You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PUTERI WANGSA

MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID SKTPW BIL. 1 / (2024/2025)

Tarikh : 5 Mac 2024 (Selasa)


Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Taman Puteri Wangsa
Pengerusi : En. Azmady bin Osman (Guru Besar SKTPW)
Kehadiran : 68 / 76 orang

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah dilantik
menjadi ahli jawatankuasa HEM sesi 2024/2025.

1.2 Pemilihan berdasarkan faktor keperluan, kekuatan, keseimbangan, pengalaman


dan keberkesanan.

1.3 Pihak pentadbiran melantik ketua guru disiplin yang baharu iaitu Cikgu
Ruzaimah binti Turut (sesi pagi) dan Cikgu Nor Azreen binti Zainudin (sesi
petang)

1.4 Unit HEM telah menetapkan ETR kehadiran murid bagi sesi baharu iaitu 89.0%
(TOV- 86.8) dan ETR disipilin murid iaitu 0.41% (TOV- 0.49%)

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Tiada

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
Tiada

4 FOKUS MESYUARAT / PEMBENTANGAN KERTAS KERJA

4.1 Maklumat umum

4.1.1 Nama kelas baharu diwujudkan iaitu Berlian, Delima, Firus, Jed,
Mutiara, Nilam dan Zamrud (bagi Tahun 1 dan 2 sahaja).

4.1.2 Jumlah keseluruhan murid SKTPW ialah seramai 1225 orang bagi
aliran perdana dan 100 orang murid prasekolah. Bilangan murid sesi
pagi adalah seramai 597 orang dan sesi petang seramai 628 orang.

1
4.1.3 Jumlah murid bukan warga sedia ada adalah seramai 3 orang.
Murid bukan warganegara tidak layak mendapat sebarang bentuk
bantuan daripada KPM.

4.1.4 Tarikh bersekolah bagi murid bukan warganegara bagi


permohonan baharu ialah pada 25 Mac 2024. Murid bukan warga sedia
ada perlu membayar fi terlebih dahulu sebelum mula bersekolah.

4.1.5 Jumlah murid tiada dokumen – 1 orang.

4.1.6 Jumlah murid OKU ialah 3 orang. Pihak sekolah ada menyediakan
tempat meletak kenderaan untuk kegunaan mereka. Selain itu, murid
OKU yang belajar di aliran perdana dikategorikan sebagai inklusif penuh.

4.2 Kumpulan Whatsapp kelas dan Fail personalia murid

4.2.1 Guru kelas sesi baharu diminta untuk mengambil alih kumpulan
whatsapp kelas yang lama sebelum 10 Mac 2024. Guru kelas lama
mengucapkan selamat tinggal dan guru kelas baharu memperkenalkan
diri, meletakkan syarat-syarat serta menjemput guru-guru matapelajaran.

4.2.2 Guru kelas diminta menggerakkan fail murid mengikut senarai nama
baharu ke rak kelas yang ditetapkan sebelum 10 Mac 2024.

4.3.3 Fail personalia lengkap mesti mengandungi dokumen penting seperti,


salinan surat beranak, salinan MyKid, salinan MyKid ibu bapa serta
surat-surat berkaitan.

4.3.4 Satu salinan senarai nama murid yang terkini perlu diserahkan
kepada GPK HEM.

4.3 Kumpulan bertugas

4.3.1 Kumpulan bertugas dipecahkan kepada 3 kumpulan.

4.3.2 Ketua kumpulan perlu membuat jadual dan agihan tugas sekurang-
kurangnya sehari sebelum minggu bertugas. Serahkan jadual secara
softcopy kepada GPK HEM.

4.3.3 Ahli-ahli kumpulan perlu memaklumkan kepada ketua kumpulan


bertugas sekiranya tidak dapat hadir pada waktu bertugas.

4.3.4 Laporan harian perlu ditulis setiap hari dan disiapkan sebelum
pulang.

2
4.3.5 Laporan perhimpunan rasmi perlu disiapkan pada hari kejadian.
Sekiranya perhimpunan tidak diadakan pada minggu tersebut, perlu
dicatatkan dalam buku laporan perhimpunan rasmi dengan alasan :
Contoh- Hari Pekerja)

4.3.6 Laporan harian perlu dilengkapkan setiap hari dan perlu


disiapkan sebelum pulang.

4.3.7 semua guru bertugas perlu berada di kantin sewaktu rehat dan
semasa perhimpunan pagi

4.3.8 Pemantauan dan perekodan keceriaan dan kebersihan kelas


dilakukan 2 kali seminggu.

4.3.9 hadiah wang tunai sumbangan PIBG akan diberikan kepada 5 kelas
paling bersih dan ceria setiap sesi pada akhir tahun berdasarkan
jumlah pemenang mingguan.

4.4 Buku rekod kawalan disiplin kelas.

4.4.1 Pada helalan kosong buku rekod perlu ditampalkan jadual waktu kelas
dan senarai nama murid lengkap dengan nombor MyKid.

4.4.2 Perlu dilengkapkan setiap kali guru masuk ke kelas kerana buku ini
merupakan salah satu eviden yang digunakan apabila berbincang
dengan ibu bapa penjaga berkaitan masalah disiplin anak mereka.

4.4.3 Sekiranya ada aktiviti sekolah seperti raptari perbarisan rumah sukan,
guru kelas perlu catatkan pada buku tersebut begitu juga dengan cuti
umum. Cuti penggal hanya perlu dicatat pada 1 muka surat sahaja.

4.5 Persediaan kelas/bilik khas

4.5.1 Guru kelas perlu menyediakan papan kenyataan yang mengandungi


perkara asas seperti jadual waktu, jadual bertugas, senarai nama murid dan pelan
keselamatan kebakaran.

4.5.2 setiap kelas akan dapat 1 penyodok sampah, 2 batang penyapu, 1


bakul sampah kecil dan 1 bulu ayam secara berkongsi. Bagi bilik khas pula akan mendapat
1 penyodok sampah, 1 bakul sampah dan 1 batang penyapu.

3
4.6 APDM & SSDM

4.6.1 Penyelaras APDM ialah Cikgu Juhaiza binti Mohd Dusuki.

4.6.2 Id APDM ialah nombor IC guru kelas dan kata kunci: Guru1090

4.6.3 SSDM berfungsi untuk pengisian salah laku murid dan sahsiah murid.
Id SSDM ialah JBA1090. Kata kucinya ialah Guru1090

4.6.4 Guru kelas perlu mendaftar murid yang baharu masuk ke SKTPW.
Murid yang keluar hanya boleh dilakukan oleh penyelaras APDM.

4.6.5 Sebarang pertukaran maklumat khsusunya nama murid perlu


disertakan bukti salinan surat beranak yang baharu.

4.6.7 dalam ruangan pendapatan, tidak boleh dbiarkan kosong terutamanya bagi
pendapatan penjaga pertama kecuali suri rumah. Jika tidak diisi, ia
akan menjadi ralat dan keluar tanda !.
4.6.8 KWSP, Pencen, SOCSO, duit daripada anak, bantuan kebajikan masyarakat, zakat
bulanan dan yang seumpamanya dianggap sebagai pendapatan.
4.6.9 Gaji dikira ialah gaji kasar dan elaun tetap.. Komisen juga dikira sebagai pendapatan.
4.6.10 Bagi kiraan perkapita, pendapatan dibahagikan dengan bilangan dalam keluarga
asas. Anak dikira sekiranya masih belajar.
4.6.11 Guru kelas diminta mengenmaskini data terbaharu seperti pendapatan dan nombo
telefon. Alamat perlu ditaip sebaris

4.7 Pengisian kehadiran murid

4.7.1 Pengisian kehadiran dalam APDM perlu diisi sebelum pukul 12.00
tengahari (sesi pagi) dan sebelum pukul 5.00 petang (sesi petang).

4.7.2 sekiranya guru kelas tidak hadir, guru bantu perlu mengisi
kehadiran tersebut

4.7.3 bagi memudahkan urusan, dimohon kepada semua guru untuk


menulis kehadiran dalam kumpulan whatsapp kehadiran sesi pagi
atau sesi petang.

4.8 Bantuan sekolah

4.8.1 bantuan hanyalah untuk murid warganegara.

4
4.8.2 BAP telah diberikan kepada semua murid kecuali murid Tahun 1 dan
murid cicir. Borang PB1 dan PB2 tidak diperlukan.

4.8.3 RMT akan bermula pada hari pertama persekolahan. Murid yang
layak menerima RMT dengan menggunakan pendapatan RM dan per
kapita RM.

4.8.4 KWAPM akan dipih sama dengan murid RMT. Kedua-dua


bantuan perlu menggunakan borang PB1 dan PB2.

4.8.5 Program susu sekolah diteruskan seperti biasa.

4.8.6 buku teks masih belum mencukupi. Ia akan diuruskan oleh guru
SPBT seberapa segera yang mungkin.

4.8.7 EMK akan diberikan kepada pemegang kad OKU dua kali setahun.

4.9 Perhimpunan sekolah

4.9.1 Perhimpunan rasmi:

4.9.1.1 Minggu pertama: Bahasa Melayu


4.9.1.2 Minggu kedua: Bahasa Melayu
4.9.1.3 Minggu ketiga: Kokurikulum
4.9.1.4 Minggu keempat: Bahasa Inggeris
4.9.1.5 Minggu kelima: Bahasa Melayu

4.9.2 Susunan murid mengikut ketinggian.


4.9.3 lagu Sekolahku Sejahtera pada akhir perhimpunan tidak lagi
dimainkan.

4.10 Isu murid OKU

 4.10.1 Semua murid berhak menuntut takaful insurans termasuk murid bukan
warga dan murid tanpa dokumen.

 Murid dilindungi 24 jam sehari dan selama 365 setahun.


 Tuntutan insurans ini hanya boleh dituntut yang melibatkan
kemalangan/kecederaan sahaja.
 Namun tuntutan ini hanyalah untuk jumlah hari berada di hospital sama ada di
hospital kerajaan atau di hospital swasta.
 Tuntutan ‘warded’disebabkan penyakit seperti Denggi, Covid-19 tidak
dibenarkan.

5
 Tuntutan sehari berjumlah RM25.00 sahaja dan tidak melebihi hari.

 Antara dokumen yang diperlukan ialah slip warded hospital yang


ditandatangani oleh doktor.
 Sekiranya berlaku kematian murid, ibu bapa penjaga boleh menuntut
sebanyak RM 1000
 Sekiranya berlaku kecacatan kekal murid, ibu bapa penjaga boleh menuntut
sebanyak RM20,000
 Laporan Perubatan ,laporan polis (berlaku di luar sekolah) laporan sekolah
(berlaku di dalam sekolah)

4.11 Name Tag QR Code

 Dilaksanakan bermula pada tahun ini.


 Semua murid terlibat dari prasekolah hingga tahun 6. Tiada pengecualian.
 Pengisian amalan baik boleh dilaksanakan terus dengan cara mengimbas kod
pada name tag.
 Harga RM15.00 untuk 3 keping.
 Jumlah aksara bagi setiap nama murid ialah 12 termasuk titik dan jarak.
 Setiap guru kelas perlu melengkapkan borang tempahan mengikut jumlah
murid.
 Duit lencana boleh dikutip dari semasa ke semasa.
 Langkah permulaan setiap guru perlu melengkapkan nama penuh dan e-mel
moe sebelum 10/3/2024.
 Langkah kedua guru kelas perlu melengkapkan nama murid dan beberapa
butiran murid sebelum 17/3/2024 pada template yang diberikan.

5 HAL-HAL LAIN

 Setiap unit merancang untuk aktiviti – aktiviti pada tahun ini. Paling hampir
MAKDIS rancang untuk Program Ihya Ramadan .
 Program Penyayang, rancang sambutan pada hari pertama di pintu masuk
pagar B. Gunakan PRS sekolah dan Pengawas Sekolah.
 Setiap kali selesai aktiviti/program dilaksanakan perlu hantar laporan
bergambar.
 Bagi membantu menguruskan lalu – lintas pada 3 hari pertama, pihak sekolah
akan meminta bantuan daripada anggota RELA. Mohon guru/staf untuk
mematuhi laluan yang ditetapkan.
 Murid yang tidak hadir pada hari pertama sehingga 21 hari
bekerja berturut - turut murid ini boleh dikeluarkan daripada APDM
 Kenal pasti murid yang memerlukan bantuan .
 Penggunaan tandas duduk perlu dijelaskan kepada murid sewaktu transisi.
6
 Duit belanja murid tidak lebih daripada RM5.00
 Penangguhan wajib memakai seluar trek berlogo sekolah hingga dimaklumkan
kelak.
 Pendaftaran buku besar perlu ditulis setiap kali ada murid baharu masuk ke
sekolah.
 Bagi tahun 1, tugas menulis dalam buku besar ini boleh diserahkan kepada
guru bantu.
 No. pendaftaran buku besar ini penting untuk tuntutan insurans, sijil tamat
persekolahan murid tahun 6.
 Makluman murid yang tidak hadir ke sekolah perlu dimasukkan ke grup kelas
sebagai ingatan kepada murid.
 Makluman daripada ibu bapa perlu selewat –lewatnya pukul
 8.00 pagi (sesi pagi) dan 1.30 petang (sesi petang)
 Sekiranya terdapat murid yang sakit secara tiba –tiba , guru kelas
 perlu menghubungi ibu bapa untuk mengambil anak
 mereka .
 Murid tersebut diletakkan di pejabat sekolah dan ibu bapa penjaga akan
mengisi maklumat untuk membawa anak mereka pulang.
 JK Pendaftaran Ting 1 dan Dokumentasi Tahun 6 berfungsi hanya untuk
penyediaan berkaitan dokumen ke Tingkatan 1.
 Murid tidak dibenarkan memakai tudung warna hitam kecuali unit uniform
Tunas Puteri. Waktu PJ dibenarkan tetapi murid perlu tukar semula tudung
warna putih sebaik selesai PJ.
 Murid-murid perlu bergerak dalam satu barisan ketika hadir, waktu balik, ke
kantin,ke kelas, ke bilik-bilik khas.
 Selepas loceng tamat rehat, murid-murid perlu disusun terlebih dahulu di
Dewan PIBK sebelum digerakkan.
 Pengawas bertugas perlu ada di setiap aras dan tangga bagi membantu
mengawal pergerakan murid
 Pada awal pagi mohon guru kelas sesi pagi untuk membuka palang pintu kelas
sebelum murid naik ke kelas.
 Waktu balik, guru mata pelajaran terakhir ,lepaskan murid yang menaiki bas
sekolah dahulu,
 Setelah semua murid yang menaiki bas bergerak, baru dilepaskan murid yang
menaiki ibu bapa untuk dilepaskan.

6 PENUTUP

6.1 Pengerusi mengharapkan semoga guru-guru SKTPW dapat memberi


kerjasama yang baik dalam memantapkan pengurusan HEM pada sesi
2022/2023.

6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi.


7
Disediakan oleh:

………………………………..
(MOHAMAD FAZUAN B MOHAMAD NOR)
Setiausaha Unit HEM,
SK Taman Puteri Wangsa

Tarikh : 6 Mac 2024

You might also like