You are on page 1of 6

LAPORAN PENYERTAAN AKTIVITI / PROGRAM UNIT KOKURIKULUM STTJ 2017

LAPORAN PENYERTAAN AKTIVITI

NAMA PASUKAN : BADMINTON

1. Nama Pertandingan : Pertandingan Badminton MSSD Negeri Sembilan 2017

2. Peringkat : Daerah Seremban 2

3. Pengelola / Penganjur PPD Seremban


:

4. Tarikh : 18 20 Januari 2017

5. Masa : 7.30 pagi 6.30 petang

6. Tempat : SMK Senawang

7. Guru Pengiring : Cik Che Azizah Khaliesah bt Che Man

8. Peserta Kategori Perseorangan Lelaki dan Perempuan Bawah 18 Tahun


1. KUGILAN A/L SIVANANDAN
2. MUHAMMAD HAIRIE RIDZWAN BIN HALIM
3. NADIA BINTI ZULKARNAEN
4. HUDA IZZATI BINTI MOKSHIN
Kategori Beregu Lelaki dan Perempuan Bawah 18 Tahun
1. MUHAMMAD HAIKAL BIN SAAT
2. ZAMIR BIN BAZRULZAMAN
3. MUHAMMAD ZUHAIRI BIN BASARI
4. NUR FADHLIN BIN MOHAMMAD KHUSHAIRI
5. ILMI SAFINA BINTI ROSLI
6. SITI AISYAH BINTI NOORAZLAN
7. FATIN FARHANA BINTI AMELY
8. SITI KHAIRUNNISWA BINTI MOHD SHAH

9. Perbelanjaan : Yuran Penyertaan : RM150

Wang Saku : Tiada

Penginapan : Tiada

Makan / Minum : Dari dewan makan / Koperasi


LAPORAN PENYERTAAN AKTIVITI / PROGRAM UNIT KOKURIKULUM STTJ 2017

9. Pencapaian
Suku akhir - 1 orang Perseorangan Perempuan dan Perseorangan Lelaki
1 pasangan Kategori Beregu Perempuan dan Beregu Lelaki

10. Ulasan
10.1 Sijil disediakan oleh penganjur (Sijil belum diterima dan akan dipos ke sekolah)
10.2 Perjalanan pertandingan
Pertandingan badminton berlangsung selama 3 hari bermula 18 Januari hingga 20
Januari 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang.
Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori perseorangan dan
kategori beregu.
Pihak sekolah telah menghantar 4 perserta dalam kategori perseorangan lelaki dan
perempuan manakala 4 pasangan lagi dalam kategori beregu lelaki dan perempuan
bawah 18 tahun.
Pada hari pertama jam 7.30 pagi para peserta mula bertolak menuju ke SMK
Senawang untuk memulakan pertandingan pusingan pertama manakala pusingan
kedua atau suku akhir akan diadakan pada hari kedua dan diikuti dengan pusingan
ketiga atau separuh akhir. Pusingan akhir akan diadakan pada hari ketiga.
Pertandingan dimulakan dengan kategori perseorangan perempuan bawah 18 tahun
manakala dikuti dengan perseorangan lelaki bawah 18 tahun.
Pertandingan kategori perseorangan iaitu Nadia Binti Zulkarnaen bertemu SMK
Samsudin Nain dan memperoleh kemenangan dengan kiraan mata 30/29, diikuti pula
dengan peserta kategori perseorangan lelaki iaitu Muhammad Hairie Ridzwan bin
Halim bertemu SMK Seremban 3 memenangi pusingan pertama dengan kiraan mata
30/16.
Manakala kategori beregu Ilmi Safina Binti Rosli bersama pasangannya Siti Aisyah
Binti Noorazlan bertemu SMK Seremban memenangi pusingan pertama dalam kiraan
mata 30/20 dan kategori beregu lelaki juga memenangi pusingan pertama dengan
kiraan mata 30/21 iaitu Muhammad Haikal Bin Saat bersama pasangannya Nur
Fadhlin Bin Mohammad Khushairi bertemu KV Ampangan.
Pada hari kedua, pertandingan bersambung dengan pusingan kedua atau suku akhir
dalam kategori perseorangan perempuan dan lelaki manakala diikuti dengan pusingan
kedua atau suku akhir kategori beregu perempuan dan lelaki.
Kesemua peserta suku akhir telah mencuba sedaya upaya tetapi nasib tidak
menyebelahi dan tidak berjaya meneruskan pertandingan seterusnya.
Pertandingan berakhir dangan kategori perseorangan lelaki iaitu Muhammad Hairie
Ridzwan bin Halim bertemu KV Ampangan.
Tepat Jam 3.00 petang para peserta mula bertolak pulang ke sekolah.
LAPORAN PENYERTAAN AKTIVITI / PROGRAM UNIT KOKURIKULUM STTJ 2017

10.3 Kekuatan dan Kelemahan.


Kekuatan : Sokongan pihak sekolah dan komitmen pelajar dan guru berlatih di luar
sekolah pada waktu malam.
Kelemahan : Kurang latihan

10.4 Lain-lain : Tiada

-------------------------------------
(CHE AZIZAH KHALIESAH BINTI CHE MAN)
Pengurus Pasukan

Tarikh : 22 Januari 2017

s.k. : 1. SU Kokurikulum
2. GPK Kokurikulum
LAPORAN PENYERTAAN AKTIVITI / PROGRAM UNIT KOKURIKULUM STTJ 2017

GAMBAR
LAPORAN PENYERTAAN AKTIVITI / PROGRAM UNIT KOKURIKULUM STTJ 2017
LAPORAN PENYERTAAN AKTIVITI / PROGRAM UNIT KOKURIKULUM STTJ 2017

You might also like