You are on page 1of 4

PERNYATAAN PROFESION

Sebelum Praktikum

Praktikum merupakan salah satu cara bagi seorang guru pelatih melatih diri
untuk mengajar dan membiasakan diri dengan suasana pembelajaran sekolah sebelum
ke situasi yang sebenar di sekolah. Ini juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk
mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut
Pendidikan Guru (IPG) serta mendapat bimbingan daripada pensyarah dan guru
pembimbing. Praktikum fasa 2 merangkumi mata pelajaran major iaitu Bahasa Melayu
dan mata pelajaran elektif iaitu Matematik untuk sekolah rendah.

Saya akan menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Ismail Petra 2, Kota


Bharu selama 12 minggu iaitu pada 24 Januari hingga 21 April 2016. Kami telah
menerima taklimat daripada Ketua Unit Praktikum, Tuan Hj Abd Aziz Zaki B. Razali.
Saya telah bersiap sedia dengan buku RPH keluaran IPG Kampus Kota Bharu untuk
mencatatkan perancangan pelajaran harian dan juga portfolio yang digunakan untuk
mengumpul semua maklumat yang akan saya perolehi sepanjang praktikum di sekolah
tersebut.

Saya mengharapkan segala teori-teori yang telah saya pelajari di dalam kelas
dapat diaplikasikan dalam situasi kelas yang sebenar. Akhir kata, saya mengharapkan
agar warga SK Pantai Senak dapat menerima kehadiran saya dengan tangan terbuka
dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Amat besar harapan saya, supaya pengalaman
yang saya kutip sepanjang praktikum nanti, akan menjadikan saya sebagai guru yang
akan berbakti kepada agama, bangsa dan negara saya.
Semasa Praktikum

Banyak perkara yang perlu dilakukan dan diselesaikan semasa praktikum di sekolah.
Selain daripada mengajar, saya juga perlu membuat perancangan yang tersusun dan
sistematik iaitu dengan menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Rancangan
tersebut perlulah disediakan dengan lebih awal serta bahan bantu belajar yang
digunakan juga perlu saya sediakan sebelum mengajar. Dalam pada itu, saya perlu
melengkapkan portfolio praktikum dengan melengkapkan jurnal dan laporan kokurikulum
sekiranya saya ada melibatkan diri dengan aktiviti yang dijalankan di sekolah. Tidak lupa
juga dengan persiapan dari segi mental fizikal dimana saya harus menghadapi pelbagai
karenah murid-murid sekolah. Ini semuanya penting sebelum saya memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Apabila perancangan telah siap kini tiba kepada pelaksanaan pula. Dalam
pelaksanaan, saya perlu bersedia untuk dipantau dan dibimbing oleh pensyarah yang
akan datang ke sekolah untuk melihat bagaimana saya mengajar dan mengawal tingkah
laku kanak-kanak tersebut. RPH perlu sentiasa lengkap serta set induksi yang mantap
perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan
berjalan dengan baik dan lancar. Saya perlu sentiasa bersedia menghadapi pelbagai
kerenah kanak-kanak yang sememangnya sangat suka bermain daripada belajar. Oleh
itu, saya perlu sentiasa menggunakan pelbagai strategi, kaedah, dan teknik pengajaran
yang telah dipelajari sepanjang menuntut di IPG agar murid-murid tidak bosan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Aktiviti yang dijalankan juga hendaklah
bersesuaian dengan perkembangan murid-murid.

Bukan itu sahaja, saya perlu melibatkan diri dengan bidang kokurikulum seperti
Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan yang terdapat di sekolah. Saya
akan berkongsi ilmu dan pengalaman saya semasa di IPG dengan murid-murid di
sekolah tersebut dan mengaplikasikannya. Latihan kokurikulum yang terdapat di IPG
banyak membantu saya apabila saya melangkah kaki untuk menjalani praktikum.
Hubungan yang mesra dan baik dengan semua kakitangan sekolah akan saya amalkan
agar tidak wujud jurang antara guru pelatih praktikum dengan guru di sekolah tersebut.
Ini akan memudahkan saya untuk berinteraksi dan mendapatkan maklumat mengenai
apa sahaja yang diperlukan.
Harapan saya agar pensyarah penyelia saya iaitu En Raja Shaharudin bin Raja
Mohamad dan En Mohd Noorlan bin Zakaria sudi memberikan bimbingan yang terbaik
kepada saya dalam semua segi sepanjang saya berpraktikum selama 12 minggu di SK
Ismail Petra 2, Kota Bharu. Saya bersedia untuk menerima bimbingan, nasihat dan
kritikan dari mereka. Harapan saya juga agar semua warga sekolah dapat memberikan
kerjasama dan wujudnya hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Saya akan
cuba menjalankan tanggungjawab dengan baik dan mewujudkan persekitaran yang
selesa dengan semua pihak. Semoga segala harapan saya ini dapat saya realisasikan
dengan baik kelak.
Selepas Praktikum

Sepanjang menjalankan praktikum di sekolah ini, saya mengalami dan


mengahadapi pelbagai pengalaman pahit dan manis serta peristiwa yang mencabar
pengetahuan serta kesabaran saya sebagai seorang guru. Pengalaman manis yang
yang saya alami ialah apabila saya dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti yang
dijalankan disekolah serta dianggap sebagai keluarga oleh semua guru di sekolah
tersebut. Peristiwa yang saya rasa cukup mencabar saya ialah untuk memastikan
tumpuan murid terhadap saya di dalam kelas semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Ini memerlukan ilmu, usaha serta kesabaran yang cukup
kuat bagi memastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Pengalaman yang
saya rasa agak pahit untuk diingat ialah apabila terpaksa berpisah dengan warga
sekolah yang cukup saya kasihi seperti guru besar, para guru dan terutamanya murid-
murid yang belajar di kelas saya.

Bagi saya, sekolah ini cukup baik dan dan mampu merangsang murid belajar
dengan berkesan. Ini kerana seperti yang saya sebutkan tadi, persekitaran sekolah ini
indah dan menenangkan ditambah lagi dengan suasana yang aman tanpa kebisingan
yang mampu menghasilkan persekitaran yang kondusif bagi menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran.Selain itu, budaya di sekolah ini saya lihat cukup baik di
mana semua guru terlibat serta berganding bahu dalam menjayakan misi dan visi
sekolah. Ini dibuktikan dengan semua guru turun padang dalam menjayakan apa jua
aktiviti yang dijalankan disekolah bagi memastikan kecemerlangan murid. Hal ini tidak
terhad kepada aspek kurikulum ataupun akademik sahaja bahkan juga turut melibatkan
aktiviti kokurikulum diwaktu petang seperti unit beruniform , sukan mahupun persatuan.
Semua guru mempunyai tugas serta tanggungjawab masing-masing yang mesti dipikul
dan saya lihat mereka semua begitu komited dalam menjalankan tugas masing-masing
serta bantu membantu antara satu sama lain dalam segala hal.

Sebagai penutup, saya merasakan bahawa praktikum yang telah saya jalani ini
adalaha amat bermakna dan cukup membantu saya dalam menyediakan diri saya untuk
menjadi bakal guru yang cemerlang. Ia juga dapat menyediakan saya dalam semua
aspek yang dperlukan untuk menjadi seorang guru. Saya berpendapat bahawa program
praktikum ini adalah amat relevean untuk diteruskan untuk melahirkan bakal guru yang
berkualiti.

You might also like