You are on page 1of 8

PENGGUNAAN KAEDAH PERMAINAN DETEKTIF ALIF

MENINGKATKAN PENGUANSAAN MURID


MENULIS IMBUHAN AKHIRAN AN
Wan Mohd Fakhruddin Bin W.Ibrahim, Zainudin bin Lateh
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Dato Razali Ismail
dean_kt@yahoo.com,zainuddinlateh@yahoo.com

ABSTRAK
Kajian tindakan yang dijalankan ini bertujuan untuk membantu murid menulis
imbuhan akhiran an dengan betul menggunakan kaedah permainan Detektif Alif.
Di samping itu, kajian ini juga dijalankan adalah untuk menarik minat peserta kajian
terhadap bidang Jawi dengan kaedah permainan. Peserta kajian terdiri daripada 5
orang murid Tahun 3 Ibnu Sina sekolah Kebangsaan Chendering, Kuala Terengganu
yang telah dikenalpasti mempunyai masalah dalam menulis imbuhan akhiran an
dengan betul. Data bagi kajian ini dikutip melalui analisis dokumen, ujian bertulis,
temubual dan juga pemerhatian. Data tersebut kemudiannya dianalisis secara
deskriptif mengikut individu. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan bagi setiap
sesi yang dijalankan. Peserta kajian juga menunjukkan minat sepanjang sesi
pelaksanaan intervensi dijalankan. Kaedah Permainan Detektif Alif.

Kata kunci: Imbuhan akhiran an, Detektif Alif

REFLEKSI
Tulisan jawi merupakan medium asas untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di
sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini terutama dalam pembelajaran al-Quran. Matlamat pelajaran
Jawi adalah untuk membolehkan murid memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam..
Berdasarkan pengalaman ketika menjalani praktikum fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Chendering,
Kuala Terengganu. Sepanjang menjalani praktikum, pengkaji diamanahkan untuk mengajar murid
Tahun 3 Ibnu Sina iaitu kelas pertama daripada dua kelas di Sekolah Kebangsaan Chendering, Kuala
Terengganu. Salah satu subjek yang diajar pengkaji ialah dalam bidang Jawi. Pengkaji mendapati
wujudnya masalah dalam menulis jawi bagi perkataan berimbuhan bagi murid Tahun 3sewaktu PdP
dijalankan pada praktikum Fasa ketiga.
Semasa sesi PdP, pengkaji telah meminta murid untuk menjawikan huruf rumi kepada jawi. Murid
dapat menjawikan huruf dengan betul dan apabila pengkaji menambah sahaja imbuhan akhiran an,
pengkaji dapat melihat sebahagian daripada murid tidak dapat menjawikan dengan betul.
Pengkaji telah menjalankan sesi ujian ringkas kepada beberapa orang murid dalam melihat masalah
yang di hadapai oleh murid dan ia adalah bertujuan melihat sejauh mana tahap kebolehan murid
dalam menjawikan huruf apabila kata dasar ditambah dengan imbuhan akhiran an. Hasil daripada
ujian ini, pengkaji melihat sebahagian murid yang mempunyai masalah apabila pengkaji menambah
imbuhan akhiran an ke dalam kata dasar.

RAJAH 1 : Contoh Jawapan Murid


Bertitik tolak daripada masalah ini, pengkaji merasakan perlu mengambil inisiatif untuk membantu
murid yang lemah dalam menulis perkataan berimbuhan akhiran an pada internship yang di
jalankan selama sebulan di sekolah tersebut. Pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi
membantu murid lemah dalam menulis perkataan imbuhan akhiran an dengan menggunakan kaedah
permainan Detektif Alif.

SOROTAN LITERATUR
Menurut Kamus Dewan (DBP,2005), permainan ialah suatu aktiviti yang melibatkan proses
pembelajaran secara tidak formal dan merupakan salah satu alat pengukuhan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Allessi & Trollip (1991), permainan mampu untuk mewujudkan suatu suasana
yang dapat merangsangkan pembelajaran atau penguasaan sesuatu kemahiran. Permainan tidak
mempunyai tujuan yang jelas tetapi boleh berubah apabila ada fokus dan objektifnya.
Kajian Akram Kamarudin (2010) hasil nukilan Nur Hanis Binti Mohd Hatta (2012), menunjukkan
teknik permainan dapat mengelakkan murid menjadi bosan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran serta dapat menarik minat murid untuk mengikuti pembelajaran sewaktu guru
menjalankan aktiviti-aktiviti yang menarik
Roslita Ab Rahman (2008) Kebanyakan pelajar adalah kinesthetic learners dan permainan adalah
sebagai strategi pembelajaran yang mencukupi. Pelajar menumpukan perhatian yang lebih dan belajar
dengan mudah apabila melibatkan pergerakan.
Berdasarkan kajian oleh Juliza Rozi (2010), penggunaan warna dalam pembelajaran murid dapat
meningkatkan kefahaman konsep dan isi pelajaran.

TUJUAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk membantu murid lemah Tahun 3Ibnu Sina Sekolah
Kebangsaan Chendering dalam meningkatkan penguasaan murida menulis imbuhan akhiran an
dengan menggunakan kaedah permainan Detektif Alif.
Objektif
Meningkatkan penguasaan murid lemah Tahun 3 Ibnu Sina Sekolah Kebangsaan Chendering dalam
menulis imbuhan akhiran an dengan betul menggunakan kaedah permainan Detektif Alif.
Persoalan Kajian
Bagaimanakah Kaedah Permainan Detektif Alif dapat membantu murid lemah menulis imbuhan
akhiran an degan betul?

METODOLOGI KAJIAN
Kajian tindakan ini melibatkan lima orang murid lemah Tahun 3 Ibnu Sina Sekolah Kebangsaan
Chendering, Kuala Terengganu di mana terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid
perempuan. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan kepada pencapaian dalam ujian diagnostik iaitu
ujian bertulis. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian bertulis, pemerhatian dan temu bual.
Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian.
Pemerhatian digunakan untuk merekod tingkah laku dan interaksi sampel dalam kajian ini. Terdapat
dua jenis pemerhatian iaitu pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta. Gay & Airasian
(2000), seperti yang dinyatakan dalam Farah Wahida (2012), dalam pemerhatian tidak turut serta,
pemerhati tidak terlibat secara langsung dalam situasi yang diperhatikan, manakala dalam
pemerhatian turut serta pemerhati terlibat secara langsung dalam situasi yang diperhatikan.
Terdapat dua cara untuk mendapatkan data melalui kaedah pemerhatian iaitu pemerhatian berstruktur
dan pemerhatian tidak berstruktur. Pemerhatian berstruktur menggunakan senarai semak manakala
pemerhatian tidak berstruktur menggunakan nota lapangan. Pengkaji telah menjalankan pemerhatian
berstruktur terhadap sampel. Pemerhatian tersebut dilaksanakan sebanyak 2 kali iaitu sebelum sesi
rawatan diberikan. Antara item-item tingkah laku yang diperhatikan oleh guru ialah dari segi minat
atau kesungguhan, penglibatan, sikap atau sahsiah, tingkah laku negatif dan pencapaian objektif.
Selain itu, pengkaji juga menggunakan instrumen ujian untuk mengumpul data peserta kajian. Ujian
merupakan salah satu alat kajian yang digunakan untuk menentukan pencapaian dan keupayaan
peserta kajian dalam pembelajarannya. Pengkaji telah memutuskan untuk menjalankan ujian
pencapaian bagi menilai pencapaian murid sebelum dan selepas sesi rawatan diberikan oleh pengkaji.
Ujian pencapaian ini dijalankan setiap kali sesi dijalankan bermula dengan ujian pra sehinggalah
kepada ujian pos.
Instrumen mengumpul data seterusnya pula ialah temu bual. Temu bual di jalankan kepada peserta
kajian dan guru Pendidikan Islam di mana untuk mengukuhkan lagi kajian yang dijalankan. Temu
bual di jalankan kepada peserta kajian setiap sesi bertujuan mendapat maklum balas setiap sesi
dijalankan. Bagi temu bual yang dijalankan bersama guru Pendidikan Islam pula adalah untuk
mengenal pasti sama ada murid yang dipilih untuk di jadikan peserta kajian itu mempunyai masalah
ataupun tidak.

SPESIFIKASI INTERVENSI

RAJAH 2 : Alat Intervensi yang digunakan


Kaedah permainan Detektif Alif merupakan alat permainan yang berkonsepkan kepada
permainanan Saidina. Kaedah ini diwujudkan adalah bertujuan untuk membantu peserta kajian
tahun 3 Ibnu Sina dalam menjawikan imbuhan akhiran an dengan betul. Pengkaji menggunakan dua
alat iaitu yang pertama sebelum bermain di khendaki memahami konsep berdasarkan Kad Warna an
seterusnya meneruskan sesi dengan bermainan permainan Detektif Alif. Konsep warna dijalankan
dahulu melalui penerangan konsep dengan memberi kad warna kepada setiap peserta kajian bertujuan
untuk memahami dan mengingat warna ketika bermain.
Kajian ini dijalankan melalui 3 sesi kesemuanya. Pada sesi yang pertama, objektif yang ingin dicapai
oleh ialah kesemua 5 peserta kajian dapat mengingati pecahan imbuhan akhiran an berdasarkan
warna. Pengkaji terlebih dahulu menerangkan konsep pecahan warna imbuhan akhiran ini kepada
peserta kajian dengan memberikan Kad Warna An dengan berbantukan slaid untuk memberi
penerangan. Peserta kajian dikehendaki mengingat pecahan warna kerana berkait dengan permainan
Detektif Alif.
Pada sesi kedua pula, objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji ialah kesemua peserta kajian dapat
menulis kata dasar imbuhan akhiran an dengan menggunakan alat permainan Detektif Alif. Cara
penggunaan alat permainan Detektif Alif , di mana pada awal peserta kajian dikehendaki melempar
dadu terlebih dahulu, dan bergerak mengikut jumlah yang terdapat pada dadu tersebut. Seterusnya
peserta kajian dikehendaki mengambil soalan mengikut warna di mana peserta berhenti. Peserta
kajian dikehendaki menulis jawapan bagi soalan di atas kertas yang disediakan dan pengkaji akan
memberi token kepada peserta kajian yang menjawab dengan betul.
Seterusnya pula bagi sesi terakhir iaitu sesi ketiga, objektif yang ingin dicapai oleh pengkaji ialah
peserta kajian dapat menulis kata dasar imbuhan akhiran an dengan betul tanpa menggunakan alat
permainan Detektif Alif. Pengkaji meminta kesemua peserta menjalani ujian untuk memastikan
kesemua peserta kajian sudah mencapai objektif sesi terakhir seterusnya sudah mampu menulis
imbuhan akhiran an dengan betul.

Dapatan Kajian
Seorang peserta kajian iaitu Firdaus (bukan nama sebenar) merupakan seorang murid yang sederhana
di dalam pembelajaran Pendidikan Islam. Firdaus juga merupakan antara murid yang agak aktif
semasa di dalam kelas. Selain itu, Afiq juga merupakan murid yang pandai membaca dan menulis
jawi. Majoriti murid di dalam kelasnya adalah yang telah pandai membaca dan menulis jawi dan
bukan dari kalangan murid JQaf.
Berdasarkan ujian diagnostik yang telah dijalankan ke atas Firdaus, pengkaji dapat melihat bahawa
Firdaus hanya dapat menjawab lima soalan sahaja betul daripada 15 soalan keseluruhanya berkaitan
dengan soalan imbuhan akhiran an. Daripada 3 pecahan soalan, Firdaus memang mengalami
masalah dalam menulis kata dasar imbuhan akhiran an dengan betul.
Sebelum sesi intervensi dijalankan, pengkaji telah mendapati bahawa Firdaus tidak dapat
menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan.
Selain itu, Firdaus juga banyak bermain sepanjang PdP tersebut dijalankan. Apabila pengkaji
mengajukan soalan berkaitan imbuhan akhiran an, dia seolah-olah terkejut dan tidak dapat
menjawab soalan yang diajukan tersebut. Hal ini kerana Firdaus tidak memberikan tumpuan yang
sepenuhnya semasa proses PdP dijalankan.

RAJAH 3 : Sebelum sesi intervensi dijalankan


Manakala semasa kajian dijalankan, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen bagi
memastikan objektif setiap sesi dalam kajian tersebut tercapai. Pada sesi pertama, pengkaji telah
menerangkan konsep pecahan imbuhan akhiran an berdasarkan warna. Pengkaji memberi Kad
Warna kepada setiap peserta kajian dan menerangkan konsep dengan berbantukan slaid. Setelah
memberi penerangan setiap peserta kajian dikehendaki mengetahui dan mengingat warna yang
terdapat pada kad tersebut untuk meneruskan sesi seterusnya. Pengkaji mengadakan satu ujian bertulis
untuk melihat sejauh mana tahap kefahaman peserta kajian terhadap sesi pertama. Firdaus bukan
nama sebenar dapat menyelesaikan ujian tersebut tanpa sebarang masalah selepas di jalankan
penerangan dengan berbantukan kad warna. Temu bual juga dijalankan selepas sesi pertama di
jalankan, antara jawapan yang telah di respon oleh Firdaus ialah Ooo, masing masing ada warna dia
lah ustaz, kalau tak tahu warna tak boleh main la lepas ni. Pengkaji melihat di mana Firdaus dapat
memahami konsep warna ini kerana pengkaji telah menceritakan jika ingin bermain perlu kepada
kefahaman pecahan warna.

RAJAH 4 : Ujian bertulis Sesi pertama


Bagi sesi intervensi kedua pula, pengkaji menggunakan beberapa instrumen untuk mencapai objektif
yang ditetapkan iaitu dengan menggunakan instrumen pemerhatian, ujian bertulis dan juga temubual.
Pengkaji telah merakam sesi intervensi kedua yang dijalankan ini. Melalui rakaman tersebut, pengkaji
dapat melihat perubahan demi perubahan yang berlaku kepada Firdaus. Firdaus dilihat semakin
bertambah seronok apabila sesi kedua dijalankan kerana ia berkonsepkan bermain. Firdaus
menyatakan kepada pengkaji bahawa dia berasa seronok untuk belajar dengan kaedah permainan. Sesi
ujian dilakukan ketika sesi permainan ini dijalankan dan pengkaji telah bertanya kepada Firdaus
berkaitan dengan sesi kedua ini dan respon daripada Firdaus kalau main ni lagi mudah ustaz, sebab
dia ada warna doh.

RAJAH 5 : Ujian bertulis Sesi Kedua

RAJAH 6 : Firdaus kelihatan seronok

Bagi sesi terakhir pula iaitu sesi ketiga, pengkaji meminta kesemua peserta kajian menjalankan satu
ujian bertulis di mana dikehendaki menjawikan perkataan dasar imbuhan akhiran an tanpa bantuan
permainan Detektif Alif.Pengkaji menggunakan beberapa instrument bagi mencapai objektif ini
iaitu menggunakan instrumen pemerhatian, soal jawab dan juga ujian bertulis. Pengkaji telah
membuat pemerhatian melalui video yang dirakam dan mendapati bahawa Firdaus begitu yakin dan
bersemangat untuk menjawab soalan yang diberikan. Selain itu, Firdaus juga telah berjaya menjawab
semua soalan yang diajukan oleh pengkaji. Selepas di jalankan ujian itu, pengkaji menemu bual dan
firdaus memberi respon ustaz, kita ingat doh tiga warna tu, kalo tak tengok pon boleh jawab. Hal ini
merupakan suatu perubahan yang sangat ketara yang telah ditunjukkan oleh Firdaus.

RAJAH 6 : Firdaus kelihatan bersemangat

RAJAH 7 : Ujian bertulis Sesi Ketiga


6

ASPEK
Ujian

Sebelum
Hanya dapat menjawab

lima soalan sahaja

Selepas
Boleh menjawab semua
soalan dengan betul.

daripada 15 soalan.
Sikap

Tidak memberikan
tumpuan sepenuhnya
semasa PdP dijalankan.
Kelihatan bermain semasa
PdP dijalankan.

Memberikan tumpuan yang


penuh sepanjang sesi PdP
dijalankan.
Kelihatan sangat ceria dan
seronok sepanjang sesi PdP
dijalankan.

Jadual 1: Perbandingan perubahan tingkah laku sebelum dan selepas kajian.


Kesimpulannya, kaedah permainan Detektif Alif yang dilaksanakan oleh pengkaji dapat membantu
peserta kajian untuk dalam menulis kata dasar imbuhan akhiran an dengan betul. Hal ini dapat
dibuktikan dengan melihat kepada jawapan yang telah diberikn oleh kesemua lima orang peserta
kajian dalam setiap sesi intervensi yang telah dijalankan. Selain itu juga, hal ini juga dapat dibuktikan
dengan adanya perubahan tingkah laku yang ketara terhadap kesemua lima orang peserta kajian
tersebut. Mereka kelihatan sangat seronok dan ceria sepanjang sesi intervensi dijalankan.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, kaedah permainan Detektif Alif yang dilaksanakan oleh pengkaji ini dapat
mencapai objektif yang telah ditetapkan. Melalui proses kajian tindakan menggunakan alat intervensi,
pengkaji telah mendapati bahawa kesemua lima orang peserta kajian telah dapat menulis perkataan
imbuhan akhiran an dengan betul. Kaedah permainan amat membantu murid dalam mengubah
tingkah laku daripada negatif kepada positif. Melalui warna yang telah di terapkan dalam permainan
juga telah membantu murid untuk mengingat cara menulis perkataan imbuhan akhiran an dengan
betul dalam masa yang singkat.
Terdapat pelbagai kekuatan intervensi yang dilaksanakan oleh pengkaji, antaranya ialah kaedah
permainan Detektif Alif berkonsepkan kaedah bermain di mana ia dapat menarik minat murid untuk
belajar dan lebih menumpukan perhatian. Ia bertepatan dengan kajian yang dilakukan oleh Roslita Ab
Rahman (2008) yang menyatakan bahawa Kebanyakan pelajar adalah kinesthetic learners dan
permainan adalah sebagai strategi pembelajaran yang mencukupi. Pelajar menumpukan perhatian
yang lebih dan belajar dengan mudah apabila melibatkan pergerakan.
Konsep warna juga di terapkan di dalam alat intervensi ini dan boleh dijadikan kekuatan kepada alat
intervensi ini disamping pengkaji memberikan peneguhan positif kepada peserta kajian sewaktu sesi
intervensi dijalankan. Dengan konsep warna ia dapat memudahkan peserta kajian untuk membezakan
sewaktu menulis perkataan imbuhan akhiran an.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang ada pada intervensi yang dijalankan iaitu ia
terhad kepada satu skop pembelajaran sahaja di mana tidak meluas. Bagi kajian akan dating, pengkaji
mencadangkan agar pengkaji yang akan datang memperluaskan lagi skop melalui kaedah permainan
ini.

RUJUKAN

Aimi Bin Hamzah, Mohd Fauzi Bin Daud & Mohd Syah Bin Ujang (2008). Buku Teks
Pendidikan Islam Tahun 3 Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Atan Long. 1993 . Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya, Amiza Publishing Sdn.
Bhd.
http://penyelidikantindakan1.blogspot.com
Juliza Rosli. (2007). Mengurangkan Kesalahan Murid Tahun Dua Membaca Tanda Fathah,
Kasrah dan Dhammah dengan Menggunakan Kaedah Mesra Warna. Prosiding
Penyelidikan Tindakan 2010 PISMP Ambilan Januari 2007. Pp. 71-78
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasan Dan Pustaka.
Mook Soon Sang. 2010. Bimbingan & Kaunseling Kanak-Kanak: Selangor, Penerbit
Multimedia Sdn. Bhd.
Nur Hanis Binti Mohd Hatta . 2009 . Keberkesanan Penggunaan Kaedah Bermain
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4
Othman Lebar. 2007. Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori Dan Metod. Perak
:Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran
Akses Kendiri. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.
Roslita Bt Ab Rahman . 2008 . Pengajaran Dan Pembelajaran Menggunakan Modul
Permainan Bagi Topik Enzim Dalam Subjek Biologi
Rosinah Edinin (PhD) . 2012 . Penyelidikan Tindakan Kaedah dan Penulisan. Kuala Lumpur;
Freemind Horizon Sdn. Bhd.

You might also like