You are on page 1of 2

Surat Memohon Kebenaran Meminjam Peralatan Sekolah

Persatuan Bahasa Malaysia,


Sekolah Kebangsaan Kemendor,
Felda Tun Ghaffar Kemendore,
77000 Jasin,
Melaka.

_________________________________________________________________________
___

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Kemendor,
Felda Tun Ghaffar Kemendore,
77000 Jasin,
Melaka. 10 Julai
2012.

Tuan,

Memohon Pinjaman Peralatan Sekolah


Sukacita dimaklumkan perkara di atas saya rujuk.

2. Persatuan Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Kemendor sedang mengadakan


Kempen Bulan Bahasa dan Membaca sepanjang bulan Julai ini. Majlis perasmian
penutupnya akan diadakan pada 31 Julai 2012 jam 2.30 petang.

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin meminjam beberapa peralatan untuk


melancarkan perjalanan majlis itu.

Bil Peralatan Kuantiti


1. Kerusi banquet 20 buah
2. Kerusi plastic 40 buah
3. Peralatan siaraya 1 set
4. Komputer riba 1 buah
5. Pemancar LCD 1 buah
6. Papan layar putih 1 buah

4. Kami berharap permohonan kami akan dipertimbangkan dan mendapat tindakan


yang sewajarnya daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.
( BATRISYIA BINTI MOHMAD KHAIDAR)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Malaysia,
Sekolah Kebangsaan Kemendor.

You might also like