You are on page 1of 1

REFLEKSI

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya Shalini Naidu a/p Vadivelu , dari
kumpulan PISMP T3PEM AMBILAN JUN 2014 telah diberi amanah untuk menyiapkan
tugasan bagi subjek Pendidikan Moral. Dengan limpah kurnianya,saya dapat
menyiapkan tugasan projek ini dengan lengkap. Secara keseluruhanya, subjek
pendidikan moral ini merupakan suatu kursus yang amat penting kepada setiap pelajar
guru, kerana guru adalah insan yang mulia yang akan melahirkan insan yang bermoral
pada masa hadapan.

Saya ingin berterima kasih kepada pensyarah saya iaitu Dr Balu atas bantuan
beliau dalam pelaksaan tugasan ini. Masalah dan rintangan bukan penghalang untuk
melaksanakan sesuatu tugasan. Walaupun saya telah mengalami beberapa masalah,
namun saya berjaya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dan saya telah dapat
meluaskan horizon pemikiran saya dalam bidang pentaksiran. Saya amat bersyukur
kerana dapat mempelajari mengenai pentaksiran dalam Pendidikan Moral. Sekian,
terima kasih.

You might also like