You are on page 1of 2

Lampiran 2

R1/ROB/2016
Percuma

LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA

SENARAI SEMAK PERMOHONAN BARU


FIRMA PEMILIKAN TUNGGAL / PERKONGSIAN / PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD

* Sila tandakan √ dan susun dokumen mengikut turutan seperti di Senarai Semak. Adalah menjadi
tanggungjawab syarikat bagi memastikan dokumen yang dikemukakan lengkap mengikut senarai semak.
Bagi melancarkan proses penerimaan permohonan, setiap permohonan akan diterima tanpa semakan di
kaunter.

* Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan di ‘smb.cidb.gov.my’ atau melalui aplikasi CIDB
APPS selepas 10 hari bekerja dari tarikh penyerahan dokumen berserta bayaran fee proses.

A) MAKLUMAT PEMOHON
1 Cetakan Borang D, Maklumat perniagaan dan Maklumat pemilik yang dicetak dari E-Info
Services Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang terkini.

2 Lesen Berniaga – Borang B (jika daftar perniagaan di Sabah)

3 Borang CAP 64, Ekstrak Perniagaan & Lesen Perdagangan –Borang I (jika daftar
perniagaan di Sarawak).

4 Salinan kad pengenalan Pemohon (salah seorang Pemilik syarikat)

5 Salinan Sijil Teknikal / Sijil kelayakan akademik Pemilik (sekiranya ada)

*Jenis perniagaan yang didaftarkan di dalam daftar perniagaan mestilah berkaitan dengan bidang
pembinaan.

B) MAKLUMAT KEWANGAN –Rujuk Jadual A

1 Salinan penyata kewangan (Modal terkumpul boleh dikira samaada semua atau salah satu
dibawah);

1.1 Salinan penyata bank, Akaun semasa syarikat. Sila kemukakan penyata bulan
terkini. Kewangan akan diambilkira dari baki tertinggi dalam bulan tersebut.

1.2 Salinan penyata bank, Akaun simpanan atau akaun semasa Pemilik syarikat.
Sila kemukakan penyata bulan terkini. Kewangan akan diambilkira dari baki
semasa (akaun simpanan) atau baki tertinggi (akaun semasa) dalam bulan tersebut. Jika
syarikat beroperasi secara perkongsian, sila kemukakan penyata bank akaun simpanan atau
akaun semasa setiap rakan kongsi.

1.3 Salinan buku simpanan ASB atau salinan buku simpanan Tabung Haji pemilik
yang terkini.

1.4 Salinan penyata Simpanan Tetap (Fixed Deposit) yang masih dalam tempoh sahlaku

2 Sekiranya syarikat beroperasi secara perkongsian, perlu kemukakan salinan perjanjian


perkongsian yang mengandungi seorang saksi.

KEPERLUAN DAN PROSEDUR PENDAFTARAN KONTRAKTOR 45


KEPERLUAN DAN PROSEDUR PENDAFTARAN KONTRAKTOR 45
GRED G1 G2 G3 G4 G5 G6 G7
MODAL
TERKUMPUL 5,000 25,000 50,000 150,000 250,000 500,000 750,000
(RM)
Jadual A - Maklumat kewangan

C) MAKLUMAT PERSONEL TEKNIKAL – Rujuk Jadual B (Tertakluk kepada permohonan yang


memerlukan kelayakan personel teknikal /syarikat yang mempunyai personel teknikal)

1 Salinan sijil kelayakan yang berkaitan dengan bidang pembinaan dan diiktiraf dari institusi
kerajaan ;
1.1 Ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia

1.2 Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia

1.3 Sijil Kompeten dari Agensi berkaitan, Sijil Teknikal, Sijil Pengurusan Bisnes

2 Salinan kad pengenalan Personel Teknikal

3 Bukti penggajian Personel Teknikal

3.1 Salinan penyata caruman KWSP atau Borang A beserta resit rasmi bayaran KWSP, sebulan
(1) terkini.

3.2 Salinan SOCSO atau slip gaji satu (1) bulan terkini bagi pekerja yang berumur lebih 55 tahun

GRED G1 G2 G3 G4 G5 G6 G7

KEPERLUAN Sijil Teknikal Seorang Seorang Seorang Ijazah Seorang Ijazah


MINIMA (sekiranya ada) Diploma Diploma dan Seorang dan Seorang
PERSONEL (minima 5 Diploma (salah Diploma (kedua-
TEKNIKAL tahun seorang dua minima 5
pengalaman) minima 3 tahun
atau tahun pengalaman)
Seorang pengalaman) atau
Ijazah (minima 2 orang Ijazah
1 tahun (salah seorang
pengalaman) minima 5 tahun
pengalaman)
*Diploma/Ijazah berkaitan bidang pembinaan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia / CIDB
Jadual B – Maklumat Personel Teknikal

D) SIJIL SCORE [permohonan baru Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) bagi G2 hingga G7]

1 Salinan sijil Score terkini


- G2 hingga G4 : 2 Bintang
- G5 hingga G7 : 3 Bintang

E) SIJIL ISO 9001:2008 [permohonan baru Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) G7]

1 Sijil ISO 9001:2008 yang terkini dan masih dalam tempoh sahlaku

KEPERLUAN DAN PROSEDUR PENDAFTARAN KONTRAKTOR 46

KEPERLUAN DAN PROSEDUR PENDAFTARAN KONTRAKTOR 46

You might also like