You are on page 1of 5

LAPORAN PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

SEMPENA KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2009

Bahagian Sibu menghantar 3 orang peserta untuk tiga kategori pertandingan


iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah Rendah dan Kategori
Sekolah Menengah Atas. SMK Sacred Heart telah menghantar Jonathan Tin Yuan
Jong (U6S3) bagi peringkat Menengah Atas.

Pertandingan ini diadakan di SMK St. Patrick, Mukah pada 06.05.2009 (Rabu).
Kategori sekolah rendah mengambil masa 2 jam (08.00 10.30 pagi)
manakala kategori sekolah menengah mengambil masa 3 jam (08.00 11.30 pagi).
Semua peserta ditempatkan di dewan lama sekolah berkenaan.

Tema bagi pertandingan ini ialah Masyarakat Madani Tanpa Dadah. Tajuk bagi
kategori Sekolah Menengah Atas dibahagikan kepada 3:

1. BANGSA CEMERLANG GEMILANG TERBILANG

2. GENERASI SIHAT NEGARA MAKMUR

3. KELUARGA BAHAGIA TANPA DADAH

Jonathan Tin telah memilih tajuk GENERASI SIHAT NEGARA MAKMUR

Selesai pertandingan, semua hasil kerja pelajar telah dikutip oleh para hakim untuk
dihakimi. Keputusan pertandingan akan diumumkan pada hari berikutnya iaitu
07.05.2009(Khamis) semasa majlis penutupan (02.00 petang).

Berikut adalah keputusan pertandingan bagi:

Kategori Menengah Atas:

1. Johan Bintulu

2. Naib Johan Samarahan

3. Ketiga Kuching
Kategori Menengah Rendah:

1. Johan Sarikei

2. Naib Johan Bintulu

3. Ketiga Mukah

Berikut adalah post-mortem dari pertandingan ini terutama bagi peserta kita:

1. Dari segi disiplin, Jonathan Tin tidak ada masalah disiplin. Sikap dan
tingkah lakunya sangat baik.

2. Persediaan sebelum pertandingan, beliau bersedia bersungguh-sungguh


baik dari segi fizikal dan mental.

3. Cuma semasa pertandingan, beliau telah melukis tajuk poster agak kecil
jika dibandingkan dengan saiz kertas (A2). Ini mungkin semasa latihan
beliau menggunakan kertas saiz A3.Tajuk juga tidak dilukis tegak, beliau
menggunakan freehand saja.

4. Ciri-ciri poster tidak diutamakan. Lukisan poster beliau lebih kepada catan.
Poster sepatutnya dalam bentuk 2D bukannya catan.
Hasil poster oleh Jonathan Tin Yuan Jong
JOHAN NAIB JOHAN KETIGA

(Bintulu) (Samarahan) (Kuching)

Apa-apa sahaja keputusan tidak penting, yang penting ialah pernyertaan. Bagi pelajar
ini, segulung tahniah diucapkan walaupun tidak mendapat nombor. Beliau adalah
terbaik daripada yang terbaik. Ini adalah pengalaman pertama beliau mengikuti
pertandingan peringkat negeri begitu juga dengan guru pengiring.

Ribuan terimakasih diucapkan kepada pihak Pengetua kerana telah memberi


kepercayaan kepada saya sebagai guru pengiring peserta.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

TEO KAH CHEE

GURU PENGIRING
11.05.2009

You might also like