You are on page 1of 3

UCAPAN SEMPENA

SEKOLAH

HARI

KANAK-KANAK

2006

PERINGKAT

1234Bismillah Hir Rahman Nir Rahim


Assalamualaikum wr. wb dan salam perpaduan dan salam sejahtera
Saudara dan saudari Pengacara Majlis,
Yang Berbahagia Datin Asariah binti Mior Shaharuddin
Timbalan
Ketua
Pengarah
Pelajaran
(Sektor
Pembangunan
Profesionalisme Keguruan) Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yang Berusaha Cik Hajah Nik Ramas bt. Nik Wan, Ketua Sektor
Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
Yang Berusaha Encik Mohad
Pegawai ................. PPD Bangsar.

Sepian

bin

............................,

Yang Dihormati Puan Nor Izza bt. Abu Bakar, YDP PIBG SK Seri
Hartamas, Kuala Lumpur.
Puan Azizah bt. Darus GPK HEM selaku Pengurusi Sambutan Hari
Kanak-Kanak SKSH, Encik Abdul Razak b. Ayob GPK T&K, Encik V.
Jagatheesan GPK Kokurikulum.
Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG SKSH, guru-guru, ibu-ibu bapa-bapa, tuantuan, puan-puan dan anak-anak murid yang dikasihi sekelian.
Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,
Bersyukur kepada Allah s.w.t kerana sekali lagi kita dapat bersamasama mengadakan Sambutan Perayaan Hari Kanak-kanak peringkat
sekolah bagi tahun 2008.
Terima kasih kepada yang Berbahagia Datin Asariah kerana dapat
meluangkan masa hadir dan seterusnya merasmikan Sambutan Hari
Kanak-Kanak SKSH 2008 serta melancarkan Laman web SK Seri
Hartamas.
Dato-Dato , Datin-Datin, Tuan-tuan dan puan-puan sekelian.
Perayaan hari kanak-kanak Sedunia telah disambut di Malaysia sejak
tahun 1959. Di Malaysia perayaan ini disambut setiap tahun pada
mana-mana hari Sabtu bulan Oktober.

Pada dasarnya , Hari Kanak-kanak sedunia mempunyai dua objektif


utama iaitu:

merupakan penghormatan dan pengiktirafan masyarakat


terhadap kanak-kanak dan hak mereka.
Menyedarkan
setiap
golongan
masyarakat
akan
tanggungjawab mereka dalam memelihara hak dan masa
depan kanak-kanak.

Perayaan Hari kanak-kanak merupakan satu mekanisma / cara bagi


umat manusia mewujudkan sebuah dunia yang aman dan sejahtera
bagi kanak-kanak. Atas kenyataan itu adalah sangat penting supaya
segala keperluan rohani dan jasmani mereka seperti kesihatan,
makanan, belaian kasih sayang, pendidikan, alam sekeliling yang sihat
serta perlindungan daripada segala bentuk bencana dan bahaya dapat
disediakan. Ini adalah sejajar dengan Tema Perayaan Hari Kanak-Kanak
pada tahun ini Sayangi Kanak-kanak: Pewaris Kegemilangan Negara
yang memberi penekanan agar masyarakat terus memberi perhatian
dan kasih sayang kepada kanak-kanak yang merupakan aset amat
berharga serta bakal pelapis kepimpinan negara.
Maka dengan itu, sukalah saya merayu kepada semua ahli keluarga,
ibu bapa, guru-guru supaya lebih perihatin ke atas kesejahteraan
kanak-kanak supaya masa depan mereka lebih terjamin dalam
suasana keluarga yang bahagia dan harmoni dengan menerapkan
nilai-nilai murni dalam proses tumbesaran kanak-kanak kerana mereka
adalah masa depan kita.
Kepada kanak-kanak sekelian khususnya, saya ingin mengucapkan
salam bahagia, salam sejahtera dan salam kasih sayang yang tidak
terhingga. Tahniah kepada yang dinobatkan sebagai Tokoh KanakKanak SKSH pada tahun ini. Tahniah juga kepada murid-murid yang
berjaya membuat kutipan terbanyak dalam Program Kitar Semula
anjuran PIBG SKSH. Semoga anugerah atau pengiktirafan yang
diperolehi pada pagi ini akan mendorongkan mereka terus maju dan
mempertingkatkan kualiti diri dan sekali gus akan memberi tauladan
yang baik bagi kanak-kanak lain untuk bersaing mencapai kejayaan.
Disamping itu, saya ingin juga mengucapkan tahniah dan syabas
kepada Jawatankuasa pengelola dan PIBG SKSH yang diterajui Iron
Women Puan Nor Izah yang telah berusaha dengan gigih bagi
menjayakan karnival sambutan hari kanak-kanak pada tahun ini.

Terima kasih kepada semua syarikat yang telah menaja dan


memberikan sumbangan wang ringgit / barangan bagi menjayakan
Karnival Sambutan Hari Kanak-Kanak SKSH 2008.
Akhir kata
Anak Cina bakar setanggi
Bakar dalam periuk kera
Kanak-kanak perlu disayangi
Agar hidup aman bahagia
Sekian, terima kasih.

You might also like