You are on page 1of 3

R4/R10/ROB/2016

Percuma

LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA

SENARAI SEMAK PERMOHONAN PEMBAHARUAN/PENDAFTARAN SEMULA


FIRMA PEMILIKAN TUNGGAL / PERKONGSIAN / PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD

* Sila tandakan dan susun dokumen mengikut turutan seperti di Senarai Semak. Adalah menjadi
tanggungjawab syarikat bagi memastikan dokumen yang dikemukakan lengkap mengikut senarai
semak. Bagi melancarkan proses penerimaan permohonan, setiap permohonan akan diterima tanpa
semakan di kaunter.

* Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan di smb.cidb.gov.my atau melalui aplikasi CIDB
APPS selepas 10 hari bekerja dari tarikh penyerahan dokumen berserta bayaran fee proses.

A) MAKLUMAT PEMOHON

1 Cetakan Borang D, Maklumat perniagaan dan Maklumat pemilik yang dicetak dari E-Info
Services Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang terkini.

2 Lesen Berniaga Borang B (jika daftar perniagaan di Sabah)

3 Borang CAP 64, Ekstrak Perniagaan & Lesen Perdagangan Borang I (jika daftar
perniagaan di Sarawak).

4 Salinan Sijil Kecekapan Pengurusan Bisnes (SKP). Salah seorang pemilik syarikat wajib
hadir dan lulus kursus ini. Ini adalah syarat wajib kepada pemohon jika semasa
permohonan baru Pendaftaran, mereka tidak memiliki sijil teknikal.(wajib dikemukakan semasa
permohonan pembaharuan kali pertama untuk G1 hingga G3 sahaja)

5 Salinan kad pengenalan Pemohon (salah seorang Pemilik syarikat)

B) MAKLUMAT KEWANGAN Rujuk Jadual A

1 Salinan penyata kewangan (Modal terkumpul boleh dikira samaada semua atau salah satu
dibawah);
1.1 Salinan penyata bank, Akaun semasa syarikat. Sila kemukakan penyata bulan
terkini. kewangan akan diambilkira dari baki tertinggi dalam bulan tersebut.

1.2 Salinan penyata bank, Akaun simpanan atau akaun semasa Pemilik syarikat.
Sila kemukakan penyata bulan terkini. Kewangan akan diambilkira dari baki
semasa (akaun simpanan) atau baki tertinggi (akaun semasa) dalam bulan tersebut. Jika
syarikat beroperasi secara perkongsian, sila kemukakan penyata bank akaun simpanan atau
akaun semasa setiap rakan kongsi.

1.3 Salinan buku simpanan ASB atau salinan buku simpanan Tabung Haji pemilik
yang terkini.

1.4 Salinan penyata Simpanan Tetap (Fixed Deposit) yang masih dalam tempoh
sahlaku
2 Sekiranya syarikat beroperasi secara perkongsian, perlu kemukakan salinan perjanjian
perkongsian yang mengandungi seorang saksi.

GRED G1 G2 G3 G4 G5 G6 G7
MODAL 5,000 /
TERKUMPUL 10,000 25,000 50,000 150,000 250,000 500,000 750,000
(RM) (SPKK)
Jadual A - Maklumat kewangan

C) MAKLUMAT PERSONEL TEKNIKAL Rujuk Jadual B (Tertakluk kepada permohonan yang


memerlukan kelayakan personel teknikal /syarikat yang mempunyai personel teknikal)

1 Salinan sijil kelayakan yang berkaitan dengan bidang pembinaan dan diiktiraf dari institusi
kerajaan ;
1.1 Ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia

1.2 Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia

1.3 Sijil Kompeten dari Agensi berkaitan, Sijil Teknikal,

2 Salinan kad pengenalan Personel Teknikal

3 Bukti penggajian Personel Teknikal


3.1 Salinan penyata caruman KWSP atau Borang A beserta resit rasmi bayaran KWSP,
sebulan (1) terkini.

3.2 Salinan SOCSO atau slip gaji satu (1) bulan terkini bagi pekerja yang berumur lebih 55
tahun

GRED G1 G2 G3 G4 G5 G6 G7

KEPERLUAN Sijil Teknikal / Sijil Seorang Seorang Seorang Ijazah Seorang Ijazah
MINIMA Kecekapan Diploma Diploma dan Seorang dan Seorang
PERSONEL Pengurusan Bisnes (minima 5 Diploma (salah Diploma (kedua-
TEKNIKAL tahun seorang dua minima 5
pengalaman) minima 3 tahun
atau tahun pengalaman)
Seorang pengalaman) atau
Ijazah (minima 2 orang Ijazah
1 tahun (salah seorang
pengalaman) minima 5 tahun
pengalaman)
*Diploma/Ijazah berkaitan bidang pembinaan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia / CIDB
Jadual B Maklumat Personel Teknikal

D) STATUS PENGKELASAN

1 Salinan bukti kerja atau salinan bukti pernah memasuki tender dalam tempoh tiga (3) tahun
terkini.

E) SIJIL KURSUS INTEGRITI DAN KOD ETIKA KONTRAKTOR

1 Salinan sijil lulus kurus Integriti dan Kod Etika Kontraktor. (hanya untuk pembaharuan kali
pertama sahaja)
F) MATA CCD (CONTRACTOR CONTINOUS DEVELOPMENT)
1 Salinan sijil-sijil kursus atau apa-apa aktiviti syarikat yang layak mata CCD (sila rujuk lampiran 7).
Sijil kursus yang dimiliki oleh pemilik/pekerja syarikat yang digajikan sahaja diambilkira mata
CCD dan hanya sijil kursus yang dihadiri dalam tempoh perakuan pendaftaran semasa layak
mata CCD.
GRED TEMPOH PEMBAHARUAN / MATA CCD
1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN
G1 & G2 10 20 30
G3 & G4 20 40 60
G5 & G6 30 60 90
G7 40 80 120
Jadual C -(Mata CCD)

G) SIJIL KOMPETEN ATAU PENDAFTARAN DENGAN AGENSI LAIN

1 Rujuk lampiran 6 dalam buku keperluan dan prosedur pendaftaran kontraktor


* Sijil pendaftaran syarikat dengan Agensi lain mestilah masih sah tarikh tamat pendaftarannya
* Personel teknikal yang meiliki Sijil Kompeten mesti mempunyai caruman KWSP dalam
syarikat(jika sijil tersebut dimiliki oleh pekerja syarikat)

You might also like