You are on page 1of 2

Tatacara Tindakan Menangani Masalah Ponteng Sekolah

1. Guru kelas memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan SURAT DOKTOR atau
SURAT IBU BAPA/ PENJAGA DENGAN TANDATANGAN YANG SAH bagi tempoh masa pelajar itu
tidak hadir. Pelajar yang tidak hadir selama dua hari TANPA surat itu dikehendaki MEMBAWA
PENJAGA ke sekolah berjumpa pihak sekolah (kecuali ada bukti yang nyata bahawa ketidakhadiran
pelajar itu ada sebab munasabah). Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (P) jika tidak memberikan
surat sebelum hujung minggu.
2. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang tidak datang ke
sekolah selama tiga hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh pelajar tidak hadir bukan secara
berturut-turut tanpa surat.

3. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika pelajar tidak datang ke sekolah 7 hari berturut-turut
selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya telah
ditandai (P) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut.

4. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas
Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat tersebut juga untuk pelajar yang telah ditandai (P) sebanyak
40 hari bukan secara berturut-turut.

5. Selepas tempoh 14 hari ponteng sekolah daripada tarikh penghantaran Surat Amaran
Terakhir bagi hari tidak hadir berturut-turut atau selepas 20 hari ditandai (P) bagi hari tidak hadir
bukan berturut-turut, pelajar boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/
penjaga bahawa pelajar telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Pelajar
tidak boleh diterima balik selepas itu tanpa merujukkannya kepada Pengetua.

6. Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/ penjaga dan surat keluar kawasan sekolah
hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail. Sila pastikan nama, tingkatan, dan tarikh tidak
hadir ternyata dalam surat-surat. Sila susun surat mengikut tarikh dan bulan (kumpulkan semua
surat untuk satu bulan bersama-sama untuk kemudahan rujukan apabila perlu).

Untuk makluman, pelajar yang balik dengan kebenaran/ kenyataan sebelum masa ketiga dianggap
tidak hadir (S). Pelajar yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan
rasmi dianggap hadir pada hari itu.

Penghantaran surat-surat adalah seperti berikut:

Hari Tidak Hadir (P)


Surat Hari Tidak Hadir (P) Bukan Berturut-turut
Berturut-turut
Amaran Pertama pada hari ke-3 pada hari ke-10

Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran Pertama 10 hari lagi selepas Amaran Pertama

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran Kedua 20 hari lagi selepas Amaran Kedua

Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran Ketiga 20 hari lagi selepas Amaran Ketiga

Jumlah Hari Tidak Hadir 31 hari berturut-turut 60 hari bukan berturut-turut

You might also like