You are on page 1of 2

REFLEKSI

Nama : Ramah a/p Simanjalam


Selaras dengan hasrat Falsafah Pendikan Negara, seluruh sekolah di Malaysia telah
diwajibkan mengadakan Program Bulan Kesihatan sepanjang bulan April dan May bagi Tahun
2016. Berikutan daripada hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, SJKT Convent juga telah
mengadakan pelbagai aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kecergasan fizikal dan mental.
Oleh yang demikian satu jawatankuasa kerja telah dirancang bagi melaksanakan tugas-tugas
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti Pameran Kesihatan, Tayangan Video,
Ceramah Kesihatan dan lain-lain lagi.

Program ini telah dilaksanakan pada setiap hari Selasa dan Khamis jam 7.15 pagi hingga
7.45 pagi. Pada pagi tersebut seluruh warga sekolah dalam aktiviti senamrobik pagi. Manakala
pada waktu mata pelajaran Dunia Seni Visual pula pihak sekolah telah menjalankan
Pertandingan Mewarna Tahap1, guru-guru pendidikan seni telah ditugaskan agar mengagihkan
bahan-bahan bagi pertandingan tersebut. Semua warga sekolah termasuk pekerja swasta
memberikan kerjasama yang sepenuhnya. Malah mereka turut menunjukkan sikap positif dalam
setiap aktiviti yang dijalankan terutamanya dalam aktiviti senamrobik pagi. Secara tidak
langsung, ini mewujudkan suasana harmoni dan mengeratkan silaturrahim diantara seluruh
warga sekolah tanpa mengira darjat mahupun pangkat. Manakala bagi murid-murid Tahap 2,
perlaksanaan Pertandingan Kuiz Kesihatan pula telah dilaksanakan pada waktu Kokurikulum
iaitu pada hari Rabu.

Setelah melaksanakan program seupama ini, saya dapat melihat keberkesanan program ini
dapat mencapai objektif dan matlamat program. Program ini dapat melahirkan generasi yang
prihatin terhadap kesihatan dan kecergasan fizikal dan mental. Di samping itu, meningkatkan
minat murid dalam bidang kesukanan. Mudah-mudahan program seperti ini dapat memberikan
kebaikan dan manfaat kepada murid betapa pentingnya kecergasan fizikal dan mental dalam
hidup kita. Ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua warga yang
terlibat di dalam menjayakan aktiviti ini. Mudah-mudahan aktiviti yang telah dijalankan akan
diteruskan pada masa-masa akan datang.

Sesuatu program atau aktiviti yang dijalankan mestilah mempunyai kekuatan dan
kelemahan. Bagi Program Bulan Kesihatan yang dijalankan di SJKT Convent saya telah
mengesan beberapa faktor positif dan negatif yang telah mempengaruhi keseluruhan aktiviti
yang telah dijalankan.
Aktiviti yang dijalankan adalah bersesuaian dengan kawasan atau tempat yang dipilih.
Contohnya aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti senamrobik. Kawasan untuk aktiviti senamrobik
telah di tempatkan di satu kawasan khas dan kawasan tersebut telah dijaga khas oleh pihak
sekolah. Sesetengah murid tidak arif dan tidak mengetahui mengenai aktiviti senamrobik ini.
Oleh itu, program ini telah mendedahkan pelajar tentang aktiviti senamrobik.
Selain daripada itu terdapat juga kelemahan dalam program ini. Antaranya adalah
pembahagian tugas. Ada beberapa guru pelatih yang tidak menjalankan tugas dan telah
membuat kerja sendiri tanpa mengendahkan tugasan yang sepatutnya mereka lakukan.
Pembahagian tugas ini dapat menjimatkan masa.
Setiap program yang kita laksanakan, sedikit sebanyak terdapat beberapa kelemahan dan
kekurangan di sana sini. Kelemahan dan kekurangan ini perlu diteliti dan diperbaiki agar
kesilapan dan kelemahan tersebut tidak akan berulang lagi apabila program yang
seumpamanya dijalankan. Sepanjang Program Bulan Kesihatan terdapat beberapa perkara
sebagai saranan dan cadangan untuk memperbaiki kelemahan tersebut tidak kira dari segi
keselamatan, makanan, dari segi yang lain.
Antaranya adalah cenderahati perlu disediakan untuk pihak sekolah. Guru pelatih perlu
sediakan cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada pihak sekolah.
Diharap Program Bulan Kesihatan sentiasa mendapat tempat dan keutamaan khususnya
kepada warga SJKT Convent seterusnya dimanfaatkan bersama keluarga murid serta ahli
masyarakat.

You might also like