binaan 1 Rosli Abd. Rashid (DBP & UTM)
4. Aturcara Kontrak & Taksiran Uzairi Hj. Saidin (IBS)
5. Nota JKR (IKRAM)

Page 9 of 9

You might also like