You are on page 1of 31

STANDARD KUALITI

PENDIDIKAN MALAYSIA-
SEKOLAH

RANCANGAN PEMAJUAN
SEKOLAH
SKPM 3
1.PENGENALAN
• Pada tahun 2001, Jemaah Nazir Sekolah (JNS)
telah memperkenalkan mekanisme untuk
memastikan kualiti pendidikan di institusi
pendidikan meningkat secara berterusan ke
tahap yang lebih tinggi.Mekanisme tersebut
kini dikenali sebagai Standard Kualiti
Pendidikan Malaysia-Sekolah (SKPM-Sekolah)
• Pelaksanaan SKPM-Sekolah diperincikan
dalam tiga dokumen berikut:
a. SKPM 1: Pernyataan Standard(PS)
b. SKPM 2: Instrumen Pemastian
Standard(IPS)
c. SKPM 3: Rancangan Pemajuan Sekolah(RPS)
2.SKPM 3:Rancangan Pemajuan Sekolah

2.1 Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS) ialah


satu dokumen yang mengandungi garis panduan
untuk pihak sekolah menyediakan rancangan
atau aktiviti pemajuan sebagai susulan daripada
penarafan kendiri sekolah,yang dilaksana dengan
menggunakan Instrumen Pemastian
Standard(IPS).Melalui dokumen ini, diharap
pihak sekolah memperoleh panduan untuk
merancang dan bertindak memajukan sekolah
dengan mengamalkan prinsip dalam sistem
pengupayaan kendiri(self-enabling system).
2.2 Dengan melaksanakan RPS,kelompangan
yang dikenal pasti dapat ditampung melalui
aktiviti penambahbaikan yang dirangka oleh
pihak sekolah. Proses penambahbaikan tersebut
mungkin memerlukan tindakan yang segera dan
ringkas atau memerlukan penyediaan pelan
strategik.
2.3 Pihak sekolah boleh menentukan sendiri
strategi yang spesifik dalam pelaksanaan
RPS,sesuai dengan keperluan dan kemampuan
sekolah untuk melaksanakannya. Namun begitu,
proses ke arah penyediaan dan pelaksanaan RPS
perlu melibatkan peringkat seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 1 : Carta Aliran
Rancangan Pemajuan Sekolah(RPS).
3.Peringkat Penyediaan dan Pelaksanaan
Rancangan Pemajuan Sekolah

3.1 Penarafan Kendiri Sekolah(PKS)


a. PKS ialah satu proses untuk menentukan
TOV (Take-off Value) bagi sesebuah sekolah
berdasarkan IPS. Melalui proses ini, sekolah
membuat penilaian secara menyeluruh
melibatkan semua elemen dalam SKPM-Sekolah.
b. Proses PKS dengan menggunakan IPS akan
menghasilkan skor keseluruhan yang merupakan
TOV sekolah.Skor tersebut ditafsirkan seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 1:
Jadual 1 : Panduan Penarafan Sekolah
Skor Keseluruhan Tahap Taraf Sekolah

90% - 100% 7 Sekolah Gemilang

80% - 89% 6 Sekolah Cemerlang

70% - 79% 5 Sekolah Harapan

50% - 69% 4 Sekolah Sederhana

35% - 49% 3 Sekolah Lemah

25% - 34% 2 Sekolah Lemah

0% - 24% 1 Sekolah Lemah


Jadual 2:TAFSIRAN PENCAPAIAN
Peratus Pencapaian Taraf Pencapaian

90 - 100 Cemerlang

80 - 89 Baik

60 - 79 Harapan

40 -59 Memuaskan

20-39 Lemah

0 - 19 Sangat Lemah
c. Berdasarkan skor tersebut, pihak sekolah
perlu melakukan analisis SWOT (Strengths,
Weaknesses, Opportunities and Threats) bagi
menentukan ETR( Expected Target Result).
3.2 Analisis SWOT

a. Analisis SWOT ialah satu proses untuk


mengenal pasti kekuatan,kelemahan,peluang
dan ancaman sesebuah organisasi.
Berdasarkan keputusan analisis, strategi
tertentu akan dirangka bagi merancang
program pemajuan untuk meningkatkan
keberkesanan organisasi.
b. Analisis SWOT melibatkan aktiviti berikut:
i) Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
persekitaran dalaman sekolah termasuk
kelompongan elemen dan subelemen
dalam IPS.
ii) Mengenal pasti peluang dan ancaman
persekitaran luaran sekolah.
c. Berdasarkan hasil analisis SWOT, sekolah perlu
menetapkan ETR.

d. Setelah selesai melakukan analisis SWOT,


langkah seterusnya ialah menyediakan RPS.
3.3 Penyediaan Rancangan Pemajuan Sekolah.

a.Rancangan Pemajuan Sekolah(RPS) ialah


perancangan yang terdiri daripada pelan
strategik,pelan taktikal dan pelan operasi untuk
membantu meningkatkan kecemerlangan dalam
setiap aspek, elemen dan dimensi SKPM, bagi
memastikan ETR yang ditetapkan tercapai.
b. Penyediaan RPS melibatkan aktiviti berikut:
i. Sekolah mengagihkan aspek,elemen atau
dimensi kepada jawatankuasa,unit atau
individu di sekolah.
ii) Jawatankuasa/unit/individu berkenaan
menentukan program/aktiviti penambahbaikan
mengikut aspek,elemen atau dimensi yang dikenal
pasti. Bagi setiap program/aktiviti
penambahbaikan, unsur apa,bagaimana,
siapa,bila, di mana dan sebagainya perlu
dinyatakan dengan jelas.
iii) Jawatankuasa/unit/individu menghasilkan
pelan strategik, pelan taktikal dan pelan operasi.

c. Dalam penyediaan pelan strategik, pelan


taktikal dan pelan operasi,sekolah boleh
menggunakan idea/program/strategi yang
releven,sesuai dan berkesan.
d. RPS perlu didokumen secara sistematik dan
komprehensif bagi memudahkan pelaksanaan
dan pemantauan.

e. Setelah selesai menyediakan RPS, langkah


seterusnya ialah melaksanakannya.
3.4 Pelaksanaan Rancangan Pemajuan
Sekolah.
a. Pelaksanaan RPS merupakan tindakan yang diambil
untuk menjayakan program/aktiviti yang telah
dirancang.
b. Jawatankuasa/unit/individu yang melaksanakan RPS
perlu merekodkan dengan kemas kini program/aktiviti
yang dilaksanakan untuk tujuan pemantauan dan
penilaian.
c. Kepimpinan sekolah perlu memantau
pelaksanaan RPS untuk memastikan
program/aktiviti dilaksanakan mengikut
perancangan.
3.5 Pemantauan Pelaksanaan
Rancangan Pemajuan Sekolah
a. Pemantauan merujuk kepada aktiviti menyelia,
mengawal dan memerhati bertujuan untuk
memastikan pelaksanaan program berada pada
landasan yang betul.
b. Pemantauan terhadap pelaksanaan program perlu
dilakukan oleh pihak kepimpinan sekolah secara
terancang dan hasilnya direkodkan dengan kemas
kini(rujuk Lampiran 1-Rekod Pelaksanaan dan
Penilaian Program)
c. Dapatan daripada pemantauan digunakan untuk
menilai keberkesanan program/aktiviti yang telah
dilaksanakan dalam RPS.
3.6 Penilaian
a. Penilaian bertujuan untuk menaksir
keberkesanan program/aktiviti yang
dilaksanakan. Berdasarkan hasil penilaian, pihak
sekolah boleh mengambil tindakan berikut:
i. Meneruskan program/aktiviti yang berkesan.
ii. Mengkaji semula,memperbaiki atau
menggugurkan dan menyediakan alternatif
bagi program/aktiviti yang kurang atau tidak
berkesan.
b. Hasil penilaian hendaklah direkodkan dengan
kemas kini untuk digunakan sebagai input
dalam proses penambahbaikan berterusan
(rujuk Lampiran 1- Rekod Pelaksanaan dan
Penilaian Program)
4.Kitaran Proses Pemajuan Sekolah
4.1 Selepas melakukan Penarafan Kendiri Sekolah( PKS )bagi
sesuatu tahun persekolahan, sekolah perlu pula melakukan
PKS bagi tahun persekolahan berikutnya. Hasil daripada PKS
yang baru, sekolah dapat mengenal pasti kekuatan,
kelemahan, peluang dan ancaman/cabaran.
4.2Berdasarkan maklumat tersebut, sekiranya masalah yang
dikenal pasti serupa dengan tahun sebelumnya, pihak sekolah
boleh menggunakan RPS yang sedia ada dengan
penambahbaikan. Bagi menangani masalah yang baru dikenal
pasti,sekolah perlu mengubah suai RPS yang sedia ada
mengikut keperluan.
4.3 Proses ini akan terus berulang pada tahun berikutnya.
Dengan amalan begini, proses pemajuan sekolah akan berlaku
secara berterusan.
5.Kandungan Rancangan Pemajuan
Sekolah
RPS terdiri daripada pelan strategik, pelan taktikal
dan pelan operasi.
5.1 Pelan strategik ialah dokumen perancangan
yang dirangka hasil daripada proses menilai
keadaan semasa bagi menentukan strategi untuk
mencapai visi organisasi.Ia merupakan hasil
perancangan peringkat pengurusan tertinggi,
berjangka panjang dan menyeluruh.Pelan ini perlu
mengambil kira status semasa, matlamat dan
penilaian keberkesanan(rujuk Lampiran 2-Contoh
Pelan Strategik).
5.2 Pelan taktikal merupakan program/aktiviti bagi
memastikan pelan strategik dilaksanakan. Ia
disediakan dengan menentukan keutamaan dan
mengambil kira sumber dalaman dan luaran yang
sedia ada. Ia merupakan perancangan pengurusan
peringkat pertengahan dalam sesebuah
organisasi, berjangka pendek dan dalam skop yang
lebih khusus. Pelan ini perlu mengambil kira
matlamat dan strategi yang telah dinyatakan
dalam pelan strategik (rujuk Lampiran 3- Contoh
Pelan Taktikal)
5.3 Pelan operasi merujuk kepada aktiviti bagi
memastikan program yang dirancang dalam
pelan taktikal dilaksanakan. Ia merupakan hasil
perancangan peringkat pelaksana dalam
sesebuah organisasi. Pelan ini bercorak semasa
bagi menyelesaikan masalah yang lebih
spesifik. Pelan ini perlu mengambil kira apa, di
mana, bagaimana, bila dan siapa(rujuk
Lampiran 4- Contoh Pelan Operasi).
6. Contoh Penyediaan Rancangan
Sekolah
6.1 Sekiranya sebuah sekolah telah melaksanakan
PKS dan skor yang diperoleh ialah 55%, ini
bermaksud terdapat 45% lagi kelompangan
berasaskan IPS.Dengan skor sedemikian, sekolah
berada pada tahap 4 dan bertaraf Sekolah
Sederhana. Skor ini merupakan TOV sekolah
berkenaan.
6.2 Susulan itu, pihak sekolah melakukan analisis
SWOT bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman/cabaran yang wujud untuk
menentukan ETR dan menyediakan RPS.
6.3 Beberapa kelemahan kemudian telah
dikenal pasti dalam pengurusan bidang
kurikulum,hal ehwal murid dan kokurikulum
sekolah. Bagi menangani kelemahan yang
dikenal pasti dalam setiap bidang pengurusan
tersebut, pihak sekolah menyediakan RPS yang
terdiri daripada Pelan Strategik,Pelan Taktikal
dan Pelan Operasi.
7.Penutup
Dokumen ini diharap dapat membantu dan
mengupayakan sekolah dalam menyediakan
program untuk menambah baik kelompangan yang
dikenal pasti selepas melakukan Penarafan Kendiri
Sekolah(PKS). Dalam pada itu, sekolah juga perlu
berusaha memperoleh idea dan contoh daripada
sumber-sumber lain sebagai rujukan dalam
penyediaan program berkenaan. Dalam hal ini,
pihak sekolah perlu mengambil kira realiti yang
wujud di sekolah seperti kemudahan
fizikal,kewangan,sumber manusia,latar belakang
murid dan komuniti setempat.
Dalam usaha sekolah mengguna pakai sumber-
sumber luar dalam program penambahbaikan,
pihak sekolah perlu kreatif, kritis dan inovatif.
Kejayaan dan keberkesanan dalam sesuatu
program bergantung kepada perancangan,
pelaksanaan, pemantauan dan penilaian
berterusan.
TERIMA KASIH

You might also like