You are on page 1of 1

DOA SEMPENA LDP/MESYUARAT

,



Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menjayakan LDP PENGURUSAN
INTEGRITI KEWANGAN PERINGKAT SK MAJIDI BAHRU menyatakan kesungguhan,
kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina
serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa kepada agama, bangsa dan negara.
Justeru berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam
fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan
keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang
berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi
dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan
bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.
Allahumma Ya Aliim, Wa Ya Khabiir,
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur.
Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah
kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang
waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

.

You might also like