You are on page 1of 5

Simbol-Simbol Keselamatan Di Makmal Komputer

Amaran Kejutan Elektrik / Litar Pintas

Peringatan risiko berlakunya kejutan elektrik dan litar pintas sistem unit serta perkakas
komputer yang lain.

Jauhkan perkakas komputer daripada penyaman udara untuk mengelakkan titisan air
penyaman udara terkena peralatan komputer yang boleh mengakibatkan kejutan elektrik
dan litar pintas, yang boleh merosakkan komputer dan boleh mendatangkan bahaya.
Elakkan perkakas komputer daripada terkena cecair (terutamanya air).

Tanda Peringatan Utamakan Keselamatan

Sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan diri sewaktu berada dimakmal


komputer.

Terutamanya ketika kerja-kerja membaiki dan membaik pulih komputer.


Mengutamakan

keselamatan

diri

dapat

kecederaan, mahupun kehilangan nyawa.

mengelakkan

sebarang

kemalangan

dan

Terdapat perkakas dan peralatan yang boleh mendatangkan bahaya sekiranya tidak
mementingkan keselamatan.

Amaran Larangan Merokok

Tidak dibenarkan merokok didalam makmal komputer.

Mengelakkan pencemaran udara yang boleh menyebabkan sesak nafas dan sebagainya.

Api dan punting rokok boleh menyebabkan risiko berlakunya kebakaran makmal komputer.

Debu abu rokok boleh memasuki unit sistem yang boleh merosakkannya dan menyebabkan
litar elektronik berkarat.

Dilarang Berlari, Berkejaran dan Bergurau Senda

Mengelakkan daripada terjatuh, terseliuh, tersadung, dan sebagainya, yang boleh


menyebabkan kecederaan.

Bagi mengelakkan kerosakan dan litar pintas akibat terpaut kabel komponen dan peralatan
komputer.

Mengelakkan kerosakan kabel system rangkaian komputer yang menghubungkan semua


unit sistem didalam makmal komputer.

Mengelakkan monitor atau system unit terjatuh atau beralaih tempat kedudukan asalnya
yang boleh merosakkan komputer tersebut seperti skrin monitor retak atau pecah, pemacu
keras rosak akibat gegaran, dan sebagainya.

Dilarang Membuang Sampah Merata-rata

Dilarang membuang sampah merata-rata untuk menjaga kebersihan makmal komputer.

Mengelakkan habuk dan kotoran dari sampah memasuki system unit yang boleh menarik
perhatian serangga seperti semut dan cicak, boleh merosakkan peralatan dan komponen
komputer.

Mengelakkan bau busuk dan tidak menyenangkan didalam makmal komputer.

You might also like