You are on page 1of 3

1.

Tajuk kajian :
Schadenfreude Antara Kumpualan : Kesakitan Orang Kepuasan Seseorang
(Intergroup Schadenfreude : One Mans Pain is Another Mans Pleasure)

2. Nama pengkaji :
Raja Intan Arrifah Binti Raja Reza Shah.

3. Abstrak :
Schadenfreude ia adalah satu perasaan kegembiraan yang datang daripada melihat atau
mendengar tentang masalah atau kegagalan orang lain. Kajian ini bertujuan untuk mengenal
pasti tingkah laku dan reaksi Schadenfreude dalam dan di antara kumpulan mereka.
Schadenfreude biasanya dikaji menggunakan persampelan peminat pasukan bola tetapi dalam
kajian ini pengkaji menggunakan persampelan ahli politik supaya mendapat dapatan yang
lebih tepat berdasarkan kajian lepas. Hasil tujuan bertujuan dapat meramal tingkah laku
Schadenfreude.

4. Ringkasan :

4.1

Permasalahan kajian

Emosi atau tingkah laku agresif juga wujud dalam peringkat kumpulan (Mackie et al, 2000).
Di peringkat kumpulan akan wujud agresif disebabkan faktor kumpulan tersebut. Ini
bermakna sekiranya kumpulan itu berasa agresif secara tidak langsung menyebabkan ahli
kumpulan itu yang lain turut berasa agresif.

4.2

Objektif kajian

Untuk mengenal pasti hubung kait identifikasi agresif Schadenfreude dalam dan di antara
kumpulan mereka.

4.3

Teori yang digunakan

Teori emosi antara kumpulan atau Integroup emotion theroy (IET) diguna pakai dalam kajian
ini. IET adalah teori di mana seseorang terkesan emosinya apabila berada di dalam sesuatu
kumpulan. Emosi itu mungkin mengikut atau bertentangan dengan kumpulan tersebut.

4.4

Metod kajian

Persampelan kajian adalah dalam kalangan ahli politik di Malaysia. Ianya adalah satu kajian
reka bentuk bukan eksperimen. Peramal dalam kajian ini ialah Schadenfreude dalam
kumpulan. Pengantar Schadenfreude antara kumpulan. Keputusan atau kesan kepada tingkah
laku agresif.

4.5

Dapatan utama kajian

Korelasi positif (p< 00.1) di mana Schadenfreude dalam kumpulan mempengaruhi bertingkah
laku agresif. Lagi tinggi semangat atau pengaruh emosi dalam kumpulan makin tinggi
tingkah laku agresif Schadenfreude.

4.6

Implikasi kajian

Kajian ini menunjukkan perlunya melakukan penilaian Schadenfreude dan kecenderungan


mereka dalam melakukan tingkah laku agresif. Dalam kalangan Schadenfreude juga perlu di kenal
pasti siapa yang mempengaruhi dan mengekspresikan sesatu emosi bagi mengawal tingkah laku
agresif dalam dan antara kumpulan.

You might also like