You are on page 1of 27

No.

Siri :
SOAL SELIDIK
KAJIAN PASARAN PROGRAM BARU IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (SEJARAH DAN
TAMADUN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN

PENDAHULUAN

Sejarah dan tamadun Islam mempunyai falsafah dan teori pelestarian pembangunan sosial dan peradaban
manusiawi. Program ini mampu memberi imput dalam usaha merealisasikan hasrat Malaysia menjadi
Negara maju. Kursus-kursus dalam program ini bermatlamat melahorkan graduan yang berkemampuan
mengaplikasi transformasi nilai wasatiyyah serta pengukuhan jati diri bangsa yang mampu berperanan
membawa pembangunan dan perubahan berintegrasi. Program ini mempunyai keistimewaan dari sudut
penekanan yang diberikan kepada perkembangan sejarah Islam di Alam Melayu dan Malaysia secara
khususnya.

OBJEKTIF
Sehubungan itu, hasrat Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah dan Peradaban Islam , Fakulti Pengajian
Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin untuk menawarkan program Ijazah Sarjana
Muda Pengajian Islam (Sejarah Dan Tamadun Islam) Dengan Kepujian dilihat dapat memenuhi
keperluan negara dalam melahirkan para graduan berkelulusan tertinggi dalam bidang sejarah dan
tamadun Islam sebagai pelengkap kerangka pendidikan nasional bersepadu, dalam usaha menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju beracuan sendiri menjelang 2020.

PEMILIHAN RESPONDEN
Sukacita dimaklumkan pihak kami bercadang menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
(Sejarah Dan Tamadun Islam) Dengan Kepujian bermula semester I, sesi 2018/2019. Y.Bhg. Tan
Sri/Dato Sri/Dato/Tuan/Puan telah dipilih mewakili institusi/industri bagi mengenalpasti kebolehpasaran
graduan yang bakal dihasilkan dari program ini. Semua maklumat yang diperolehi adalah SULIT dan akan
digunakan untuk tujuan berkaitan sahaja. Pihak kami memohon kerjasama daripada Y.Bhg.Tan Sri/Dato
Sri/Dato/Tuan/Puan untuk melengkapkan soal selidik yang disertakan. Segala maklumat berkaitan program
baru ini turut dilampirkan bagi memudahkan Y.BhgTan Sri/Dato Sri/Dato/Tuan/Puan membuat penilaian
berhubung kebolehpasaran graduan program ini.

PERHATIAN

Soal selidik ini mempunyai tiga (3) bahagian. Sukacita sekiranya Y.BhgTan Sri/Dato Sri/Dato/Tuan/Puan
dapat melengkapkannya sendiri tanpa menggunakan wakil atau pihak ketiga. Jawapan daripada soalan-
soalan kualitatif boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris atau dwi bahasa. Pihak kami
amat berbesar hati sekiranya soal selidik yang telah lengkap dapat dikembalikan melalui faksimili (09-
6687879 atau 09-6687845) atau poskan kepada kami, secepat mungkin mengikut kemampuan Y.BhgTan
Sri/Dato Sri/Dato/Tuan/Puan. Sebarang kemusykilan dan pengesahan, sila hubungi pihak urusetia : Dr.
Mohamad Zaidin Mat@Mohamad di talian 09-6688182 (Pejabat)/ 013-9930972 (Telefon Bimbit). Pihak
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam mengucapkan jutaan terimakasih di atas kerjasama yang diberikan
dalam menjayakan kajian ini.

1
BAHAGIAN I: KANDUNGAN PROGRAM DAN KESESUAIAN DENGAN KEPERLUAN
ORGANISASI

[Sila tandakan (/) di mana sesuai]

Nyatakan jenis organisasi / industri anda

I. Organisasi / industri milik tempatan

II. Organisasi / industri milik asing

a. Pengisian Konsep Teori

1. Adakah program yang dicadangkan memenuhi asas-asas teori dalam bidang


berkenaan?

Memenuhi sepenuhnya

Memenuhi sebahagian

Tiada memenuhi langsung

2. Adakah pemakaian konsep teori sesuai dalam keadaan semasa?

Ya

Tidak

3. Adakah subjek-subjek yang ditawarkan menyumbang kepada kekuatan program?

Ya

Tidak

4. Adakah kursus yang dicadangkan ini meliputi semua mata pelajaran / subjek-subjek
yang difikirkan perlu?

Ya

Tidak

2
Jika TIDAK, sila nyatakan subjek yang perlu ditambahkan:

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

5. Adakah kursus yang dicadangkan meliputi subjek-subjek yang difikirkan tidak perlu?

Ya

Tidak

Jika YA, apakah subjek-subjek yang perlu dikeluarkan?

................................................................................................................................................

................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................

6. Sila nyatakan program ini dapat memenuhi kriteria berikut :

Memenuhi Memenuhi Gagal Ulasan(jika ada)


Keperluan Sebahagian Memenuhi
a. Teori Asas

b. Konsep Semasa

c. Perundangan

d. Penggunaan ICT

e. Penggunaan Kaedah
Kualitatif
f. Hubungkait dengan
pasaran/industri

3
7. Adakah anda berpendapat program yang dicadangkan ini mencukupi dari segi :

a. Jangkamasa pengajian

Ya

Tidak

Jika TIDAK, nyatakan jangkamasa pengajian yang sesuai. Sila jelaskan

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

b. Tempoh latihan praktikal

Ya

Tidak

Jika TIDAK, nyatakan tempoh latihan praktikal yang sesuai. Sila Jelaskan

...................................................................................................................................................

...................................................................................................................................................

BAHAGIAN II : PELUANG KERJAYA

a. Apakah peranan-peranan utama para graduan qiraat di organisasi/industri


anda?

..................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................

b. Adakah graduan program ini sesuai untuk bekerja di organisasi anda?


Jika YA, nyatakan dalam bidang apa?

..................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................

..................................................................................................................................................

4
c. Berapa banyak jawatan yang sesuai diisi dalam organisasi anda oleh graduan program
ini?

1 3 jawatan

4 6 jawatan

7 9 jawatan

Lain-lain. Sila nyatakan

d. Apakah pendapatan yang sesuai ditawarkan kepada graduan program ini?

Kurang dari RM 1000

RM 1001 1500

RM 1501 2000

RM 2001 2500

Lain-lain. Sila nyatakan

e . Adakah program ini sesuai untuk dilanjutkan ke peringkat yang lebih tinggi?

Ya

Tidak

Jika YA, sila nyatakan peringkat-peringkat pengajiannya.

Peringkat Sarjana

Peringkat Kedoktoran

5
BAHAGIAN III : LAIN-LAIN

1. Pengajian

a. Adakah organisasi anda menaja pelajar dalam bidang ini?

Ya

Tidak

b. Adakah anda akan mengalakkan kakitangan anda untuk mengikuti


program ini?

Ya

Tidak

Jika TIDAK, sila nyatakan alasannya


.................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................

.................................................................................................................................................

2. Kesesuaian Program

Pada pendapat anda, adakah program ini dapat menghasilkan graduan yang
diingini?

Ya

Tidak

Jika YA, sila nyatakan alasannya.


................................................................................................................................................

................................................................................................................................................

Jika TIDAK, sila nyatakan alasannya

...............................................................................................................................................

...............................................................................................................................................

SOALAN TAMAT. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA.

6
SINOPSIS PROGRAM

NAMA PROGRAM :

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Sejarah dan Tamadun Islam) Dengan Kepujian

TEMPOH PENGAJIAN :
7 semester

JUMLAH JAM KREDIT UNTUK BERGRADUAT :


127 jam kredit

CADANGAN STRUKTUR PROGRAM

CADANGAN STRUKTUR PROGRAM


Bil. Kursus Peratus Jam kredit
1. Kursus Universiti 14.96 19
2. Kursus Teras Pengajian Islam 37.80 48
3. Kursus Teras Program 23.62 30
4. Kursus Elektif Teras Program 14.17 18
5. Kursus Elektif Terbuka 9.45 12
Jumlah Jam Kredit Pengajian 100 127

CADANGAN TAHUN PENAWARAN

Program ini dicadangkan untuk ditawarkan pada Semester I, Sesi 2017/2018

MATLAMAT PROGRAM

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan dalam
bidang sejarah dan tamadun Islam, mempunyai kemahiran dan ketrampilan profesionalisme dalam bidang berkenaan,
berkeperibadian mulia dan berdaya saing seiring perkembangan dan tuntutan semasa.

OBJEKTIF PROGRAM

Untuk melahirkan graduan yang:

1. Berpengetahuan dan berketerampilan kemahiran praktikal dalam bidang sejarah dan tamadun Islam selaras
dengan kehendak masyarakat.

2. Berkomunikasi secara berkesan dan menunjukkan kualiti kepimpinan yang baik di dalam sesebuah
organisasi.

3. Berkebolehan menyelesaikan masalah bidang sejarah dan tamadun Islam secara inovatif, kreatif dan
beretika melalui pendekatan yang mapan.

4. Mampu menunjukkan kemahiran keusahawanan dan menyedari keperluan pembelajaran sepanjang hayat
untuk pembangunan kerjaya yang berjaya.

3
HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM

Selepas mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Sejarah dan Tamadun Islam) dengan jayanya,
pelajar akan :

1. Memperoleh pengetahuan dalam bidang sejarah dan tamadun Islam.

2. Mempraktikkan ilmu asas dalam bidang sejarah dan tamadun Islam.

3. Menganalisis dan memberikan penyelesaian yang kreatif dan efektif kepada isu-isu berkaitan sejarah dan
tamadun Islam.

4. Berkomunikasi secara berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan bagi menyampaikan maklumat
berkaitan sejarah dan tamadun Islam.

5. Berfungsi dengan baik dan efektif dalam kumpulan.

6. Mempunyai etika dan bertanggungjawab dalam pembangunan negara.

7. Menyedari kepentingan mendalami ilmu pengetahuan dan menjalani pembelajaran sepanjang hayat.

8. Berpengetahuan untuk menceburkan diri dalam bidang pentadbiran, pengurusan dan keusahawanan.

9. Mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan profesionalisme yang tinggi.

4
KURSUS-KURSUS YANG DITAWARKAN BAGI PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN
ISLAM (SEJARAH DAN TAMADUN ISLAM) DENGAN KEPUJIAN

KURSUS UNIVERSITI
(19 JAM KREDIT)
Bil. Kod Kursus Nama Kursus Jam Pemberatan Kursus
Kredit Kerja Peperiksaan
Kursus(%) Akhir(%)
1 Bahasa Asing 2 60 40

2 English For 2 60 40
Communication I

3 Tamadun Islam dan 2 60 40


Tamadun Asia

4 Ilmu Wahyu dan Sains 2 60 40

5 English For 2 60 40
Communication II

6 Hubungan Etnik 2 60 40

7 Ilmu Wahyu dan 2 60 40


Kemasyarakatan

8 Talaqqi Quran 0 100


(Audit)
9 Ko Kurikulum I 3 100

10 Asas Pembudayaan 2 80 20
Keusahawanan

5
SINOPSIS KURSUS

KURSUS UNIVERSITI
(19 JAM KREDIT)
Bil. Kod Kursus Nama Kursus SINOPSIS KURSUS

1 Bahasa Asing Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar kepentingan


bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran, bahasa ilmu dan bahasa
perhubungan antarabangsa disamping membolehkan mereka
memahami dan berkomunikasi menggunakan bahasa Arab dalam
situasi yang mudah dan sesuai dengan keperluan mereka
2 English For The subject examines a variety of skills needed to perform academic
Communication I tasks, such as reading strategies and taking notes from written and
oral-aural texts. Students are assigned to produce academic
assignments and make oral presentations. They will use the skills of
looking for and extracting information from various sources and also
develop the skills of making notes, paraphrasing, summarizing and
integrating information, and presenting information as well as
viewpoints in an oral presentation. In order to accomplish these
goals, class discussions, group work, in-class writing, and out-of-
class assignments will be used as tools for learning. Apart from
these, they will develop the skills in time management, team work
and group interaction.
3 Tamadun Islam dan Kursus ini merupakan satu kursus yang memperkatakan tentang
Tamadun Asia ilmu ketamadunan yang mencakupi pengenalan ilmu ketamadunan;
interaksi antara pelbagai tamadun [Mesopotamia, Mesir, China,
India, Islam, Barat]; Tamadun Islam, Tamadun Melayu serta
peranannya dalam pembinaan Tamadun Malaysia; Islam dalam
Tamadun Melayu; Tamadun China sepintas lalu; Tamadun India
sepintas lalu; isu-isu kontemporari Tamadun Islam dan Tamadun
Asia; Globalisasi; dan Islam Hadhari dalam proses pembangunan
negara.
4 Ilmu Wahyu dan Sains Kursus ini ditawarkan kepada pelajar bertujuan memberi
pendedahan berhubung isu-isu sains yang terdapat di dalam al-
Quran dan hadis( al-ijaz al-ilmi) Ia difokuskan kepada aspek sains,
iaitu Biologi, Sains Fizikal, Teknologi Makanan, Kejuruteraan,
Perubatan, Seni Bina, Seni Hias dan Arkitektur dan Geologi.
Perbincangannya dikupas dari aspek persamaan dan perbezaan di
antara penemuan sains dengan fakta-fakta yang terdapat di dalam
al-Quran dan hadis dan hukum-hukum syariah berkaitan. Selain
daripada itu, pelajar juga diperkenalkan dengan tokoh-tokoh ilmuan
Islam yang mempelopori bidang sains.
5 English For The subject is designed to introduce students to a variety of
Communication II communicational skills in the workplace to meet professional needs.
Students will work with a variety of the genres of professional
communication, such as memos and reports. They will also be
taught the skills of making oral presentation. Projects assigned to
the students will require them to collect data on topics related to their
career. The assignments will require students to put into practice the

6
various skills developed earlier such as collecting, integrating and
presenting information, time management, team work and group
interaction. Students will also be taught job-hunting skills, that
include writing enquiry and job application letters and curriculum
vitae as well as preparing for and attending job interviews. In order
to accomplish these goals, class discussion, group work, in-class
writing, and out-of class assignments will be used as tools for
learning.
6 Hubungan Etnik Kursus ini memfokuskan perbincangan tentang konsep-konsep
asas budaya dan hubungan etnik di Malaysia. Seterusnya ia
meneliti perkembangan hubungan etnik di Malaysia bagi
mewujudkan masyarakat Malaysia menurut acuan Malaysia.
Kursus ini juga cuba memahami dan menangani cabaran global
dalam hubungan budaya dan etnik di peringkat Malaysia.
7 Ilmu Wahyu dan Kursus ini membincangkan isu-isu kemasyarakatan yang
Kemasyarakatan terkandung di dalam al-Quran dan hadis. Pelajar akan didedahkan
kepada aspek sains dan ilmu akal, hubungan kekeluargaan,
hubungan sosial, adab dan budaya, perhiasan, seni dan hiburan,
globalisasi dan pemikiran, media dan dokumentari. Perbincangan
difokuskan kepada garis panduan yang disediakan di dalam al-
Quran dan hadis dan peranannya dalam menangani isu-isu
kemasyarakatan semasa yang berkaitan.
8 Talaqqi Quran Kursus ini bertujuan membimbing pelajar membaca al-Quran
secara bertajwid berdasarkan riwayat Hafs daripada Asim. Surah-
surah yang dipilih untuk ditalaqqi bacaannya ialah surah-surah
lazim bermula dari Surah Al-Nas hingga Surah Al-Dhuha. Surah-
surah pilihan lain untuk ditalaqqi ialah Surah Hud, Yusuf, Maryam,
Fussilat dan Hujurat dengan harapan pelajar mampu diketengahkan
dalam masyarakat sebagai imam sembahyang jemaah.
9 Asas Pembudayaan Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang ilmu
Keusahawanan keusahawanan. Ia merangkumi konsep dan perkembangan
keusahawanan, analisis kompetensi keusahawanan diri, etika
keusahawanan dan kepentingan aspek kreativiti dan inovasi dalam
keusahawanan. Ia juga membincangkan peluang perniagaan,
kemahiran memulakan perniagaan, merancang perniagaan dan
kemahiran mengurus projek perniagaan. Mahasiswa perlu
menjalankan aktiviti keusahawanan dengan menemubual
usahawan-usahawan yang terpilih. Kursus ini diakhiri dengan sesi
pembentangan laporan aktiviti keusahawanan, pembentangan
kumpulan dan laporan kerja kursus individu.

7
KURSUS TERAS PENGAJIAN ISLAM
48 JAM KREDIT
Bil. Kod Nama Kursus Jam Pemberatan Kursus
Kursus Kredit Kerja Peperiksaan
Kursus(%) Akhir(%)

1 Ulum Al-Qur'an 2 60 40

2 Ulum Al-Hadith 2 60 40

3 Al-Tafsir 2 60 40

4 Al-Hadith 2 60 40

5 Hifz Al-Qur'an I 1 60 40

6 Hifz Al-Qur'an II 1 60 40

7 Hifz Al-Qur'an III 1 60 40


8 2
Mabahith Al-Ilahiyyat
60 40
9 Mabahith Al-Nubuwwat wa 2
Al-Kawniyyat 60 40
10 2
Al-Tasawwuf Al-Islami
60 40
11 2
Fiqh Al-Ibadat
60 40
12 2
Fiqh Al-Mu'amalat
60 40
13 2
Fiqh Al-Munakahat
60 40
14 2
Usul Al-Fiqh
60 40
15 2
Al-Da`wah Al-Islamiyyah
60 40
16 2
Fiqh Al-Sirah
60 40
17 2
Kepimpinan Islam
60 40
18 2
Al-Nahw wa Al-Sarf I
60 40
19 2
Al-Nahw wa Al-Sarf II
60 40
20 Maharah Al-Istima wa Al- 2
Kalam 60 40
21 Maharah Al-Qira'ah wa Al- 2
Kitabah 60 40

8
22 3
Al-Balaghah
60 40
23 Metodologi Penyelidikan 3
dalam Pengajian Islam 60 40
24 3 100
Latihan Ilmiah

9
SINOPSIS KURSUS

KURSUS TERAS PENGAJIAN ISLAM


48 JAM KREDIT
Bil. Kod Nama Kursus Sinopsis Kursus
Kursus
Kursus ini bertujuan mendedahkan kepada pelajar tentang
1 Ulum Al-Qur'an sejarah Ulum al-Quran, perbahasan wahyu dan penurunan al-
Quran. Ia juga membincangkan sejarah pengumpulan al-Quran
dan isu-isu berkaitan dengannya. Ilmu- ilmu yang berkaitan
untuk memahami kandungan al-Quran seperti al-Muhkam dan
al-Mutasyabih, al-Am dan al-Khas, al-Nasikh dan al-Mansukh,
al-Mutlaq dan al-Muqayyad, serta Al-Mantuq dan al-Mafhum
juga dibincangkan dalam kursus ini.
Kursus ini memberikan pendedahan yang lebih mendalam
2 Ulum Al-Hadith kepada pelajar beberapa terminologi hadith tambahan dan
pendedahan kepada aspek penilaian hadith al-Jarh wa al-
Tadil. Rentetan daripada kursus Mustalah Hadith yang menjadi
prasyarat kepada kursus ini, pelajar akan mampu mengaplikasi
pengetahuan mereka di dalam Mustalah Hadith dan
mengetahui kaedah para ulama hadith dalam menilai status
hadith melalui kajian perawi. Melalui kursus ini diharapkan
pelajar dapat meyakinkan diri dan masyarakat terhadap
sumber kedua umat Islam dan mempertahankannya terhadap
apa jua serangan musuh ke atas bahagian kedua wahyu ini
Kursus ini membincangkan tafsir dan ayat-ayat dalam surah al-
3 Al-Tafsir Kahfi yang berkaitan dengan tema akidah, akhlak dan kisah-
kisah dalam al-Quran. Pelajar akan didedahkan dengan makna
mufradat, tafsiran ayat secara tahlili dan intisari pengajaran
daripada setiap petikan nas-nas terpilih yang berkaitan.
Kursus ini membincangkan hadith-hadith dasar yang
4 Al-Hadith mengandungi prinsip-prinsip utama Islam dalam lapangan
aqidah, syariah, akhlak serta peringatan dan wasiat Rasulullah
SAW. Penumpuan khusus diberi kepada empat puluh hadith
pilihan Imam al-Nawawi dengan mengupas aspek-aspek
bahasa, kedudukan, status,kandungan umum, hukum-hakam
dan pengajaran hadith.
Kursus inimemerlukan pelajarmenghafaz satu juzu (juzuk
5 Hifz Al-Qur'an I 27).Pelajarjuga akan memperdengarkan bacaan al Quran yang
dihafal secara tartil dan menulis semula ayat-ayat tersebut.
Kursus inimemerlukan pelajarmenghafaz satu juzu (juzuk
6 Hifz Al-Qur'an II 28).Pelajarjuga akan memperdengarkan bacaan al Quran yang
dihafal secara tartil dan menulis semula ayat-ayat tersebut.
Kursus inimemerlukan pelajarmenghafaz satu juzu (juzuk
7 Hifz Al-Qur'an III 29).Pelajarjuga akan memperdengarkan bacaan al Quran yang
dihafal secara tartil dan menulis semula ayat-ayat tersebut.
8 Mabahith Al-Ilahiyyat Kursus ini mengupas konsep ketuhanan menerusi pentafsiran
Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah dengan mendalam. Penekanan

10
diberikan kepada penjelasan tentang simpulan akidah dan
keabsahannya menerusi keterangan-keterangan syarak dan
rasional akal. Kursus ini juga turut menangani kekeliruan-
kekeliruan sekitar ketuhanan supaya ia dapat difahami dengan
baik.
9 Mabahith Al-Nubuwwat wa Kursus ini mengupas secara mendalam mengenai konsep
Al-Kawniyyat kenabian dan alam. Perbincangan mengenai kenabian
difokuskan kepada aspek definisi, kaitan kenabian dengan
wahyu dan mukjizat, sifat-sifat yang perlu ada bagi seseorang
nabi atau rasul, perincian tentang mukjizat dan penjelasan
terhadap beberapa isu kenabian yang sering disalah-ertikan
oleh pihak-pihak tertentu. Manakala perbincangan mengenai
alam pula difokuskan kepada pengenalan manusia, jin dan
malaikat berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah di
samping memberi ulasan dan jawapan kepada beberapa
pentafsiran salah mengenainya berdasarkan pegangan Ahl al-
Sunnah wa al-Jamaah.
10 Al-Tasawwuf Al-Islami Kursus ini mendedahkan kepada para pelajar tentang asal-usul
perkataan tasawwuf, konsep, sumber kelimuan, matlamat,
sejarah kemunculan dan perkembangan dan juga beberapa
istilah penting berkaitan maqamat tasawwuf meliputi taubat,
khauf, raja, syukur, sabar, zuhud, faqr, tawakal dan reda, di
samping hubungan kesemua istilah tersebut dengan akhlak
individu.
11 Fiqh Al-Ibadat Kursus ini bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar
tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan Ibadat.
Perbincangan kursus ini bermula dengan bab taharah yang
terdiri daripada pembahagian air dan kaedah-kaedah bersuci,
bab solat yang membincangkan mengenai rukun dan syarat
solat, perkara-perkara yang membatalkan dan solat-solat
sunat, bab puasa yang terdiri daripada pensabitan kewajipan
puasa, rukun dan syarat puasa dan puasa-puasa sunat. Selain
itu penekanan juga diberikan kepada isu-isu kontemporari
berkaitan dengan tajuk-tajuk berkenaan.
12 Fiqh Al-Mu'amalat Kursus ini membincangkan perbahasan hukum-hukum
berkaitan dengan instrumen-instrumen dalam Fiqh Muamalat.
Penekanan merangkumi falsafah, konsep, muamalat dan etika
muamalat termasuklah hukum-hukum jual beli, khiyar, riba,
salam, tempahan, qard, hiwalah, ijarah, rahn, wadiah,
mudarabah, jualah, musyarakah, musyarakah & ijarah
muntahiyah bi al-tamlik, inah dan tawarruk.
13 Fiqh Al-Munakahat Kursus ini bertujuan memberi kefahaman kepada pelajar
tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan munakahat.
Perbincangan ini bermula dengan pengenalan kepada
perkahwinan, pembentukan perkahwinan dan hak setiap
pasangan dalam sesebuah rumahtangga. Perbincangan
seterusnya menyentuh tentang pengurusan konflik
rumahtangga, pembubaran perkahwinan beserta kesannya
dan hukum-hukum berkaitan dengan nafkah, penjagaan dan
penyusuan anak serta pensabitan nasab. Selain itu penekanan

11
juga diberikan kepada isu-isu kontemporari berkaitan dengan
tajuk-tajuk berkenaan.
14 Usul Al-Fiqh Kursus ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar
tentang kaedah penyelidikan hukum yang telah dirintis oleh
para ulama silam dalam memahami nas-nas syara untuk
mengistinbat sesuatu hukum dan berijtihad dalam
menyelesaikan masalah-masalah semasa yang berlaku dalam
masyarakat. Kursus ini akan merangkumi perbahasan
berkaitan dengan sejarah perkembangan ilmu Usul Fiqh,
kepentingannya, metod penulisan Usul Fiqh, perbahasan
berkaitan hukum syara, sumber-sumber perundangan Islam
dan pembahagiannya.
15 Al-Da`wah Al-Islamiyyah Kursus ini bertujuan memberi kefahaman mengenai asas ilmu
dakwah yang sepatutnya difahami oleh setiap bakal
pendakwah agar pelajar dapat memahami bagaimana
metodologi dakwah yang betul dengan konteks semasa. Ia
difokuskan kepada asas-asas ilmu dakwah seperti konsep
dakwah dan ilmu dakwah, perkembangan dakwah dan ilmu
dakwah, perkaitan ilmu dakwah dan ilmu-ilmu syariah yang lain,
hukum berdakwah, istilah-istilah dalam ilmu dakwah, sejarah
dakwah Rasulullah s.a.w., al-Khulafa al-Rasyidin dan nabi-nabi
sebelumnya, Usul al-Dakwah iaitu dalil-dalil dan sumber-
sumber ilmu dakwah dan rukun-rukun dakwah, manhaj-manhaj
dakwah, uslub-uslub dakwah dan wasilah-wasilah dakwah
serta masalah-masalah di sekitar dakwah dan pendakwah.
Perbincangannya dikupas dari aspek ilmu dakwah dan
kaitannya dengan konteks semasa.
16 Fiqh Al-Sirah Kursus ini membincangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku
dalam kehidupan Rasulullah s.a.w., ciri-ciri keistimewaan dan
ketokohan, pendekatan dan strategi dakwah Rasulullah
s.a.w.Di samping itu, kursus ini menjelaskan pengajaran serta
iktibar di sebalik peristiwa yang berlaku. Perbincangan meliputi
peristiwa dakwah Rasulullah s.a.w. di zaman Mekah dan
Madinah hinggalah kewafatan baginda.
17 Kepimpinan Islam Kursus ini mengandungi dua bahagian utama. Bahagian
pertama membincangkan beberapa aspek mengenai
kepimpinan Islam dari segi pengertian kepimpinan, istilah,
konsep, ciri, syarat, personaliti, dan hubungannya dengan
aktiviti peribadatan. Bahagian kedua menumpukan kepada
amali sebagai pemimpin dalam ibadat seperti solat, khutbah,
aktiviti masjid; dan pemimpin dalam aktiviti kemasyarakatan
seperti pengurusan masjid, jenazah, hari kebesaran Islam,
penyembelihan dan pengurusan organisasi amal.
18 Al-Nahw wa Al-Sarf I Kursus ini bertujuan menjadikan pengajaran bahasa Arab
sebagai wahana bagi memahami al-Quran dan al-Sunnah. Ia
terbahagi kepada dua bahagian iaitu nahu dan saraf. Nahw
membicarakan tentang al-murab wa al-mabni, al-ibtida, Kana
wa akhawatuha, Inna wa akhawatuha, al-fail, naib al-fail, dan
al-mafail. Antara tajuk yang dibincangkan dalam sarf seperti al-
mizan al-sarfi, al-afal al-sahihah wa al-Mutallah, al-afal al-

12
thulathiyyah al-mujarradah wa auzanuha, al-afal al-jamidah
dan isnad al-afal ila al-damair.
19 Al-Nahw wa Al-Sarf II Kursus ini merupakan sambungan daripada kursus al-Nahw wa
al-Sarf I. Ia bertujuan menjadikan pengajaran bahasa Arab
sebagai wahana bagi memahami al-Quran dan al-Sunnah.
Kursus ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu nahu dan
saraf. Nahw membicarakan tentang al-isithna, al-hal, al-idafah,
al-tawabi dan al-`adad. Antara tajuk yang dibincangkan dalam
sarf pula ialah al-masadir, al -mushtaqqat, taqsim al-asma Ila
al-manqus wa al-maqsur wa al-mamdud dan al- Ilal wa al-ibdal.
20 Maharah Al-Istima wa Al- Kursus ini bertujuan untuk memberi latihan tubi untuk
Kalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur. Ia dilakukan
dengan mempelajari beberapa tajuk yang berkisar dengan
kehidupan pelajar bagi memantapkan perbendaharaan kata
serta melatih kemahiran bertutur.
21 Maharah Al-Qira'ah wa Al- Kursus mendedahkan tentang teknik-teknik membaca
Kitabah perkataan, frasa, klausa dan teks Arab dengan sebutan dan
bacaan yang betul. Ia juga turut mendedahkan kepada pelajar
cara menulis perkataan Arab dan teks Arab dengan ejaan dan
cara yang betul.
22 Al-Balaghah Kursus ini bertujuan mendedahkan pengertian ilmu balaghah,
kepentingan memahami serta menggunakannya dalam
ungkapan harian. Ia terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
bahagian pertama tentang sejarah perkembangan ilmu
balaghah, tokohtokoh terkenal serta buku-buku yang dikarang
oleh tokoh-tokoh tersebut. Manakala bahagian dua
menerangkan ilmu maani dari segi keindahan bahasanya serta
kaedah penggunaannya dalam ungkapan harian. Bahagian
ketiga pula mendedahkan kepada pelajar cara untuk
mengetahui keindahan bahasa dari sudut ilmu bayan dan badi
serta contoh-contohnya daripada al-Quran, hadis Nabi s.a.w.
dan ungkapan orang Arab.
23 Metodologi Penyelidikan Kursus ini bertujuan memperkenalkan pelajar kepada kaedah
dalam Pengajian Islam melaksanakan penyelidikan dari sudut teori dan amali.
Perbincangan akan dimulakan elemen-elemen asas dalam
penyelidikan yang merangkumi pemilihan tajuk penyelidikan,
masalah kajian, hipotesis atau soalan kajian, sorotan kajian,
persampelan, pengumpulan data dan analisis data akan
dibincangkan dengan terperinci. Di samping itu pelajar akan
diperkenalkan kepada sumber-sumber rujukan primer dan
sekunder dalam pelbagai bidang Pengajian Islam. Tumpuan
juga akan diberikan kepada penulisan cadangan kajian dan di
akhir kursus pelajar akan menyerahkan satu laporan cadangan
penyelidikan yang disediakan secara inidvidu.
24 Latihan Ilmiah Kursus ini bertujuan memberi latihan kepada pelajar untuk
melaksanakan sebuah penyelidikan secara individu.
Penyelidikan yang dijalankan adalah mengikut bidang
pengkhususan pelajar. Metodologi yang dipilih mestilah sesuai
dengan tajuk kajian yang dijalankan. Di akhir kursus pelajar

13
akan menyerahkan satu laporan penyelidikan mengikut format
yang ditetapkan.

KURSUS TERAS PROGRAM


30 JAM KREDIT
Bil. Kod Nama Kursus Jam Pemberatan Kursus
Kursus Kredit Kerja Peperiksaan
Kursus(%) Akhir(%)
1 Pengajian Ketamadunan 3 60 40

2 Al-Khilafah Al-Rashidah 3 60 40

3 Al-Khilafah Al-Umawiyyah 3 60 40

4 Al-Khilafah Al-Abbasiyyah 3 60 40

5 Al-Khilafah Al- 2 60 40
Uthmaniyyah
6 Historiografi Islam 60 40

7 Islam dalam Dunia Moden I 2 60 40


(Asia)
8 Islam dalam Dunia Moden 3 60 40
II (Amerika dan Eropah)
9 Kajian Teks Muqaddimah 3 60 40
Ibn Khaldun
10 Saintis Islam dalam 3 60 40
Peradaban Dunia I

14
SINOPSIS KURSUS
KURSUS TERAS PROGRAM
30 JAM KREDIT
Bil. Kod Nama Kursus Jam Sinopsis Kursus
Kursus Kredit/minggu
1 *** **** Pengajian 3 Kursus ini membincangkan konsep-konsep asas
Ketamadunan tamadun Islam yang terdiri daripada pengertian,
sumber dan falsafah. Kursus ini juga menyentuh
tentang hubungan Islam dengan tamadun dunia,
modenisasi, pemikiran serta cabaran semasa.
Turut dibincangkan tentang masyarakat madani,
pemikiran politik dan perundangan Islam,
pemikiran sains, aspek-aspek ekonomi dan
pengurusan Islam.

2 *** **** Al-Khilafah al- 3 Kursus ini bertujuan mengkaji sejarah Khilafah
Rashidah Rasyidah yang meliputi kaedah pemilihan
khalifah, sahsiah khalifah, dasar dan polisi
pemerintahan. Selain tu, operasi perluasan
sempadan negara, perbaharuan,
perkembangan pendidikan dan dakwah juga
turut dikaji.
3 *** **** Al-Khilafah Al- 3 Kursus ini membahaskan tentang kerajaan
Umawiyyah Umawiyyah. Perbincangan berkisar pada
salasilah kerajaan Bani Umayyah, faktor-faktor
pengasasan, perluasan sempadan serta
perkembangan peradaban pada zaman
tersebut. Penekanan dibuat ke atas beberapa
tokoh utama kerajaan seperti Muawiyah bin Abi
Sufyan, Marwan bin al-Hakam, Umar bin Abd al-
Aziz dan lain-lain lagi. Di samping itu, faktor
faktor kejatuhan kerajaan Umawiyyah dan
kesannya ke atas dunia Islam juga turut
disentuh.
4 *** **** Al-Khilafah Al- 3 Kursus ini membahaskan tentang kerajaan
Abbasiyyah Abbasiyyah. Perbincangan berkisar pada
salasilah kerajaan Bani Abbas, faktor-faktor
pengasasan, perluasan sempadan serta
perkembangan peradaban pada zaman
tersebut. Faktorfaktor kejatuhan Abbasiyyah
dan kesannya ke atas dunia Islam juga turut
disentuh.
5 *** **** Al-Khilafah Al- 3 Kursus ini bertujuan untuk mengkaji sejarah
Uthmaniyyah Dawlah Uthmaniyyah yang meliputi era
kemunculan, kegemilangan, kelemahan dan
kejatuhannya. Kegemilangan peradaban
Dawlah Uthmaniyyah pula ditinjau menerusi

15
perbahasan ekonomi, pentadbiran, sosio
budaya, demografi, perundangan dan
ketenteraan. Di samping itu, kursus ini turut
mendedahkan biografi beberapa orang tokoh
peradaban Dawlah Uthmaniyyah yang boleh
dijadikan model kesarjanaan ummah.
6 *** **** Historiografi Islam 3 Kursus ini memperkenalkan teori dan kaedah
pengsejarahan Islam. Perbahasan meliputi
konsep, sumber, kepentingan mempelajari
sejarah, kaedah pengumpulan data,
perkembangan periwayatan sejarah pada
zaman awal Islam, Umawi dan Abbasi. Selain
itu, biografi tokoh penulis sejarah Islam
terkemuka (seperti Ibn Hazm, Ibn Athir, Ibn
Ishak, Ibn Hisyam, Ibn Kathir, Ibn Khaldun), hasil
Karya dan pendekatan mereka dalam penulisan
sejarah turut dibincangkan.
7 *** **** Islam dalam Dunia 3 Kursus ini memberi penjelasan tentang Islam
Moden I (Asia) dan para pengikutnya dalam konteks dinamik
global kontemporari di rantau Asia. Isu-isu
semasa yang melanda dunia Islam rantau Asia
yang merangkumi aspek politik, ekonomi, sosial
(agama dan pendidikan) dibincangkan. Pelajar
turut didedahkan dengan penglibatan Malaysia
dalam pembangunan dunia Islam di rantau ini.
8 *** **** Islam dalam Dunia 3 Kursus ini bertujuan memberi pendedahan
Moden II (Amerika kepada pelajar tentang sejarah dan
dan Eropah) perkembangan Islam di Eropah dan Amerika.
Fokus perbincangan adalah isu-isu yang
dihadapi oleh umat Islam di Eropah dan Amerika
serta persepsi masyarakat Barat terhadap Islam.
Isu-isu seperti tragedi 11 September,
Islamophobia, propaganda kebencian terhadap
Nabi Muhammad dan Islam, pemakaian hijab
dan terrorisme akan dibincangkan dengan
terperinci. Selain itu pencapaian dan
sumbangan minoriti muslim di Eropah dan
Amerika dalam pelbagai bidang akan turut
disentuh.
9 *** **** Kajian Teks Ibn 3 Kursus ini bertujuan memperkenalkan
Khaldun ketokohan dan sumbangan Ibn Khaldun.
Ketokohan dan sumbangan beliau akan dikaji
melalui salah sebuah kitab beliau yang terkenal
iaitu al-Muqaddimah. Kursus ini turut
membincangkan secara ringkas biodata Ibn
Khaldun serta sumbangan beliau secara umum
dalam bidang sejarah dan tamadun Islam. Fokus
perbincangan adalah metod penulisan, gaya
bahasa dan tajuk-tajuk terpilih daripada kitab al-
Muqaddimah.

16
10 *** **** Saintis Islam 3 Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar
dalam Peradaban tentang konsep ilmu dalam Islam dan sejarah
Dunia I perkembangan dan kegemilangan ilmu dan
ilmuwan Islam. Kursus ini memfokuskan
perbahasan berkenaan santis Islam dan
sumbangan mereka dalam peradaban dunia
seperti penerokaan bidang matematik,
perubatan, astronomi, pelayaran, kejuruteraan
binaan, veterinar dan botani. Di samping itu,
faktor kejatuhan sains Islam, cabaran semasa
umat Islam dan strategi kebangkitan semula
sains Islam untuk mengisi ruang ketamadunan
ilmu dan teknologi turut dibahaskan.

KURSUS ELEKTIF
30 JAM KREDIT
Bil. Kod Kursus Nama Kursus Jam Pemberatan Kursus
Kredit Kerja Peperiksaan
Kursus(%) Akhir(%)
1 Ulama dan Kemerdekaan 3 60 40
Tanah Melayu
2 Sejarah Historiografi Melayu 3 60 40

3 Sejarah Ketatanegaraan Alam 3 60 40


Melayu

4 Etnosains Alam Melayu 3 60 40

5 Sejarah Umran Islam Alam 3 60 40


Melayu
6 Kesusasteraan dan Kesenian 3 60 40
Alam Melayu
7 Al-Duwaylat Al-Islamiyyah 3 60 40

8 Dialog Peradaban 3 60 40

9 Saintis Islam dalam Peradaban 3 60 40


Dunia II
10 Khat dan kaligrafi dalam 3 60 40
Peradaban Islam

17
SINOPSIS KURSUS
KURSUS ELEKTIF
30 JAM KREDIT
Bil. Kod Kursus Nama Kursus

1 *** **** Ulama dan Kursus ini bertujuan untuk memberi gambaran jelas pada
Kemerdekaan Tanah pelajar tentang sejarah awal Islam di Tanah Melayu.
Melayu Seterusnya kelangsungan dan perkembangan Islam yang
diterajui oleh ulama. Kursus ini selanjutnya akan menjelaskan
peranan berterusan ulama terhadap perjuangan menetang
penjajahan sehinggalah kemerdekaan dicapai. Selain itu,
konklusi keseluruhan tentang idea ulama khususnya dalam
politik akan diberi perhatian.
2 *** **** Sejarah Historiografi Kursus ini membincangkan aspek pensejarahan Melayu serta
Melayu menyentuh asas pensejarahan Islam kerana hubungan
keilmuan, ciri dan tradisi kepengarangan yang berkait rapat
antara keduanya. Fokus utama kursus ini adalah untuk
memperkenalkan sumber primer dalam sejarah Melayu
supaya galian terhadap warisan dan identiti bangsa Melayu
dapat dilakukan dengan berkesan. Selain itu, pengenalan
kepada teks-teks terkemuka di Tanah Melayu dapat
menyemai kemahiran memahami teks dan menggunakan
teks sebagai sumber pada ilmu sejarah. Kursus ini turut
membuka ruang mengenali sumber primer selain manuskrip,
ia seperti Colonial Office Record, sumber Turki dan
sebagainya. Penerapan asas ilmu pensejarahan dalam
membuat kajian berkaitan Tanah Melayu akan membantu
pelajar supaya dapat menilai peristiwa sejarah sama ada
dalam keadaan tepat atau hampir tepat.
3 *** **** Sejarah Kursus ini membincangkan aspek berkaitan dengan
Ketatanegaraan Alam ketatanegaraan kerajaan Melayu pra dan pasca
Melayu kemerdekaan. Perbahasan terfokus kepada sejarah urus
tadbir dengan mengambil contoh tertentu semenjak zaman
kedatangan Islam di Mekah. Fokus ke arah ketatanegaraan
Islam adalah sebagai asas kerana wujudnya kaitan langsung
antara Islam dan Melayu. Ketatanegaraan Melayu ditelusuri
melalui kajian teks undang-undang dan hasil kepengarangan
berkaitan topik kursus. Perbincangan turut melalui fasa-fasa
penjajahan di Tanah Melayu dan diikuti dengan era pasca
kemerdekaan. Perbincangan ini seterusnya melibatkan isu-
isu pasca merdeka yang akan dinilai dari segi sejarah dan
perundangan.
4 *** **** Etnosains Alam Kursus ini membincangkan penglibatan anasir sains bukan
Melayu Eropah yang mengisi keperluan kelangsungan etnik Alam
Melayu. Perbincangan merangkumi tata kaedah, sejarah dan
falsafah sainsnya, pengamalan sains dalam budaya, agama
dan sistem kepercayaan. Skop ilmu yang difokuskan
termasuklah sains matematik, ilmu bintang dan ilmu
kepustakaan tradisional.

18
5 *** **** Sejarah Umran Islam Kursus ini bertujuan mengkaji konsep umran berdasarkan
Alam Melayu pandangan Islam dan menilai sumbangan Islam dalam
tamadun atau umran manusia. Kursus ini turut melihat
pandangan dan nilai umran yang bersumberkan al-Quran dan
al-Sunnah. Penelitian berkenaan umran ini akan dibuat
terhadap perkembangan umran pada era klasik (era nabawi,
Khulafa dan Umayyah), era pertengahan (era Abbasiyyah
dan Duwaylat) dan Era Moden (Uthmaniyyah). Aspek-aspek
lain adalah untuk membentangkan manifestasi kebudayaan
dan umran Islam dalam pelbagai aspek seperti sosial,
ekonomi dan politik.
6 *** **** Kesusasteraan dan Kursus ini meneliti konsep dan falsafah kesusasteraan,
Kesenian Alam kesenian dan seni bina Islam serta perkembangannya
Melayu mengikut tempoh masa tertentu. Perbincangan selanjutnya
memberi tumpuan pada perkembangan sejarah sastera dan
seni Islam bermula zaman kegemilangan Islam. Aspek-aspek
kesusasteraan, kesenian dan seni bina Islam di Nusantara
yang agak menyerlah. Perbincangan turut memberi fokus
pada aspek cabang kesusasteraan, kesenian dan seni bina
Islam yang merangkumi penulisan sastera, kepelbagaian
sastera, seni bina dan dekorasi serta kesenian lain seperti
seni lukis, seni ukir, seni persenjataan, kerja logam dan seni
suara (muzik) yang terdapat di Nusantara.
7 I*** **** Al-Duwaylat Al- Kursus ini bertujuan membolehkan para pelajar menganalisis
Islamiyyah perkembangan negeri-negeri Islam kecil pada era Abbasi.
Perbincangan menumpukan senario politik kerajaan
Abbasiyyah, faktor kemunculan negeri-negeri Islam kecil,
corak pemerintahan dan pencapaiannya dalam sektor
ketenteraan, sosioekonomi dan peradaban. Perbahasan
difokuskan kepada kerajaan Umawiyyah di Andalusia,
Tuluniyyah, Ikhsyidiyyah, Fatimiyyah, Ayubiyyah dan
Mamlukiyyah di Mesir dan Syam, Buwayhiyyah dan
Saljuqiyyah di Farsi dan Iraq, Adarisah dan Aghalibah di
Maghrib, Ghaznawiyyah dan Samaniyyah di Transoxania.
9 *** **** Dialog Peradaban Kursus ini membahaskan tentang terma dialog peradaban
yang menjadi paksi kepada hubungan positif antara semua
peradaban. Kursus ini meliputi topik-topik pengantar dialog
peradaban termasuk sejarah dan konsep dialog peradaban.
Perbincangan turut menyentuh garis panduan agama (akidah
dan fiqh), sejarah pelaksanaan dan saranan yang dikemukan
oleh tokoh-tokoh utama dialog peradaban sama ada dari
dunia Timur mahupun Barat. Seterusnya, perbincangan
menjurus kepada realiti, isu dan cabaran pelaksanaan dialog
peradaban dalam konteks Malaysia.
10 *** **** Saintis Islam dalam Kursus ini memberi pendedahan kepada pelajar tentang
Peradaban Dunia II konsep ilmu dalam Islam dan sejarah perkembangan dan
kegemilangan ilmu dan ilmuwan Islam. Kursus ini
memfokuskan perbahasan berkenaan santis Islam dan
sumbangan mereka dalam peradaban dunia seperti
penerokaan bidang matematik, perubatan, astronomi,

19
pelayaran, kejuruteraan binaan, veterinar dan botani. Di
samping itu, faktor kejatuhan sains Islam, cabaran semasa
umat Islam dan strategi kebangkitan semula sains Islam untuk
mengisi ruang ketamadunan ilmu dan teknologi turut
dibahaskan.
11 *** **** Khat dan Kaligrafi Kursus ini membincangkan aspek berkaitan dengan khat dan
dalam Peradaban kaligrafi secara teoritikal daripada sudut pengertian dan
Islam falsafah. Seterusnya, kursus ini akan memberi pengetahun
berkenaan sejarah dan perkembangan seni kaligrafi dalam
tamadun Islam. Selanjutnya, kursus ini mengembleng
kefahaman kepada penulisan dan peranan penulisan khat
terhadap Islam. Selain itu, kursus ini memberi kemahiran
boleh pindah iaitu asas penulisan khat Islam.

20
STRUKTUR KURSUS SARJANA MUDA PENGAJIAN ISLAM (.) DENGAN KEPUJIAN

Kod Kursus Jumlah Semester


Kredit
Status Bil. Nama Kursus Jumlah I II III IV Sem. V VI VII
Pen.

1 English For Communication I 2 2


2 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2 2
3 Ilmu Wahyu & Sains 2 2
4 Ko Kurikulum 3 3
5 Asas Pembudayaan Keusahawanan 2 2

Kursus 6 Bahasa Asing*** 2 2


universiti 7 English For Communication II 2 2
8 Hubungan Etnik 2 2

9 Ilmu Wahyu & Kemasyarakatan 2 2

10 Talaqqi Quran 0 0

19
Ulum Al-Qur'an 2 2
Ulum Al-Hadith 2 2
Al-Tafsir 2 2
Al-Hadith 2 2
Hifz Al-Qur'an I 1 1
Kursus Teras Hifz Al-Qur'an II 1 1
Pengajian
Hifz Al-Qur'an III 1 1
Islam
Mabahith Al-Ilahiyyat 2 2
Mabahith Al-Nubuwwat wa Al-Kawniyyat 2 2
Al-Tasawwuf Al-Islami 2 2
Fiqh Al-Ibadat 2 2
Fiqh Al-Mu'amalat 2 2

3
Fiqh Al-Munakahat 2 2
Usul Al-Fiqh 2 2
Al-Da`wah Al-Islamiyyah 2 2
Fiqh Al-Sirah 2 2
Kepimpinan Islam 2 2
Al-Nahw wa Al-Sarf I 2 2
Al-Nahw wa Al-Sarf II 2 2
Maharah Al-Istima wa Al-Kalam 2 2
Maharah Al-Qira'ah wa Al-Kitabah 2 2
Al-Balaghah 3 3
Metodologi Penyelidikan dalam
3 3
Pengajian Islam
Latihan Ilmiah 3 3

48

1 Pengajian Ketamadunan 3 3
2 Al-Khilafah Al-Rashidah 3 3
3 Al-Khilafah Al-Umawiyyah 3 3
4 Al-Khilafah Al-Abbasiyyah 3 3
5 Al-Khilafah Al-Uthmaniyyah 3 3
Kursus Teras 6 Historiografi Islam 3 3
Program 7 Islam dalam Dunia Moden I (Asia) 3 3
8 Islam dalam Dunia Moden II (Amerika 3
dan Eropah) 3
9 Kajian Teks Muqaddimah Ibn Khaldun 3
3
10 3
Saintis Islam dalam Peradaban Dunia I 3
30
1 Latihan Industri (Wajib) 6
6
2 Ulama dan Kemerdekaan Tanah Melayu 3 3
3 Sejarah Historiografi Melayu 3 3
Kursus
Elektif Teras 4 Sejarah Ketatanegaraan Alam Melayu 3 3
5 Etnosains Alam Melayu 3 3

18
1 Sejarah Umran Islam Alam Melayu 3
3

4
2 Kesusasteraan dan Kesenian Alam
3
Melayu 3
3 Al-Duwaylat Al-Islamiyyah 3 3
4 Institusi Pengajian Tinggi Dunia Islam 3
Kursus 3
Elektif 5 Dialog Peradaban 3 3
Terbuka*** 6 *** ***** Saintis Islam dalam Peradaban Dunia II 3 3
7 Khat dan kaligrafi dalam Peradaban
3
Islam 3
12
Jumlah Jam Kredit Setiap Semester** 18 19 20 18 6 16 15 15
Jumlah Jam Kredit Keseluruhan
127
** tidak melebihi 20 jam
kredit setiap semester
*** Sekiranya pelajar memilih
elektif terbuka dari program
ini, mereka hanya perlu
mengambil 4 kursus/12 jam
kredit sahaja

You might also like