You are on page 1of 121

TAJUK 1 : ASAS PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH

PEMBELAJARAN

Takrif Sekolah Khas Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan


melalui:
Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la
diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah
teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif

1.1 Definisi Pendidikan Khas


Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak
yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan
penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada
rancangan sekolah biasa'
(Chua,1982)
Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawab
mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan
belia yang bersifat luarbiasa.
(Gearhart dan Weishahn,1980)

Page
1

Orang berminat mengkaji tentang pendidikan khas mungkin kerana mereka mempunyai
anak atau ahli keluarga yang memerlukan perkhidmatan khas atau mereka ingin menjadi
sukarelawan membantu badan-badan terlibat dengan mendidikan kanak-kanak
berkeperluan khas atau mereka yang ingin menjadi guru pendidikan khas di sekolah
rendah atau menengah. Apakah pendidikan khas? Untuk memahami apa itu pendidikan
khas adalah wajar kita meninjau beberapa definisi yang dikemukankan oleh pakar-pakar
dalam bidang:
Hallahan dan Kauffman
(2006): Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.
Gargiulo (2003): Pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang direka
bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan
bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
Friend (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi
memenuhi keperluan kanakkanak yang kurang upaya.Pengajaran ini mungkin dikelolakan
dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.
Mansor (2005): Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yang
berterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang
berkemahiran

Page
2

Definisi Pendidikan Khas Dalam konteks Malaysia


Pendekatan Baru Definisi Kanak-Kanak Dengan Keperluan-Keperluan Pendidikan Khas
menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan dan
pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan
( development skill). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankan
kecacatan dan ketidakbolehan (medical defict model).
Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada
peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan pendidikan
khas seperti berikut :

kebolehan kognitif

perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial

penguasaan bahasa lisan / pertuturan

penguasaan membaca

kemahiran matematik

kemahiran pertumbuhan asas manusia

kemahiran berdikari

kemahiran keusahawanan

kebolehan penglihatan

kebolehan pendengaran

KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS


Page
3

Dalam Bahasa Ingers istilah kanak-kanak bekeperluan khas dinamakan children with
exceptional needs atau secara ringkas exceptional children. Pelbagai istilah lain telah
digunakan untuk kanak-kanak bekeperluan khas dan antaranya ialah; kanak-kanak istimewa
(special children), kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya (children with
disabilities), kanak-kanak cacat (handicapped children), kanak-kanak abnormal (abnormal
children), kanak-kanak bermasalah (children with impairments) dan kanakkanak terbantut
pertumbuhan atau perkembangan

Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa
atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh
mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan
untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak
yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengala mi kerencatan mental sejak
dilahir. Secara umumnya, kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak
normal dari segi ciri-ciri mental (pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan
mendengar), keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri)
dan emosi (bercampur gaul), dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri). Walaupun
istilah kurang upaya dan kecacatan digunakan sebagai sama, kedua-dua istilah ini
mempunyai maksud yang berlainan.
(a) Kurang upaya [atau Bermasalah] (disability or disorder) berlaku apabila sesuatu
kekurangan menghad individu berkenaan melakukan tugas harian atau kerja tertentu
seperti berjalan kaki, melihat, mendengar atau pun menyelesai masalah matematik
yang mudah seperti 10 + 5. Individu kurang upaya tidak cacat, kecuali kekurangan itu
membawa kepada masalah pembelajaran, masalah peribadi, masalah bercampur gaul
masalah melakukan pekerjaan dan masalah-masalah lain (Heward, 2003).
Contohnya, seorang kanak-kanak yang lumpuh pada kedua-dua kakinya tetapi boleh
pergi ke sekolah menggunakan kerusi roda dan belajar bersama pelajar lain tidak
cacat.
Page
4

Istilah Definisi Kurang upaya (disability) Kecacatan (handicap) Sesuatu yang menghalang
seseorang melakukan kerja tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal. Sesuatu
kelemahan yang terdapat pada seseorang akhibat daripada sesuatu kekurangan yang
menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal.
(b) Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang yang
dihadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekeliling.
Sesuatu jenis kecacatan mungkin menjadi masalah dalam suatu persekitaran tetapi
tidak menjadi penghalang dalam persekitaran yang berlainan. Contohnya, seorang
pelajar yang pekak mungkin berasa tercacat kerana sukar bermain alat muzik dalam
pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya, kanak-kanak yangsama
tidak berasa tercacat ketika dalam makmal sains.

KLASIFIKASI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS.


Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia, menggunakan klasifikasi yang dicadangkan
oleh IDEA (1990) di Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi kanak-kanak berkeperluan khas.
IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13 kategori kurang upaya (disability). Untuk tujuan kursus
ini, kanak-kanak berkeperluan khas di kategorikan kepada 8 kategori sahaja. Untuk
memudahkan perbincangan beberapa kategori telah dicantumkan.
(a) Kanak-kanak Kurang Upaya Pendengaran atau Bermasalah Pendengaran
Kanak-kanak kurang upaya pendengaran terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan
tahap kehilangan deria pendengaran. Kehilangan deria pendengaran dibezakan sama ada
seseorang itu boleh mendengar bunyi pada desibel (dengan ringkas dB yang merupakan
ukuran kekuatan bunyi) yang berlainan. Individu yang hanya boleh mendengar bunyi antara
27 hingga 65 dB dikatakan sebagai mengalami kesukaran pendengaran (hard of hearing)
Page
5

manakala individu yang hanya boleh mendengar bunyi pada 90 dB dan ke atas dikatakan
sebagai pekak (deaf). Kehilangan deria pendengaran boleh mempengaruhi pertuturan dan
penguasaan bahasa. Ini secara langsung akan memberi kesan ke atas kebolehan membaca,
perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca. Penguasaan bahasa akan terjejas bagi
kanak-kanak yang menjadi pekak pada usia yang muda (sebelum 3 tahun).

(b) Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan atau Bermasalah Penglihatan


Kanak-kanak bermasalah penglihatan selalunya dibahagikan kepada dua kumpulan sahaja
iaitu:
(i)

Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat apa-apa,
termasuk objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui deria sentuhan,
pendengaran, hidu, dan rasa. Mereka mengunakan tulisan braille. Mereka juga
perlu menggunakan tongkat putih apabila bergerak dari satu tempat ke satu

(ii)

tempat.
Kanak-kanak berpenglihatan terhad atau rabun (low vision) mempunyai keupayaan
melihat dan boleh membaca, melihat muka orang lain, objek atau gambar setelah
diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta pembesar dan lain-lain.
Mereka perlu ditempatkan di bahagian hadapan kelas dan dibantu dengan cahaya
yang sesuai dan tulisan bersaiz besar. Kurang upaya penglihatan atau bermasalah
penglihatan tidak mempengaruhi kapasiti intelek atau kebolehan untuk belajar.
Bagaimana pun kanak-kanak yang buta atau berpenglihatan terhad memerlukan
perkhidmatan pendidikan khas untuk berjaya dalam pendidikan. Antaranya ialah
bahan dengan saiz huruf besar, bukubuku yang dirakam pada pita audio atau
cakera padat dan buku-buku Braille

(c) Kurang Upaya Mental atau Kerencatan Mental

Page
6

Kurang upaya mental atau kerencatan mental dikaitkan dengan individu yang tidak dapat
belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang
normal dan yang dan tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar untuk menggunakan
maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasi lain. Dengan perkataan lain
kanak-kanak kerencatan mental kecelaruan fungsian intelektual dan dua atau lebih daripada
kemahiran adaptif berikut: komunikasi, urus diri, kemahiran hidup, kemahiran sosial, arahan
kendiri, kesihatan dan keselamatan, akademik, beriaya dah dan kerja. Kerencatan mental
lazim berpunca sebelum umur 18 tahun

(d) Kurang Upaya Fizikal


Kurang Upaya Fizikal meliputi kanak-kanak yang diserang penyakit yang merosakkan otak,
otot dan tulang belakang seseorang. Terdapat beberapa jenis penyakit sedemikian.
Contohnya, kanak-kanak palsi serebral (cerebral palsy) mengalami kesukaran mengerakkan
kaki atau tangan atau leher atau lebih daripada satu anggota badan. Keadaan ini wujud
disebabkan kecederaan kepada otak yang mengawal fungsi motor atau pergerakan. Keadaan
ini bermula pada peringkat bayi dan awal perkembangan seorang kanak-kanak. Lagi satu
penyakit yang membawa kepada kurang upaya fizikal ialah spina bifida (spina bifida) yang
menyerang dan merosakkan tulang belakang seseorang. Penyakit ini menyebabkan badan
menjadi bengkok dan akhirnya lumpuh. Distropi otot (muscular dystrophy) ialah sejenis
penyakit yang menyebabkan otot-otot skeletal menjadi lemah. Kanak-kanak yang diserang
penyakit ini lama-kelamaan dapati sukar bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda
dan ramai di antara mereka meninggal dunia apabila sampai remaja
(e) Kurang Upaya Pertuturan atau Bahasa
Masalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasai
kemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi, morforlogi,
sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Kanak-kanak bermasalah bahasa mengalami
kesukaran untuk mengeluar atau menyebut sesuatu perkataan. Masalah berbahasa
Page
7

menyebabkan kanak-kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak mahu bertindak
balas atau menjawab soalan-soalan, memberi penerangan atau arahan. Mereka akan terus
mendiamkan diri kecuali kalau dipaksa untuk menjawab soalan. Kanak-kanak ini akan
mengambil masa yang lama untuk memahami dan mengeluarkan pendapat apabila bercakap
(f) Kurang Upaya Pembelajaran
Kanak-kanak kurang upaya pembelajaran atau bermasalah pembelajaran adalah kanakkanak yang telah dikenal pasti sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu
pembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaan mental
yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Kecacatan yang dialami
mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasa lisan dan
pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan kemahiran matematik. Masalah
pembelajaran dianggap berpunca daripada
ketidakfungsian sistem saraf pusat.
(g) Gangguan Emosi
Emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah, gembira dan
sebagainya. Emosi berpunca daripada mental seseorang dan wujud bergantung kepada
keadaan tertentu. Sesetengah kanak-kanak tidak menunjukkan emosi kanak-kanak lain pula
emosi dipamerkan melalui sesuatu tingkah laku. Gangguan emosi mempengaruhi keupayaan
untuk belajar, kesukaran membina dan mengekalkan hubungan interpersonal yang baik
dengan rakan sebaya dan guru dan mudah merasai sedih. Kanak-kanak yang mengalami
gangguan emosi mempamerkan tingkah laku luaran seperti kerap berjalan dalam kelas,
menjerit,
mengacau pelajar lain dan sebagainya; dan tingkah laku dalaman seperti memencilkan diri,
berkhayalan dan sebagainya.

Page
8

(h) Pintar Cerdas


Pelajar pintar cerdas dan berbakat tidak hanya terdiri daripada mereka yang mempunyai
pencapaian akademik yang tinggi tetapi mereka yang mempunyai daya imaginasi yang luas,
kebolehan untuk mengemukakan idea-idea yang unik, kepintaran memimpin, mempunyai
bakat dalam bidang seni dan muzik. Kadang-kala, pelajar ini disalah sangka oleh guru
sebagai pelajar nakal kerana suka mengganggu pelajar lain atau pun tidak memberi
perhatian semasa guru mengajar. Mereka mudah merasa bosan kerana apa yang diajar telah
mereka fahami. Mereka sebenarnya suka aktiviti-aktiviti yang lebih kompleks dan mencabar .
Ringkasnya, kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan di atas memilikiciriciri umum tertentu yang dikongsi oleh kanak-kanak dalam kumpulan yang sama.Contohnya,
kanak-kanak yang dikategorikan sebagai bermasalah pendengaran berkongsiciri-ciri
ketidakupayaan mendengar bunyi dan menghadapi masalah bertutur. Bagaimanapun, perlu
ditegaskan bahawa ciri-ciri ini hanya wujud dari segi teori sahaja kerana setiap individu
adalah tidak sama dan berbeza. Dalam keadaan sebenar, kanak-kanak yang dikategorikan
sebagai pekak tidak semua mempunyai tahap kepekakan yang sama atau ketidakupayaan
menghasilkan bahasa pertuturan yang sama. Ada di kalangan kanak-kanak ini yang boleh
mendengar sedikit dan boleh bertutur. Begitu juga dengan kanak-kanak yang dikategorikan
dalam kumpulan yang lain. Mereka mungkin memiliki persamaan dari segi ciri-ciri umum
tetapi tidak sama dari segi ciri-ciri khusus. Memahami persamaan dan perbezaan ciri-ciri
umum dan khusus ini amat penting bagi guru pendidikan khas. Kanak-kanak dalam sesuatu
kategori berbeza dan mempunyai potensi diri yang berbeza. Oleh itu, guru seharusnya
member layanan yang berbeza kepada setiap kanak-kanak dalam sesuatu kumpulan atau
kategori.

1.2 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA


Page
9

Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan
sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang
upaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalam
perkembangan pendidikan khas.
Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya
Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak
buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau
Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar lembam (lemah
dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula
pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran baru
bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan
kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa
perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta,
pekak, dan bermasalah pembelajaran.

PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARA


Seperti juga di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan pendidikan khas di
barat, khususnya di Britain dan di Amerika tidak begitu mendapat perhatian. Namun,
berbanding di Malaysia perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih cepat dan
maju. Perbincangan seterusnya difokuskan di Britain dan Amerika supaya anda dapat
membandingkan perkembangan dan pembangunannya dengan apa yang berlaku di
Malaysia. Di Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila Akta
Pendidikan 1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan.
Manakala di Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan perkembangan
pendidikan khas. Kedua-dua negara tersebut mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal
daripada Malaysia yang kesannya amat besar dari aspek pertumbuhan dan perkembangan
serta kemajuan dalam pendidikan khas. Dalam hal ini, selain daripada kesedaran masyarakat
terhadap pendidikan khas, peranan undang-undang atau polisi pemerintah merupakan
Page
10

penggerak utama untuk membangunkan pendidikan khas. Sebagai perbandingan, kita akan
teliti secara umum perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Amerika dan di
Britain.

Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat


.
Pada 29 Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan Public Law
94-142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat
(Education for All Handicapped Children Act). Undang-undang ini menjamin bahawa setiap
individu di antara umur 3 hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam
persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalang perkembangan intelek mereka. UndangUndang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri)
dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak
dan belia yang kurang upaya serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanakkanak yang kurang upaya dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau
biasa. Bagaimana pun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan didapati
dia tidak akan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap sekolah
disediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas.
Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggil
Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act, Public
Law 94-476) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA. Undang-undang in menunjukkan
betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yang ditekankan ialah:
Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepada kanakkanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public education). Hal ini bermakna
tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke atas kanakkanak khas terhadap persekolahan
mereka. Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem percukaian
negara, yang kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-kanak ini.
Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak
Page
11

menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the least restrictive


environment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada pengasingan sama ada dalam
bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanakkanak khas boleh
belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanakkanak biasa. Pendidikan
bercorak sebegini dikenali sebagai pendidikan inklusif
Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam
penilaian pendidikan (Protection against discrimination in testing). Penilaian pendidikan
dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini,
penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada kanakkanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.
Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan
setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak
khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan
untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak diberikan penumpuan sebelum ini.
Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru pendidikan
khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas
dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi membolehkan guru merancang
objektif yang hendak dicapai oleh murid khas dalam satu-satu jangka masa tertentu semasa
kanak-kanak khas ini bersekolah dengan mengambil kira potensi dan kekurangan seseorang
kanak-kanak khas. Dalam hal ini konsep kolaboratif dalam pendidikan diamalkan iaitu satu
konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru, terlibat sama dalam
merancang pendidikan murid-murid khas. Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael
tidak diberi peluang pendidikan Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima
kanak-kanak kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri-negeri di
Amerika Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak,
buta, kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah biasa. Oleh kerana IDEA,
kini program intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-kanak kurang
upaya dan pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan belia
Page
12

menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhi keperluan mereka. Lebih
ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah di kawasan perumahan masing masing yang
dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurang upaya yang belajar dalam kelas atau
bangunan terasing telah berkurangan dan kini belajar bersama dengan pelajar lain. IDEA
dilihat sebagai satu pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan
khas diberi perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga konsep pendidikan untuk
semua dan pendemokrasian pendidikan diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai
kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan keperluan pendidikan anak-anak
mereka. Di samping itu konsep kolaborasi dalam pendidikan yang membabitkan pihak dalam
pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan kanak-kanak berkeperluan
khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas di
sesetengah negara lain.

Perkembangan Pendidikan Khas di Britian


Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock ditubuhkan
dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan Warnock yang
diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan
khas di Britain. Walaupun cadangan-cadangan yang dikemukan dalam laporan itu tidak
dilaksanakan serta merta tetapi laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan
pendidikan khas dan cadangan-cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta
pendidikan pada tahun-tahun berikutnya. Umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan,
konsep pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada
pengasingan iaitu kanak-kanak
berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang mereka daripada
bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran
antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai
integerasi atau inklusif diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa
kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul
dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar
Page
13

ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas.
Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan
pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-kanak 1989 (Childrens Act, 1989) memperkukukan
pelaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan.
Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum
ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep koloboratif iaitu, diagnosis
dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan
keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan
mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan
berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas, akta ini memberi ruang
kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanakkanak berkeperluan khas.
Keduanya, konsep pengasingan tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti
dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama
dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta
Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangancadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika.
Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa
yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di
Britain.

1.3 AKTA,PERATURAN DAN PEKELILING.


Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi
setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam
Persidangan Dunia bertemakan Pendidikan Untuk Semua di Jomtien, Thailand
yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya
menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan
Page
14

persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya
sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. [Terjemahan]2. Pada tahun 1959,
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-Kanak
Sedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu mereka berhak
mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yang dialami serta
peluang menjadi seberapa normal yang mungkin . Dasar mengenai pendidikan khas di
Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini
dinyatakan bahawa; sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan
yang khas untuk muridmurid yang kurang upaya.

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran


melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan
tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Perakuan ini
menyebut;
Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap
pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih
sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang
mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela
dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan
memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan
menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang upaya.
Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikan ialah
Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh.
Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan:
Page
15

Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak


bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah
pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.

Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak-kanak


yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana serta kanak-kanak spastik.

Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awal dan

menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran 1961
disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai
Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa:
Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru
dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika
ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri
untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan
pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan
bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun.
41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan
menetapkan:
(a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang
menerima pendidikan khas;
(b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;
(c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi
pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan
(d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud
topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah
Page
16

khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau
menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.
AKTA ORANG CACAT 2002
BAHAGIAN 2. PENDIDIKAN
1. Setiap kanak-kanak yang mempunyai apa jua jenis atau tahap kecacatan harus
menerima pendidikan percuma dalam suasana yang bersesuaian sehingga umur lapan
belas tahun.
2. Pendidikan bagi orang kurang upaya harus termasuk ke dalam perancangan
pendidikan kebangsaan, perkembangan kurikulum serta organisasi sekolah.
3. Pihak berkenaan harus berusaha mengalakkan mengintegrasikan pelajar kurang upaya
ke dalam sekolah biasa.
Untuk memasukkan kemudahan pendidikan bagi pelajar kurang upaya ke dalam sekolah
biasa, pihak berkenaan harus (a) mengadakan polisi yang jelas, dihayati dan diterima di peringkat sekolah
dan masyarakat umum;
(b) membenarkan kelonggaran kurikulum, serta tambahan dan adaptasi;
(c) menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti dan mudah didapati,
latihan perguruan yang berterusan dan guru penyokong.
4. Pendidikan khas boleh dipertimbangkan di mana sekolah biasa belum mempunyai
kemudahan yang diperlukan atau bila mana pendidikan khas dianggap paling sesuai bagi
pelajar kurang upaya berkenaan. Ia harus bertujuan menyediakan pelajar untuk dididik
sekolah biasa. Kualiti pendidikan harus menggambarkan piawaian serta aspirasi sama
seperti pendidikan biasa dan harus berkaitan dengannya. Secara minimum, pelajar
Page
17

kurang upaya harus diberi pengagihan sumber pendidikan sama seperti yang diberi
kepada mereka yang bukan cacat.
5. Untuk memastikan pendidikan berkualiti dapaat dinikmati semua, tumpuan khas harus
diberikan kepada bidang seperti kurikulum, program pendidikan, kaedah pengajaran dan
perkhidmatan sokongan:
5.1 Bagi mereka yang cacat penglihatan, di peringkat tadika dan sekolah
rendah, kurikulum yang diubahsuai yang merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada,
latihan sensori, kemahiran hidup seharian, cara khas membaca dan menulis brel,
orientasi dan pergerakan, pengetahuan asas dalam bidang komputer yang
mempunyai perisian pembaca skrin, matematik, muzik dan sukan.
Persediaan untuk 'mainstreaming' harus diuruskan pada tahap awal persekolahan
di peringkat sekolah rendah untuk memastikan kanak-kanak cacat penglihatan
seperti kanak-kanak kurang upaya yang lain, kecuali mungkin mereka yang
terencat akal, diberi pendidikan bersama rakan sebaya yang tidak cacat ke tahap
yang setinggi-tingginya. Di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi,
mereka akan diintegrasikan bersaama pelajar lain dan mengikuti kurikulum yang
sama. Pelajar yang cacat penglihatan di peringkat ini akan diberi perkhidmatan
sokongan seperti bahan bacaan dalm bentuk brel atau audio, kelengkapan brel,
alat pembaca, komputer yang dilengkapkan dengan kemudahan khas, alat
kelengkapan bagi mereka yang kurang penglihatan, orientasi dan pergerakan,
kaunseling, dan guru sumber (di sekolah menengah)
5.2 .Bagi mereka yang cacat pendengaran, kurikulum yang
diubahsuai akan menitiberatkan kepada perkembangan komunikasi dan bahasa
yang sesuai dengan keperluan pelajar. Kurikulum akan merangkumi cara khas
untuk mengajar pertuturan, memahami pertuturan, latihan pendengaran dan rentak
menggunakan komunikasi keseluruhan, pelbagai sensori serta pendekatan yang
lain. Mereka akan diirujukan kepada staf sokongan seperti jurubahasa isyarat,
otologist, audiologist, pakar pemulihan pertuturan, jurulatih auditori dan yang lain
Page
18

seperti diperlukan.
Berdasarkan keperluan khas bagi mereka yang pekak atau pekak-buta, pendidikan
bersesuaian boleh dikendalikan di sekolah khas atau pun di kelas atau unit khas di
sekolah biasa.
5.3.Bagi mereka yang mengalami kecacatan otopedik, pendidikan
berkualiti akan diberi sama seperti untuk mereka di sekolah biasa, dan mereka
akan dibenarkan menghadiri kelas di tingkat bawah bangunan sekolah di mana
boleh. Penjadualan kelas serta pertimbangan lain akan dibuat bersesuaian dengan
keperluan pendidikan mereka. Usaha akan dibuat supaya bangunan sekolah dan
maktab tidak mempunyai sebarang halangan bersifat pembinaan.
5.4 Bagi mereka yang terencat akal, kurikulum yang diubahsuai
akan menitikberatkan latihan megurus diri, sosialisasi, kemahiran hidup seharian
yang berdasarkan pergerkan, pra-vokesyenal dan vokesyenal. Bagi mereka yang
terencat akal yang teruk, tumpuan akan diberi kepada peningkatan kemahiran
penjagaan diri.
5.5 Bagi mereka yang mempunyai masalah perlakuan seperti
autisma, mereka yang bermasalah pembelajaran dan mereka yang mempunyai
kecacatan pelbagai, kurikulum yang diubahsuai akan merangkumi aktiviti serta
teknik penyampaian bagi menormalisasikan perlakuan dan juga kemahiran
berdasarkan fungsi serta akademik untuk mengintegrasikan mereka ke dalam
masyarakat.
5.6 Pihak berkuasa berkenaan akan memulakan atau menyebabkan
bermulanya penyelidikan yang bertujuan mereka bentuk dan menyediakan alat bantuan,
alat bantuan pengajaran, kelengkapan khas pengajaran atau apa sahaja peralatan yang
diperlukan untuk memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada kanak-kanak
kurang upaya.
Page
19

5.7 Pihak berkuasa berkenaan akan menubuhkan insitusi latihan


perguruan yang secukupnya di samping memberi sokongan kepada badan bukan
kerajaan untuk mengadakan rancangan pendidikan perguruan dengan pengkhususan
dalam bidang mengajar pelajar kurang upaya supaya tenaga pengajar yang terlatih dapat
disalurkan ke sekolah khas dan sekolah berintergrasi bagi kanak-kanak kurang upaya.
5.8 Dengan tidak prejudis kepada peruntukan di atas, pihak berkuasa
berkenaan akan menyediakan skim pendidikan yang komprehensif yang merangkumi
pelaksanaan rancangan pendidikan individu bagi setiap kanak-kanak kurang upaya di
sekolah;
-kemudahan pengangkutan bagi kanak-kank kurang upaya atau bantuan
kewangan kepada ibu bapa atau penjaga utnuk membolehkan anak kurang upaya
mereka menghadiri sekolah;
-memberikan secara percuma buku serta alat kelengkapan khas yang diperlukan
bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya;

-biasiswa bagi pelajar kurang upaya;


-mengadakan saluran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapa
dalam menempatkan kanak-kanak mereka dalam sekolah.

BAHAGIAN 3. PEKERJAAN
1. Pihak berkuasa berkenaan akan mengendalikan projek untuk menggalakkan
penggajian orang kurang upaya, dengan:
-mewujudkan peluang pekerjaan dan mengadakan kerja yang bersesuaian untuk
Page
20

orang kurang upaya


-langkah untuk mereka bentuk serta mengubahsuai tempat kerja supaya memberi
kemudahan akses kepada mereka yang mempunyai kecacatan yang berbeza.
-menyokong kegunaan teknologi baru serta mengeluarkan alat bantuan, dan
peralatan serta mengambil langkah untuk memberi kemudahan kepada orang
kurang upaya menggunakan peralatan tersebut untuk mencari kerja
-menyediakan latihan dan penempatan dalam pekerjaan yang bersesuaian serta
sokongan berterusan seperti kemudahan bantuan peribadi dan jurubahasa isyarat;
- kempen kesedaran awam bertujuan menghapuskan sikap negatif serta
kecurigaan terhadap orang kurang upaya

- langkah untuk meningkatkan keadaan persekitaran kerja untuk mengelakkan


kecederaan semasa bekerja dan juga menyediakan kemudahan pemulihan bagi
mereka yang mengalami kecederaan sewaktu bekerja.

2. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal dasar-dasar berikut untuk memastikan


peluang pekjaan bagi orang kurang upaya:
-sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor awam dikhaskan bagi orang kurang
upaya
-sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor swasta dikhaskan bagi orang kurang
upaya
- insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji tidak kurang daripada
5 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12
bulan, serta insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratus
Page
21

pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan;


- Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja kurang
upaya mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagi
mereka.
3. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal skim berikut bagi mengalakkan
keusahawanan dan pekerjaan sendiri di kalangan orang kurang upaya:
bantuan kewangan bagi perniagaan kecil yang dimiliki sendiri oleh orang
kurang upaya;

pinjaman bagi modal;


tapak perniagaan yang sesuai bagi orang kurang upaya;
kontrak serta hak pengeluaran yang dikhaskan bagi orang kurang upaya;
agensi yang khas untuk memasarkan hasil keluaran orang kurang upaya.

BAHAGIAN 4. PEMULIHAN
1. Pihak berkuasa berkenaan akan mengadakan atau menyokong penubuhan program
pemulihan di peringkat kebangsaan bagi orang kurang upaya yang mengalami berbagai
jenis kecacatan. Program tersebut harus berdasarkan keperluan sebenar orang kurang
upaya dan atas prinsip penyertaan penuh dan penyamaan peluang.
2. Program pemulihan akan merangkumi, tetapi tidak dihadkan kepada, latihan kemahiran
asas bagi meningkatkan atau menampung sesuatu fungsi yang terjejas, perkhidmatan
Page
22

kaunseling kepada orang kurang upaya serta keluarga mereka, menggalakkan sifat
berdikari, serta perkhidmatan tidak berkala seperti penilaian dan bimbingan.
3. Perkhidmatan pemulihan tersebut akan dibka kepada semua orang kurang upaya,
termasuk mereka yang mengalami kecacatan yang teruk atau pelbagai.
BAHAGIAN 5. AKSESIBILITI
1. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal polisi untuk menyediakan kemudahan
akses di persekitaran serta memberi akses kepada maklumat dan komunikasi bagi orang
kurang upaya.
2. Kerajaan tempatan akan memastikan bahawa pencapaian persekitaran tanpa
halangan, melalui pelaksanaan undang-Undang Kecil Bangunan, akan memberi orang
kurang upaya kemudahan bergerak di tempat awam dan bangunan kepunyaan pihak
swasta.
3. Pihak berkuasa berkenaan akan menyediakan peruntukan kewangan untuk
menyediakan kemudahan bagi orang kurang upaya di bangunan kerajaan serta tempat
lain yang berkaitan.
4. Pihak berkuasa akan mengadakan program komprehensif untuk membantu orang
kurang upaya menggunakan kemudahan pengangkutan.
5. Pihak berkuasa akan mengadakan rancangan untuk memastikan maklumat serta
dokumentasi mudah diakses oleh semua golongan orang kurang upaya. Brel,
perkhidmatan rakaman, cetakan besar serta teknologi bersesuaian yang lain harus
digunakan untuk memberi akses kepada maklumat bersifat peruturan bagi mereka yang
cacat pendengaran.
6. Sebagai langkah untuk memudahkan komunkasi antara orang pekak dan yang lain,
perkhidmatan alih bahasa isyarat akan disediakan di tempat-tempat utama seperti institusi
Page
23

pendidikan dan pusat perubatan manakala perkhidmatan telekomunkasi terkini seperti


kamera web, persidangan video dan perkhidmatan telekomunikasi penyiaran harus
diadakan.
7. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal garis panduan bagi media terutamanya
televisyen, radio dan akhbar, dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi harus
memastikan perkhidmatan itu boleh diakses oleh oran kurang upaya.
8. Persatuan orang kurang upaya akan dihubungi apabila,
(a) menggubal piawaian serta amalan bagi kemudahan akses kepada alam
persekitaran;
(b) mengambil langkah untuk memastikan perkhidmatan maklumat mudah
diakses;

BAHAGIAN 6. PERKHIDMATAN SOKONGAN


1. Pihak bekuasa berkenaan akan mengadakan perhubungan berkala dengan persatuan
orang kurang upaya untuk memastikan penyertaan mereka dalam pembangunan dasar
kerajaan.
Persatuan orang kurag upaya akan mempunyai peranan mengenalpasti keperluan serta
keutamaan, menyertai dalam perancangan, implimentasi dan pematauan perkhidmatan
tindakan berkenaan khidupan orang kurang upaya, dan menyumbang tehadap kesedaran
awam dan untuk menggalakkan perubahan.
2. Pihak berkuasa bekenaan harus menjemput persatuan orang kurang upaya memberi
pandangan mereka dan mengambil keputusan dalam perancangan program yang
berkaitan dengan orang kurang upaya atau yang melibatkan kedudukan sosial dan
eonomi mereka.
Page
24

3. Pihak berkuasa berkenaan akan, dalam jangka masa tertentu, mengumpul statistik
berdasarkan jantina atau maklumat lain mengenai keadaan kehidupan orang kurang
upaya. Pengumpulan statistik sedemikian boleh dilakukan semasa banci penduduk dan
banci seisi rumah, dan dikendalikan dengan kerjasama, antara lain, universiti, institusi
penyelidikan dan persatuan orang kurang upaya.
4. Pihak berkuasa berkenaan harus menyokong dari segi kewangan atau dengan cara
lain, perkembangan, pengeluaran, penyibaran dan penyelenggaraan alat bantuan serta
alat kelengkapan serta penyibaran maklumat mengenainya.
5. Pihak berkuasa harus menyokong, dengan bantuan kewangan atau selainnya,
perkembangan dan penyediaan program pembantu peribadi dan perkhidmatan alih
bahasa, terutamanya bagi mereka yang mengalami kecacatan teruk atau pelbagai.
BAHAGIAN 7. KESELAMATAN SOSIAL
1. Pihak berkuasa berkenaan akan memastikan bahawa pemberian bantuan pendapatan
kepada orang kurang upaya yang, oleh kerana kecacatannya atau faktor yang berkaitan
dengan kecacatannya, telah kehilangan pendapatan untuk sementara waktu atau
menerima pendapatan yang berkurangan atau tidak diberi peluang pekerjaan.
2. Rancangan keselamatan sosial juga harus memberi insentif kepada orang kurang
upaya untuk mencari pekerjaan supaya mereka boleh memperolehi pendapatan.
3. Orang kurang upaya dan keluarga mereka harus dimaklumkan tentang langkah
pencegahan terhadap penderaan seksual dan juga penderaan yang lain. Orang kurang
upaya mudah jadi mangsa kepada penderaan oleh keluarga, komuniti atau institusi dan
mereka harus dimaklumkan bagaimana mengelakkan berlakunya penderaan, menyedari
apabila berlakunya penderaan dan melaporkan perkara sedemikian.

Page
25

1.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA MASALAH


PEMBELAJARAN.
Pendapat orang ramai sesetenganya menyatakan bahawa kebanyakan kanak-kanak yang
mengalami masalah pembelajaran, mungkin mengalami sedikit kerencatan mental kerana
tahap kognitif,jasmani,emosi dan afektifnya yang terlalu rendah dan terlampau tidak
munasabah dengan tahap perkembangan serta pertumbuhannya. Kebanyakan pakar
perubatan berpendapat bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti yang telah disenaraikan dibawah ini

KECEDERAAN OTAK.
Sebelum kelahiran.
Pelbagai kecederaan atau kecacatan janin boleh berlaku kepada kanak-kanak ketika berada
di dalam kandungan ibunya. Semasa mengandung, jika ibunya mengalami demam yang
teruk atau dijangkiti rubella,herpes simplex, toxoplasmosis, chicken pox, cytomegalovirus
( CMV ) dan AIDS, maka keputusan untuk mendapat kecederaan otak amat tinggi.
Pendedahan kepada bahan-bahan toksik seperti minuman keras,tabiat merokok dan
penyalahgunaan dadah boleh merencatkan pertumbuhan organ-organ penting janin seperti
otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya.kekurangan zat pemakanan dan mengambil
makanan yang tidak seimbang seperti asid folik dan vitamin boleh menjejaskan pertumbuhan
janin..
Kekerapan serangan sawan semasa mengandung, menjadi salah satu punca kerencatan
mental kerana dos ubat antisawan dalam darah perlu diambil sekiranya serangan semakin
kerap. Secara keseluruhan, risiko untuk mendapat bayi yang cacat dalam populasi adalah
sekitar 2-3%, tetapi dengan penyakit sawan, nilai ini bertambah menjadi sekitar 6-8%. Risiko
ini juga berkait dengan jenis ubat antisawan yang digunakan. Di antara jenis-jenis lazim
kecacatan bayi adalah seperti:
1. Sumbing bibir serta lelangit pada mulut.
Page
26

2. Keabnormalan tiub neural, contohnya spina bifida.


3. Bayi yang rendah berat kelahirannya
4. Kepala kecil
5. Ketandusan dari segi tumbesaran serta perkembangandarah
8. Masalah sawan pada masa hadapan.
9. Terencat mental
10. Masalah pembekuan darah.

Semasa kelahiran.

Risiko seseorang kanak-kanak untuk menjadi cacat semasa dilahirkan mungkin juga
berpunca daripada kelahiran yang tidak cukup bulan,berat badan kurang daripada 2.5 kg ,
bayi yang lemas dan tertelan najis semasa dalam kandungan, mungkin mengalami kecacatan
mental selepas dilahirkan. Begitu juga kanak-kanak yang menghidap penyakit kuning
( jaundis ).Kandungan bilirubin yang tinggi boleh merosakkan otak. Kanak-kanak juga boleh
mengalami kecacatan otak kerana kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau terlambat
lahir dalam tempoh masa yang ditetapkan, lantaran itu para doktor terpaksa menggunakan
alat perubatan alternative seperti penggunaan vakum dan forsep

Lebih 90% bayi dilahirkan dalam kedudukan normal iaitukepala keluar dahulu. hanya
sebilangan kecil mungkin berkedudukan luar biasa sama ada songsang (breech) atau
melintang (tranverse lie).Hanya sebilangan kecil sahaja yang berkedudukan luar biasa
sehingga saat tiba untuk dilahirkan. bayi songsang akan menyebabkan punggung atau
kaki keluar dahulu. Risikonya, kerumitan ini boleh merosakkan otak dan saraf bayi
akibat kekurangan oksigen dan boleh membawa kepada kematian.

Page
27

Punca Bayi Songsang


Ini merupakan satu petanda bahawa bayi yang dilahirkan ini tidak cukup bulan atau pra
matang. Oleh itu tarikh akhir putaran haid ibu perlu disemak semula. Jika semua benar,
bayi masih juga berkedudukan luar biasa ini bermakna bayi mengalami kecacatan
seperti saiz kepala melebihi saiz biasa atau mengalami kecacatan lain. Ia boleh
dikenal pasti melalui ujian ultrasound atau x-ray. Songsang juga dikaitkan dengan faktor
kandungan air dalam rahim berlebihan (polihidramnion) atau berkurangan
(oligohidramnios)

Selepas kelahiran.

Kadangkala kanak-kanak mengalami asphysia sewaktu dilahirkan,iaitu masalah kesukaran


bernafas seperti penyakit asma yang menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. Kanakkanak juga boleh mengalami gegaran otak yang serius, akibat pernah digoncang dengan
kuat ( shaken baby syndrome ) semasa bayi atau kerap jatuh daripada buaian atau tempat
tinggi. Kemalangan jalan raya turut menyumbang kepada kecederaan otak ,kesan hentakan
yang kuat pada bahagian kepala. Penyakit lain seperti demam panas yang terlampau tinggi,
ketumbuhan pada otak dan jangkitan kuman seperti enchepalitis dan meningitis juga boleh
menyebabkan kanak-kanak menjadi lembam dan lambat pertumbuhan mental dan fizikalnya.

GENETIK.

Walaupun hubung kait di antara masalah genetik dengan masalah pembelajaran masih lagi
menjadi pertikaian, namun kelewatan perkembangan kanak-kanak juga kadangkala berpunca
daripada genetic kedua ibu bapanya atau salah satu. Menurut Safani,Mohd Mokhtar dan
Abdullah ( 2006 ),para penyelidik telah mendapati bahawa kira-kira 35 45 % kanak-kanak
Page
28

yang menghadapi masalah membaca mempunyai ibu atau bapa yang juga mempunyai
masalah membaca. Penemuan yang sama juga didapati bagi kanak-kanak yang menghadapi
masalah pertuturan ( Lewis 1992 ), dan juga masalah ejaan ( Schultekorne,Diemel,Muller,Gutenbrunner dan Remschmidt,1996 ).hasil beberapa kajian jelas
membuktikan bahawa kembar monozigot ( kembar seiras ) menghadapi masalah membaca
jika kembanya itu menghadapi masalah yang sama.Menurut Gargiulo ( 2006 ) , ini
memperkukuhkan lagi hipotesis bahawa masalah pembelajaran mempunyai kaitan dengan
genetik.
KETIDAK SEIMBANGAN BIOKIMIA.
Ketidakseimbangan bahan-bahan kimia dikatakan dikatakan boleh menjadi punca kepada
masalah hiperaktif yang boleh mengakibatkan kesukaran member tumpuan ke atas kerja
sekolah.kekurangan vitamin menyebabkan masalah pembelajaran ,andainya berlebihan dan
makan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan ia boleh menjadi racun dan memudaratkan
pelajar. Kesan pengambilan ubat pada peringkat trimester pertama boleh menganggu
perkembangan normal otak, jantung dan organ-organ lain.Masalah timbul selepas anak itu
dilahirkan, apabila proses metobolisme ubat disingkirkan melalui buah pinggang bayi yang
belum matang .Penggunaan bahan-bahan pengawet makanan berlebihan dan asap-asap gas
yang dilepaskan oleh kilang boleh menyebabkan kecacatan bayi.Semasa mengandung para
ibu dilarang melakukan sinaran x-ray kerana ia juga akan menjejaskan kandungan .Kajian
menunjukkan ibu yang terdedah kepada radiasi semasa hamil adalah dua kali ganda
berkemungkinan mempunyai anak yang menghidap leukemia.amalan atau cubaan
mengugurkan anak dengan cara tradisional seperti makan akar kayu,jamu, tapai dan pil-pil
daripada doctor, turut menjadi penyumbang kepada kerosakkan pertumbuhan janin serta
kecacatan organ bayi, sekiranya perbuatan tersebut gagal dilaksanakan.

PERSEKITARAN.

Page
29

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa persekitaran yang serba kekurangan kerana
kemiskinan boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran kanak-kanak.Bagi keluarga
yang miskin ,mungkin tidak dapat menyediakan makanan yang mencukupi, tempat tinggal
yang sesuai dan lain-lain keperluan untuk perkembangan sosial dan kognitif anak yang sihat.
( hill 2001 ) dan ( Wan Sofiah Meor Othman 2007 ).
Kadangkala masalah pembelajaran juga merujuk kepada bagaimana guru-guru
meningkatkan kebolehannya sebagai guru.Bagi ibu bapa pula, bagaimana ia memberikan
bimbingan dan sokongan kepada anak-anak mereka.Rancangan di sekolah kebanyakannya
memberikan tumpuan seratus peratus kepada anak-anak sederhana dan cerdik.Dalam situasi
seperti ini, kana-kanak merasakan dia akan gagal dalam hidupnya,cita-citanya tidak
diendahkan,terbantut dan dimusnahkan.
LAIN-LAIN FAKTOR.
Ketika berusia 35 tahun ke atas para ibu tidak digalakkan mengandung kerana risiko
melahirkan bayi yang cacat syndrome down,cerebral palsy dan sebagainya.walaupun fakta
ini masih lagi belum dapat dibuktikan dengan bukti yang kukuh, namun para doktor sering
menasihatkan kepada ibu yang mengandung pada usia lewat agar menjaga kesihatan diri,
kerana semakin berusia semakin merosot tahap kesihatan mereka.

1.5 IMPLIKASI MASALAH PEMBELAJARAN.

Implikasi kepada pendidikan.


a. Deklerasi-deklerasi antara bangsa merupakan penyumbang terbesar kepada
perkembangan pendidikan khas di Malaysia iaitu;
Page
30

Deklerasi ini menghasilkan Peraturan-peraturan Standard Mengenai Persamaan

Peluang Peluang Pendidikan Untuk Orang Kurang Upaya (1993).


Negara-negara dunia digesa memastikan bahawa pendidikan orang kurang upaya

dimasukkan dalam system pendidikan negara-negara masing-masing.


Mereka yang memerlukan pendidikan khas mesti mempunyai akses di sekolahsekolah biasa yang menerima mereka dengan pedagogi yang berpusatkan murid

dan mampu memenuhi keperluan mereka.


Sekolah-sekolah biasa yang berorientasikan inklusif merupakan cara yang paling
berkesan untuk menentang sikap-sikap diskriminasi,membentuk komuniti yang
menerima,membina masyarakat yang inklusif dan memenuhi pendidikan untuk

semua.
- Pendidikan inklusif diperkenalkan di Malaysia bagi murid-murid pendidikan khas.
b. Penggubalan Akta Pendidikan 1996.
- Penghasilan Falsafah Pendidikan Khas.
- Penglibatan ibu bapa.

Implikasi kepada kebajikan.


a. Pemberian insentif dan elaun kepada semua kumpulan OKU.
b. Penglibatan ibu bapa.
c. Sokongan moral dari pelbagai agensi,komuniti dan orang perseorangan.

Implikasi kepada perkhidmatan.


a. Mewujudkan kolaborasi dari kumpulan pelbagai disiplin.
b. Penyediaan kemudahan,infrastruktur dan peralatan mengikut keperluan kumpulan
OKU.
c. Kepentingan peranan setiap ahli kumpulan pelbagai disiplin.
d. Kerjasama dari pelbagai agensi,komuniti dan orang perseorangan.

Page
31

1.6 MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS UNTUK MURID-MURID BERMASALAH


PEMBELAJARAN.

Amalan untuk berdikari.


Latihan kemahiran kerja perlu diberikan pendedahan kepada murid pendidikan khas.
Matlamat utamanya untuk member kemahiran kendiri,sosialisasi dan kemahiran asas
berkaitan pekerjaan dalam kehidupan. Latihan kemahiran kerja dibahagikan kepada tiga
bentuk iaitu:
a.latihan dalaman -

berbentuk kerja projek

Guru perlu melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang telah dirancang dengan baik.
CONTOH;
A.
B.
C.
D.

Perkebunan dan penjualan hasil tanaman.


Aktiviti-aktiviti perdagangan seperti membuat aiskrim,biskut,kek dan lain-lain.
Memelihara ikan,burung dan lain-lain.
Latihan kerja yang melibatkan pihak luar atau kerja luar.
Maksudnya mendapatkan barangan dari luar ( kilang ) untuk pembungkusan
(assemble) dalam waktu persekolahan.Membuat barangan yang tertentu,contohnya
hasil kraftangan murid seperti batik,bunga telur dan lain-lain untuk dijual.

b. Latihan kerja sebenar.


Mewujudkan situasi sebenar untuk sesuatu latihan kerja seperti mencuci kereta, mendobi dan
lain-lain yang dibuat di sekolah. Murid-murid dihantar bekerja di tempat sebenar dan
pemantauan dibuat oleh pegawai kerja.

Keusahawanan / kerjaya..
Page
32

Fungsi bengkel terlindung adalah untuk member pengalaman,latihan,penilaian dan pekerjaan


kepada individu yang berkeperluan khas.terdapat bengkel terlindung yang beroperasi sendiri
( dibawah pengurusan sekolah ) atau yang mempunyai perjanjian dengan agensi yang
member perkhidmatan berkaitan kerjaya.Bengkel terlindung tidak mementingkan hasil
pengeluaran tetapi lebih mengutamakan pengalaman bekerja individu,menanam
minat,memenuhi keperluan sosial dan memberi kemahiran inter- personal.
Di bengkel terlindung perlu ada :
a.
b.
c.
d.
e.
f.

Penilaian kemahiran vokasional.


Latihan bekerja secara umum atau khusus.
Memberi peluang latihan kepada individu yang berkeperluan khas.
Peluang berekreasi.
Perkhidmatan untuk mendapat pekerjaan pada masa hadapan.
Bekerja dalam jangka masa panjang sebelum mendapat pekerjaan lain.

Potensi diri.
Kanak-kanak istimewa boleh dilatih dan dididik untuk memperkembangkan potensi diri.
Potensi diri yang ditunjukkan mengambil masa yang panjang dan memerlukan kesabaran
untuk menguasainya. Beberapa jenis potensi diri yang boleh dikuasai oleh murid-murid
istimewa ialah:
a. Melakukan kerja amal.
b. Mengembangkan bakat.
c. Perkembangan fungsi diri.
- Perkembangan psikomotor.
- Perkembangan kognitif.
- Peningkatan sosialisasi.
- Peningkatan akademik.
- Perkembangan komunikasi.
- Pengurangan masalah tingkah laku.

Page
33

Tajuk 2: PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERMASALAH


PEMBELAJARAN

Definisi Perkembangan.
Bersifat kualititatif, tersusun bertahap dan berterusan pada diri manusia bermula semenjak
percambahan sel sehingga ke akhir hayat organism hasil dari kombinasi pembelajaran,
pengalaman dan kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi, mental dan sosial.
2.1 Peringkat perkembangan:
1. Peringkat bayi 0-2 tahun.
Kadar pertumbuhan lambat seperti merangkak, berjalan, mengeluarkan bunyi-bunyi
suara , lambat bercakap dan bertutur. Kurang kemahiran kawalan motor, motor halus
dan motor kasar seperti tidak boleh memegang objek dengan kuat.
2. Peringkat awal kanak-kanak 2 10 tahun
Kurang kawalan motor halus dan kasar dan penguasaan kemahiran. Kadar
pertumbuhan lambat dan tidak boleh berinterksi dengan baik dengan rakan sebaya
serta suka mengasingkan diri. Memerlukan perhatian dan kasih sayang serta motivasi.
Page
34

Lemah kemahiran kooedinasi mata dan tangan. Bersikap agresif, pasif dan hyperaktif,
kurang tumpuan serta kurang kemahiran urus diri.
3. Awal remaja 11- 14 tahun
Berlaku perubahan fizikal, mula menunjukkan minat untuk bersosial. Tidak dapat
membezakan perkara yang baik dan buruk. Melihat dan menilai sesuatu mengikut
pandangan sendiri. Sukakan kebebasan dan tidak suka dikawal serta tidak boleh
membuat keputusan sendiri dan sangat bergantung kepada orang lain.
4. Remaja 15 20 tahun.
Perkembangan fizikal dan mental yang lambat dan perlahan. Sangat mudah
dipengaruhi oleh persekitaran. Menunjukkan perasaan rendah diri yang menebal,
kurang keyakinan diri , lambat matang serta mudah dipengaruhi oleh persekitaran.
2.2 PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN PERKEMBANGAN DENGAN
KANAK-KANAK NORMAL.

KANAK-KANAK NORMAL
Bayi 0-2 tahun.
Boleh mengecam suara,

KANAK-KANAK BERMASALAH
Bayi 0-2 tahun
Kadar pertumbuhan lambat

bunyi,member tindakbalas,

seperti merangkak, berjalan,

tersenyun,membalas sentuhan

bercakap da bertutur.
Kurang kawalan kemahiran

motor halus dan kasar.


Tahap pertumbuhan dan

dan menggenggam.
Kemahiran motor kasar dan

motor halus meningkat.


Tahap pertumbuhan dan

perkembangan tidak mengikut

perkembangan berlaku

umur hayat.

mengikut umur.
Awal kanak-kanak 2-10 tahun.
Pertumbuhan cepat seiring

dengan umur.
Pandai berdikari dan mengurus

diri sendiri.
Kawalan motor dan

Awal kanak-kanak 2-10 tahun


Kadar pertumbuhan lambat.
Memerlukan lebih perhatian

penguasaannkemahiran cepat

dikuasai.
Kemahiran berinteraksi dan
komunikasi
Page
35

dan kasih sayang.


Kawalan motor lambat dikuasai
Sukar bergaul, mengasingkan

diri.
Lemah koordinasi mata tangan
Agresif, pasif dan hyperaktif.
Kurang kemahiran urus diri.

Boleh member tumpuan


Awal remaja 11-14 tahun
Perubahan fizikal yang

seimbang dan ketara


Pandai bersosial
Dapat membezakan perkara

yang baik dan buruk


Boleh membuat keputusan ,

Awal remaja 11-14 tahun


Perubahan fizikal tidak

rumusan dan menilai sesuatu.


Remaja 15-20 tahun
Perkembangan fizikal dan

seimbang dengan umur.


Tidak dapat beza yang baik

dan buruk
Melihat sesuatu dengan

pandangan sendiri.
Mula minat untuk bersosial.
Remaja 15-20 tahun
Perkembangan fizikal dan

mental yang optimum


Emosi yang stabil
Citarasa dan keyakinan yang

mental lambat
Mudah dipengaruhi oleh

tinggi
Matang dan tidak suka

persekitaran
Kurang keyakinan diri
Perasaan rendah diri yang

bergantung kepada orang lain


Boleh menentukan hala tuju

menebal
Suka kebebasan dan sukar di

kawal.
Tidak boleh memberi

dan membuat keputusan


sendiri.

keputusan.

Page
36

SIAL A

Aspek

2.3

Pertumbuhan

Perkembangan

Jasmani

Pertumbuhan saiz, berat, gigi

Bertambah kemahiran
menggunakan anggota seperti
merangkak, berjalan, berlari
dan melompat

Mental

Bertambah keupayaan berfikir

Berkembangnya kemahiran
menggunakan perkataan,
bahasa, angka, pemikiran,
mengingat, menaakul, analisis

Emosi

Perasaan seronok, gembira,


sedih , takut

Kemahiran mengawal
perasaan dalam situasi
tertentu

Sosial

Meluaskan perhubungan,
komunikasi, bergaul dengan
orang lain

Kemahiran mendisiplin dan


sesuaikan diri dalam
pergaulan

PERBEZAAN INDIVIDU
Borish dan Tambori 1997.
Variasi yang boleh diperhatikan dalam kalangan ahli-ahli satu kumpulan dari segi ciri-ciri
tertentu.
Definisi:
Merupakan variasi yang dapat diperhatikan di kalangan ahli-ahli satu kumpulan dari
beberapa aspek seprti temperamen, tenaga, pola persahabatan, hubungan
kekeluargaan.

Page
37

Satu konsep yang merujuk kepada keunikan dan ketidaksamaan yang wujud di anrtara
manusia yang berlainan. Variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan
sama ada daripada sifat-sifat kognitif, emosi,fizikal dan moral. Tingkah laku sosial, bakat dan
aspek-aspek lain yang mungkin terdapat dalam kalangan individu.
Aspek-aspek perbezaan individu:
1) Budaya
2) Sosial
3) System nilai / norma
4) Status sosio ekonomi
5) Aspirasi/motivasi
6) Kecerdasan
7) Gaya kognitif/gaya belajar
8) Emosi
9) Lokasi
10)Kesihatan
11) Bangsa
12)Personality
13)Fizikal
2.3.1 TEORI-TEORI PERBEZAAN INDIVIDU
1) Teori ekologi Bronfenbrenner;
menekankan aspek sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, makro dan
krono Sistem ini berpusat secara kecil kepada besar/ lingkaran dalam
bulatan/ tindanan .
2) Teori Arnold Gessel
Fokuskan kepaa baka sebagai penggerak utama dalampekembangan individu.
Beliau percaya bahawa kematangan fizikal pentinga alam kelancaran proses
pembelajaran. Kebolehan anak akan muncul mengikut perkembangan dan
kematangan masing-masing.
Ia juga mengikut urutan dan pola tertentu. Maka perkembangan tingkah laku
tidak dapat diramalkan.
3) Teori Havigurst
Tugas perkembangan bermaksud jangkaan han harapan ibu bapa dan
masyarakat .
4) Teori Psikososial Erikson
Seseorang kanak-kanak melalui lapan tahap perkembangan dalam kidup yang
penuh dengan krisis. Sesorang perlu melalui krisis pada tahap-tahap tersebut.
Page
38

2.3.2 Perbezaan dari aspek Kognitif:


Galton(1865), Goddard(1890),Newman(1937), dan Sheldon(1962) telah membuktikan
bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza

dengan rakan sebayanya.


Menaakul, berfikiran logik, kebolehan bergaul, mengira dan berimaginasi.
Setiap individu berbeza dari segi kecerdasan, keupayaan mental, dan cara individu
mengadaptasi kepada persekitaran serta penyesuaian seseorang dengan persekitaran

baru.
Umur mental tidak sama dengan umur hayat.

Perbezaan dari aspek Bahasa


Murid yang menggunakan bahasa yang pelat dan sukar difahami akan ketinggalan jika

dibandingkan dengan murid-murid yang menggunakan bahasa yang betul.


Bahasa yang diwarisi daripada nenek moyang akan mempengaruhi perkembangan
bahasa kanak-kanak.

Perbezaan dari aspek Psikomotor


Setiap murid berbeza dari segi fizikal, tinggi rendah, warna kulit, saiz.
Tiada dua orang yang sama kecuali mereka yang kembar seiras.

Perbezaan dari aspek Afektif


Murid murid yang ceria dan bersedia untuk belajar akan lebih mudah menerima

pelajaran yang murung, suka memendam perasaan dan mrendah diri.


Persekitaran di rumah juga mempengaruhi emosi kanak-kanak.

Perbezaan dari aspek Personaliti


Ekstrovert periang , petah bercakap , suka berkawan, mudah menyesuaikan diri,
bersifat kembara, meminati aktiviti luar dan tahan lasak.
Introvert pendiam, kurang bersosial, lebih berbakat dalam penulisan, sensitive dan
berhati-hati dalam membuat tindakan.
Ambivert- kombinasi ciri-ciri ekstrovert dan introvert.

2.3.3 Implikasi perbezaan individu kepada pengajaran dan pembelajaran


Page
39

Kesediaan belajar setiap kanak kanak mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza.
Ini bermakna kesediaan belajar juga adalah berbeza. Guru perlu mempertimbangkan
bagi mengelakkan berlaku keciciran.
Penentuan objektif dan aras pengajaran Menentukan objektif yang sesuai dan
berbeza mengikut tahap keupayaan dan kebolehan kanak-kanak dengan pelbagai
aktiviti yang mengikut aras murid supaya yang lemah tidak ketinggalan.
Kewujudan pola tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru- Peka kepada
keperluan pelbagai tingkah laku yang distruktif dan hiperaktif supaya tidak menganggu
proses pengajaran dan pembelajaran.
Perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar mengesan gaya kepelbagaian belajar
kanak-kanak yang berbeza-beza sesuai dengan bahan dan aktiviti yang dijalankan.
Perbezaan personaliti pelajar ( pendiam, dan ceria, bising dan ramai kawan)-Pelbagai
personality boleh mendatangkan masalah jika kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan
diri dan bekerjasama dalam kumpulan.

2.3.4 Peranan guru menghadapi Perbezaan Individu


Pemilihan kaedah kumpulan membentuk aktiviti mengikut kaedah kumpulan
berdasarkan tahap keupayaan murid. Secara tidak langsung akan memudahkan guru
menyediakan latihan dan aktiviti serta rekod kemajuan murid .
Program pengayaan dan pemulihan mudah bagi guru menyediakan latihan dan
bahan mengikut kumpulan murid, pengayaan untuk kumpulan yang cerdas dan
pemulihan untuk kumpulan yang lemah.
Pengajaran terancang/ modul/ bahan Multimedia-penyediaan bahan bagi pelbagai
kumpulan agar murid dapat memahami objektif pengajaran
Pembelajaran koperatif Aktiviti pembelajaran dijalankan dalam kumpulan di mana
murid yang cerdas akan membantu murid yang lembab kerana prestasi murid yang
lembab akan membantu markah dalam kumpulan. Ini kerana pembelajaran dalam
kumpulan dengan rakan sebaya lebih berkesan dari guru.
Page
40

Peneguhan positif dan negatif Guru perlu member peneguhan yang positif pada
setiap perlakuan yang disukai dengan serta merta, dan peneguhan yang negatif pada
setiap perlakuan yang tidak disukai supaya murid dapat membuat perbandingan serta
membaiki kepada tingkah laku yang lebih baik.
Agihan tugas mengikut minat dan keupayaan Latihan dan tugasan yang sesuai
dengan tahap keupayaan murid bagi menggalakkan murid berfikir dan berkembang
mengikut tahap keupayaan dan kebolehan murid.
Kepelbagaian Bahan bantu mengajar Bahan bantu mengajar akan dapat
merangsang minda murid dan dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian. Pencarian
dan penyampaian maklumat memberikan banyak pengetahuan kepada murid-murid.
Kepelbagaian Bentuk penilaian Penilaian kertas dan pensil tidak dapat
menggambarkan kecerdasan yang sebenar, pelajar boleh dinilai semasa menjalankan
aktiviti melalui hasil kerja, buku skrab, projek dan sebagainya.
Pengajaran semuka/ individu- Bimbingan dan latihan yang dijalankan secara individu
sesuai dengan tahap keupayaan murid. Bahan-bahan dan model digunakan
memberikan keseronokan kepada murid.
Pelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran- Pelbagai teknik dan kaedah yang
dipelbagaikan akan menarik perhatian murid dan motivasi menjalankan aktiviti dan
penglibatan dalam pembelajaran.

Page
41

TAJUK 3: KATEGORI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

3.0.Pengenalan

Murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran ialah golongan murid yang dikenalpasti dan
disahkan oleh Pengamal Perubatan sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu
proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap
kefungsian murid-murid dalam kebolehan-kebolehan berikut:

Kognitif

Tingkahlaku sosial / perkembangan sosial

Penguasaan bahasa lisan / pertuturan

Penguasaan membaca

Kemahiran perkembangan (development skills)

Kemahiran matematik

3.1. Kanak-kanak bermasalah emosi atau tingkah laku

Kanak-kanak tidak terkawal menghadapi masalah emosi ini. Disebabkan oleh


perubahan emosi dapat dilihat seperti sedih, takut, marah atau bermasalah tingkahlaku.
Kanak- kanak ini berisiko mengalami kemurungan berpunca dari pengalaman tekanan
perasaan persekitaran contoh dipulau oleh keluarga, kehilangan seseorang yang disayangi
seperti ahli keluarga yang terdekat, keluarga yang mempunyai sejarah penyakit kemurungan
dan mempunyai sejarah masalah penyakit jiwa (mental) pada zaman kanak-kanak.
Page
42

3.1.1. Definisi dan punca masalah emosi atau tingkah laku

Masalah emosi ialah merupakan gangguan perasaan yang berlaku kepada individu
sehingga mengganggu aktiviti kehidupan seharian. Mengikut pendapat Twiford, 1979,
masalah emosi ialah tingkah laku yang menganggu pertumbuhan perkembangan normal
kanak-kanak , dipetik dari buku Ang Huat Bin (1999). Kerap kalinya tingkah laku yang tidak
normal dapat kita lihat dari segi intelek, pencapaian akademik, penyesuaian emosi dan
pelakuan sosial kanak-kanak tersebut. Menurut Herbert (1974) dan buku Ang Huat Bin
(1999), masalah emosi ialah manifestasi yang berbagai-bagai seperti penarikan diri,
pengantungan diri kepada orang lain, kekuatan, masalah kencing malam, mencuri, agresif,
malas dan kurang pencapaian akademik.

Secara umumnya, ciri-ciri asas gangguan emosi ialah keresahan yang dianggap keterlaluan.
Keresahan ini mungkin tidak ditunjukkan secara terbuka. Gangguan ini sering berlaku dalam
kalangan kanak-kanak yang kebanyakkanya disebabkan reaksi terhadap tekanan daripada
alam persekitaran (Kasmini Kassim, 1992). Secara khususnya dapatlah dikaitkan bahawa
emosi yang tidak stabil akan mempengaruhi tingkah laku seseorang murid. Situasi ini akan
member gambaran bahawa jika murid pendidikan khas mengalami masalah seperti merajuk,
ia akan memperlihatkan tingkah lakunya seperti mendiamkan diri atau mengasingkan diri.
Masalah emosi dan tingkah laku boleh wujud bersama dengan ketidakupayaan lain
contohnya, ketidakupayaan pendengaran, masalah pembelajaran, autisme dan sebagainya.
Kategori ini mungkin merangkumi kanak-kanak atau remaja yang menghidapi schizophrenia,
masalah afektif, masalah kebimbangan (anxiety) atau masalah tingkah laku lain bila ia
memberi kesan buruk kepada perlakuan pendidikan.

Page
43

3.1.2.Punca masalah emosi dan tingkah laku


Aspek masalah emosi:
1. Faktor genetik atau baka
Menurut Kasmini Kassim (1992: 28), faktor genetik boleh menerangkan sebahagian
gangguan emosi walaupun pada zahirnya belum boleh dipastikan lagi. Gangguan obsesif
kompulsif, sindrom Gilles de la Tourette dan tik kronik boleh dikaitkan dengan faktor
genetik. Ada kanak-kanak yang cepat naik radang dan ada pula yang cepat rasa gelisah.
Ini mungkin berlaku disebabkan temperamen kanak-kanak yang semulajadi. Keadaan ini
boleh juga disebabkan oleh cara bagaimana ibu bapa mendidik anak-anak.

2. Faktor persekitaran
Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perasaan dan
emosi kanak-kanak. Keluarga adalah yang paling rapat dengan kanak-kanak. Kanakkanak yang dibesarkan dalam keluarganya yang menghadapi tekanan, keresahan,
kerunsingan atau ketegangan akan memberi pengaruh yang besar kepada kanak-kanak.
Kawalan yang keterlaluan kepada anak-anak atau terlalu bebas boleh memberi kesan
yang sama. Jika kanak-kanak tidak mendapat jaminan keselamatan dalam keluarga,
akan menyebabkan dia sentiasa berasa terancam apabila berhadapan dengan dunia luar.
Pertelingkahan dan perceraian dalam keluarga juga akan menyebabkan kanak-kanak
hilang kasih sayang dan rasa diabaikan, sekaligus menganggap ibu bapanya sebagai satu
ancaman kepada mereka. Tekanan yang sedikit dan terus bertambah akhirnya
mewujudkan satu gangguan emosi yang kritikal. Suasana sekolah juga turut memberi
kesan yang besar, wujudnya masalah ini. Pencapaian yang rendah dalam akademik
menyebabkan kanak-kanak rasa rendah diri dan kurang yakin pada diri sendiri. Ejekan
dari rakan sebaya mengenai kekurangan dirinya misalnya gemuk dan sebagainya,
membuatkan kanak-kanak ini rasa disingkirkan dan tidak berguna lagi.
Page
44

3. Faktor penyakit fizikal atau kecederaan


Penyakit fizikal dan kecederaan boleh menimbulkan gangguan emosi dengan 3 cara :
1.Kanak-kanak yang menghidap penyakit lelah/asma. Mereka akan rasa takut setiap kali
diserang penyakit ini, mereka takut untuk dirawat di hospital atau takut akan mati.
Perasaan yang menyelubungi diri mereka ini akhirnya menjadi satu tekanan yang
berat dalam diri mereka.
2.Sikap ibu bapa yang terlalu bimbangkan akan kesihatan anak mereka. Ibu bapa terlalu
resah dan cuba melindungi anak mereka setiap saat sampai ke tahap yang
keterlaluan, menyebabkan kanak-kanak rasa terkongkong. Kadang kala keadaan ini
menyebabkan anak menjadi terlalu manja, tidak tahu berdikari, sentiasa bergantung
kepada ibu bapa dan kurang keyakinan diri.
3.Bentuk fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai bentuk badan yang ganjil
atau mempunyai kecacatan fizikal akan selalu diperhatikan orang lain dan sering
diejek oleh rakan. Ini akan menimbulkan perasaan malu dan rendah diri dalam
kalangan kanak-kanak ini. Contohnya tubuh badan yang gemuk, gigi jogang, pendek
dan sebagainya.

3.1.3.Aspek masalah tingkah laku


Masalah tingkah laku berpunca daripada berbagai faktor yang bertindak antara satu sama
lain. Secara ringkas, sebab-sebabnya bolehlah dibahagikan kepada 4 faktor :

1. Faktor juzukan (konstitusi)


Page
45

1.1.Faktor baka
Menurut Kasmini Kassim (1992), faktor baka boleh sedikit sebanyak
mempredisposkan seseorang kepada gangguan ini. Ini adalah berdasarkan kajian
yang dijalankan kepada kembar-kembar dan anak angkat kerana seseorang itu boleh
dipredisposkan kepada jenayah, namun bukti ini tidak terlalu jelas dalam kalangan
kanak-kanak.
1.2.Kecelaruan kromosom
Kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada satu kromosom yang mempunyai risiko
yang tinggi untuk menjadi kanak-kanak Sindrom Down. Oleh itu kanak-kanak ini akan
menunjukkan masalah tingkah laku dan emosi.
1.3.Kerosakan atau penyakit semasa dalam kandungan
Janin yang terganggu perkembangan semasa dalam kandungan disebabkan penyakit
atau kecederaan. Contohnya jangkitan kuman, virus, penyakit berjangkit dan
sebagainya.
1.4.Kecederaan semasa bersalin
Kecederaan pada otak atau koma yang berpanjangan kerana susah semasa proses
hendak melahirkan anak. Contohnya seperti bersalin dengan menggunakan kaedah
forcep, vakum dan sebagainya.
1.5.Kelahiran tidak cukup bulan
Kanak-kanak ini perlu diberi rawatan intensif selepas dilahirkan oleh itu mereka
terpaksa dipisahkan dari ibu mereka selama beberapa bulan. Ini boleh menjejaskan
perhubungan emosi di antara ibu dan anak. Perpisahan ini boleh menwujudkan
masalah emosi dan tingkah laku kanak-kanak di kemudian hari.

Page
46

2. Faktor Penyakit dan Kecederaan


Kanak-kanak yang menghadapi penyakit yang melibatkan bahagian otak, lebih
berisiko tinggi menunjukkan gangguan tingkah laku. Keadaan begini sering berlaku dalam
kalangan kanak-kanak yang menghidapi penyakit epilepsy dan juga kanak-kanak yang
mempunyai tahap kecerdasan otak yang rendah. Ada juga kecederaan atau kemalangan
yang berlaku kepada kanak-kanak tersebut sehingga meninggalkan atau memberi kesan
terhadap emosi dan tingkah lakunya. Contohnya, kanak-kanak terbabit terlibat dalam
kemalangan jalan raya dan memdapat kecederaan di kepala atau anggota yang lain. Ini
akan memberi kesan yang mendalam dalam jiwa dan perasaan kanak-kanak tersebut, jika
ia tidak dibendung atau mendapat rawatan yang sewajarnya menyebabkan timbulnya
masalah tingkah laku dalam diri kanak-kanak tersebut.

3. Faktor Persekitaran
a) faktor dalam keluarga
o Kurangnya keharmonian dalam keluarga, timbulnya ketegangan dan
pertelingahan dalam keluarga tersebut. Contohnya, ibu bapa yang selalu
bertelingkahan di hadapan anak-anak, ibu bapa yang bercerai dan tidak ada
persefahaman antara ibu bapa dengan anak-anak atau
ketegangan/pertelingkahan dalam kalangan adik beradik.

Kanak-kanak yang sering berpindah tangan dari satu keluarga ke satu keluarga yang
lain atau dari satu pengasuh kepada pengasuh yang lain. Sepatutnya kanak-kanak
mempunyai keluarga yang tetap. Kadangkala bila wujudnya masalah atau bencana
dalam keluarga, kanak-kanak terpaksa dipelihara oleh orang lain. Keadaan ini akan
menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat menikmati pengalaman pembelajaran
yang konsisten yang diperlukan untuk pergaulan mereka. Mereka juga berasa sukar
untuk merapatkan diri kepada keluarga baru dan sukar mendapat kasih sayang

Page
47

sepenuhnya. Kanak-kanak ini juga sukar untuk merapatkan diri dengan seseorang
yang boleh dijadikan sebagai contoh.

Ibu dan bapa yang sibuk, sering tiada di rumah bila anak-anak memerlukan mereka,
menyebabkan kanak-kanak rasa bagai tersisih dan hilang kasih sayang. Mereka bebas
melakukan apa saja untuk melepaskan perasaan tertekan dan kesunyian yang
dialaminya tanpa kawalan ibu bapa.

Tidak ada persefahaman antara ibu bapa dengan anak-anak. Ibu bapa sering kali
tidak memahami perasaan dan kehendak anak-anak, menyebabkan timbulnya konflik
dalam perhubungan mereka. Selalunya keadaan ini akan mewujudkan satu situasi
yang negatif dalam diri anak-anak. Ada sesetengah ibu bapa yang terlalu
mengongkong anak-anak sehingga anak-anak rasa sangat tertekan dan seterusnya
memberontak. Ada pula ibu bapa yang terlalu membebaskan atau memberi
kebebasan yang melampau sehinggakan anak tersebut tak tahu membezakan mana
yang baik dan mana yang buruk.
o Keluarga yang terlalu besar atau ramai sehinggakan anak-anak tidak terjaga
atau terbiar untuk menjalani kehidupan sendiri atau berdikari tanpa pengawasan
ibu bapa.
o Kedudukan atau status ekonomi yang rendah juga menjadi faktor berlakunya
gangguan tingkah laku pada kanak-kanak. Kemiskinan hidup menyebabkan
kanak-kanak mencari jalan sendiri untuk merasai kemewahan yang diimpikan
mereka.
o Sikap ibu bapa yang tidak dapat dijadikan satu contoh atau role model.
Kadangkala ibu bapa bersikap tidak konsisten dalam sesuatu peraturan atau
disiplin yang dibuat , samada terlalu ketat, longgar atau tidak tetap
pendiriannya.

Page
48

Kurang penekanan disiplin dan adab dalam keluarga. Contohnya tidak


ada peraturan tetap mengenai rancangan atau aktiviti harian anak-anak
seperti waktu makan, belajar, menonton, bermain dan sebagainya.

Kanak-kanak kurang diberi ganjaran yang berkesan. Maksudnya di sini


ialah menunjukkan tindak balas yang berlainan setiap kali satu tingkah
laku yang buruk atau yang baik di lakukan oleh anak. Kegagalan ibu
bapa menunaikan janji-janji hukuman atau janji-janji ganjaran mengikut
tingkah laku mereka juga menyebabkan anak-anak hilang kepercayaan
dan rasa hormat mereka kepada orang tua.

b) faktor rakan sebaya


Kanak-kanak sering terpengaruh dengan tingkah laku rakan sebaya. Oleh kerana
mereka mahu diterima dalam kumpulan rakan sebaya, maka mereka sedia
mengikut sikap dan rentak kumpulan tersebut walaupun bersifat negatif.

d)faktor sekolah/guru
Kanak-kanak yang sering berpindah sekolah tidak dapat menyesuaikan diri dan
sering menunjukkan gangguan tingkah laku, terutama sekali di sekolah yang ada
pengaruh unsur-unsur buruk. Sikap guru yang tidak peka dan tidak memahami
masalah pelajar juga memburukkan lagi keadaan kanak-kanak.

e)Sosial penolakan oleh rakan sebaya

Page
49

Penolakan rakan sebaya atau pun dengan kata lain, tidak di terima dalam kumpulan
rakan sebaya. Situasi ini akan mengakibatkan kanak-kanak rasa tertekan dan
membuat tingkah laku di luar kawalan untuk menarik perhatian.

3.1.3 .Ciri-Ciri Kanak-Kanak Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku


1.Kelakuan
o Sedih, menyayat hati atau tangisan berterusan
o Kurang berminat dalam aktiviti yang menggembirakan
o Terpinggir / terasing
o Marah dan suka bermusuh
o Hubungan yang tegang
o Kerapkali tidak hadir ke sekolah
o Hendak lari dari rumah
o Kelakuan yang merosakkan diri sendiri
2. Perasaan /Emosi/Pemikiran
o Perasaan tidak puas hati
o Kurang tumpuan
o Kurang keyakinan diri
o Rasa diri tidak berguna
o Bosan
o Tertekan kerana disingkir
o Cepat marah
3. Perubahan Fizikal
o Kurang tahap tenaga kecerdasan
Page
50

o Perubahan masa tidur atau makan


o Masaalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya
o Perubahan berat badan

Di bawah ini disenaraikan secara ringkas ciri kanak-kanak yang menghadapi masalah emosi
:
Emosinya kurang matang.
Kanak-kanak ini sentiasa bergantung kepada ibu bapa dan tidak tahu untuk bergaul
dengan kanak-kanak lain.
Hidup mereka penuh dengan kebimbangan kerana takut akan kehilangan keluarga, mati
atau ditimpa bencana.
Sukar untuk tidur, tidur mudah terganggu kerana sering bermimpi dan mengigau.
Tumpuan fikiran mereka mudah terjejas dan mereka mudah dipengaruhi oleh apa yang
berlaku di sekeliling mereka.
Hilang selera makan, rasa loya, sakit perut, cirit birit, muntah, pening kepala, mulut rasa
kering dan rasa hendak pitam.
Tapak tangan terasa seram sejuk dan berpeluh.
Kerap kencing dan gagal mengawal kencing pada waktu malam atau siang.

3.1.4. Pertimbangan pendidikan


Page
51

Murid yang bermasalah emosi atau tingkah laku perlu diberi cara yang betul untuk
memperbetulkan kesalahan bukannya didenda.
Guru perlulah merangsang dan mengajar tingkah laku yang bersesuaian agar tingkah laku
yang negatif itu dapat dikurangkan secara beransur-ansur. Contonhnya tingkah laku yang
suka mengambil barang kawan.

Pengajaran guru perlu disokong dengan ganjaran apabila menunjukkan tingkah laku
positif. Contohnya guru memberi tepukan / pujian setelah murid yang melakukan tugasan
dengan kemas. Ganjaran ini tidak semestinya pada tingkah laku tetapi pada penampilan diri
murid yang positf sebagai tanda menghargai diri mereka. Contoh Cikgu Salmah memuji Amir
yang berambut pendek.

Guru kerap berinterkasi dan melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran. Guru memberi
perhatian dengan cara memberi peluang murid menjawab dulu soalan yang diberi. Ini sudah
tentu memberi perangsang kepada murid untuk belajar dengan tekun.

Murid juga diberi cara untuk mengawal diri dengan kaedah pemantau kendiri atau guru
akan memantau tingkah laku murid dengan cara merekod. Kemudian guru akan maklumkan
berapa kali tingkah laku yang negatif itu diulang.

3.2. Kanak-kanak Autism

Page
52

Sindrom Autisme adalah satu masalah perkembangan yang paling sukar untuk memahami. Ia
merupakan satu fenomena yang luar biasa dan kejadian insiden adalah lebih kurang 5 - 15 setiap
10,000 kelahiran. Ramai kanak-kanak yang mengalami sindrom ini menghadapi masalah komunikasi,
tingkah laku, sosial dan adaptasi. Trend pendidikan masa kini menggalakan murid autisme
ditempatkan belajar bersama murid normal dalam kelas biasa. Matlamatnya ialah untuk memberi
peluang kepada murid autistik menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertai semua aktiviti
yang terdapat di sekolah.

Biasanya sindrom autisme lebih kerap berlaku di kalangan jantina lelaki dibandingkan dengan jantina
perempuan, dalam nisbah 4 : 1. Sejak penemuan oleh Kanner pada tahun 1943, ahli penyelidik telah
berusaha mencari punca kejadian autisme. Selepas hampir enam puluh tahun, penyebab spesifik
berlakunya sindrom ini masih tidak di ketahui lagi walaupun ada bukti yang menyokong sebabmusabab yang pelbagai
( Bauserman, 1981).
Autisma dapat dikesan menerusi masalah dari segi perkembangan yang melibatkan interaksi
sosial,ramai murid dalam situasi tersebut tidak dapat menunjukkan potensi sebenar.Menurut
Simpson(2001 ) kanak-kanak dan belia autisma merupakan sebahagian kumpulan yang unik
bilamana dibandingkan dengan kanak-kanak berketidakupayaan yang lain.

3.2.1. definisi dan punca autisma


Istilah autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang bererti
aliran. Ini bermakna autisma membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak
menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisma adalah kategori ketidakupayaan
yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola
bermain, dan perilaku emosi.

Page
53

Punca berlaku autisma


Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme
membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam
kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.
1.kerosakan otak
Gangguan ini dipercayai berkaitan dengan ketidaknormalan pada beberapa bahagian otak.
Malah, saiz otak kanak-kanak autistik juga tidak sama seperti kanak-kanak normal kerana
ada yang lebih besar.

2.Genetik
Kecelaruan autistik boleh diwarisi.
3.Komplikasi semasa kandungan

Dalam kes tertentu autism dikaitkan dengan gangguan semasa atau selepas mengandung, termasuk
Kekurangan oksigen semasa kelahiran
Keracunan thalidomide
Rubela kongenital
Encephalitis
Measles-campak
Mum-Begok (Chess, Korn, & Fernandez, 1971).

Kedudukan anak juga ada kaitan iaitu:


Anak pertama daripada dua anak dlm sekeluarga
Anak keempat atau seterusnya bagi yg anak lebih daripada empat orang (Mesibov et al., 1997)

4.faktor pemakanan yang tidak seimbang dan berkhasiat

Page
54

Pemakanan yang seimbang merupakan saranan yang terbaik untuk menjamin kandungan yang bakal
lahir tidak bermasalah. Kebiasaannya ibu yang mengandung akan mengalami alahan yang teruk dan
ini menyumbang kepada pemilihan makanan yang tidak sihat dan berkhasiat. Contohnya kekurangan
zat besi akan menyebabkan bayi tumbesarannya terbantut.

5.Emosi ibu yang mengandung yang sering murung


Semasa mengandung, ibu dan ahli keluarga perlu memastikan tahap emosi berada dalam keadaan
terkawal. Ini kerana emosi yang terganggu seperti bergaduh dengan suami akan memberi kesan
kepada emosi si ibu untuk bersikap murung dan seterusnya memberi kesan yang negatif kepasa bayi
yang bakal lahir.

6.Kesihatan ibu yang sering terganggu


Ibu yang mengandung perlu memastikan kesihatan diri sentiasa terkawal dan dipantau agar masalah
yang dihadapi / penyakit dapat dikesan dan dirawat dengan segera. Kesihatan yang sering terganggu
menyebabkan ibu yang mengandung sukar untuk memberi tupuan kepada bayi yang dikandung.

7. Teratogen adalah agen atau bahan yang akan menyebabkan kecacatan bayi di dalam kandungan
ibunya.Teratogen memberi kesan buruk terhadap kandungan pada 8 minggu pertama kehamilan.

Di antaranya ialah :
1. Thalidomide
2. Asid Valproik
3. Misoprostol
4. Jangkitan Rubella pada ibu

3.2.2. ciri-ciri kanak-kanak Autisma

Page
55

Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :

1.Komunikasi

Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur

Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.

Kurang cerdas semasa bermain

Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain

Ekolalia

Tidak suka bertentang mata dengan orang lain

2.Tindak balas sosial

Hilang tumpuan dan kurang mimik muka

Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain

Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain

Suka bermain sendirian

Tidak suka bergaul

3.Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan
ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
Page
56

Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan

Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran

Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.

Sukakan rutin

Cederakan diri sendiri

Tidak suka disentuh

Selain dari itu murid Autisma juga bermasalah dari segi:


1. Kerencatan bahasa
2. Masalah kefahaman

3.2.3. Pertimbangan pendidikan


Guru perlu memainkan peranan untuk sentiasa memberi peneguhan positif kepada murid Autisma.
Situasi ini akan merangsang mereka untuk berkomunikasi dan aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Di samping itu juga sebagai guru kelas, murid Autisma perlu diberi peluang untuk membentuk
kemahiran dalam pelbagai situasi. Guru perlu perkenalkan situasi yang berbeza untuk murid Autisma
merasa perbezaan. Ini kerana mereka sukakan rutin. Oleh itu dengan sedikit perubahan yang dibuat,
murid akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru dan sekaligus mendapat pengalaman serta
pengetahuan baru.
Murid Autisma berpotensi dalam akademik. Prestasi mereka diukur melalui pemerhatian dan
diubahsuai jika guru tidak berpuashati.
Kerjsama ibu bapa dan guru dalam kaedah terapi amat memberi kesan kepada kemajuan diri murid
Autisma. Antara kaedah yang dapat digunakan ialah kaedah terapi Floortime iaitu murid didedahkan

Page
57

ke tahap yang lebih tinggi dengan bantuan orang dewasa. Kaedah Terapi Pertuturan akan membantu
murid Autisma bertutur dengan bahasa dan situasi yang sesuai.
Guru dan ibu bapa juga boleh menggunakan kaedah TEACCH (Training and Education of Autistic and
Related Communication Handicapped) iaitu kaedah yang menggunakan bahan visual untuk
meningkatkan kefahaman dan kemahiran berdikari seperti menyusun pakaian secara teratur. Kaedah
dijelaskan dengan kad gambar secara berperingkat iaitu dari mudah kepada susah.

3.3. Kanak-kanak Sindrom Down


Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orang pertama
yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866
3.3.1. Definisi dan punca Sindrom Down
Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom
nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanya hanya
dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.

Punca Sindrom Down


1. Faktor usia ibu
Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi
untuk melahirkan anak Sindrom Down.

2.Faktor kromosom yang ganjil


95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "nondysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian sel
secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Di kalangan 5% lagi kanakPage
58

kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini
biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan
kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini
biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down
disebabkan oleh mekanisma.

3.faktor baka
Salasilah keluarga yang ada Sindrom Down,kebarangkalian untuk mewarisinya adalah tinggi.
3.3.2. Ciri-ciri kanak kanak Sindrom Down
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik.
1.sifat pada kepala, muka dan leher
Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya
kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan
saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur.
Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke
belakang. Lehernya agak pendek.
2.sifat pada tangan dan lengan
Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking
membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan
"simian crease".
3.sifat pada kaki
Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak
kaki.
4.sifat pada otot
Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan
menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.

Page
59

5.Masalah-masalah yang berkaitan:


Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman terutama
sekali jantung dan usus.
6. Pertumbuhan yang lambat.

7. Kecacatan mental yang ringan atau sederhana


3.3.3. Pertimbangan pendidikan
Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dan
kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam semua
aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap.
Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga.
Mereka juga mempunyai sifat periang. Perkembangan motor kasar mereka lambat disebabkan otototot yang lembik tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar.
Sebagai guru kelas dan ibu bapa perlulah memberi pendedahan yang teratur dalam penguasaan
bahasa,peningkatan kognitif dan sosial. Guru perlu juga mengajar mereka supaya dapat
menguruskan diri sendiri,membuat latihan senaman untuk menguatkan otot dan pergerakan.
Selain dari itu, murid Sindrom Down perlu diberi pendedahan mengenai konsep-konsep konkrit iaitu
yang dapat dilihat dan disentuh. Contohnya gambar bola dan bola yang realistik.
Murid Sindrom Down juga boleh diajar sesuatu perkara dengan cara yang mudah atau tugas-tugas
yang kecil seperti mengajar mengelap meja. Latihan secara berterusan akan dapat melatih mereka
memahami maksud kebersihan dan cara menjaga kebersihan.

3.4. Kanak-kanak hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD)


3.4.1. Definisi dan punca ADHD
ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Ia melibatkan
3 jenis kepayahan :
Page
60

Kurang tumpuan

Hiperaktif

Menurut kata hati (Impulsiviti)

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 15 tahun menunjukkan seramai 4.3%
mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.
Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia di dalam
otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.
Punca ADHD
Tiada siapa tahu apakah punca ADHD. Punca ADHD tidak dapat dikenal pasti dengan tepat kerana
terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti ADHD bukan disebabkan oleh perkara-perkara
berikut:

Menonton televisyen

Alah pada makanan

Gula yang berlebihan

Keadaan hidup yang miskin

Sekolah bertaraf rendah

3.4.2. Ciri-ciri ADHD


Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih dari 6
gejala dari kategori A dan/atau kategori B.
Page
61

A. Kurang tumpuan
Kanak-kanak sentiasa :

Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.

Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya

Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah

Tidak dapat menyelesaikan tugasnya

Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya

Tidak berupaya mematuhi arahan

Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran

Mudah hilang perhatian

Pelupa

B. Hiperaktif
Kanak-kanak sering :

Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya

Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ

Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)

Bising waktu bermain

Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)


Page
62

Banyak bercakap

C. Menurut kata hati (Impulsiviti)


Kanak-kanak akan :

Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis

Tidak sabar menunggu giliran

Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain

Tambahan :
o

Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun

Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan

Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah,
tempat awam

Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu

Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan

Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah,


dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya

3.4.3. Pertimbangan pendidikan


Guru perlu peka dengan minat dan menarik perhatian murid agar berminat untuk belajar. Penggunaan
bahan bantu mengajar dan belajar yang menarik dan berwarna-warni akan memberi suatu

Page
63

keseronokan kepada murid ini untuk memberi perhatian. Walaupun tumpuan itu tidak lama yang
penting usaha guru untuk mengekalkan minat dan tumpuannya.
Murid ADHD perlu diberi peluang untuk menjadi ketua kumpulan secara bergilir. Ini bertujuan untuk
melatih mereka faham tanggungjawab dan bersikap lebih prihatian terhadap orang lain.
Tugasan yang perlu diberikan kepada murid ADHD perlulah menjurus kepada tugas pengamatan yang
menarik. Contohnya aktiviti bermain puzzle atau mazing.
3.5. Kanak-kanak Bermasalah komunikasi
3.5.1. Definisi dan punca masalah komunikasi
Murid yang bermasalah berkomunikasi merupakan murid yang mengalami ketidakupayaan
menyampaikan dan menerima maklumat secara normal. Ketidakupayaan menggunakan kod-kod
bahasa dan kaedah yang boleh dikongsi bersama.

Punca masalah komunikasi


1.faktor baka
Jika salah seorang daripada ibu atau bapa mengalami masalah kerencatan mental, ia akan
mempengaruhi perkembangan mental mental anak-anak.
2. masalah pendengaran
Kecacatan pendengaran sama ada penuh atau separa akan mengakibatkan gangguan komunikasi
kerana sukar untuk mendengar dan menafsir gelombang bunyi yang di sekitarnya. Oleh kerana tidak
mendengar, komunikasi tidak dapat berlaku secara lisan.
3.faktor kemalangan
Kemalangan yang melibatkan alat pendengaran dan pertuturan akan menjejaskan komunikasi.
Contohnya kehilangan pada alat pendengaran iaitu telinga akan menyebabkan masalah komunikasi.

Page
64

4.faktor kecacatan pada alat artikulasi


Kecacatan pada alat alrikulasi akan menyebabkan sebutan dan kelancaran terjejas. Ini menyebakan
apa yang disebut sukar untuk difahami oleh orang lain.

5. masalah suara
Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal atau luar
biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara berbeza dari segi nada, kualiti
suara, dan punca suara dihasilkan. Suara kurang menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau,
serak atau garau (hoarseness), dan berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang
berkesan.

6. masalah kelancaran
Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan
pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling biasa.
Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan
diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca
daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di
antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.

3.5.2. Ciri-ciri kanak bermasalah komunikasi


1.tidak yakin diri
2. sebutan tidak jelas
3.gagap
4.menggunakan laras bahasa yang tidak sesuai dengan usianya
Page
65

5.perbendaharaan kata terhad


6.tidak suka berbual-bual
7.bercakap pelat
8.menggunakan isyarat untuk mendapatkan sesuatu
9.tumpuan terganggu
10.membaca gerak bibir dan meminta diulang ketika bercakap.

3.5.3. pertimbangan pendidikan


1. penggunaan alat sokongan untuk mendengar seperti implan koklea
2.penggunaan bahasa isyarat untuk membantu murid bermasalah komunikasi berhubung dengan
betul.
3. penggunaan bahan bantu belajar yang interkatif dan menarik
4. terapi pertuturan untuk membantu murid bertutur dengan betul
5.aktiviti pengajaran yang terancang dan menarik
3.6. Kanak-kanak Terencat Akal
3.6.1. Definisi dan konsep terencat akal
Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya
pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan akal
yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri. Manakala
mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti
menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota, penglihatan dan
pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat kerencatan akal.

Page
66

Persatuan Pediatrik Malaysia mentafsirkan terencat akal sebagai kanak-kanak yang mempunyaiu
daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan
akal yang teruk,tidak boleh berjalan,bercakap dan menjaga diri. Manakala yang tidak teruk hanya
mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada
kecacatan fizikal/ anggota.penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota ini tidak bermakna anak
yang terlibat mengalami kerencatan akal.

Punca terencat akal


1. sebelum kelahiran

Perkahwinan keluarga yang rapat


Gen gen lemah yang diwarisi akan mempunyai risiko yang tinggi.
Mewarisi baka yang tidak dominan
Umur ibu semasa hamil
Faktor Rh dalam darah ibu bapa
Fakor Rh adalah satu bahan dalam sel-sel darah merah manusia. Rh+ bagi yang ada dan RHbagi yang tiada. Ibu yang mempunyai sel merah Rh+ dan mengandung anak yang mewarisi
Rh- menghadapi risiko tinggi untuk mendapat anak yang kurang sel darah merah. Kekurangan

ini menjejaskan bekalan oksigen yang boleh menyebabkan kerencatan akal.


Tempoh masa yang lama dalam kandungan
Kesan penyakit lain yang berisiko seperti diabetis,darah tinggi,barah,penyakit Rubella yang

boleh menyebabkan kerenacatan akal,katarak dan pekak.


Kesan sinar-X yang berlebihan
Kesan penggunaan dadah dalam ubatan seperti streptomycin,neomycin,quinine yang berisiko

anak cacat anggota atau pekak.


Pencemaran alam sekitar iaitu terdedah kepada bahan-bahan kimia seperti merkuri dan
plumbum.

2. semasa kelahiran

Ketagihan alkohol
Kekurangan iodin menyebabkan tumbesaran terbantut.
Kecederaaan semasa hamil
Proses kelahiran yang sukar iaitu tidak cukup bulan,songsang dan penggunaan vakum atau
forsep.
Page
67

3. selepas kelahiran

Pengaruh ibu bapa yang membiarkan anak terencat akal terbiar dan terabai.
Masalah kesihatan kerana kelahiran yang tidak cukup bulan
Kecederaan pada kepala
Factor sosioekonomi

3.6.2. Ciri- ciri kanak-kanak terencat akal


Kanak-kanak yang terencat akal berbeza daripada kanak-kanak normal. Mereka berbeza dari segi ;
1.kognitif

Tahap keupayaaan yang rendah


Masalah untuk memahami tugasan yang diberikan
Lemah menaakul dan menatafsir

2. sosial / emosi

Tumpuan singkat
Tidak sabar dan mudah meradang
Sukar tunjukkan emosi secara verba
Tidak memahami apa yang orang lain sebut

3.penggunaan bahasa

Tatabahasa yang terhad


Penggunaan laras bahasa yang kurang tepat dan tidak sesuai
Sukar faham maksud

4. keupayaan fizikal dan motor


Mengalami pelbagai kecacatan termasuk penglihatan,pendengaran dan kemahiran motor halus.
3.6.3. Pertimbangan pendidikan
1.murid terencat akal yang sederhana boleh dibimbing.
Page
68

2.penggunaan bahan berbentuk visual dan bunyi akan dapat menarik perhatian mereka.
3. terapi pertuturan dan terapi cara kerja akan dapat membantu murid terencat akal untuk bertutur dan
menulis dengan baik.

3.7. Kanak-kanak kurang upaya dalam pembelajaran / Lembam / slowlearner


3.7.1. definisi dan punca kurang upaya dalam pembelajaran
Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu
lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga
mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

Punca kurang upaya dalam pembelajaran


- Baka
- Tersekat pengalaman
- Intelek yang rendah
- Masalah emosi
- Kekecewaan
- Rasa rendah diri
- Kemantangan yang lambat
- Lemah daya ingatan
- Mudah terganggu tumpuan
- Kurang rangsangan
- Faktor-faktor kesihatan
- Persekitaran
- Amalan makanan
- Kesan semasa mengandung
- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.
- Ubat semasa mengandung.
Page
69

- Kemalangan.
- Sosio - ekonomi.

3.7.2. Ciri-ciri kurang upaya dalam pembelajaran


1-Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.
2- Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.
3- Sukar menerima arahan.
4- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.
5- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.
6- Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.
7- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
8- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.
9- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
10- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah
11- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.
12- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.
13- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.
14- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

3.7.3. Pertimbangan pendidikan

1. -Temubual
2. - Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan
3. - Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai& menyeronokkan
4. - Senang kepada susah.
5. - Konkrit kepada abstrak.
Page
70

6. - Melibatkan seberapa banyak pancaindera


7. - Banyakan pengukuhan dan latihtubi.
8. - Jauhkan dendaan yang negatif

TAJUK 4 : PENGELOLAAN PROGRAM MASALAH PEMBELAJARAN


4.1 JENIS-JENIS PROGRAM:
1. INTEGRASI
2. KELAS KHAS
3. KELAS INKLUSIF
4. PUSAT LATIHAN HARIAN
5. INSTITUSI PESENDIRIAN/SWASTA/KERAJAAN

4.1.1 PROGRAM INTEGRASI.


Integrasi bermaksud mendidik kanak-kanak bekeperluan khas bersama-sama dengan
kanak-kanak biasa dalam satu sekolah. Ini adalah berdasarkan prinsip kanak-kanak
berkeperluan khas perlu berkongsi segala kemudahan pembelajaran yang disediakan
untuk kanak-kanak lain.(Williams 1988). Menurut Jenkinson 1987 integrasi ialah
menyediakan pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah
biasa.Laporan Warn telah membahagikan integrasi kepada tiga jenis:
1. Lokasi- kanak-kanak berkeperluan khas akan belajar bersama-sama dalam satu
sekolah tetapi berlainan unit atau kelas. Mereka mempunyai hubungan sosial yang
terbatas dengan kanak-kanak biasa seperti menggunakan padang permainan dan
sebagainya.
2. Sosial- penempatan murid di sekolah di mana hubungan sosial yang biasa berlaku
misalnya sewaktu bermain atau mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah
walaupun pendidikan formal berlaku di tempat-tempat yang berasingan.
3. Kefungsian- kanak-kanak berkeperluan khas menghadiri kelas-kelas biasa dan
mengambil bahagian bersama-sama dengan murid lain, berkongsi kemudahan
yang disediakan dan tidak dipisahkan daripada sebarang aktiviti sekolah.
Page
71

Faktor-fakor yang mempengaruhi kejayaan Program Integrasi.


1. Faktor kanak-kanak:
a) Tahap penyesuaian tingkah laku dan kemahiran bersosial
b) Tahap keupayaan kognitif
c) Kemahiran akademik
d) Kesediaan untuk terlibat dalam program integrasi
2. Faktor Rakan Sebaya
a) Sikap rakan sebaya dalam kelas
b) Kesediaan murid biasa untuk menyesuaikan diri dengan kanak-kanak
berkeperluan khas.
3. Faktor Guru dan Pengajaran
a) Kualiti program kelas biasa
b) Kesedaran guru kelas biasa menyesuaikan pengajaran dalam kelas biasa
untuk memenuhi keperluan kanak-kanak khas.
c) Bilangan kanak-kanak / murid berkeperluan khas yang terlibat dalam
program integrasi.
d) Kualiti latihan dalam perkhidmatan guru -guru biasa
4. Faktor Pentadbir
a) Penetapan kriteria untuk kejayaan integrasi
b) Kualiti sumber yang disediakan untuk guru
c) Penyediaan perkhidmatan sokongan dan pakar yang mencukupi
d) Tahap sokongan yang diberikan kepada guru kelas
5. Sikap ibu bapa dan masyarakat
a) Sikap ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas terhadap program intergrasi
b) Sikap ibu bapa kanak-kanak biasa terhadap program intergrasi

4.1.2 KELAS KHAS


OBJEKTIF
Setiap orang pelajar diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan
mereka ;
1. Menguasai kemahiran berkomunikasi .
2. Menguasai kemahiran bergaul .
Page
72

3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam
sekeliling .
4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri .
5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian .
6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif .
7. Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi .
8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor
9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni .
10. Mengembangkan potensi, bakat dan daya kreatif dan intelek .
KURIKULUM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
Kurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ini telah dirancang untuk membolehkan
pelajar-pelajar mencapai kemahiran berdasarkan objektif-objektif yang telah ditetapkan .
Kurikulum tersebut mengandungi bidang-bidang berikut :
1. Bidang Komunikasi .
2. Bidang Sosial dan Alam sekitar .
3. Bidang Kemahiran Amali Untuk berdikari .
4. Bidang Rekreasi dan Daya Kreatif .
5. Bidang Nilai dan Kerohanian .
Kurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yang dilaksanakan adalah berdasarkan
Kurikulum Rendah Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia
Page
73

4.1.3 INKLUSIF
Hala tuju pendidikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas pada masa kini ialah ke
arah mengintegrasikan mereka dengan kanak-kanak normal. Untuk itu usaha-usaha
tertentu hendaklah dilakukan bagi merealisasikan matlamat berkenaan. (Geatheart,
Weishahn & Gearheart, 1992). Sementara itu beberapa kajian pula menunjukkan
terdapat faktor-faktor tertentu menghalang kepada kejayaan dan keberkesanan programprogramPendidikan Khas yang berkonsepkan integrasi ini. Antara faktor-faktor tersebut ialah
sumber yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatih dalam
melaksanakannya (Ysseldyke dan Alozzine, 1982).UNESCO (1988) tiga keutamaan yang
dikenalpasti dalam mendidika kanak-kanak istimewa:
1.Pendidikan wajib bagi semua kanak-kanak
2.Integrasi murid-murid dengan kecacatan ke sekolah-sekolah biasa
3.Latihan guru ditingkatkan bagi mencapai tujuan tersebut.

Definisi:
Satu program yang menempatkan murid-murid Pendidikan Khas yang telah menguasai
sebahagian mata pelajaran atau kemahiran ke kelas biasa untuk mengikuti pembelajaran
yang normal. Dijalankan dalam bentuk separa inklusif atau sepenuh masa. Separa Inklusif
bermaksud murid hanya mengikuti pelajaran pada mata pelajaran yang tertentu sahaja,
waktu selebihnya berada di kelas khas. Sepenuh masa pula mengikuti semua mata pelajaran
di kelas biasa seperti murid biasa.

Strategi Perlaksanaan Pendidikan Inklusif.

Page
74

Zalizan Mohd Jelas (1997) ada beberapa faktor sebagai prasyarat kearah perlaksanaan
pendidikan Inklusif yang berkesan:
1.Pengurusan pihak sekolah yang efektif sikap pihak pentadbir masa kini adalah kritikal
dalam proses pembentukan polisi dan amalan pendidikan Inklusif di sekolah. Kesungguhan
dan komited dari segala aspek termasuk pengurusan masa, peruntukan sumber serta
sokongan dan galakan peribadi akan menentukan kejayaan program ini.
2.Keyakinan guru membantu kanak-kanak belajar sikap positif dan optimis dari guru-guru
perdana dan guru-guru pendidikan khas dalam menghadapi cabaran mampu meningkatkan
prestasi murid-murid Inklusif.
3.Rasa optimis bahawa semua murid dapat belajar dan mampu mencapai kejayaan.Guru
perlu tahu minat dan kebolehan murid-murid supaya dapat memandu arah mereka ke jalan
yang betul dan percaya kepada kebolehan sendiri.
4.Mengatur system sokongan- Kerjasama antara guru dengan perkongsian maklumat,
pengetahuan dan kemahiran antara guru digunakan pada saluran yang betul.
5.Mengesan dan menyemak kemajuan prosedur yang sistematik perlu ada bagi mengesan
dan menyemak kemajuan secara berterusan. Melalui mekanisme ini dapat mengesan
kelemahan dan pencapaian seseorang murid itu.

Isu semasa dalam Pendidikan Inklusif


1.Kurang mendapat kerjasama dari pihak pentadbir dan guru-guru perdana kerana tidak
memahami perjalanan program inklusif tersebut. Kebanyakan mereka gagal memahami sikap
dan kelemahan murid Inklusif dan menganggap sebagai satu beban dalam kelas.
2.Kurang pengetahuan terhadap potensi murid dan cara mengatasi masalah bila bersama
dengan murid-murid Inklusif.
Page
75

3.Sikap ibu bapa dan penjaga yang tidak menunjukkan kesungguhan dan mengambil tahu
perkembangan anak-anak mereka.
4.Penerimaan rakan sebaya dalam kelas yang mungkin memandang rendah dengan
kebolehan murid Inklusif.
5.Kesuntukan masa untuk member tumpuan yang lebih kepada murid Inklusif dan dalam
usaha untuk menghabiskan sukatan. Beban guru akan bertambah yang akan menimbulkan
stress di kalangan guru.

4.1.4 PUSAT LATIHAN HARIAN


1.Pusat Latihan Jabatan Kebajikan Masyarakat
Menyediakan perkhidmatan jagaan, pemulihan, latihan serta peluan pekerjaan kepada
orang kurang upaya. Terdapat 11 buah institusi orang kurang upaya seperti di bawah:Taman Sinar Harapan (TSH)
i. Pengenalan TSH
Taman Sinar Harapan merupakan institusi yang dikhaskan untuk orang kurang upaya
masalah pembelajaran yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan dan
perlindungan. Terdapat 7 buah Taman Sinar Harapan yang beroperasi di Malaysia.
ii. Objektif

Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada orang kurang upaya


bermasalah pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga
dan yang memerlukan latihan pemulihan.

Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya
mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan dari orang lain.

Page
76

Memberi latihan pra-vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari.

Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawankawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya.

Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari badan-badan


sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat.

Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP)


i. Pengenalan PLPP
Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi adalah sebuah institusi di bawah
Jabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurang
upaya anggota (OKU) melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan.
ii. Objektif

Memberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada OKU anggota untuk


mendapatkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan.

Mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat kemalangan bagi


meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari.

Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan kurang upaya


menjadi bertambah teruk.

Menyediakan tempat perkhidmatan sebagai rujukan dan sumber latihan penuntut


perubatan, jurupulih, juruteknik prostetik dan ortotik serta lain-lain kakitangan
yang memerlukan.

Menjadi tempat rujukan untuk menjalankan kajian berkaitan OKU.


Page
77

Bengkel Terlindung (BT)


i. Pengenalan BT
Bengkel Terlindung telah ditubuhkan mengikut Kaedah-Kaedah Worksyop Terlindung
1979. Bengkel terlindung ini dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya yang tidak berdaya
saing untuk mendapat pekerjaan di pasaran terbuka. Institusi berkenaan adalah seperti
berikut:

Bengkel Daya Klang

Bengkel Daya Sungai Petani

ii. Objektif

Mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya.

Mempertingkatkan tahap keupayaan, kebolehan, pengetahuan dan kemahiran


warga kurang upaya.

Memberi sumber pendapatan kepada warga kurang upaya.

Pusat Harian Bukit Tunku


i. Pengenalan
Pusat Harian ini telah dibuka dengan rasminya pada 6 Jun 1989 oleh Y.B. Datuk
Mustaffa bin Mohamad, Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia. Menerima kemasukan
kes-kes pesakit jiwa yang telah menjalani rawatan perubatan di Hospital Permai di Johor
Bahru, Hospital Bahgia di Tanjung Rambutan, Hospital Besar di Kuala Lumpur bagi
menjalani rawatan pemulihan yang disediakan di Pusat Harian Bukit Tunku supaya
pesakit-pesakit ini dapat diserapkan lebih awal ke dalam masyarakat.
ii. Objektif
Page
78

Untuk membantu mengembalikan keupayaan atau kebolehan yang boleh


menolong mereka untuk hidup lebih bebas di dalam masyakat.

Untuk menyedari keupayaan dan kebolehan seseorang pesakit jiwa dan


memupuk keupayaan atau kebolehan tersebut.

Untuk mempertingkatkan tanggungjawab pesakit jiwa terhadap dirinya dan juga


terhadap orang lain.

Untuk membimbing pesakit jiwa mengenai penyesuaian dalam kehidupan harian


mereka.

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Pengenalan

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community -Based Rehabilitation" (CBR) telah dipelopo

Program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepadaperkhidmatan pemulihan


di institusi. Satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orang
kurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri di
mana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluang
sama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.

2. Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibu


bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkan
penggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK juga
merupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaran
masyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa.
Page
79

3. Program ini bukan sahaja cost-effective tetapi juga dapat memberi liputan yang
lebih luas kepada lebih ramai orang kurang upaya. Di samping itu, ianya juga dapat
mengeratkan hubungan keluarga di mana orang kurang upaya tidak perlu
dipisahkan dari keluarga dan masyarakat mereka semasa menjalani pemulihan.
Selain itu, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat dapat didedahkan kepada
pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pemulihan.

Objektif PDK

Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model

Home Based.

Centre Based.

Page
80

Centre-Home Based.

Aktiviti PDK

Kemahiran motor kasar.

Kemahiran motor halus.

Perkembangan sosial.

Perkembangan bahasa.

Pengurusan diri sendiri.

Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis.

Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain.

Latihan Vokasional.

Terapi muzik.

Sukan dan rekreasi.

4.1.5 INSTITUSI
Kerajaan:
1.Jabatan Kebajikan Masyarakat
Perkara-perkara Sosial Yang Diberi Perhatian
Page
81

1) Dasar Kebajikan Masyarakat Negara akan memberi keutamaan dalam kemajuan


negara dan menjamin kesejahteraan rakyat, iaitu :

Usaha proses pembangunan diarahkan untuk tujuan mempertingkatkan potensi semua


golongan masyarakat.

Perhatian khusus diberikan untuk meningkatkan penyamaan peluang ke arah hidup


yang lebih bermakna dalam arus pembangunan negara.

2) Aspek kebajikan bagi golongan kurang upaya yang diberikan perhatian ialah :
Jagaan bagi golongan yang mempunyai keperluan khas
Perkhidmatan khusus serta sokongan daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan perlu
bagi membantu golongan tertentu untuk diserapkan ke dalam arus masyarakat.

Kumpulan Sasaran Yang Diberi Perhatian


Kebajikan masyarakat mementingkan kebajikan semua golongan masyarakat. Sistem
kebajikan di semua lapisan masyarakat diperkukuhkan khususnya bagi golongan sasaran
supaya wujud unsur-unsur kemajuan diri, sifat berdikari dan persepaduan.
Golongan sasaran yang dimaksudkan itu ialah :
Kanak-kanak
Kanak-kanak dilindungi semua bahaya termasuk najis penyalahgunaan, penyiksaan,
penderaan, diskriminasi dan eksploitasi. Di samping itu penekanan khusus diberi kepada
perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal., sosial, emosi dan mental. Mereka juga
dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan
tujuan tertentu sebagai generasi dan pemimpin masa depan.
Orang Kurang Upaya
Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima rawatan,
Page
82

pemulihan, pendidikan dan latihan. Usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam


masyarakat digalakkan agar mereka bersedia menghadapi cabaran keadaan semasa.
Perkhidmatan Orang Kurang Upaya
Perkhidmatan di Luar Institusi
Perkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang kurang upaya supaya dapat berdikari
dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang lebih produktif sejajar dengan
kebolehan dan keupayaan mereka.
Pendaftaran Orang Kurang Upaya
Pendaftaran orang kurang upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Ianya
dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat melalui
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pendaftaran OKU boleh dibuat di Pejabat Kebajikan
Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia.

Faedah-faedah yang boleh diperolehi ialah:

rawatan perubatan

khidmat pemulihan, rawatan lanjutan dan latihan vokasional

pendidikan akademik di sekolah khas dan institusi tertentu

bantuan kewangan, alat-alat tiruan dan alat-alat kemudahan

pertimbangan Elaun Pekerja Kurang Upaya

pertimbangan jagaan dan perlindungan, didikan dan latihan di institusi JKM/NGOs


mengikut Program
Page
83

Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)

peluang pekerjaan di sektor awam atau sektor swasta

JABATAN KESIHATAN
Kesihatan Orang Kurang Upaya dan Rehabilitasi
Perkhidmatan Rehabilitasi dan Perkhidmatan Kesihatan Mental dalam Komuniti disediakan
dibawah satu unit iaitu Unit Mental/Rehabilitasi yang ditubuhkan pada tahun 1996.
Perkhidmatan bagi Orang Kurang Upaya pula meliputi penjagaan kanak-kanak keperluan
khas serta perkhidmatan pencegahan dan kawalan masalah kebutaan, kepekakan dan
kecacatan fizikal. Golongan OKU turut dikecualikan daripada bayaran rawatan di hospital
atau pusat perubatan awam di negara ini.
Program-program yang dijalankan:
1. Program imunisasi
2. Institusi Kesihatan Umum
3. Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

JABATAN PENDIDIKAN
Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas
kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.
Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di
sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar
kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di
Page
84

bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat
elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.

Jabatan Pendidikan Khas

Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di
bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang
berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit ini dianggotai oleh hanya
empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah. Apabila berlaku
penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada
Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini
membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh
negara dan tuntutan masyarakat. Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas.
Permintaan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran
masyarakat terhadap pendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan
berkembangnya pendidikan ini. Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk:

Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan


keperluan Khas.

Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan
keperluan khas.

Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan


keperluan khas.

Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.

Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan
khas.

Page
85

Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagi
kepada tiga bahagian dan satu unit:

(a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan Dasar


Bertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembangan pendidikan khas
dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenai pendidikan khas dan menyelaras
hasil penyelidikan dan kajian dan membuat perancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar
mengenai pendidikan khas.

(b) Bahagian Pengurusan Sekolah


Bertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola dan menyelaras
kurikulum dan kokurikum.

(c) Bahagian Latihan dan Khidmat Bantu


Bertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru danmemberi
khidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di samping merancang,
mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahan sokongan
(seperti bahan Braille).

(d) Unit Pengurusan


Bertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melalui perbelanjaan
kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatan warga pendidikan
khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik.
Jenis-jenis Sekolah Pendidikan Khas
Page
86

Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua Pendekatan


Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,
bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan, ia diwujudkan di sekolah harian biasa
rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh
belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempoh pelajar bagi
pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2
tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar
berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004)

Swasta
NASOM
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia berperanan mengesan dan menjalankan rawatan,
pembelajaran bagi kanak-kanak autism.Selain itu member nasihat kepada keluarga yang
terlibat dan cadangan aktiviti aktiviti yang boleh dijalankan bagi meningkatkan potensi
kanak kanak autism.
KIWANIS
Satu pusat pemulihan dalam komuniti bukan kerajaan yang bertujuan membentu kanakkanak down syndrome mendapat pelajaran dan latihan kemahiran hidup sebelum mereka
bersekolah.
PERSATUAN ORANG BUTA MALAYSIA
Mengesan kanak-kanak buta dan mendaftarkan ke program seperti pra sekolah dan
memastikan mereka mendapat perkhidmatan kesihatan mata yang sempurna dan member
nasihat kepada ibu bapa.
NURY

Page
87

Pertubuhan yang member perkhidmatan kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak


bermasalah dan membantu ke arah pembangunan keluarga bagi melahirkan anak-anak yang
cemerlang di samping menjalankan aktiviti aktiviti terapi yang bersesuaian.
TASPUTRA PERKIM
Berperanan memberi asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan
kanak-kanak cacat anggota. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memberikan latihan yang
meningkatkan kekuatan mental dan fizikal.
LAIN-LAIN KHIDMAT SOKONGAN
Perkhidmatan Audiologi - boleh didapati di hospital kerajaan , swasta dan NGO. Memberikan
perkhidmatan yang berkaitan dengan masalah pendengaran. Ujian ini bertujuan mengesan
tahap pendengaran atau kerosakan pendengaran dan mencadangkan alat-alat bantuan
pendengaran yang sesuai.
Perkhidmatan Terapi Pertuturan-menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan masalah
perkembangan masalah komunikasi dari aspek pertuturan dan bahasa. Pelbagai teknik dan
kaedah digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah pada alat artikulasi.
Perkhidmatan Neurologi memberikan perkhidmatan mengesan kecederaan atau kecacatan
pada otak yang boleh membawa kepada kecelaruan mental.
Perkhidmatan Pediatrik memberikan perkhidmatan merawat kanak-kanak dan mengesan
punca-punca masalah.
Perkhidmatan Oftomologi memberikan perkhidmatan mengesan masalah penglihatan
kanak-kanak dan membuat pemeriksaan dan cara merawat/membantu dalam penglihatan.
Peranan Ibu Bapa memberikan galakan dan motivasi kepada anak-anak dan sentiasa
berinteraksi dengan pelbagai kumpulan disiplin supaya dapat membantu meningkatkan tahap
keupayaan anak dan mempelajari langkah-langkah yang bersesuai mengurangkan masalah.
4.2 PROSES PENEMPATAN PELAJAR KE KELAS KHAS BERMASALAH
PEMBELAJARAN.
Page
88

Kriteria kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar ke program Kelas Khas Bermasalah


Pembelajaran ialah setelah menedapat pengesahan daripada doktor atau pakar perubatan .
Kriteria penempatan berdasarkan kepada pakar perubatan ini sangat penting kerana pakar
perubatan telah melakukan pemeriksaan secara klinikal kepada pelajar-pelajar khas
tersebut .
Penempatan akan ditentukan berdasarkan ujian saringan yang telah dijalankan oleh
pengamal perubatan. Kecacatan dan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas akan
menentukan ke sekolah yang berkaitan. Antara syarat kemasukan/ penempatan yang
disyorkan adalah seperti berikut:
1.Had Umur Pra sekolah Pendidikan Khas

4 6 tahun

Program Pendidikan Khas Rendah

7 - 14 tahun

Program Pendidikan Khas Menengah

15 - 18 tahun

Vokasional /Teknik

19 21 tahun

2. Tempoh belajar sama dengan sama dengan tempoh persekolahan yang sedia ada tetapi
boleh di lanjutkan selama 2 tahun lagi samada di sekolah rendah atau menengah.
3.Penempatan akan ditentukan mengikut kecacatan yang di alami samada ke Program
Integrasi atau Sekolah Pendidikan Khas.
4. Pengesahan pakar yang dari Hospital Kerajaan diiktiraf akan diguna pakai sebagai
rujukan. Pengesahan akan menentukan samada kanak-kanak tersebut layak ke sekolah atau
ke Pusat Harian Biasa.
5.Guru-guru yang telah mengenalpasti kanak-kanak yang bermasalah akan berbincang
dengan ibu bapa atau penjaga supaya mereka faham akan kedudukan anak-anak mereka .
Atas persetujuan mereka akan kanak-kanak akan dirujuk kepada pakar-pakar yang
berkenaan.
Page
89

Sementara itu, terdapat juga proses penempatan pelajar-pelajar khas yang berdasarkan
arahan Kementerian Pendidikan, melalui Jabatan Pendidikan Negeri . Selain daripada itu
juga, kehendak ibu bapa yang tinggi untuk menempatkan anak-anak mereka ke Kelas Khas
Bermasalah Pembelajaran juga memainkan peranan dalam proses penempatan pelajar
berkenaan .
Di samping itu juga, guru-guru kelas juga memainkan peranan dalam penempatan pelajarpelajar khas ini . Guru kelas dapat menilai keupayaan pelajar dari masa ke semasa dan
mengetahui latar belakang serta tahap kebolehan pelajar-pelajar mereka . Dengan itu guruguru ini mengesyorkan agar pelajar-pelajar tersebut ditempatkan di kelas khas .

4.3 KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT UNTUK MENENTUKAN CALON


Pemerhatian:
Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan
kerja kursus membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu
kemahiran.
Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu pendidik melengkapkan
gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan
penulisan.
Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar/marking
scheme.
Digunakan untuk menilai
- sikap
- perlakuan/amalan
- amali
Page
90

- kemahiran manipulatif
- kemahiran bersosial
- kemahiran belajar
- kemahiran kinestetik
- kemahiran literasi komputer
- kemahiran mereka cipta
Pengesanan (Screening)
Cara saintifik dan sistematik mengesan sama ada kanak- kanak memerlukan bantuan
semasa sesi p & p di dalam bilik darjah .
Proses Pengesanan Kenalpasti Kanak-Kanak Keperluan Khas
Mengumpul maklumat

kesihatan kanak-kanak

kesihatan ibu bapa

penglihatan, pendengaran, tingkah laku dll


Memproses maklumat / data
Menganalisis maklumat / data
Mengambil tindakan susulan
Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat (periodical)

Pemerhatian Sebagai Satu Cara Pengesanan


Pemerhatian perlu dijalankan berasas matlamat tertentu
soalan-soalan yang perlu difikirkan ..
- kenapa pemerhatian itu dijalankan
- apakah objektif yang hendak dicapai
- apakah situasi yang sesuai untuk mengumpul maklumat (setting)
- apakah focus perkembangan yang hendak diperhatikan
( perkembanagn fizikal - motor halus, kasar,
bahasa, tingkahlaku bermasalah, kesihatan
Page
91

- bagaimana merekod maklumat


- siapa diperhatikan ( individu, kumpulan, beberapa kanak-kanak
- bagaimana maklumat hendak direkod ( senarai semak, rekod anekdot .
- apa yang perlu dilakukan semasa membuat pemerhatian
- terdapat perubahan tingkahlaku semasa diperhatikan?
- Berapa lama masa diperlukan untuk membuat pemerhatian
- event sampling perlukan masa yang lama
- time sampling masa yang pendek sahaja

2.1
-

Matlamat pemerhatian
Antara matlamat membuat pemerhatian :
-

sebagai satu latihan professional

pengalaman

mengenalpasti tingkah laku kank-kanak

membuat keputusan contoh kesesuaian perabut dalam kelas, alat


permainan, ruang dll

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

Objektif pemerhatian perlulah bersesuaian dengan persekitaran dan sumber


2.2 Pendekatan pemerhatian
Terdapat pelbagai cara melakukan pemerhatian :
Mirror -

jarak dekat cth . mengesan pertuturan murid

pemerhati perlu mencatat dan bersemuka dengan kanak-kanak untuk


mengumpul maklumat dengan tepat dan jelas.
2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian

sensitive dengan situasi dan keadaan emosi kanak-kanak

personaliti pemerhati

pengaruh setting bahan , persekitaran , ruang dll


Page
92

2.4 Apa yang hendak dilakukan semasa membuat pemerhatian

memilih kedudukan yang sesuai

membuat catatan

2.5 Ralat dalam pemerhatian

silap merekod peristiwa yang melibatkan tingkah laku

tidak cekap mencatat maklumat ( tidak dilakukan serta merta)

menambah maklumat yang tidak wujud

keletihan dalam pemerhatian

gangguan cth . bunyi dari persekitaran

ketidak selesaaan

personaliti pemerhati ( cth. perihatin & sabar?)

sikap bias ( biases) dalam pemerhatian

kesesuaian tempat / situasi

2.6 Pemerhatian individu dan kumpulan


Kumpulan
- sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai matlamat yang sama dan homogeneous
( umur dan tahap perkembangan )
- sulit mencatat perbualan
- sesuai menggunakan rakaman video
- untuk 2 kanak-kanak perhatian mestilah silih berganti
sepanjang masa.
- sesuai untuk memerhatikan tingkah laku dalam
kumpulan dan bukan individu .
Komponen kumpulan
karakter ahli kumpulan ( member characteristic) umur , bangsa , etnik , budaya
dan agama .
Page
93

- ianya mempengaruhi output aktiviti dalam


kumpulan .

tingkah laku ahli ( member behavior)

tingkah laku kontekstual ahli hubungan antara ahli kumpulan sebagai satu
sistem ( norma)

2.7 Langkah-langkah pemerhatian

tentukan perkara yang hendak diperhati

merekod maklumat dengan lengkap

merekod serta merta semasa pemerhatian

hadkan satu rekod untuk 1 peristiwa sahaja

rekod fakta yang tepat dan tidak membuat interpretasi

rekod peristiwa positif dan negative

2.8 Kaedah pemerhatian ( methods)

kaedah bermaksud how to do it ' dan seluruh proses yang terlibat dengan
pemerhatian, prosedur pemerhatian
- tingkah laku behavior
- setting dan situation

normal dan tidak formal


-

normal dilakukan secara teratur, terancang dan sistematik

tidak formal - melalui aktiviti dan situsai semasa

Teknik / kaedah merekod dan membuat pemerhatian tingkah laku

penulisan narrative ( narrative description)


-

menggunakan huraian yang panjang dan terperinci

on the spot
Page
94

khusus kepada tingkah laku

tanpa gangguan, interpretasi atau penilaian

boleh dilaksanakan melalui video, audio atau pemerhatian

time sampling
-

pemerhati mencari satu masa tertentu dan tingkah laku yang sesuai untuk
dijadikan sample

pemerhatian yang bertujuan untuk mencatat kekerapan sesuatu


tingkahlaku berulang / berlaku .
Contoh tingkah laku yang diperhatikan ialah seprti bergaduh , bertengkar dan
panas baran ( aggresif) Tingkahlaku yang diperhatikan pada masa itu
merupakan 'samples'

Memberi maklumat yang terperinci berkaitan tingkahlaku yang


diperhatikan . .

cth. Dalam kelompok 15 murid, pemerhati akan memperuntukkan selama 3


minit untuk setiap kanak-kanak sehingga semua kanak-kanak di buat
pemerhatian.

biasanya menggunakan senarai semak / koding dan mudah digunakan


semasa membuat pemerhatian .

Kebaikan

mudah digunakan khusus untuk pelbagai tingkahlaku

tidak memerlukan belanja tinggi

jimat masa

data mempunyai kebolehpercayaan tinggi

Event sampling
-

Pemerhati memillih event/ tingkah laku sebagai sample untuk diperhati semasa
membuat pemerhatian Cth : tingkah laku sosial
Page
95

- Cara ini digunakan sekiranya sesuatu tingkah laku itu tidak selalu dipamerkan
oleh murid semasa time sampling dilakukan.
- Pemerhati biasanya akan menunggu berlakunya 'tingkah laku ' yang hendak
diperhatikan berlaku dan mencatat peristiwa tersebut untuk dianalisis.
-

Maklumat boleh ditulis secara naratif atau menggunakan koding


( senarai semak )

catatkan sama ada event / tingkah laku wujud dalam masa pemerhatian

tingkah laku yang tidak menjadi focus tidak diambil kira ( senarai semak ) ,
namu jika menggunakan penulisan naratif semua perkara perlu dicatat

Rekod anekdot
-

maklumat murid di rekod secara berterusan mengikut tahap dan boleh


disambung oleh guru lain.

melalui pemerhatian terus

mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau bermasalah

catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran.

pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat tingkah laku murid


yang wujud pasa masa pemerhatian.

mencatat perubahan yang berlaku dalam tingkah laku murid

membantu guru memahami perkembanagn murid dari semasa ke


semasa

Rekod frekuensi
-

merekod tingkah laku murid menggunakan frekuensi. ( mencatat /


sebagai kekerapan )

mudah digunakan dan ditafsir

menyediakan maklumat/ data yang mudah difahami

carta bar. cth : 20 % ali terlibat dengan aktiviti koperatif, 30% solidarity
dan 50% secara unoccupied
Page
96

Rekod harian
-

mencatat perkembangan murid bagi satu jangka masa yang panjang.

tertumpu kepada tingkah laku yang baru berbanding yang sedia ada
( perkembangan)

step by step progress over a period of time

satu cara yg informal

Senarai semak ( check list)


-

Specific behavior

given content- sebahagaian daripada tingkah laku itu wujud dalam


pemerhatian

Skala ( rating scale)


-

menggunakan skala cth: cemerlang, sangat baik, baik,


sederhana, lemah

4.4 PENYARINGAN DAN PENGUJIAN DIAGNOSTIK


Sebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama ada secara
formal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan Jordan, 2005).
Penaksiran ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan kanak-kanak yang diajar
dengan bertujuan membuat keputusan tentang kekuatan, kelemahan dan keperluan
mereka. Daripada penaksiran yang teratur keputusan-keputusan penting tentang strategi
pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat. Penaksiran bertujuan untuk
mengenal pasti intervensi awal yang sesuai bagi seseorang individu atau kumpulan kanakkanak. Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau tidak, haruslah bergantung kepada
situasi dan instrumen yang digunakan. Sebagai contoh, Ujian Kecerdasan Weschler
digunakan untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanak yang syaki mengalami kerencatan
mental. Penaksiran juga dilakukan untuk menilai keberkesanan sesuatu intervensi awal.
Maklumat yang diperolehi boleh digunakan untuk mengubahsuai strategi pengajaran ke arah
Page
97

memperbaiki lagi kaedah intervensi awal. Secara umum, penaksiran digunakan untuk
penyaringan dan diagnosis.
Penyaringan
Sebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak hendak
ditentukan. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat nyata dan
pengujian tidak diperlukan. Contohnya, sindrom Down dan kurang upaya fizikal boleh
ditentukan dengan memerhati ciri-ciri fizikal kanak-kanak berkenaan. Bagi sesetengah kanakkanak pula adalah sukar untuk menentukan masalah yang dihadapi. Oleh itu, penyaringan
(screening) perlu dilakukan. Proses saringan melibatkan pemeriksaan yang singkat tentang
sesuatu perkara, contohnya kemahiran bahasa. Lazimnya, teknik saringan dapat dilakukan
dengan cepat dan mudah dengan melibatkan bilangan pelajar yang ramai. Setelah dikenal
pasti, guru akan membuat pengubahsuaian pengajaran sesuai dengan pelajar berkenaan.
Sekiranya pengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan merujuk pelajar itu
untuk menjalani pengujian diagnostik yang lebih terperinci.
Pengujian Diagnostik
Apabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah atau beberapa
masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak berkenaan dirujuk untuk pengujian
diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk kepada jenis masalah yang
dihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik dilakukan
terhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itu menghadapi
masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003).
(a) Perkembangan Motor
Kebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran. Pengujian
tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan, kelenturan, ketahanan
lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak. Pergerakan otot besar (seperti
berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) dan pergerakan otot halus (seperti
mengambil sesuatu objek permainan, mengikat tali kasut) menunjukkan tahap perkembangan
motor seseorang kanak-kanak
Page
98

.
(b) Perkembangan Kognitif
Pengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak seperti kemahiran
mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa lampau, merancang dan
membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada masa depan. Kebolehan mereka
mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat sedia ada, menyelesai
masalah dan menghasil idea-idea baru adalah petanda-petanda perkembangan kognitif.
(c) Komunikasi dan Perkembangan Bahasa
Komunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan, keperluan,
pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa
untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripada orang lain.
Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi. Komunikasi
bukan lisan melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuan mata, riak air
muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap keupayaan
komunikasi dan perkembangan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.
(d) Perkembangan Emosi dan Sosial
Kanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang permainan dan
tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnya mengikut
giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka juga dapat meluahkan perasaan dan
emosi dengan cara teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahap
perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.
(e) Kemahiran Adaptif
Perkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama ada mereka mempunyai kemahiran
adaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan sendiri tanpa disuap,
menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri, membasuh tangan
dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapat mengesan tahap kemahiran
adaptif kanak-kanak berkeperluan khas.
Page
99

Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh
diperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan umur
tertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan dan keupayaan yang patut
dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur tersebut. Oleh itu, perbandingan boleh
dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang diuji. Perlu ditekankan bahawa kelimalima domain ini tidak berasingan tetapi banyak bertindih. Contohnya, kanak-kanak yang
bermain bola sepak menggunakan kelima-lima domain: kemahiran motor (berlari dan
menendang bola), kemahiran kognitif (dapat meramal gerak-geri pemain), kemahiran
berkomunikasi (menerima dan memberi arahan), kemahiran sosial (mematuhi peraturan
permainan) dan kemahiran adaptif (memakai kasut bola tanpa bantuan).
Merujuk kepada semua rekod-rekod diatas , kita boleh membuat satu analisis daripada datadata yang telah diperolehi supaya satu tindakan susulan boleh dibuat. Plan intevensi ini akan
menentukan bagaimana kaedah dan teknik yang sesuai boleh dilakukan begi menyelesaikan
sesuatu masalah.
TAJUK 5 : RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)
5.1. DEFINISI DAN KONSEP

Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) adalah satu program yang berkaitan dengan
Pendidikan Khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan
pembelajaran murid dengan keperluan khas. Program ini dibentuk dalam beberapa siri
mesyuarat dalam bentuk rancangan setiap murid.

Menurut Hallahan dan Kauffman ( 1977 ), RPI adalah satu perjanjian bertulis antara ibu bapa
dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimana keperluankeperluan itu dapat dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah kontrak tentang
perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk murid itu. Manakala menurut
Bender W.N ( 1995 ) pula, RPI adalah satu program pengajaran berasaskan penilaian

Page
100

pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individu murid kurang
upaya.

Rancangan Pendidikan Individu dibentuk oleh satu jawatankuasa yang melibatkan pentadbir
sekolah, guru, ibu bapa dan juga murid itu sendiri jika difikirkan sesuai. Rancangan
Pendidikan Individu ini mengandungi matlamat dan objektif berdasarkan pencapaian sedia
ada bagi murid dengan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif ini dibentuk oleh mereka
yang terlibat dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan. RPI juga menentukan
penempatan pendidikan yang diperlukan bagi mencapai matlamat dan objektif. Di dalam RPI
dinyatakan juga tarikh perkhidmatan diberi, jangka masa pelaksanaan dan corak penilaian
bagi menentukan pencapaian murid.

Dengan RPI, ibu bapa dan guru dapat bekerjasama dalam beberapa aspek seperti
menentukan keperluan pembelajaran murid, keperluan bagi mencapai keperluan itu dan hasil
pembelajaran yang dijangkakan. RPI disemak dan diteliti apabila berlaku perubahan dalam
keperluan pembelajaran murid.
Penulisan RPI adalah komitmen pihak sekolah bagi menyediakan sumber-sumber yang
diperlukan dan dipersetujui bersama. Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat dilihat
dengan jelas dan dapat bertindak sebagai penilaian bagi murid ituu dalam mencapai
matlamat objektif. Di samping itu, RPI juga adalah satu titik pertemuan bagi menyelesaikan
isu yang mungkin timbul dengan wujudnya kesepakatan antara pelbagai pihak.

5.2. CIRI CIRI RPI


Rancangan Pendidikan Individu yang dibentuk perlu mengandungi ciri-ciri berikut :
a)Komprehensif
RPI merangkumi aspek ketidakupayaan murid, termasuk aspek komunikasi, tingkah
laku, sosial, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motorPage
101

tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan penempatan


yang diperlukan sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas.

b)Spesifik
Matlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapat
diperhatikan dan diukur.

c) Mengikut urutan
RPI dibentuk berdasarkan urutan perkembangan dan fungsi kemahiran.

d) Realistik dan sesuai


Matlamat dan objektif yang dinyatakn dalam RPI perlu sesuai dengan tahap fungsi dan
kadar perkembagan sedia ada setiap murid.

e) Difahami
RPI direkodkan dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh para profesional dan
juga ibubapa dan dapat menjejaskan apa yang perlu diketahui.
f) Dipersetujui
RPI adalah program yang dipersetuujui ibubapa, guru, murid dan professional lain
yang terlibat.
5.2.1. Pembentukan Rancangan Pendidikan Individu ( RPI )
RPI perlu dibentuk bagi setiap murid dengan keperluan khas dalam tempoh 30 hari ataupun
satu bulan dari tarikh murid itu ditentukan ketidakupayaannya. Pembentukan RPI perlu
dilakukan sebelum penempatan sebenar dilakukan, dan sebelum murid itu menerima
sebarang perkhidmatan ataupun diberi pendidikan khas. Semua RPI perlu disemak dan dikaji
sekurang-kurangnya setahun sekali oleh jawatankuasa RPI tetapi ibubapa dan guru dapat
Page
102

memohon supaya semakan dilakukan dengan lebih kerap.


5.2.3. Elemen RPI
a) Kerjasama
Berkerja dalam kumpulan merupakan elemen penting dalam RPI. RPI dirangka oleh
sekumpulan individu yang terlibat secara langsung dengan pendidikan dan kebajikan murid
berkenaan. Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat penting dalam proses
ini.
b) Berkongsi Maklumat
Perancangan RPI mesti berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul daripada individu
yang mempunyai hubungan rapat dengan murid. Maklumat ini mesti dikongsi bersama dan
menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikan yang akan dibuat.
c) Keputusan Bersama
Ibu bapa dan golongan profesional bekerjasama untuk menyediakan RPI. Mereka perlu
membuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh murid berkenaan
dan bagaimana RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.
d) Kebolehpercayaan
Objektif pengajaran dan prosedur penilaian perlu diterangkan dalam RPI. RPI juga perlu
dibuat semakan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa.
e) Dokumentasi
RPI perlu didokumentasi bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak.

f)Proses dan hasil


RPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi memastikan program pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan.
Page
103

5.2.4. Jawatankuasa Pembentukan RPI


Jawatankuasa Rancangan Pendidikan Individu perlu sekurang-kurangnya terdiri daripada:

a) Pentadbir sekolah
Wakil pihak sekolah selain daripada guru murid itu, yang berkelayakan bagi menyediakan
perkhidmatan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembelajaran murid,juga berkelayakan
memantau pelaksanaan program.

b) Guru
Pada peringkat permulaan, kemungkinan guru itu bukan guru bagi murid terlibat kerana murid
itu belum mempunyai gurunya sendiri. Oleh itu, guru yang sesuai adalah guru yang
berkelayakan mengikut tahap umur murid.

c) Ibubapa ataupun penjaga murid


Ibu bapa ataupun penjaga perlu diberi peluang melibatkan diri dalam pembentukan dan
perkembangan RPI anak mereka. Sekiranya kerjasama ibubapa sukar diperoleh,
jawatankuasa yang lain perlu terus membentuk RPI yang sesuai.

d) Murid dengan keperluan khas


Murid dengan keperluan khas itu sendiri sepatutnya melibatkan diri dalam membentuk RPI
terutamanya di peringkat sekolah menengah yang melibatkan proses transisi. Ini kerana
fungsi RPI adalah untuk memenuhi keperluan unik murid itu sendiri.

Walaubagaimanapun, sekiranya murid itu dianggap kurang sesuai untuk bersama-sama


dalam pembentukan ini disebabkan ketidakupayaan yang dialaminya, jawatankuasa yang lain
perlu terus membentuk RPI yang sesuai dengan murid itu.
Page
104

Pada peringkat permulaan pembentukan RPI juga, jawatankuasa perlu melibatkan pihak
yang terlibat dalam aspek penilaian ataupun orang yang mempunyai pengetahuan dalam
prosedur penlaian yang dijalankan terhadap murid dengan keperluan khas.

Program transisi turut perlu dimasukkan dalam RPI bagi murid yang berumur 14 tahun ke
atas, ataupun lebih muda sekiranya sesuai. Sehubungan itu, murid itu dan juga agensi yang
berkaitan dengan perkhidmatan bagi orang dewasa perlu dilibatkan. Peluang perlu diberi
kepada murid bagi membolehkan memilih rancangan transisi dan perkhidmatan yang
diperlukan. Dalam semua perjumpaan, pihak sekolah perlu memastikan ibu bapa memahami
apa yang dirancang bagi anak mereka.

Ahli Jawatankuasa lain yang sewajarnya turut dilibatkan dalam perjumpaan bagi membentuk
Rancangan Pendidikan Individu adalah:a) Ahli Fisioterapi
b) Ahli terapi cara kerja
c) Patologi Pertuturan Bahasa
d) Kaunselor
e) Agensi Pemulihan
f) Guru Kelas Biasa
g) Guru Vokasional

5.3. KEPENTINGAN RPI


RPI membolehkan murid mengikut program pendidikan yang dirancangkan sama
ada yang telah diadaptasi atau dimodifikasi dengan lebih berkesan. Dalam konteks ini, RPI
bertujuan untuk menyimpan rekod dalam aspek-aspek berikut :a) jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asal
b) perkara yang perlu dipelajari oleh murid
Page
105

c) jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan


d) penilaian pencapaian kemahiran

Proses RPI dapat memberi kebaikan kepada:1.1. Murid


a) setiap perancangan pendidikan digubal bertujuan membantu murid dalam proses
pembelajaran.
b) memberi peluang untuk terlibat dalm program pembelajaran yang dirangka
c) menjadikan matlamat dan objektif lebih jelas

1.2. Guru
a) menerangkan peranan dan tugas mereka dengan jelas
b) memberi peluang untuk mendapatkan maklumat tentang murid
c) menyediakan forum untuk mendapatkan pandangan, bantuan resos, sokongan dan
perkhidmatan daripada pihak yang berkenaan.
d) Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam segala aspek
perkhidmatan yang disediakan dan resos yang diperlukan
e) Menyediakan bantuan dalam menyelesikan masalah
f) Mendapatkan maklumat yang tepat daripada mereka yang berhubung dengan murid.
5.4. MERANCANG DAN MEMBINA RPI
Penyediaan RPI memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat dengan murid
berkeperluan khas untuk sama-sama merancang program yang paling sesuai untuk murid
berkenaan.
5.4.1. Rujukan Pihak Yang Terlibat
Pada peringkat ini hubungan komunikasi yang baik perlu diwujudkan :
antara guru
Page
106

antara ibu bapa dan sekolah


antara sekolah dan agensi luar yang berkaitan
5.4.2 Pengumpulan Data
Mengumpul segala maklumat berkaitan dengan kekuatan, kelemahan dan keperluan murid
yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat dikumpul melalui :
borang biodata murid
sejarah hidup termasuk aspek kesihatan dan perkembangan
borang kaji selidik akademik
ujian diagnostik
pemerhatian ke atas murid
Perkara yang perlu diberi perhatian dalam proses pengumpulan maklumat ini ialah :
cara mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan murid
individu yang akan mengumpul maklumat berkenaan
jenis bantuan yang diperlukan dalam proses mengumpul maklumat
sejauhmana penglibatan murid
sejauhmana penglibatan ibu bapa
sejauhmana penglibatan khidmat sokongan
Maklumat yang terkumpul hendaklah dianalisis, dirumus dan dicatat dalam borang rumusan
data awal sebagai panduan semasa sesi mesyuarat ahli jawatankuasa RPI.
5.4.3. Mesyuarat
Mesyuarat RPI mempunyai dua fungsi utama, iaitu :
1. Aspek Tugasan
berkongsi maklumat
menyediakan matlamat dan objektif
Page
107

menyenaraikan strategi pengajaran


membahagikan tugas kepada individu yang terlibat dalam pengajaran
menyediakan kriteria penilaian
menetapkan tarikh penilaian / semakan semula
2. Tanggungjawab
pastikan setiap orang berpeluang untuk mengeluarkan pendapat
menerima pendapat dan persepsi daripada orang lain
menghormati setiap orang tanpa mengira pangkat dan jawatan
Dalam peringkat ini, perkara-perkara berikut perlu dilakukan :
Wujudkan jawatankuasa
Mengedar maklumat yang diperolehi kepada semua ahli yang terlibat
Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar atau salah seorang dari
Guru Penolong Kanan di sekolah.
5.4.4. Penyediaan RPI
Bahagian penting dalam proses pembinaan RPI ialah pendokumentasian. Perlu diingat
bahawa dalam pendokumentasian RPI, tidak ada format khusus yang harus diikut.
Penulisan RPI perlu mempunyai komponen-komponen berikut :
Objektif yang khusus untuk murid
Strategi pengajaran yang terperinci
Profesional atau individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas berkenaan.
Resos yang diperlukan untuk mencapai objektif.
Prosedur penilaian yang terperinci.
5.4.5 Pelaksanaan
Dalam peringkat ini, segala resos dan kemudahan bantuan perlu disedia, diselaras dan
dipantau untuk membantu pencapaian pengajaran guru.
Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah :
Page
108

penyelarasan penggunaannya.
mengenalpasti individu yang bertanggungjawab tentang pelaksanaan
penyelarasan program
bantuan dan sokongan kepada guru.
pemantauan dan penilaian program.
5.4.6 Penilaian
Pada peringkat ini, mesyuarat penilaian perlu dibuat. Maklumat tentang pencapaian dan
perkembangan murid dikumpul dan diedarkan kepada ahli. Maklumat yang tepat tentang
pencapaian dan perkembangan murid perlu dibentang oleh guru. Segala maklumat ini perlu
dibincang bersama oleh ahli jawatankuasa bagi tujuan pemantauan. Jika perlu, strategi yang
lain boleh dirangka untuk mencapai objektif yang dirancang. Sekiranya objektif dan matlamat
telah dicapai, program perancangan yang seterusnya perlu dirangka sesuai dengan matlamat
berikutnya.
5.4.7 Penulisan RPI
Setiap dokumen RPI harus mengandungi perkara-perkara berikut :
1.Jawatankuasa:
guru besar
guru khas
ibu bapa
para profesional dll.
2.Matlamat:
jangka panjang
jangka pendek
3.Pencapaian Murid:
jangka masa untuk mencapai objektif
pilih bidang-bidang yang penting sahaja
Page
109

tumpu kepada satu atau dua perkara pada satu-satu masa.


4.Objektif:
objektif merupakan pencapaian sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan
objektif perlu dinyatakan dengan terperinci dan tepat
objektif-objektif hendaklah disenaraikan menurut keutamaan.

5.Prosedur dan Kriteria Penilaian


kriteria Penilaian boleh juga dijadikan sebagai sebahagian daripada objektif
6.Strategi Pengajaran
bahagian ini menentukan murid dapat mencapai objektif pengajaran
perlu ditulis oleh AJK yang terlibat dengan penggubalan RPI.

7.Resos
guru perlu memastikan resos ini tersedia pada waktunya. RPI juga perlu menyatakan
dengan jelas objektif yang akan dicapai dan resos yang akan digunakan, seterusnya
bagaimana resos itu dapat digunakan untuk mencapai objektif berkenaan.
8.Orang yang Bertanggungjawab
menyatakan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan murid mencapai objektif
pembelajaran.

9.Inklusif
harus dijelaskan jangka masa dan sebab-sebab mengapa murid-murid berkenaan diinklusif
ke kelas biasa.
10.Catatan
digunakan untuk ulasan penulis atau pihak-pihak yang berkaitan
Page
110

digunakan sebagai rekod


digunakan untuk mencatat penggunaan resos
ditulis selepas penilaian dijalankan
5.5. MENILAI RPI
Semakan bagi RPI perlu dilakukan dari semasa ke semasa apabila berlakunya
perubahan dalam perkhidmatan yang diberi, penambahan ataupun perubahan matlamat dan
objektif, penambahan atau penamatan perkhidmatan, penambahan ataupun perubahan
penempatan dan perubahan penyertaan murid dalam aktiviti pendidikan. Persetujuan ibu
bapa perlu diperoleh bagi sebarang perubahan, penempatan ataupun penambahan
perkhidmatan.

TAJUK 6 : INTERVENSI AWAL


INTERVENSI AWAL
Konsep Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanak berkeperluan
khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awal terdiri daripada
gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan, perkembangan kemahiran
motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongan keluarga yang dilaksanakan sejurus
selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson & Lynch, 1989). Intervensi awal boleh
merupakan pengukuhan penguasaan bahasa, mempertingkatkan kemahiran matematik,
memperkembangkan kemahiran motor dan interaksi sosial. Intervensi awal yang intensif
bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan
mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah.
Definisi intervensi awal.

Page
111

Intervensi awal sebagai suatu usaha yang tersusun untuk meningkatkan perkembangan bayi
dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat. ( Fatimah bivi, 2002 ).
Mengapa amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadar
pertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yang
muda. Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yang menghadapi
kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003). Mereka lebih
cenderung untuk mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran dengan
perkembangan lewat (late developers) dan perlu diberi lebih banyak masa. Ini telah
menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapat perkhidmatan pendidikan khas yang
sewajarnya dan akhirnya gagal untuk menguasai kemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak
dyslexia [disebut dis-lek-sia] (sejenis masalah penyakit yang menjejaskan kemahiran
bacaan), tidak dapat membaca pada tahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat
berkembang dan perlu diberi lebih banyak masa. Bagi kebanyakan murid sekolah rendah,
masalah pembelajaran menjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran
membaca, menulis dan menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialah
ketidakupayaan untuk member tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor (contohnya, tidak
boleh bergerak dengan pantas). Lama kelamaan kurikulum menjadi semakin susah, apabila
mereka dikehendaki mempelajari bidang-bidang ilmu lain seperti sains dan sains sosial.
Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalam bidang akademik, masalah emosi mula
muncul yang menghalang interaksi dengan murid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat
penting untuk membantu kanak-kanak ini (Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa
dan guru tidak harus berputus asa terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya,
mereka harus memberikan sokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.
Pentingnya Intervensi Awal
Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada kanakkanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka masa
panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah) diwajibkan
Page
112

untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanakkanakberisiko tinggi


(IDEA, 1990). Mengapa?
a. Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanak
berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.
b. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan
masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat
kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalam sesebuah
komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak-kanak berkeperluan
khas (Lerner, 2003).
c. Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak.
Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan
bahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka
peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
d. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui
perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan
tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan
kecewa.
e. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat. Intervensi
awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada
peringkat sekolah rendah danmenengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan
perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Ringkasnya, intervensi awal boleh
meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan
bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang sistematik menghalang
kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepada keluarga, dan mengurangkan
pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awal yang teratur, keperluan untuk
pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat dikurangkan dan ini menjimatkan
Page
113

perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan penjagaan, kesihatan dan


pendidikan.

BENTUK INTERVENSI AWAL YANG SESUAI.


Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruh
kelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana guru
telah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guru
atau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategi
tersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihan ini
bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaik
mengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.
(a) Intervensi Berpusatkan Guru
Intervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar dan
mengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atas
sebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidak
hanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatu
ketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudah
dewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkan peranan
utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guru yang menentukan
jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, member arahan kepada kanakkanak dan memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya sesuai
digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dan kemahiran.
(b) Intervensi Berpusatkan Pelajar
Intervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawal
tingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang boleh mengawal
Page
114

tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajar dilaksanakan.
Istilah berpusatkan pelajar membawa imej tentang pelajar yang berdikari, bergantung pada
diri sendiri dan Berjaya mengendalikan proses-proses pembelajaran dalam kelas biasa.
Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajar memainkan peranan utama tetapi masih
mendapat bimbingan dalam beberapa perkara daripada guru kelas. Pelajar akan diajar
prosedur-prosedur kawalan diri, menentukan matlamat yang realistik, menangani
kekecewaan dan cara mengatasi masalah. Intervensi ini melatih pelajar untuk berdiri di atas
kaki sendiri.
(c) Intervensi Berpusatkan Keluarga
Dalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagai sebahagian
daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalam proses intervensi,
keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam proses pembelajaran kanak-kanak
berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan dewasa.
Intervensi berpusatkan keluarga memerlukan komitmen yang tinggi daripada setiap ahli
sesebuah keluarga. Secara tidak langsung, pendekatan ini juga mampu mengeratkan
hubungan kekeluargaan dan meningkatkan kefahaman tentang keperluan individu
berkeperluan khas. Apakah persamaan dan perbezaan di antara intervensi berpusatkan
pelajar, berpusatkan guru dan berpusatkan keluarga.

d. Intervensi berasaskan hospital.


Pihak hospital juga ada menyediakan perkhidmatan intervensi awal. Jenis-jenis intervensi
yang terdapat di hospital dikendalikan oleh ahli-ahli terapi yang terlatih.

TAJUK 7: KHIDMAT SOKONGAN


7.1 DEFINISI DAN KONSEP
Page
115

Khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya


antara dua k interaksi kumpulan yang ersetuju dalam membuat keputusan untuk mencapai
matlamat yang sama(Cook & Friend, 1991).
Sher dan Baur (1991) khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiap anggota di
sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas, guru, ibu bapa dan
murid lain dalam kelas biasa. Kefahaman tentang murid-murid khas bukan hanya dapat
membantu pihak sekolah membantu mereka tetapi juga menghargai kewujudan mereka
sebagai sebahagian daripada anggota sekolah.
7.2 JENIS-JENIS KHIDMAT SOKONGAN
a) Perkhidmatan Audiologi
b) Perkhidmatan Terapi Pertuturan
c) Perkhidmatan Pediatrik
d) Perkhidmatan Neurologi
e) Perkhidmatan Oftomologi
f) Perkhidmatan Sosial dan Kerjaya
g) Perkhidmatan Pendidikan

7.3 Peranan Ibu Bapa / Penjaga


a) Ibu bapa sebagai penyebab anak mempunyai cirri-ciri ketidakupayaan.
b) Ibu bapa sebagai pengasas pertubuhan dan organisasi ibu bapa.
c) Ibu bapa sebagai pembentuk program pendidikan dan perkhidmatan.
d) Ibu bapa sebagai penerima keputusan daripada professional.
e) Ibu bapa sebagai guru kepada anak-anak mereka.
Page
116

f) Ibu bapa sebagai pembela melalui political.


g) Ibu bapa sebagai pembuat keputusan dalam pendidikan.
h) Ibu bapa sebagai perlaku kerjasama

7.4 Peranan Komuniti


a) Mengetahui hak dan kepentingan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas.
b) Memberi sokongan, bersosial dan menikmati kehidupan yang sama dengan kanak-kanak
lain.
c) Kolaborasi dengan kumpulan pelbagai disiplin untuk mendapatkan informasi mengenai ciri
cirri ketidaupayaan.
d) Menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak
berkeperluan khas.
e) Sebagai rujukan untuk sesuatu keputusan dan perlaksaan intervensi

TAJUK 8: ISU PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

PENGENALAN
Program pendidikan khas masalah pembelajaran sememangnya terdapat banyak isu dan
cabaran yang berkaitan untuk dibincangkan bersama. Segala isu yang wujud perlu diberi
perhatian dan tindakan yang sewajarnya agar segala permasalahan dapat diselesaikan.
Ramai daripada kita yang sering terlepas pandang atau mungkin tidak menyedari, bahawa
satu peratus penduduk Malaysia adalah kanak-kanak istimewa dan mereka memerlukan
perhatian khusus atau pendidikan khas dalam pembelajaran.

Page
117

Sikap tidak peka atau langsung tidak mengambil endah terhadap masalah pembelajaran
dihadapi kanak-kanak istimewa itu, sekali gus menyebabkan golongan berkenaan sering kali
ketinggalan jauh atau keciciran dalam menerima pendidikan di negara ini sehingga
memberikan masa depan yang gelap.
Pensyarah Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Prof Madya Dr Norani Md Salleh, berkata kanak-kanak istimewa tidak boleh dipinggirkan,
malah seperti kanak kanak normal yang perlu diberikan pendidikan sempurna demi
memastikan kebaikan dan menjamin masa depannya, begitulah juga dengan golongan itu.
8.0. Isu-isu yang sering dibincang
8.1. Kesan ke atas keluarga kanak-kanak tersebut.
Bagi keluarga yang mempunyai anak istimewa,kadangkala wujud perasaan rendah diri
dan malu dalam diri mereka. Keluarga yang sebegini akan mengasingkan diri dan tidak
menonjolkan anak mereka di khalayak ramai. Mereka lebih senang meletakkan anak
istimewa ini di rumah berbanding memberi peluang kepada anak istimewa mereka mengenali
dunia luar.
8.2. Peranan masyarakat
Masyarakat masih kurang pengetahuan dalam bidang pendidikan khas. Ini menjadikan
masyarakat mudah melabel murid pendidikan khas sebagai orang yang tiada berguna dan
membawa beban dalam hidup. Situasi ini menjadikan masyarakat seakan hilang punca serta
semangat untuk mendidik sebaik mungkin anak istimewa hilang. Oleh itu, tiada tindakan yang
wajar diambil untuk menangani masalah yang dihadapi.
Sokongan masyarakat terhadap keluarga yang memiliki anak istimewa tidak begitu
meluas. Masih wujud sikap masyarakat yang memandang negatif dan mengaitkan kecacatan
anak istimewa sebagai bala / sial / malang kepada keluarga.

8.3. Batasan / halangan yang dihadapi oleh keluarga


Page
118

Masalah yang biasa dihadapi oleh keluarga yang mempunyai anak istimewa ialah sikap
masyarakat,masalah kewangan,cara untuk mendapatkan rawatan yang betul,pengangkutan
yang sesuai untuk anak istimewa dan penerimaan masyarakat terhadap anak istimewa. Bagi
keluarga yang berfikiran positif dan semangat juang yang tinggi,halangan itu dianggap
sebagai pendorong untuk memberi pendidikan yang sempurna walaupun hakikatnya anak
mereka tidak sempurna pada pandangan fizikal.

Pendidikan khas perlu diwujudkan di setiap sekolah rendah dan menengah bagi
memudahkan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa menghantar anak mereka yang
jaraknya dekat antara sekolah dan rumah. Situasi ini akan mengurangkan beban kos
pengangkutan yang terpaksa dialami oleh kebanyakan ibu bapa yang berpendapatan
sederhana.

Memiliki anak istimewa juga menuntut pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Ini
kerana masa yang diambil oleh anak istimewa untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti
mengurus diri memakan masa yang agak lama. Terdapat juga kes yang menyebabkan ibu
berhenti kerja semata-mata untuk memberi perhatian kepada anak istimewa. Wujud juga
masalah ibu bapa yang tidak tahu mengajar pengurusan diri yang betul kepada anak
istimewa. Contohnya menggunakan isyarat yang salah untuk menyatakan maksud ke tandas
dan bercakap pelat dengan anak istimewa.

Di samping itu harga peralatan sokongan yang agak mahal memberi kesan kepada ibu
bapa untuk membeli peralatan tersebut. Contohnya kerusi roda, alat-alat bantuan
pendengaran yang spesifik seperti implan koklea untuk membantu murid istimewa
mendengar.

Page
119

Selain dari itu, penerimaan ahli keluarga terhadap anak istimewa itu sendiri. Sikap tidak
suka mengambil tahu dan berkongsi masalah dengan keluarga yang mempunyai anak
istimewa menyebabkan masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan cara yang betul.

8.4. Prasarana pendidikan di sekolah / institusi


Bilik pembelajaran untuk kanak-kanak istimewa di kebanyakan sekolah tidak kondusif.
Pada asasnya, nisbah satu kelas ialah empat murid bagi memudahkan guru untuk bergerak
dan memberikan perhatian kepada setiap murid. Selain itu lazimnya, di dalam kelas ada
banyak bantuan peralatan pembelajaran yang perlu digunakan untuk mengajar kanak-kanak
ini. Jika kanak-kanak normal boleh belajar dalam suasana selesa dan teratur, sudah tentu
kanak-kanak istimewa berhak mendapat semua itu.
Selain dari itu, suasana sekolah yang tidak selesa, sesuai dan tidak memenuhi
keperluan kanak-kanak istimewa. Kebanyakan sekolah masih ada yang tidak peka dengan
kemudahan untuk murid istimewa. Contohnya penyediaan laluan khas untuk murid yang
menggunakan kerusi roda,palang besi di kaki lima untuk murid yang bermasalah Serebral
Palsi. Kemudahan ini bertujuan untuk memberi kemudahan untuk bergerak di kawasan
sekitar sekolah.
Masalah kekurangan kelengkapan dan kemudahan bilik terapi serta alat bantu
pembelajaran di sekolah. Hanya segelintir sekolah yang mampu menyediakan kemudahan
sebegini memandangkan kosnya yang tinggi. Namun begitu, harga bukanlah menjadi
persoalan kerana daya kreativiti dan semangat bekerjasama mampu melahirkan alat yang
mesra bajet.
8.5. Kepelbagaian masalah dalam kelas
Kebanyakan kelas pendidikan khas adalah sempit dan terpaksa berkongsi ruang. Ini
menjadikan pergerakan murid istimewa terhad dan terganggu. Keadaan ini boleh
mewujudkan pelbagai masalah terutamanya masalah tingkah laku.
Page
120

Tahap keselamatan murid istimewa di dalam kelas jika mempunyai murid yang bersikap
agresif. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan emosi kepada rakan tetapi kepada guru itu
sendiri. Contohnya murid yang suka memukul rakan.
Memandangkan ruang yang agak sempit,wujud gangguan ketika sesi pengajaran
berlaku.Contohnya kelas A sedang mengikuti mata pelajaran Pendidikan Muzik, sudah tentu
murid di kelas B akan terganggu penumpuannya.
Begitu juga akan wujud kehilangan barang di kelas jika tidak diletakkan di tempat yang
sesuai. Contohnya, anak patung biasanya disukai oleh murid Sindrom Down.

Page
121

You might also like