You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG

KERTAS KERJA BENGKEL DAN PAMERAN


KRAF TANGAN DAN SENI
MURID-MURID PRASEKOLAH

TARIKH
30 JULAI 2016 (SABTU)

TEMPAT
PRASEKOLAH BESTARI DAN PRASEKOLAH HARMONI,
SEKOLAH KEBANGSAAN SERDANG,

ANJURAN
HIEW WEI KIAN
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

1.0 PENDAHULUAN
Bengkel dan pameran kraf dan seni ini dirangka untuk membantu murid-murid
prasekolah Bestari dan Harmoni di Sekolah Kebangsaan Serdang belajar untuk
membuat kraf tangan dan seni menggunakan bahan-bahan seni seperti kertas, warna
air, krayon, pensel warna dan lain-lain.
Selain itu, murid-murid prasekolah juga dikehendaki menggunakan pengetahuan dan
kemahiran yang telah mereka peroleh daripada pengajaran harian untuk menghasilkan
seni lukisan atau warna tersendiri.
Lukisan, kraf tangan dan seni akan dihasilkan bersama dengan ibu bapa yang hadir dan
juga dengan bimbingan guru pelatih. Hasil seni dan kraf akan dipamerkan di prasekolah
Bestari dan Prasekolah Harmoni.
2.0 MATLAMAT
Matlamat bengkel dan pameran kraf dan seni murid-murid prasekolah ini adalah untuk
mencungkil bakat dan potensi murid dalam bidang seni. Bengkel ini bertujuan
memberikan peluang kepada murid-murid prasekolah untuk belajar menghasilkan kraf
tangan

serta

menggunakan

kemahiran-kemahiran

dan

bakat

mereka

dalam

menghasilkan kraf dan seni tersendiri.


3.0 OBJEKTIF
Objektif yang dicapai selepas mengikuti bengkel dan pameran kraf dan seni:
3.1 Menghayati kraf dan seni yang dihasilkan oleh murid-murid prasekolah.
3.2 Menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menghasilkan kraf dan seni
tersendiri.
3.3 Mengetahui kraf-kraf tangan yang boleh dihasilkan oleh murid.
3.4 Mengetahui pelbagai bahan-bahan seni yang digunakan pada bengkel.
3.5 Memberi peluang ibu bapa menghasilkan kraf seni bersama murid-murid
prasekolah.

4.0 PESERTA
Jumlah Peserta: 88 orang
4.1 Murid Prasekolah Bestari dan Harmoni: 50 orang
4.2 Guru Prasekolah Bestari dan Harmoni: 2 orang
4.3 Pembantu Prasekolah Bestari dan Harmoni: 2 orang
4.4 Ibu bapa murid prasekolah: 30 orang
4.5 Guru pelatih SK Serdang: 4 orang
Sila rujuk LAMPIRAN I; senarai nama peserta.
5.0 PELAKSANAAN

Tarikh
Masa
Tempat
Telefon

30 Julai 2016
9.30 pagi hingga 11.30 pagi
Sekolah Kebangsaan Serdang
03-89486582

6.0 CARTA ORGANISASI


Pengerusi
: En. P. Rangit Singh A/L Pritam Singh
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Serdang
Penasihat
: Pn. Normazilah Binti Jasman
Pn. Norhayati Binti Abdul Malek
Penyelaras
: Hiew Wei Kian
Setiausaha
: Khor Wei Ling
Bendahari
: Stephen Liew Jui Siong
AJK

: Nyeow Kai Ming


En. Mohd Zamre Bin Idris
En. Mohd Shahrulnizal Bin Mohd Saad
Pn. Nurul Azimah Binti Abdul Sedik
En. Mohd Fauzi Bin Roslan
Pn. Suhaili Binti Musa
PN. Mariani Binti Ardi

7.0 TENTATIF PROGRAM


Program Bengkel dan Pameran Kraf dan Seni ini akan mengambil masa 1 jam 30 minit
yang melibatkan aktiviti berunsurkan seni dan kreativiti murid dalam menghasilkan karya
seperti yang tertara dalam tentatif program di LAMPIRAN II.
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut adalah anggaran perbelanjaan yang akan digunakan untuk program:
BIL

BUTIRAN

RM

BILANGA

JUMLAH

Kertas warna

10.00

N
2 set

20.00

Bahan lukis/ warna

10.00

20.00

Bahan seni

20.00
JUMLAH

20.00
RM 60.00

9.0 PENUTUP
Kesimpulannya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua warga Sekolah
Kebangsaan Serdang serta ibu bapa murid adalah amat diperlukan bertujuan menjayakan
program tersebut. Melalui program ini, diharapkan semua peserta program akan dapat
menghayati seni dan karya yang dihasilkan dalam program tersebut. Dengan ini, dapatlah

guru dan ibu bapa mencungkil dan mengembangkan kanak-kanak yang mempunyai bakat
dalam menghasilkan seni dan karya yang kreatif serta berlainan.

Disediakan oleh,

Disemakkan oleh,

..........................................

..................................................

(HIEW WEI KIAN)

(KHOR WEI LING)

Penyelaras,

Setiausaha,

Program Bengkel dan Pameran

Program Bengkel dan Pameran

Kraf Tangan dan Seni

Kraf Tangan dan Seni

Murid-murid Prasekolah

Murid-murid Prasekolah

Diluluskan oleh,

....................................................
(ENCIK P. RANGIT SINGH A/L PRITAM SINGH)
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Serdang.

LAMPIRAN II
Tentatif Program
Masa

Perkara

9.30 pagi

Berkumpul di kelas prasekolah.

9.45 pagi

Memberi taklimat program.

10.00 pagi

Aktiviti menghasilkan kraf tangan dan karya seni.

11.00 pagi

Mempamerkan hasil seni murid-murid prasekolah.

11.30 pagi

Rumusan dan bersurai.

You might also like