You are on page 1of 16

JPK/PanduanNDT/01

PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

PERMOHONAN PERSIJILAN UJIAN TANPA MUSNAH

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA, MALAYSIA.

Pind:00 (26/01/10)

1/16

KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 SKOP PANDUAN TUJUAN PANDUAN SINGKATAN DAN TAFSIRAN PRA- KELAYAKAN CALON BAGI TUJUAN PERSIJILAN 4.1 4.2 4.3 4.4 5.0 6.0 Umum Keperluan penglihatan kesemua tahap Latihan Pengalaman Industri 3 3 3 3 3 3 4 5 7 11

PERMOHONAN SIJIL BAGI PEMOHON BARU PERMOHONAN SIJIL BAGI PEMBAHARUAN SEMULA (SELEPAS 5 TAHUN)

7.0

PERMOHONAN SIJIL BAGI PERSIJILAN SEMULA (SELEPAS 10 TAHUN)

13

8.0 9.0

SENARAI BORANG MAKLUMAT TAMBAHAN

16 16 16

10.0 TARIKH KUATKUASA

Senarai Jadual Jadual 1: Jadual 2: Keperluan Minimum Latihan Pengalaman Industri 4 6

Senarai Rajah Rajah 1: Rajah 2: Carta Alir Permohonan Sijil Bagi Pemohon Baru Carta Alir Permohonan Sijil Bagi Pembaharuan Semula (Selepas 5 tahun) Rajah 3: Carta Alir Permohonan Sijil Bagi Persijilan Semula (Selepas 10 tahun) 15 10 12

Pind:00 (26/01/10)

2/16

1.0

SKOP PANDUAN Panduan ini menggariskan tatacara permohonan persijilan kepada calon-calon samada permohonan persijilan baru, permohonan persijilan bagi tujuan pembaharuan (selepas 5 tahun) dan permohonan persijilan semula bagi tujuan verifikasi semula (selepas 10 tahun).

2.0

TUJUAN PANDUAN Tujuan Panduan untuk memastikan permohonan persijilan dilakukan dengan tepat dan berkesan.

3.0

SINGKATAN DAN TAFSIRAN Semak Daftar Singkatan dan Tafsiran NDT (JPK/MK-NDT/03)

4.0

PRA- KELAYAKAN CALON BAGI TUJUAN PERSIJILAN 4.1 Umum 4.1.1 Kesemua calon perlu memenuhi keperluan minimum penglihatan dan latihan sebagai pra-syarat peperiksaan dan perlu memenuhi keperluan minimum pengalaman industri sebagai syarat persijilan. Syarat ini tertakluk kepada klausa 7 ISO 9712.

4.2

Keperluan penglihatan kesemua tahap. 4.2.1 Calon perlu mengemukakan bukti dokumen kelayakan penglihatan berdasarkan perkara-perkara berikut: a. Near vision acuity shall permit reading, a minimum of Times Roman n4.5 or equivalent letters (Times New Roman of 4,5 points vertical height where 1 point = 1/72 in or 0,352 8mm) at not less than 30 cm with one or both eyes, either corrected or uncorrected; b. Colour vision shall be sufficient that the candidate can distinguish contrast between the colours used in the NDT method concerned as specified by the employer. 4.2.2 Selepas proses persijilan, ujian penglihatan (visual acuity) perlu dijalankan setiap tahun dan disahkan oleh agensi yang mampu, bertanggungjawab dan berlesen.

Pind:00 (26/01/10)

3/16

4.3

Latihan 4.3.1 Calon bagi persijilan Tahap 1 dan Tahap 2 perlu mengemukakan bukti berdokumen (documentary evidence), yang menyatakan latihan dalam kaedah dan tahap yang diperlukan bagi tujuan persijilan telah lengkap sepenuhnya. 4.3.2 Bagi calon Tahap 3, persediaan kelayakan boleh dilaksanakan melalui menyertai kursus, konferens atau seminar yang di dalam NDT. Calon Tahap 3 perlu menghantar bukti bertulis salah satu perkara di atas yang diperakukan oleh Ketua Jabatan yang bersesuaian dalam bentuk yang diterimapakai oleh JPK. 4.3.3 Tempoh minimum latihan bagi calon persijilan bagi kaedah NDT yang digunapakai adalah berdasarkan Jadual 1.

Jadual 1: Keperluan minimum latihan Tahap 2 Kaedah NDT Tahap 1(jam) Jumlah, jam (termasuk Tahap 1) ET MT PT RT UT

Tahap 3 Jumlah, jam (termasuk Tahap 2) 150 60 60 160 160

40 16 16 40 40

104 40 40 120 120

Jam latihan berdasarkan keupayaan calon dalam kemahiran asas matematik dan pengetahuan terdahulu terhadap bahan dan proses. Sekiranya perlu, latihan tambahan perlu dilaksanakan.

Jam latihan termasuk kursus praktikal dan teori. Tempoh latihan boleh dikurangkan sehingga 50% apabila persijilan hanya dihadkan untuk aplikasi spesifik.

Pengurangan sehingga 50% daripada jumlah jam latihan yang diperlukan boleh diberikan kepada calon yang telah memperolehi ijazah daripada kolej teknikal atau universiti atau sudah melengkapkan sekurang-kurangnya dua tahun pembelajaran kejuruteraan atau sains di kolej atau universiti.

Pind:00 (26/01/10)

4/16

4.4

Pengalaman Industri 4.4.1 Pengalaman industri boleh diperolehi samada sebelum atau selepas lulus peperiksaan. Bukti bertulis bagi pengalaman perlu disahkan oleh

majikan dan diserahkan kepada JPK. Sekiranya pengalaman diperolehi selepas peperiksaan, keputusan peperiksaan perlu kekal sah sehingga lima (5) tahun. 4.4.2 Tempoh pengalaman bagi setiap kaedah NDT seperti di dalam Jadual 2. Bagaimanapun, pengurangan tempoh pengalaman hanya dibenarkan oleh JPK dengan mengambil kira perkara berikut: a. Kualiti pengalaman yang diperolehi adalah berbeza dan kemahiran boleh diasimilasi dengan lebih cepat dalam persekitaran di mana pengalaman tertumpu kepada dan mempunyai tahap kesesuaian

yang tinggi terhadap persijilan yang dipohon. b. Apabila pengalaman diperolehi secara serentak bagi dua atau lebih kaedah NDT, i.e MT, ET dan PT, pengalaman yang diperolehi dalam aplikasi satu kaedah NDT boleh digabungkan (complimentary) terhadap pengalaman yang diperolehi dalam satu atau lebih kaedah NDT. c. Pengalaman dalam satu sektor kaedah NDT dalam persijilan yang telah ada boleh digabungkan (complimentary) terhadap pengalaman dalam sektor yang berlainan bagi kaedah NDT yang sama. d. Tahap dan kualiti pendidikan yang diperolehi oleh calon perlu diambilkira terutamanya bagi calon Tahap 3 dan juga boleh diaplikasikan kepada dua tahap yang lain, lepasan dari kolej teknikal atau universiti atau tamat sekurang-kurangnya dua tahun

pembelajaran kejuruteraan, sains di kolej atau universiti dengan menyediakan justifikasi untuk pengurangan pengalaman.

Pind:00 (26/01/10)

5/16

Jadual 2: Pengalaman Industri Pengalaman dalam bulan (jumlah kumulatif)a b c Kaedah NDT Tahap 1 d e Tahap 2 d e f (termasuk Tahap 1) ET, RT, UT MT, PT 3 1 12 4 Tahap 3g (termasuk Tahap 2) 30 16

a. Pengalaman industri dalam bulan berdasarkan nominal 40 jam per minggu atau minggu yang dibolehkan kerja. Apabila individu bekerja melebihi 40 jam seminggu, pengalaman beliau boleh dikira berdasarkan jumlah jam, dengan syarat menyediakan bukti pengalaman. b. Kredit bagi pengalaman industri boleh diperolehi secara serentak dalam dua atau lebih kaedah NDT, dengan pengurangan jumlah pengalaman seperti berikut: Dua kaedah ujian, pengurangan jumlah tempoh sebanyak 25% Tiga kaedah ujian, pengurangan jumlah tempoh sebanyak 33% Empat atau lebih kaedah ujian, pengurangan sebanyak 50%.

Dalam semua kes, calon perlu menunjukkan bahawa bagi setiap kaedah ujian yang dipohon persijilan, beliau mempunyai separuh dari masa yang ditetapkan dalam Jadual 1. c. Dalam semua kes, calon perlu menunjukkan bahwasa setiap kombinasi kaedah / sektor NDT yang dipohon persijilan, beliau mempunyai separuh daripada pengalaman yang diperlukan, dan tidak boleh kurang dari satu bulan. d. Tempoh pengalaman boleh dikurangkan sebanyak 50% (tetapi tidak sehingga kurang sebulan) apabila persijilan yang diperolehi dihadkan dalam aplikasi e.g pengukuran ketebalan UT. e. Sehingga 50% tempoh pengalaman praktikal boleh dicapai dengan kursus praktikal yang bersesuaian, tempoh yang boleh ditimbang dengan faktor maksimum tujuh (7). Kursus seharusnya menumpukan terhadap penyelesaian praktikal bagi masalah pengujian yang berulang, termasuk elemen jelas bagi ujian yang dikenalpasti sebagai kecacatan spesimen, dan kursus yang disahkan oleh JPK. f. Bagi persijilan Tahap 2, pengalaman industri adalah kerja-kerja yang dilaksanakan sebagai Tahap 1. g. Bagi persijilan Tahap 3, pengalaman industri adalah kerja-kerja yang dilaksanakan

sebagai Tahap 2. Sekiranya individu dilayakkan secara terus bagi Tahap 3, tanpa melalui Tahap 2, tiada pengurangan tempoh pengalaman seperti di atas dibenarkan

Pind:00 (26/01/10)

6/16

5.0

PANDUAN PERMOHONAN SIJIL BAGI PEMOHON BARU

5.1

Sebelum membuat permohonan persijilan NDT, seseorang pemohon baru perlu memenuhi beberapa kriteria yang telah tetapkan. Pertama sekali, pemohon

perlu lulus ujian penglihatan (acuity vision) yang boleh dilakukan di mana-mana agensi yang mampu, bertanggungjawab dan berlesen. Borang Ujian Penglihatan (JPK/BorangNDT/01) perlu diisi.

5.2

Selepas lulus ujian mata, pemohon perlu memohon dan menduduki latihan NDT di pusat-pusat latihan NDT yang ditauliahkan oleh JPK. Tempoh latihan yang diperlukan adalah seperti Jadual 1.

5.3

Apabila pemohon telah menjalani latihan secukupnya, pemohon bolehlah mengemukakan permohonan untuk menduduki peperiksaan samada melalui pusat latihan atau secara individu. Ketua Pengarah JPK Permohonan hendaklah dihantar kepada Borang Permohonan Peperiksaan

menggunakan

(JPK/BorangNDT/02) beserta bayaran yang telah ditetapkan.

5.4

Jabatan akan memaklumkan kepada pemohon tarikh dan tempat peperiksaan yang perlu diduduki. Pemohon perlu menduduki peperiksaan yang telah

ditetapkan. Sebarang pertukaran tarikh atau tempat tidak dibenarkan.

5.5

Sekiranya pemohon gagal hadir pada kesemua atau sebahagian peperiksaan yang telah ditetapkan, pemohon dikira telah gagal keseluruhan peperiksaan dan yuran tidak akan dikembalikan. Pemohon boleh membuat rayuan dengan

mengemukakan bukti berdokumen sekiranya ingin menduduki semula peperiksaan yang ditinggalkan dengan sebab. muktamad. Keputusan rayuan adalah

5.6

Sekiranya pemohon lulus dalam keputusan peperiksaan, pemohon akan menerima slip keputusan peperiksaan daripada Jabatan.

5.7

Bagi pemohon yang gagal peperiksaan, pemohon perlu menduduki semula bahagian-bahagian peperiksaan yang gagal sahaja. Peperiksaan ulangan hanya

Pind:00 (26/01/10)

7/16

dibenarkan sebanyak dua (2) kali sahaja, selepas tiga puluh (30) hari dari tarikh peperiksaan dan dalam tempoh lima (5) tahun selepas peperiksaan asal. Bagi peperiksaan amali, pemohon dikehendaki membayar yuran peperiksaan ulangan seperti bayaran permohonan peperiksaan. Manakala tiada bayaran dikenakan bagi peperiksaan ulangan teori. Pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Peperiksaan (JPK/BorangNDT/02).

5.8

Untuk pemohon yang belum memenuhi keperluan pengalaman industri selepas lulus peperiksaan, pemohon perlu menjalani latihan industri dalam kaedah NDT yang berkaitan dengan kaedah yang dipohon. Tempoh latihan industri yang diperlukan adalah seperti di dalam Jadual 2. Borang Pengalaman Industri dalam kaedah NDT (JPK/BorangNDT/04) perlu diisi. Setiap pengalaman yang

dinyatakan perlu mendapat pengesahan penyelia atau majikan melalui Borang Pengesahan Penyelia / Majikan (JPK/BorangNDT/06).

5.9

Tempoh pengalaman industri dalam kaedah yang dipohon perlulah dipenuhi dalam tempoh 12 bulan selepas slip keputusan lulus diterima. Sekiranya tempoh tersebut tidak dapat dipenuhi dalam masa tersebut, pemohon dikehendaki untuk menduduki peperiksaan semula seperti calon baru.

5.10

Apabila pemohon telah melengkapkan kesemua kriteria di atas, pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan untuk mendapatkan sijil NDT. Borang Permohonan Persijilan (JPK/BorangNDT/03) perlulah diisi dan disertakan dengan dokumen-dokumen berikut: a. Borang Ujian Penglihatan (JPK/BorangNDT/01) b. Bukti pengesahan dari pusat latihan (Surat pengesahan kehadiran) c. Salinan slip keputusan peperiksaan yang disahkan d. Borang Permohonan Persijilan (JPK/BorangNDT/03) e. Borang Pengalaman Industri dalam kaedah NDT

(JPK/BorangNDT/04) f. Borang Pengesahan Penyelia / Majikan bagi menyokong pengalaman industri yang dinyatakan. (JPK/BorangNDT/06) g. Penyataan Kod Etika dan Peraturan Penggunaan Sijil dan Logo / Tanda JPK (JPK/BorangNDT/07)
Pind:00 (26/01/10)
8/16

5.11

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dipulangkan. Semua permohonan yang lengkap akan dikemukakan dan diputuskan oleh Jabatan. Sijil SKM akan diserahkan kepada permohonan yang berjaya.

Pind:00 (26/01/10)

9/16

MULA

LULUS UJIAN MATA

Borang JPK/BorangNDT/01

JALANI LATIHAN SECUKUPNYA DI PUSAT LATIHAN NDT

Jadual 1 : Keperluan Minimum Latihan Bukti Kehadiran (Surat Pengesahan Pusat Latihan)

KEMUKAKAN PERMOHONAN PEPERIKSAAN

Permohonan terus kepada JPK atau melalui pusat latihan Borang JPK/BorangNDT/02

DUDUKI PEPERIKSAAN PADA TEMPAT DAN MASA YANG DIBENARKAN

Di tempat dan masa yang ditetapkan

YA

LULUS SEPENUHNYA

TIDAK

TERIMA SLIP PEPERIKSAAN

LULUS

ULANG BAHAGIAN PEPERIKSAAN YANG GAGAL

TIDAK Jadual 2: Pengalaman Industri TEMPOH LATIHAN INDUSTRI / PENGALAMAN KERJA TELAH MENCUKUPI TIDAK LULUS JALANI LATIHAN INDUSTRI / PENGALAMAN KERJA ULANG BAHAGIAN PEPERIKSAAN YANG GAGAL KALI KE-2

Permohonan Tahap 1 & 2 JPK/ BorangNDT/04 Permohonan Tahap 3 JPK/BorangNDT/ 05 Borang Pengesahan Majikan / Penyelia JPK/BorangNDT/06

YA

Borang JPK/BorangNDT/03 Rujuk 5.10

KEMUKAKAN PERMOHONAN PERSIJILAN

TIDAK

TERIMA SURAT MAKLUMAN Sijil Kemahiran Malaysia TERIMA SIJIL

TAMAT

Rajah 1: Carta Alir Permohonan Sijil Bagi Pemohon Baru

Pind:00 (26/01/10)

10/16

6.0

PERMOHONAN SIJIL BAGI PEMBAHARUAN SEMULA (SELEPAS 5 TAHUN)

6.1

Pemegang sijil SKM NDT mestilah memperbaharui sijilnya dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh tamat bagi lima (5) tahun yang pertama yang ditetapkan.

6.2

Pemegang sijil perlu mengemukakan permohonan pembaharuan semula ke Jabatan samada melalui pusat latihan atau secara individu.

6.3

Permohonan perlu dikemukakan dengan mengisi Borang Permohonan Persijilan (JPK/BorangNDT/03) beserta dokumen-dokumen berikut: a. Sijil Kemahiran Malaysia asal yang hendak dilanjutkan tempoh b. Borang Ujian Penglihatan (JPK/BorangNDT/01) c. Laporan aktiviti berkaitan NDT yang dipohon secara berterusan selama 6 bulan kebelakang tanpa gangguan d. Laporan Kesihatan (bagi kaedah RT) e. Laporan Sinaran (bagi kaedah RT) f. Surat Akuan mematuhi Kod Etika dan Peraturan Penggunaan Sijil dan Logo / Tanda JPK (JPK/BorangNDT/07)

6.4

Sekiranya pemohon gagal memenuhi kriteria pembaharuan semula perkara 6.1 dan 6.3, pemohon perlu melanjutkan tempoh sijil secara persijilan semula.

6.5

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan akan dipulangkan. Semua permohonan yang lengkap akan dikemukakan dan diputuskan oleh Jabatan. Sijil dengan tempoh lanjutan yang baru akan diserahkan kepada

permohonan yang berjaya.

Pind:00 (26/01/10)

11/16

MULA

KEMUKAKAN PERMOHONAN PEMBAHARUAN SIJIL

Borang JPK/BorangNDT/01

TIDAK LENGKAP

BERI MAKLUMAT TAMBAHAN YANG DIPERLUKAN

Rujuk 6.3

YA

TERIMA LANJUTAN TEMPOH

TERIMA SIJIL DENGAN TEMPOH BARU DAN SURAT IRINGAN

Sijil Kemahiran Malaysia dengan tempoh lanjutan

TAMAT

Rajah 2: Carta Alir Permohonan Sijil Bagi Pembaharuan Semula (Selepas 5 tahun)

Pind:00 (26/01/10)

12/16

7.0

PERMOHONAN SIJIL BAGI PERSIJILAN SEMULA (SELEPAS 10 TAHUN)

7.1

Pemegang sijil SKM NDT mestilah memohon persijilan semula dalam tempoh enam (6) bulan sebelum tarikh tamat bagi sepuluh (10) tahun pertama (atau lima (5) tahun kedua) yang ditetapkan.

7.2

Pemohon bagi permohonan persijilan semula perlu menduduki peperiksaan persijilan semula (Rujuk Panduan Pemarkahan & Peperiksaan Ujian Tanpa Musnah JPK/PanduanNDT/02).

7.3

Sebelum membuat permohonan menduduki peperiksaan persijilan semula, pemohon perlu menjalani dan lulus ujian penglihatan (JPK/BorangNDT/01) dari mana-mana klinik atau hospital mata awam atau swasta.

7.4

Selepas lulus ujian mata, pemohon perlu memohon untuk menduduki peperiksaan NDT samada melalui pusat latihan atau secara individu. Permohonan hendaklah dihantar kepada Jabatan beserta bayaran yang telah ditetapkan (Borang Permohonan Peperiksaan JPK/BorangNDT/02).

7.5

Jabatan akan memaklumkan kepada pemohon tarikh dan tempat peperiksaan yang perlu diduduki. Pemohon perlu menduduki peperiksaan yang telah

ditetapkan. Sebarang pertukaran tarikh atau tempat tidak dibenarkan.

7.6

Sekiranya pemohon gagal hadir pada kesemua atau sebahagian peperiksaan yang telah ditetapkan, pemohon dikira telah gagal keseluruhan peperiksaan dan yuran tidak akan dikembalikan. Pemohon boleh membuat rayuan dengan

mengemukakan bukti berdokumen sekiranya ingin menduduki semula peperiksaan yang ditinggalkan dengan sebab. muktamad. Keputusan rayuan adalah

7.7

Sekiranya pemohon lulus dalam keputusan peperiksaan, pemohon akan menerima slip keputusan peperiksaan daripada Jabatan.

Pind:00 (26/01/10)

13/16

7.8

Bagi pemohon yang gagal peperiksaan, pemohon perlu menduduki semula bahagian-bahagian peperiksaan yang gagal sahaja. Peperiksaan ulangan hanya dibenarkan sebanyak dua (2) kali sahaja. Pemohon dikehendaki membayar yuran peperiksaan ulangan seperti bayaran peperiksaan amali.

7.9

Apabila pemohon telah lulus peperiksaan, pemohon boleh mengemukakan permohonan lanjut tempoh sijil dengan mengemukakan dokumen-dokumen berikut: a. Sijil Kemahiran Malaysia asal yang hendak dilanjutkan tempoh b. Borang ujian penglihatan (JPK/BorangNDT/01) c. Slip keputusan peperiksaan yang asal d. Bukti kerja berterusan tanpa gangguan e. Laporan Kesihatan selama enam (6) bulan terakhir f. Laporan Sinaran selama enam (6) bulan terakhir g. Borang Permohonan Persijilan (JPK/BorangNDT/03) h. Pernyataan Kod Etika dan Peraturan Penggunaan Sijil dan Logo / Tanda JPK (JPK/BorangNDT/07)

7.10

Semua permohonan akan dikemukakan dan diputuskan oleh Jabatan. Jabatan Sijil dengan tempoh lanjutan yang baru akan diserahkan kepada permohonan yang berjaya

Pind:00 (26/01/10)

14/16

MULA

LULUS UJIAN MATA

Borang JPK/BorangNDT/01

KEMUKAKAN PERMOHONAN PEPERIKSAAN

Permohonan terus kepada JPK atau melalui pusat latihan Borang JPK/BorangNDT/02

DUDUKI PEPERIKSAAN PADA TEMPAT DAN MASA YANG DIBENARKAN

Di tempat dan masa peperiksaan yang ditetapkan Rujuk JPK/PanduanNDT/02 Perkara 5.4

YA

LULUS SEPENUHNYA ?

TIDAK

LULUS

ULANG BAHAGIAN PEPERIKSAAN YANG GAGAL

BUKTI AKTIVITI KERJA YANG Jadual 2: Pengalaman BERTERUSAN Industri TANPA Permohonan Tahap 1 & 2 SEBARANG JPK/BorangNDT/04 GANGGUAN DAN Permohonan Tahap 3 DOKUMEN LAIN JPK/BorangNDT/05 YANG DIKEHENDAKI

TIDAK TERIMA SLIP PEPERIKSAAN

LULUS

ULANG BAHAGIAN PEPERIKSAAN YANG GAGAL KALI KE-2

TIDAK Borang JPK/BorangNDT/03 Rujuk 7.9 KEMUKAKAN PERMOHONAN PERSIJILAN

TERIMA SURAT MAKLUMAN

Sijil Kemahiran Malaysia

TERIMA SIJIL

TAMAT

Rajah 3: Carta Alir Permohonan Sijil Bagi Persijilan Semula (Selepas 10 tahun)

Pind:00 (26/01/10)

15/16

8.0

SENARAI BORANG 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5 8.6 8.7 JPK/BorangNDT/01: Borang Ujian Penglihatan JPK/BorangNDT/02: Borang Permohonan Peperiksaan JPK/BorangNDT/03: Borang Permohonan Persijilan JPK/BorangNDT/04: Borang Pengalaman Industri dalam kaedah NDT JPK/BorangNDT/05: Borang Pengalaman dalam kaedah NDT bagi Tahap 3 JPK/BorangNDT/06: Borang Pengesahan Penjamin JPK/BorangNDT/07: Penyataan Kod Etika dan Peraturan Penggunaan Sijil dan Logo / Tanda JPK

9.0

MAKLUMAT TAMBAHAN 9.1 Bagi permohonan persijilan baru, pembaharuan dan persijilan semula Tahap 3, Borang Pengalaman Industri dalam kaedah NDT bagi Tahap 3

(JPK/BorangNDT/05) perlu diisi, disahkan dan dikepilkan bersama-sama permohonan persijilan.

10.0

TARIKH KUATKUASA

Peraturan ini adalah berkuatkuasa serta merta dari tarikh yang ditetapkan dan hendaklah dipatuhi oleh semua pihak yang terlibat dalam aktiviti Persijilan Kemahiran Malaysia.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

KETUA PENGARAH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA. 2010

Pind:00 (26/01/10)

16/16

You might also like