You are on page 1of 11

IS VOLCANOES VISIT COMES WITH PERIL?

ENGLISH 3
NAVIN RAAJ S/O SUNDRA SEDRA
SCSJ-0022317
(bg97gs)
SEGI COLLEGE SUBANG JAYA

IS VOLCANOES VISIT COMES WITH PERIL?

Volcanoes visits among the tourist


increasing day by day, people are very
interested to visit volcanoes for experience
the nature and hiking especially foreigners
which eventually becomes a geotourism but
only few people knows that volcanoes visit
comes with peril. In 2004, author Travis
Heggie published the first complete study of
health and safety concerns facing by lava
hikers in Hawaii, the study also showed that
how unprepared tourists can be. The most
active volcanoes lava can reach to 2,000
degree Celsius. Although, the lava after
sometimes get cooler it also caused many
injuries to tourist who visited the volcanoes
to support this opinion there is a case
happened on April 1993, two tourist died at
Kilaueas Eruption place when the lava
bench actually not stabilize yet was unstable
below collapsed. Yet tourists are often intent
on getting as close to it as they can. I think
its the fascination of seeing creation and
destruction at the same time, says Heggie,
who is now a professor of Sport
Management, Recreation & Tourism at
Bowling Green State University in Bowling
Green, Ohio.
According to the article written by Sara E in
Earth Magazine published by American
Geoscience Institute, more than 100 million
people visits volcanic places globally each

year, about 2 million people visits Hawaii


Volcanoes National Park which is home of
the Kilauea Volcano each year but in the
middle of 1992 and 2002 at Hawaiian Park,
40 people died, 45 were seriously injured
and 53 received minor injuries. Another
research of Travis Heggie published in 2006
he found that of 5,947 incident reports
recorded in Hawaii Volcanoes National Park
between Jan 1, 1993 and Dec 31, 2002, 53
percent of all visitor injuries took place at
the park's eruption site and of the 1,698
severe injuries, 69 percent occurred at the
eruption site. Recently in 27th September
2016 there is a volcano eruption,
CBSNEWS discovered that Mount Barujari,
located inside Mount Rinjani volcano, is
seen erupting from Bayan district, North
Lombok, Indonesia. In that news they stated
that tourist from other countries moving
down from the mountain certainly few
tourist have been evacuate from the place
because of the massive volcanic eruption
while the residence of Indonesia were in
danger zone , it shows that people visiting
volcano without knowing there is peril.

Sejarah Kedatangan Etnik Sikh Di Malaysia


Kedatangan etnik Sikh adalah sama seperti imigran-imigran yang lain iaitu pada awal kurun
ke 19. Salah satu faktor kedatangan mereka adalah disebabkan oleh faktor ekonomi. Imigran
Sikh datang secara beramai-ramai ke negara-negara Asia Tenggara contohnya, Burma, Indonesia
dan Malaya. Selain daripada masalah ekonomi, mereka juga mempunyai masalah kekurangan
tanah dan pertambahan jumlah penduduk menyebabkan mereka lebih semangat untuk datang ke
Asia tenggara. Peluang pekerjaan dan polisi yang agak liberal menggalakkan mereka untuk
beramai-ramai datang ke Malaya yang ketika itu diperintah oleh Inggeris. Kedatangan orang
Sikh pada abad ke 19 ke Tanah Melayu telah dipergunakan oleh pihak British untuk berkhidmat
dalam pasukan keselamatan kerana mereka mempunyai susuk tubuh yang tegap. Etnik Sikh yang
berasal dari India merupakan salah satu daripada tanah jajahan British.
Pada peringkat awal, orang-orang Sikh tertumpu di negeri Perak. Anutan Sikh
menjadi elemen penting untuk menyatupadukan orang Sikh dalam pasukan Perak
Armed Police (PAP) . Pada abad ke 20 pula orang Sikh yang telah berhijrah ke Tanah
Melayu mula berkhidmat di sektor kerajaan mahupun swasta. Pelbagai pekerjaan
yang mereka ceburi antara sebagai pegawai keselamatan, di sektor pertanian,
menternak lembu, menjadi buruh dan peminjam wang (money lenders).
Penempatan orang-orang Sikh lebih tertumpu di pantai barat iaitu di Pulau Pinang,
Perak, Wilayah Persekutuan, dan Selangor. Bandar yang menjadi tumpuan mereka
ialah Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Oleh demikian, kumpulan mereka
kecil daripada etnik yang lain, maka mereka didapati bergerak luas. Orang Sikh juga
merupakan golongan Punjabi dan dirujuk sebagai satu komuniti agama . Mereka
dibezakan berdasarkan sistem kasta dan juga pembahagian kawasan.

Bahasa ibunda orang Sikh adalah bahasa Punjabi. Orang Sikh secara umumnya dapat
dikategorikan sebagai Arora Sikh, Jat Sikh, Khatri Sikh, Mazhab Sikh mengikut
pengkhususan pekerjaan mereka. Menurut fakta, agama Sikh adalah agama gabungan daripada
beberapa elemen ajaran agama lain seperti Islam dan Hindu. Bagi agama Sikh tiada konsep
syurga atau neraka dan mereka percaya apabila roh seseorang itu mati rohnya akan bersatu
semula dengan tuhannya dan bagi meraka uijan, dosa, pahala dan karma semuanya dilalui
semasa hidup.

Sejarah Agama Sikh


Agama Sikh atau Sikhism merupakan agama yang diasaskan seorang Hindu yang berasal dari
suku kaum Bedi yang bernama Guru Nanak. Agama ini banyak di anuti oleh orang India
terutamanya di Punjab, India sejak abad ke-15 yang lalu lagi. Namun kini, agama Sikh sudah
dikenali dan sudah bertaburan di seluruh dunia dan mereka juga telah membentuk masyarakatmasyarakat mereka sendiri seperti Eropah, Kanada dan Amerika. Selain itu juga, mereka juga
terdapat di negara-negara selatan Asia termasuklah Malaysia, Singapura, Hong Kong, Burma
Indonesia, Iran, Afghanistan dan juga di negara-negara timur tengah seperti Dubai dan Oman.
Kepercayaan dan ajaran agama Sikh banyak dipengaruhi oleh ajaran yang dibawa oleh seorang
reformis yang bernama Kabir. Kabir adalah seorang yang bijak dan banyak mempelajari ajaran
Hindu dan Islam. Selain itu juga, belia juga tertarik dengan seorang penyair yang bernama
Ramanand dan menyebabkan beliau mengkaji ajaran ini juga. Selepas beliau mengkaji ajaran ini,
beliau telah menyusun sajak-sajak mengenai ajaran tersebut. Ajaran ini disusun semula oleh para
pengikutnya di dalam sebuah buku yang diberi nama Bijak, selepas kematian Kabil. Ajaran Kabil
dan asas-asas pemikirannya telah dijadikan oleh panduan Guru Nanak dalam merangka dan
mencipta agama Sikh.
Guru Nanak selalu menghabiskan masa lapangnya di hutan untuk bertafakur dan memikir
tentang kehidupan serta kebenaran ajaran yang disampaikan oleh Kabil. Semasa beliau
bertafakur, Guru Nanak dikatakan telah menerima wahyu dari Tuhan. Selepas bertapa selama
tiga hari di dalam gua, akhirnya Guru Nanak keluar dan menyampaikan ajarannya kepada orang
ramai iaitu Tidak ada Hindu dan Tidak ada Muslim . Agama Sikh diasaskan kepada ajaran
Guru Nanak dan sepuluh orang guru. Ini memberi maksud bahawa agama Sikh adalah agama
yang menyeru para penganutnya supaya mempercayai kepada setiap ajaran yang dibawa oleh
sepuluh orang guru tersebut itu. Setelah kematian Guru Gobind Singh iaitu guru yang kesepuluh,
tidak ada lagi guru yang dilantik. Kini golongan Khalsa telah dianggap sebagai penganti kepada
sepuluh orang guru tersebut dan Guru Grant Sahib merupakan kitab suci agama Sikh
Dari tujuan pula, agama Sikh telah diperkenalkan oleh Guru Nanak kerana memprotes dasar
kuku besi agama Brahman dan sistem kasta serta ajaran hindu yang melampau. Oleh itu, agama
Sikh menekan konsep keadilan sosial dan persaudaraan sejagat serta menghapuskan semangat
kepartian dan kefahaman karut yang terdapat dalam masyarakat.
Sepuluh guru antara nya ialah Guru Nanak (1538) , setelah kematiannya segala ajarannya
diambil alih oleh sembilan guru, antaranya Guru Angad (1539-1552), Guru Amar Das (15521574), Guru Ram Das (1574-1581), Guru Arjan (1581-1606), Guru Har Gobind (1606-1644),
Guru Har Rai (1644-1661), Guru Har Krishnan (1661-1664), Guru Tegh Bahadur (1664-1675)
dan Guru Gobind Singh (1675-1708) . Apa yang dapat kita lihat, kehidupan guru-guru agama
Sikh ini berada di bawah kepimpinan sepuluh orang guru selama 204 tahun iaitu bermula dari
tahun 1504 sehingga 1708. Zaman ini dianggap zaman kegemilangan bagi agama Sikh. Ini
kerana orang Sikh hidup dalam suasana persaudaraan dan saling hormat-menghormati di antara
satu sama lain.

Konsep Keagamaan Sikh

Dalam konsep keagamaan penganut sikh terdapat pelbagai konsep yang mereka
dikuti dan berpegang pada konsep tersebut. Agama Sikh adalah agama yang tidak
terhad kepada bangsa Punjabi sahaja ia terbuka luas kepada bangsa-bangsa lain
atau kaum-kaum yang lain. Jika seseorang itu ingin memeluk agama Sikh, ia
mestilah melalui satu upacara yang dipanggil upacara masuk agama iaitu Amrit
Sanskar. Selain itu, mereka perlu meminum air Amrit. Air Amrit ini adalah
dianggap sebagai tanda sebelum seseorang itu memeluk masuk agama Sikh.
Agama Sikh menyamakan Tuhan dengan kebenaran atau sach dan ia berpegang
kuat kepada kitab suci iaitu Granth Sahib yang juga dikenali sebagai Bani.
Kepercayaan asas Sikhisme adalah yang terdapat didalam Japji atau dikenali
sebagai mool mantra. Selain itu, Agama Sikh ini menerima teori Karma sama
seperti agama-agama yang mempercayai teori tersebut. Teori karma adalah satu
kepercayaan dimana apabila sesorang itu membuat salah atau betul ia akan dibalas
mengikut perbuatan yang dilakukan. Penganut agama Sikh ini menafikan pemujaan
sungai dan dewa. Hal ini kerana penganut Punjabi ini mempercayai pada kitab-kitab
mereka. Gurdawara merupakan sebagai simbol suci Sikh. Upacara beribadat untuk
kaum sikh ini dilakukan pada setiap hari Ahad iaitu sekitar pukul 6.30 pagi dan 6.00
petang hingga 7.00 petang di Temple yang berdekatan dan ia wajib dilakukan oleh
semua penganut Sikh.

Adat Resam Dalam Masyarakat Sikh


a) Mengandung
Bagi masyarakat Sikh apabila seseorang wanita itu mengandung ia perlu mengikut segala
pantang larang yang terdapat dalam masyarakat mereka untuk menjaga keselamatan ibu dan
kamdungannya. Antara pantang larang yang dikatakan adalah seperti berikut :
i.
Ibu mengandung tidak dibenarkan makan buah yang berkembar kerana dikhuatiri boleh
menyebabkan mendapat anak kembar. Mendapat anak kembar bukanlah suatu pantang larang di
dalam masyarakat Sikh tetapi kelahiran anak kembar besar kemungkinan akan mendatangkan
beban kepada sesetengah keluarga terutamanya keluarga yang susah.
ii.
Ibu mengandung juga tidak dibenarkan memegang objek tajam seperti pisau atau gunting dan
tidak boleh memotong apa- apa ketika gerhana matahari. Mengikut kepercayaan mereka,
perbuatan tersebut boleh menyebabkan anak lahir dalam keadaan calar- balar di muka dan tidak
cantik.
iii.
Mengikut kepercayaan kaum Sikh, selepas kelahiran sekiranya anak itu tidak berhenti
menangis, keluarganya perlu ke tempat uri ditanam dan dipukul tanah itu untuk menghentikan
tangisan.

iv.

Hari lahir pula tidak boleh disambut sebelum tarikh lahirnya, mesti disambut selepas atau pada
hari lahirnya kerana ia boleh menyebabkan pendek umur.

b) Kelahiran Bayi
Apabila lahirnya seorang bayi, ia juga terdapat pantang larang yang perlu diikuti. Hal ini kerana
ingin menjaga kesihatan anak-anak mereka serta ia merupakan amalan yang perlu dilakukan oleh
setiap penganut punjabi. Antara amalan-amalannya ialah :
i.
Pemberian nama merupakan upacara penting yang dikenali sebagai Naamkaran. Bayi yang
baru lahir akan diberi nama setelah Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru
Granth Sahib akan dibuka secara rambang dan bayi akan dinamakan mengikut huruf pertama di
dalam muka surat tersebut.
ii.
Nama akhir atau nama belakang penganut Sikh adalah sama, berbeza hanya mengikut jantina
iaitu Singh bagi lelaki manakala Kaur bagi perempuan. Singh bermaksud Singa manakala Kaur
memberi maksud Puteri.
iii.
Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun, satu
upacara akan dijalankan iaitu upacara pemakaian serban. Upacara ini dipanggil Dastar Bandhni
lazimnya dilakukan oleh para agama Sikh yang dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.
iv.
Bagi kaum lelaki mereka tidak dibenarkan memotong rambut. Jika dipotong ia adalah satu
kesalahan dalam agama mereka dan dianggap berdosa.

c) Perkahwinan
Dalam adat perkahwinan pula, terdapat amalan yang perlu diikuti oleh masyarakat Sikh supaya
perkahwinan mereka akan berjalan dengan lancar dan sempurna serta ia menjaga ikatan
perkahwinan yang terjalin antara kedua keluarga.
i.
Perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan
penyatuan antara manusia dengan Tuhan iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap
penganut Sikh.
ii.
Mengikut adat perkahwinan kaum Sikh, pihak wanita akan mengeluarkan belanja yang
banyak bukan sekadar membayar dowri (hantaran) tetapi juga perlu menyediakan cincin emas
bukan sahaja untuk pengantin lelaki bahkan untuk ibubapa pengantin lelaki juga.
iii.
Proses peminangan atau pemilihan jodoh juga bermula dengan pihak perempuan.
iv.
Ketika upacara perkahwinan dilakukan, pasangan pengantin perlu berjalan mengelilingi Kitab
Guru Granthsahib sebanyak 4 kali.
v.
Pihak perempuan dan lelaki perlu menyapu kunyit pada mata, tangan dan kaki sebagai
menyuci atau membersihkan diri daripada kekotoran.
vi.
Benda wajib yang perlu disediakan pada hari perkahwinan adalah sebentuk cincin.

vii.

Bagi pengantin perempuan, di wajibkan untuk memakai pakaian yang berwarna merah dan
merah jambu sahaja.

d) Kematian
Kematian ialah terpisahnya antara roh dan jasad bagi seseorang manusia. Dalam sesebuah
keluarga yang kehilangan saudara mereka, amalan yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:
i.
Masyarakat Sikh mengurus mayat dengan membakar mayat.
ii.
Lelaki akan dipakaikan dengan pakaian putih dan serban.
iii.
Perempuan dipakaikan baju pengantin dan disolek dengan cantik.
iv.
Mayat yang telah dibakar akan dibiarkan sehari dan keesokannya baru dibenarkan untuk
mengambil abu mayat.
v.
Abu mayat akan diletakan dalam bekas tanah liat dan dibalut dengan kain merah dan
dilepaskan ke laut.
vi.

Hari ke 10 atau 14 akan diadakan kenduri dan bacaan doa untuk si mati akan dibaca sepanjang
kenduri diadakan.

Perayaan Masyarakat Sikh


i.

Vaisakhi
Vaisakhi dalam Bahasa Panjabi iaitu (vaiskh) dan juga dikenali sebagai Baisakhi.
Perayaan ini adalah pesta menuai di Punjab dan ia juga menandakan bermulanya tahun menuai
baru dan musim suria baru. Selain itu, perayaan ini merupakan perayaan utama dalam kalender
Sikh sempena memperingati penubuhan Khalsa (orang-orang suci) pada tahun 1699. Perayaan
Vaisakhi jatuh pada bulan Vaisakhi di dalam kalender Nanakshahi, iaitu bersamaan dengan 14
April dan inilah perayaan Tahun Baru Sikh. Oleh itu, para penganut akan berkumpul di
Gurdwara atau tempat ibadah Sikh dan amalan yang akan mereka lakukan ialah sembahyang,
perarakan, mengibar bendera Nishan Sahib.

ii.

Lohri
Lohri dalam bahasa Punjabi (Gurmukhi), adalah sebuah perayaan popularPunjabi, yang
dirayakan oleh orang-orang dari wilayah Punjab di Asia Selatan. Perayaan ini dilaksanakan pada
tanggal 21 hingga 22 Disember setiap tahunnya. Asal mula Lohri adalah berbagai perayaan yang
berada di wilayah Punjab. Beberapa orang percaya bahawa perayaan tersebut untuk
memperingati terjadinya titik balik musim dingin kerana Lohri aslinya dirayakan pada hari titik
balik musim dingin, di mana siang hari sangat pendek dan malam hari sangat panjang pada hari
itu. Perayaan ini adalah sebuah tradisi turun temurun yang di wariskan dari generasi sebelumnya
untuk di lestarikan oleh anak cucu dari warga Punjabi. Lohri dirayakan dengan menyalakan
unggun api (komponen utama) dan dicampakkan ke dalam unggun api itu dengan gula-gula,
batang tebu dan juga beras, serta menyanyikan lagu dan tarian (Bhangra dan Gidda ). Selain itu,
unggun api merupakan sebuah simbolik akan cahaya yang datang dan menyinari hati dan fikiran
manusia. Para sahabat serta keluarga berkumpul beramai-ramai bagi meraikan festival tersebut.
Selain itu, ia dilaksanakan pada tanggal 21 hingga 22 Desember setiap tahunnya.
Religions of South Asia; Sushil Mittal, Gene Thursby, New York, First Published 2006.
The Sacred Paths of The East; Theodore M. Ludwig, Prentice Hall 2001.

You might also like