You are on page 1of 9

GARIS PANDUAN TUNTUTAN

ELAUN LATIHAN AMALI DAN ELAUN TESIS


PELAJAR TAJAAN
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada pelajar tajaan Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA) untuk membuat Permohonan Tuntutan Elaun Latihan
Amali dan Elaun Tesis.

TUNTUTAN ELAUN LATIHAN AMALI

(a) Syarat-Syarat
Tuntutan dibayar berdasarkan hari tidak termasuk hari cuti
awam/umum;
Jarak antara IPT/rumah kediaman dengan tempat latihan melebihi
25 km mana yang terdekat;
Tempoh latihan tidak melebihi 3 bulan (tidak termasuk hari cuti
awam/umum); dan
Latihan diwajibkan bagi tujuan menamatkan kursus pengajian.

(b) Nota Penting

Pelajar yang menjalani latihan amali di Jabatan/ Agensi


Pelajar
KERAJAAN atau di syarikat/ agensi SWASTA TIDAK
Tajaan
LAYAK membuat tuntutan Elaun Latihan Amali sekiranya
Dalam
jabatan/ agensi/ syarikat telah menyediakan Elaun Latihan
Negara
Amali/Praktikal.

Pelajar yang diberikan kelulusan untuk menjalani Latihan


Amali di Malaysia TIDAK LAYAK menuntut Elaun Latihan
Amali dan tiket kapal terbang.
Pelajar
Pelajar Luar Negara yang diberikan kelulusan untuk
Tajaan Luar
menjalani Latihan Amali di Malaysia, Elaun Sara Hidup
Negara
dibayar atas kadar luar Negara untuk tempoh maksimum
3 bulan sepanjang berada di Malaysia dan selepas tempoh
itu, pelajar hanya layak dibayar atas kadar tempatan.

1
(c) Borang Tuntutan dan Dokumen Sokongan
Borang Tuntutan Lampiran A;
Dokumen Sokongan
o Surat Universiti : Permohonan Mendapat Tempat Latihan
Lampiran B; dan
o Surat Pengesahan Majikan Lampiran C

Contoh dokumen bagi Tuntutan Elaun Latihan Amali adalah seperti berikut:

Borang Tuntutan

Surat Universiti Surat Pengesahan Majikan

2
TUNTUTAN ELAUN TESIS

(a) Syarat-Syarat
Tuntutan dibayar jika kursus mewajibkan pelajar menyediakan tesis;
Sekali sepanjang tempoh pengajian; dan
Sekurang-kurangnya 6 jam kredit dan disediakan secara individu.

(b) Borang Tuntutan & Dokumen Sokongan


Borang Tuntutan Lampiran A;
Dokumen Sokongan
o Salinan Softcopy Tesis (CD); dan
o Salinan Muka Depan Tesis yang telah disahkan oleh Dekan/
Ketua Jabatan/ Penyelia Kursus di universiti berkaitan
Lampiran D

Contoh dokumen bagi Tuntutan Elaun Tesis adalah seperti berikut:

Borang Tuntutan Salinan Muka Depan Tesis

3
Pelajar tajaan dalam negara boleh mengemukakan permohonan tuntutan yang
lengkap melalui pos atau serahan tangan kepada alamat berikut:

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM, MALAYSIA


BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
ARAS 5, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
MALAYSIA
(u.p.: Unit Pengurusan Biasiswa Latihan Sebelum Perkhidmatan)
Emel: bayaran.bmi@jpa.gov.my

Bagi pelajar tajaan luar Negara, permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan


melalui Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) di Negara pengajian
masing-masing atau Unit Pembangunan Luar Negara, Bahagian Pembangunan
Modal Insan, JPA (Bagi Negara Indonesia, Singapura dan Hong Kong).

Permohonan tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh yang ditetapkan


seperti Jadual Tuntutan di Lampiran E. Permohonan tuntutan yang diterima selepas
tarikh akhir yang ditetapkan tidak akan diproses oleh Jabatan ini.

Arahan berkaitan Garis Panduan Tuntutan Elaun Latihan Amali dan Elaun Tesis
ini berkuatkuasa mulai 1 September 2016.

4
LAMPIRAN A

BORANG PERMOHONAN TUNTUTAN PELAJAR TAJAAN BIASISWA PERSEKUTUAN


JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA)

NAMA PENUH : ________________________________________________


NO. KAD PENGENALAN : ________________________________________________
ALAMAT SURAT- : ________________________________________________
MENYURAT ________________________________________________
NO. AKAUN BANK : ________________________________________________
ALAMAT BANK : ________________________________________________
________________________________________________
NO. TELEFON : ________________________________________________
ALAMAT E-MEL : ________________________________________________
UNIVERSITI : ________________________________________________
PERINGKAT PENGAJIAN : ________________________________________________
PROGRAM / KURSUS : ________________________________________________
TAHUN PENGAJIAN : ________________________________________________
TEMPOH TAJAAN : ________________________________________________
JENIS TUNTUTAN : ________________________________________________
(bil/ invois/ resit yang bukan dalam Bahasa Inggeris/ Malaysia
perlulah diterjemahkan terlebih dahulu ke dalam Bahasa
Inggeris/ Malaysia)

JUMLAH TUNTUTAN : ________________________________________________


TANDATANGAN PELAJAR

.
NAMA :
TARIKH :

Untuk Kegunaan Pejabat


Jumlah tuntutan yang diluluskan : _________________________
Tandatangan pegawai : _________________________
Nama pegawai : _________________________
Jawatan pegawai : _________________________
Tarikh penerimaan : _________________________

5
LAMPIRAN B

CONTOH SURAT PENGESAHAN UNIVERSITI

Letterhead Universiti

Ruj :
Tarikh :

Tuan / Puan,

PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI/AMALI

Nama :
No K/P :
No Pelajar :
Bidang Pengajian :

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas

2. Adalah dimaklumkan bahawa penama seperti di atas adalah pelajar sepenuh masa
di fakulti ini dan diwajibkan untuk menjalani latihan amali bermula dari _____________
sehingga _____________. Tujuan latihan industri/ amali ini adalah sebagai salah satu
syarat bergraduat selain daripada untuk meningkatkan pengetahuan serta pengalaman di
industri yang berkaitan dengan pengajian pelajar berkenaan.

3. Sehubungan dengan itu, kerjasama dan bantuan pihak tuan/ puan adalah dipohon
bagi menempatkan pelajar berkenaan di syarikat tuan/ puan. Semoga peluang yang
diberikan oleh syarikat tuan/ puan dapat membantu pelajar tersebut menjalani latihan
industri dengan jayanya. Segala perhatian dan pertimbangan yang tuan/puan berikan
didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Daripada

..
(NAMA PEGAWAI )
JAWATAN PEGAWAI
BAHAGIAN / UNIT
UNIVERSITI

6
LAMPIRAN C

CONTOH SURAT PENGESAHAN MAJIKAN

Letterhead Syarikat

Ruj :
Tarikh :

Kepada Sesiapa Yang Berkenaan /


Alamat Universiti

Tuan / Puan,

PENGESAHAN PELAJAR MENJALANI LATIHAN AMALI

Merujuk kepada perkara di atas, adalah dengan ini disahkan bahawa pelajar telah
menamatkan latihan amali seperti berikut:

Nama :
No K/P :
No Pelajar :
Universiti :
Tempoh Latihan Amali :
Lokasi Penempatan :
Pemberian Elaun : YA TIDAK

Sekian, terima kasih.

Daripada

..
(NAMA PEGAWAI )
JAWATAN PEGAWAI
SYARIKAT

7
LAMPIRAN D

TAJUK TESIS

NAMA PELAJAR

FAKULTI
UNIVERSITI

TARIKH

Pengesahan Dekan/ Ketua


Jabatan/ Penyelia Kursus

Tandatangan & Cop Pengesahan

8
LAMPIRAN E

JADUAL TUNTUTAN PELBAGAI TAHUN 2016

BIL. TEMPOH TUNTUTAN TARIKH AKHIR PENERIMAAN OLEH


UNIT PENGURUSAN BIASISWA

5 April 2016
1. Januari Mac 2016
(Selasa)
5 Julai 2016
2. April Jun 2016
(Selasa)
5 Oktober 2016
3. Julai September 2016
(Rabu)
30 November 2016
4. Oktober 15 November 2016
(Rabu)
5 Disember 2016
5. 16 November 2016 3 Disember 2016
(Isnin)

*Pelajar hendaklah mematuhi tarikh akhir untuk mengemukakan tuntutan yang telah ditetapkan
*Tuntutan pelajar yang diterima selepas tarikh yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan oleh pihak
JPA.
*Permohonan tuntutan bagi pelajar luar Negara hendaklah melalui Pejabat Penasihat Pendidikan dan
Latihan (PPL) masing-masing atau Unit Pembangunan Luar Negara, Bahagian Pembangunan Modal
Insan,JPA (Bagi Negara Indonesia, Singapura dan Hong Kong).
*Tempoh masa untuk bayaran tuntutan dikreditkan ke akaun pelajar adalah dalam tempoh sebulan
hingga tiga bulan selepas permohonan beserta dokumen yang lengkap diterima oleh Unit Pengurusan
Biasiswa Latihan Sebelum Perkhidmatan, BMI.
*Sekiranya selepas tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaan dokumen, pelajar masih belum menerima
bayaran tersebut, mohon hubungi Unit Pengurusan Biasiswa Latihan Sebelum Perkhidmatan di alamat
emel bayaran.bmi@jpa.gov.my

You might also like