You are on page 1of 3

SMK DUSUN NANDING

KM 17 JLN HULU LANGAT, 43100 HULU LANGAT,


SELANGOR

PANDUAN DAN SENARAI TUGAS GURU KELAS (SESI PETANG)


2022/2023

INFO HAL EHWAL MURID

1. Pendaftaran dan Kemasukan Murid Baru


(Rujuk penyelaras tingkatan untuk sebarang maklumat terkini)

1.1 Menerima kemasukan murid baru daripada penyelaras tingkatan.


1.2 Menyemak dan mengemaskini dokumen fail peribadi murid yang
mengandungi:

1.2.1 Salinan Mykid/Kad Pengenalan murid dan ibu bapa.


1.2.2 Salinan sijil lahir murid.
1.2.3 Salinan pendaftaran perkahwinan/sijil nikah/ cerai ibu bapa.
1.2.4 Laporan PBS/PBD/PPT/PAT.
1.2.5 Surat pertukaran sekolah.
1.2.6 Sijil berhenti sekolah
1.2.7 Bil elektrik atau air semasa.
1.2.8 Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan ibu bapa
1.2.9 Buku kesihatan

2. Kutipan Yuran atau Sumbangan

2.1 Mengutip dan menyerahkan yuran atau sumbangan seperti berikut:


a) Sumbangan PIBG (RM70) dan Kecemerlangan (RM30) –
diserahkan kepada Bendahari PIBG
b) Tanda nama (RM5.00/ 4 keping) – diserahkan kepada Pn. Noradila.
c) Saham Koperasi (RM12) – diserahkan kepada Pn. Noradila.
d) Pusat Sumber (RM5) – diserahkan kepada Pn. Norizati.
2.2 Mengeluarkan resit kepada murid-murid bagi pembayaran yang telah
dibuat.

3. Pengurusan dan Organisasi Kelas

3.1 Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada ketua tingkatan,


penolong ketua tingkatan dan jawatankuasa yang dirasakan perlu.
3.2 Memastikan AJK keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan
papan maklumat dari semasa ke semasa.
3.3 Mengingatkan murid-murid tentang kebersihan kelas dari semasa ke
semasa.
3.4 Memastikan perkara-perkara berikut ada di dalam kelas:
a) Jadual waktu semasa
b) Jadual tugas (kebersihan dan keceriaan)
c) Pelan laluan kecemasan
d) Perabot (kerusi dan meja), papan putih dan peralatan elektrik
berada dalam keadaan baik.
3.5 Melaporkan sebarang kerosakan peralatan elektrik kepada PKHEM.

4. Kehadiran (APDM dan SSDM)

4.1 Menanda kehadiran murid dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid
(APDM) pada setiap hari sebelum jam 4 petang – rujuk Telegram
Kehadiran.
4.2 Memastikan bilangan murid dan data terkini murid dikemaskini oleh ibu
bapa melalui https://public.moe.gov.my.
4.3 Ketidakhadiran murid tanpa sebab dan tanpa makluman awal daripada
ibu bapa akan direkodkan sebagai “tiada sebab”.
4.4 Surat amaran ketidakhadiran perlu diisi dalam SSDM dan dicetak
berdasarkan ketetapan di bawah, diserahkan kepada PKHEM untuk
direkodkan dan dihantar menggunakan pos berdaftar:
4.5 Surat amaran -1 salinan (fail PK HEM)
- 1 salinan (fail peribadi murid)

a) Ketidakhadiran berturut
3 hari 7 hari (selepas 7 hari 14 hari Jumlah
surat amaran (selepas surat (selepas surat ketidakhadiran
1) amaran 2) amaran 3) tanpa sebab

Surat Amaran Surat Amaran Buang sekolah 31 hari


Pertama Surat Amaran Ketiga
Kedua

b) Ketidakhadiran Tidak Berturut


10 hari 10 hari 20 hari 20 hari Jumlah
(selepas surat (selepas surat (selepas surat ketidakhadiran
amaran 1) amaran 2) amaran 3) tanpa sebab

Surat Amaran Surat Amaran Buang sekolah 60 hari


Pertama Surat Amaran Ketiga
Kedua
5. Buku Teks / Sumbangan / Biasiswa

5.1 Memastikan murid mendapat jumlah buku teks yang sepatutnya dan
berurusan dengan guru penyelaras SPBT.
5.2 Jika murid berpindah keluar, murid perlu mengisi borang yang disediakan
untuk membawa buku teks bersama (kecuali ke MRSM dan sekolah
swasta).
5.3 Sentiasa peka kepada sebarang bentuk pengumuman berkaitan bantuan
kewangan seperti KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) dan
BAP (Bantuan Awal Persekolahan) dan juga biasiswa – mengenalpasti
murid yang layak.

6. Pertukaran Keluar Murid

6.1 Menyediakan Fail Peribadi Murid, laporan PBD, laporan SSDM dan
Psikometrik (kaunselor)
6.2 Memastikan murid mengisi borang buku teks untuk membawa bersama-
sama buku teks ke sekolah baru kecuali ke MRSM dan sekolah swasta
(perlu pulangkan buku teks ke SPBT).

7. Buku Kawalan Kelas (BKK)

7.1 Memastikan ketua tingkatan menghantar buku kawalan kelas ke bilik MTP
pada waktu balik.
7.2 Menyemak dan menandatangani buku kawalan kelas pada akhir setiap
minggu (hari Jumaat).
7.3 Buku kawalan kelas yang hilang perlu diganti oleh kelas tersebut.

Disediakan oleh:

Noradila binti Kamuridin


Pen. Setiausaha HEM
SMK Dusun Nanding

You might also like