You are on page 1of 18

EDU 3108

ASAS KEPEMIMPINAN DAN


PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU

Nordin Tahir
JIP, IPG Kampus Ipoh
TAJUK 7

STRUKTUR ORGANISASI PENDIDIKAN

8/18/2011 Nordin Tahir 2


Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia
http://www.moe.gov.my/?id=143&lang=my

8/18/2011 Nordin Tahir 3


Struktur Organisasi Sekolah Rendah

8/18/2011 Nordin Tahir 4


Struktur Organisasi Sekolah Menengah

8/18/2011 Nordin Tahir 5


Tugas & Tanggungjawab Guru
1. Tugas & Tanggungjawab Sebagai Guru Kelas
(Pengurus Bilik Darjah & Pembelajaran)
2. Pengamal Ilmu Pengetahuan & Kemahiran
3. Pengamal Reflektif
4. Pendidik & Pembentuk Tingkah Laku
5. Penerap Nilai
6. Pakar Rujuk
7. Pembimbing/Mentor
8. Penyelidik
9. Agen Sosiologi
10. Agen Perubahan
11. Pembina Negara Bangsa

8/18/2011 Nordin Tahir 6


Tugas & Tanggungjawab Guru
Tugas Dan Tanggungjawab Guru Kelas:
1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke
dalam buku jadual kedatangan, buku rekod mengajar, kad
001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah.
2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada
waktu yang pertama pada setiap hari belajar.
3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa
penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat
menghadirkan diri di sekolah.
4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut
dengan tiada memberi penjelasan dan sebab yang
munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat
amaran ponteng sekolah kepada penjaganya dengan satu
salinan ke pejabat sekolah.
8/18/2011 Nordin Tahir 7
Tugas & Tanggungjawab Guru
Tugas Dan Tanggungjawab Guru Kelas:
5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya
dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini
hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.
6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua
darjah mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran
bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi
meja berada dalam keadaan teratur dan menguruskan
pertukaran pelajar.
7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan
permainan dan mengeluarkan resit kepada pelajar dan
merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan buku
yuran.

8/18/2011 Nordin Tahir 8


Tugas & Tanggungjawab Guru
Tugas Dan Tanggungjawab Guru Kelas:
8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang
ditetapkan pihak sekolah.
9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman
Buku Teks kepada pelajar dan memungut buku daripada
pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.
10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa,
mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa, sijil berhenti
sekolah dan surat akuan.
11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan
dianalisis.
12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas
masing-masing dan memberitahu pelajar.

8/18/2011 Nordin Tahir 9


Tugas & Tanggungjawab Guru
Tugas Dan Tanggungjawab Guru Kelas:
13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya
dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan
kesedaran sivik.
14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru
kepada guru PK HEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang
berulang, kesulitan memungut yuran dan masalah disiplin
lain.
15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai
kemasukan pelajar baru dan mereka yang berhenti dalam
Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar
Kemasukan Pelajar.
16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk
mengisi borang masuk peperiksaan. Mereka juga perlu
memungut yuran peperiksaan.
8/18/2011 Nordin Tahir 10
Tugas & Tanggungjawab Guru
Tugas Dan Tanggungjawab Guru Kelas:
17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku
Kemajuan di samping menyediakan tabung markah atau mark
sheet.
18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan
kelasnya.
19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk
tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan.
20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima
kelas dan pada masa perhimpunan hari biasa.
21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalah-
makalah, maklumat dan berita-berita yang positif, membina dan
terkini. Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran
harus memberi markah kepada guru-guru kelas untuk meringankan
beban tugas guru.

8/18/2011 Nordin Tahir 11


Jangkaan Guru Terhadap Murid
Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) mendefinisikan jangkaan
ialah sebagai suatu bentuk dugaan atau ramalan. Dalam hal
ini, ia berkait rapat dengan ramalan atau jangkaan guru
terhadap prestasi pelajar dalam bidang akademik di sekolah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) juga, guru
bermaksud pembimbing atau pendidik yang menyampaikan
ilmu. Dalam konteks ini, guru sentiasa bersedia merancang
unit-unit pengajaran, memotivasikan serta menilai pelajar dari
semasa ke semasa.

8/18/2011 Nordin Tahir 12


Jangkaan Guru Terhadap Murid
Kajian tentang jangkaan guru telah dibuat oleh Palardy (1967)
tentang kebolehan pelajar membaca di sekolah USA dan
tersiar dalam Elementary School Journal yang bertajuk ' what
teacher believe-what children achive'. Mengikut pendapat
beliau, pelajar lelaki yang belajar dengan guru yang
menjangkakan pencapaian sama dengan pelajar perempuan
maka menunjukkan ada berlaku peningkatan. Sebaliknya
kalau guru tidak meramalkan pelajar lelaki adalah sama atau
lemah dengan perempuan maka pencapaian pelajar lelaki
dalam sesuatu ujian tidak akan meningkat.
Sementara itu, mengikut Leigh (1977), pelajar mungkin tidak
percaya terhadap jangkaan negatif yang dibuat oleh guru dan
mereka boleh mengubahkan tingkah lakunya ke arah
pencapaian yang lebih baik.
8/18/2011 Nordin Tahir 13
Jangkaan Guru Terhadap Murid
Mengikut pendapat Dor-Bremme (1991), sudah menjadi
kelaziman kepada guru-guru apabila mereka melihat
pencapaian murid-murid dalam pendidikan adalah lemah
maka dengan mudah pelajar dilabelkan sebagai lemah dan
tidak ada harapan boleh maju.
Menurut kajian Nash di sekolah rendah dan menengah di
Scotland mendapati bahawa tingkah laku murid berdasarkan
jangkaan guru. Sebagai contoh kalau guru menjangka pelajar
adalah baik maka tingkah laku murid akan menunjukkan
kebaikan walaupun mereka berada di mana-mana pun, dan
pendapatnya lagi bahawa pelajar menunjukkan tingkah laku
yang tidak baik oleh sebab guru tidak menaruh harapan yang
mereka adalah berkelakuan baik.

8/18/2011 Nordin Tahir 14


Jangkaan Guru Terhadap Murid
Jangkaan guru terhadap prestasi seseorang pelajar perlu
positif kerana dalam hal ini pelajar yang lemah akan terus
menjadi mangsa dan merasa terpinggir.
Mereka bukan sahaja diajar oleh guru-guru yang kurang
pandai tetapi juga guru-guru yang berkenaan tidak akan
menjangkakan mereka akan menjadi pelajar yang pandai.
Akibatnya kemajuan mereka sukar untuk meningkat dan
kemungkinan besar jika pada masa Tingkatan Satu
sekumpulan pelajar diletakkan di kelas yang tercorot maka
begitulah nasib mereka sehingga sampai ke Tingkatan Tiga.

8/18/2011 Nordin Tahir 15


Jangkaan Guru Terhadap Murid
Begitu juga jangkaan guru kepada seseorang pelajar
menjelang peperiksaan adalah berbeza di mana guru tidak
mengharapkan sangat kepada pelajar yang lemah untuk
mendapat keputusan yang baik. Dengan ini pelajar yang
lemah merasa tidak yakin oleh sebab tidak adanya rangsangan
dari gurunya sendiri.
Sedangkan pelajar yang terpilih ke kelas yang bijak, jangkaan
guru terhadap mereka adalah lebih tinggi dan bersifat positif.

8/18/2011 Nordin Tahir 16


Tutorial
Kaji struktur organisasi KPM/sekolah. Pilih salah satu
Unit/ Bahagian dalam organisasi tersebut. Apakah
jangkaan anda tentang fungsi dan peranan unit/
bahagian tersebut. Bagaimana unit/ bahagian ini dapat
menyokong perkembangan anda sebagai guru sekolah?
Pengalaman internship dan hubungkaitnya dengan
topik-topik dalam kursus ini.

8/18/2011 Nordin Tahir 17


Rujukan
Amir Hasan Dawi. 2002. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Perak: Quantum Books.
Ee Ah Meng. 1994. Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Haji Zainal Abidin Safarwan. 1994. Kamus Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Mohd Salleh Lebar. 1998. Pengenalan Ringkas Sosiologi Dan Pendidikan. Selangor: Thinker's
Library Sdn. Bhd.
Mohd Salleh Lebar. 1994. Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributor Sdn. Bhd.
Olive Banks.1987. Sosiologi Pendidikan (terjemahan). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Omar Mohd. Hashim. (1999). Pengisian misi pendidikan. Ampang / Ulu Kelang, Selangor: DBP.
Saedah Siraj, Zainun Ishak dan Tunku Mohani Tunku Mokhtar. 1996. Siri Pengajian Dan Pendidikan
Utusan ;Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributor Sdn.
Bhd.
Sharifah Alwiah Alssagoff . 1987. Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur: Heinemann (Malaysia)
Sdn. Bhd.
T. Marimuthu. 1990. Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

8/18/2011 Nordin Tahir 18

You might also like