You are on page 1of 2

Laporan Acara Lompat Tinggi

Acara lompat tinggi dijalankan di kawasan padang yang berdekatan


dengan stor sukan. Sebelum bermulanya acara lompat tinggi, AJK teknikal dan
AJK peralatan telah saling bekerjasama untuk menyediakan tempat dan
peralatan untuk para peserta.

Peralatan yang telah digunakan dalam acara lompat tinggi ialah tiang
lompat tinggi yang dijarakkan pada jarak minimum 4 meter atau maksimum 4.04
meter dari bahagian dalam dan palang lompat tinggi. Pita pengukur digunakan
untuk mengukur ketinggian lompatan yang berjaya dilakukan oleh setiap peserta.
Ukurannya hanya dibuat sekali sebelum lompatan dimulakan selepas palang
dinaikkan. Kawasan mendarat bagi acara lompat tinggi digunakan pengalas

lembut bergetah yang berbentuk segi empat. Pengalas lembut ditempatkan


betul-betul selepas kedua-dua tiang lompat tinggi.

AJK teknikal telah memastikan tiang lompat tinggi didirikan dengan jarak
yang betul dan ketinggian palang telah diukur dengan pita pengukur. Setiap kali
selepas peserta melakukan lompatan, AJK teknikal akan membetulkan pengalas
lembut bergetah kepada posisi yang betul supaya peserta seterusnya boleh
mendarat dengan selamat.

Disediakan oleh,

.
(AGNES YAM SOKE EE)

24 Mac 2015

You might also like