You are on page 1of 21

SK BUKIT TAJAU

26500, MARAN PAHANG

KERTAS KERJA:
PENUBUHAN PERSATUAN PENCINTA ALAM SEKITAR (PAS)

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT TAJAU

1
1.0 Pendahuluan

Alam sekitar fizikal yang terdiri daripada air, udara dan tanah merupakan tempat di
mana setiap yang hidup di muka bumi ini melakukan pelbagai aktiviti untuk mendapatkan
keperluan dan kepentingan masing-masing. Adakah manusia sedar mereka memerlukan
ketiga-tiga komponen ini untuk kehidupan yang selamat dan sejahtera? Mereka bebas
menggunakan apa yang ada di muka bumi dan melakukan pelbagai aktiviti ke atasnya untuk
tujuan meningkatkan taraf hidup, tanpa menyedari kesan-kesan yang akan timbul akibat
daripada tindakan yang dilakukan.
Manusia tidak sedar tindakan mereka telah menyebabkan berlakunya perubahan
terhadap keseimbangan alam sekitar dan seterusnya boleh merosakkan kualiti alam sekitar.
Penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua sebagai ahli
sebuah komuniti di samping penghuni kepada bumi. Maka, Persatuan Pencinta Alam Sekitar
(PAS) akan memberikan penekanan kepada perubahan minda, sikap dan perlakuan warga SK
Bukit Tajau ke arah mencintai alam sekitar dalam apa jua tindakan yang diambil.

2.0 Matlamat

Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi mempunyai sifat cinta akan
keaslian dalam semula jadi. Pelbagai aktiviti disusun agar ahli persatuan pencinta alam sekitar
serta warga sekolah dapat mempelajari cara menghargai hidupan dan alam semula jadi melalui
aktiviti yang diadakan. Persatuan ini juga diadakan dengan tujuan untuk menyebarkan
maklumat mengenai kepentingan memelihara sumber alam bagi mengelakkan kepupusan.

3.0 Objektif Program

3.1 Memupuk kesedaran dan kepekaan terhadap alam sekitar, cabaran-cabarannya


serta melahirkan sikap keprihatinan terhadap alam sekitar untuk meningkatkan
atau mengekalkan kualiti yang baik.

2
3.2 Memberi peluang kepada para pelajar mempelajari hidupan flora dan fauna.
3.3 Membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menjaga kebersihan alam sekitar.
3.4 Menambahkan ilmu pengetahuan para pelajar tentang isu yang berkaitan
dengan kepupusan dan kemusnahan ekosistem dan seterusnya berusaha
mengelakkannya terjadi..
3.5 Menggalakkan penglibatan diri secara aktif dalam meningkatkan kualiti alam
sekitar.
3.6 Mengembangkan kebolehan menilai dan memahami bahawa pembangunan
negara juga perlu menitikberatkan penggunaan sumber alam semulajadi secara
lestari.

4.0 Rasional

4.1 Mendedahkan dan memperkenalkan cara menjaga alam sekitar kepada


pelajar Sk Bukit Tajau.
4.2 Memberi pendedahan kepada pelajar dalam bidang pengurusan (persatuan).
4.3 Melatih para pelajar dalam menguruskan sesebuah organisasi.
4.4 Mewujudkan organisasi yang mantap dan teratur.
4.5 Memupuk semangat mencintai alam sekitar dalam kalangan para pelajar.
4.6 Mengeratkan hubungan antara pelajar yang terdiri daripada pelajar berbilang
kaum

3
5.0 Jawatankuasa

5.1 Jawatankuasa Penaja

PENAUNG
TUAN HAJI ALI BIN MAHFOZ

PENGERUSI PIBG
ENCIK AHAMAD BIN LATIF

PENASIHAT
PUAN SUZIANA BT AZMAN

PENGERUSI
ENCIK SAFIUDIN BIN KAMIL

NAIB PENGERUSI
PUAN HIDAYATUL NASUHA BT MAHAMOOD

SETIAUSAHA
PUAN NURAIN NATUL NADHIRAH BT TARMIZI

BENDAHARI
PUAN NORAIDA NABIELA BT OTHMAN

4
5.2 Jawatankuasa Induk

PENGERUSI
HARIZ BIN BABA

NAIB PENGERUSI
ALIA HUSNA BINTI FUZIL

SETIAUSAHA
MAISARAH BIN ALI

BENDAHARI
NAZMI BIN HAZALI

AHLI JAWATANKUASA

TUGAS-
PENDAFTARAN TEMPAT & SOSIAL & AKTIVITI & PENYERTAAN
TUGAS
& KEAHLIAN PERALATAN KEBAJIKAN LAWATAN PERTANDINGAN
KHAS

Memastikan Menyediakan Menempah dan Menyediakan


senarai nama senarai nama menyediakan bas atau
pada hari HALIMAH Menguruskan
baru diterima alatan semasa pengangkutan persembahan
oleh pihak pendaftaran sesi latihan WAHIDA BT BINTI USOP
atau
persatuan SARIP pertandingan
FAIZ BIN
HARUN LATIFAH BT
ARIF BIN MANSOR
Mendapat Berhubung SHAARI
SALWA BT rawatan apabila dengan
GHAFAR berlaku jurulatih
kemangan
semasa lattihan

5
6.0 Kumpulan Sasaran

Terbuka kepada semua pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau.

7.0 Keterangan Program

Di sini kami telah mencadangkan jadual aktiviti sepanjang tahun Persatuan Pencinta
Alam Sekitar yang akan dijalankan seperti mana jadual di bawah, sekiranya kertas kerja
penubuhan ini diluluskan oleh pihak tuan.

Januari 3,10,17,24
Februari 2,9,16,23
Mac 4,11,18,25
April 6,13,20,27
May 4,11,18,25
Tarikh Jun 5,12,19,26
Julai 6,13,20,27
Ogos 3,10,17,24
September 7,14,21,28
October - 6,13,20,27
November 2, 9,16,23

Hari Rabu
Masa 3.00-5.00 petang
Tempat Kelas 5 Inovatif

Berdasarkan jadual di atas, kami akan mengadakan aktiviti pada setiap hari Rabu. Untuk
makluman pihak tuan, kami juga tidak mengganggu sebarang proses pengajaran dan
pembelajaran yang diadakan oleh pihak sekolah. Hal ini menunjukkan bahawa kami juga
mementingkan aspek akademik di samping bergiat aktif dalam aktiviti ko kurikulum.

Di samping itu, antara aktiviti yang akan dijalankan apabila kertas kerja penubuhan ini
diluluskan ialah :

6
i. Aktiviti mingguan
ii. Mesyuarat bulanan
iii. Penganjuran/penyertaan pertandingan
iv. Jamuan tahunan

Bilangan peserta
o Minimum 40 orang (terbuka kepada semua pelajar yang berminat)
Tarikh cadangan
o 7,13,25 Mac, 11,23 dan 30 April 2017
Masa cadangan
o 3.00 5.00 petang
Tempat program
o Kelas 5 Inovatif

8.0 Strategi Pelaksanaan

8.1 Menyediakan aktiviti yang menarik


8.2 Kolaborasi bersama sekolah lain
8.3 Mengadakan pertandingan
8.4 Memperkenalkan kempen cintai alam sekitar kepada masyarakat setempat

7
Jadual dibawah menunjukkan beberapa aktiviti yang akan diadakan dari bulan
Januari hingga Julai jika persatuan ini diluluskan:
Tarikh Tempat Masa Aktiviti
Dewan
Sekolah 8.00 pagi 11.00
8/1/2017 Ceramah alam sekitar.
Kebangsaan pagi
Bukit Tajau
Sekitar
kawasan
8.00 pagi 1.00 Gotong-royong perdana
5/2/2017 Sekolah
petang Perhiasan bilik darjah
Kebangsaan
Bukit Tajau
Taman kecil
kawasan 8.00 pagi 12.00
Memperkasakan nurseri
5/3/2017 Sekolah tengah hari
sekolah
Kebangsaan
Mencantikkan taman kecil
Bukit Tajau
Kawasan
Sekolah 8.00 pagi 10.00
2/4/2017 Kempen menanam pokok bunga
Kebangsaan pagi
dan pokok buah
Bukit Tajau
Dewan
Sekolah 8.00 pagi 11.00
5/5/2017
Kebangsaan petang Pameran alam sekitar

Bukit Tajau

Kelas 5 8.00 pagi 12.00 Pertandingan melukis dan


4/6/2017
Inovatif tengah hari mewarna poster bertemakan
alam sekitar
Dewan
Sekolah 8.00 pagi 12.00 Bengkel cipta barang terpakai
2/7/2017
Kebangsaan tengah hari dan penggunaan semula bahan

Bukit Tajau terbuang

8
9.0 Bahan/Sumber

9.1 Alatan mewarna pertandingan


9.2 Air mineral ahli persatuan
9.3 Barang-barang terbuang
9.4 Anak pokok bunga dan buah
9.5 Alatan gotong-royong
9.6 Perhiasan bilik darjah

10.0 Anggaran Kos

Bil Bahan/Sumber Unit Jumlah Per Unit (Rm) Jumlah (Rm)

1 Alatan mewarna 20 10 200

2 Air mineral ahli 50 1 50

Anak pokok bunga dan 25 15


3 375
buah

4 Alatan gotong-royong 20 10 200

5 Perhiasan bilik darjah 30 20 60

Jumlah Keseluruhan 885

11.0 Sumber Kewangan

Sumber kewangan Persatuan Pencinta Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau
ialah dari yuran persatuan yang akan dikenakan kepada semua pelajar yang menyertai
persatuan ini. Yuran pendaftaran akan dikenakan sebanyak RM10.00 setiap individu.
Selain itu, sumbangan dari pihak persatuan ibu bapa dan guru juga turut disediakan oleh
pengerusi PIBG kepada persatuan ini dalam bentuk wang ringgit. Hal ini dapat menampung

9
perbelanjaan persatuan. Tambahan pula persatuan koperasi turut menyumbang dalam
bentuk makanan dan minuman kepada ahli persatuan.

12.0 Penutup

Kesimpulannya, Pendidikan Alam Sekitar ialah satu pembelajaran untuk memahami


interaksi manusia dengan alam sekitar dan bagaimana alam sekitar diuruskan dengan
bijaksana dan bertanggungjawab. Satu cara pendidikan alam sekitar yang berkesan adalah
melalui penerapan nilai-nilai murni alam sekitar. Pemuliharaan alam sekitar adalah
tanggungjawab bersama setiap manusia yang diamanahkan untuk memelihara alam ini,
mencegah pencemaran, mengindahkan dan menjaga kebersihan persekitaran. Penubuhan
Persatuan Pencinta Alam Sekitar (PAS) Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau merupakan satu
aset yang bernilai kepada sekolah untuk meningkatkan prestasi pelajar seterusnya
menaikkan nama baik sekolah melalui setiap aktiviti yang akan disertai.

Kualiti pelaksanaan sesebuah program alam sekitar amat bergantung


kepada kesedaran dan minat guru secara individu. Guru sepatutnya menggunakan segala
peluang yang ada untuk menyemai, memupuk dan melestarikan pendidikan alam sekitar
melalui aktiviti di sekolah sama ada di dalam atau di luar bilik darjah contohnya program-
program yang telah diaturkan di atas. Dalam hal ini, komitmen guru adalah sangat penting
dalam menjayakan program-program tersebut seterusnya menyelamatkan bumi kita

Diharapkan penubuhan persatuan ini akan memberi peluang untuk para pelajar
mengenali dengan lebih dekat lagi keindahan alam sekitar. Di samping semangat menjaga
alam sekitar akan dapat dipupuk dalam kalangan pelajar amnya dengan warga sekolah
khasnya. Semoga cadangan penubuhan persatuan ini diluluskan oleh pihak sekolah dan
akan terlaksana dengan jayanya.

10
13.0 PENGESAHAN KERTAS KERJA

Disediakan oleh,

..

(PUAN NURAIN NATUL NADHIRAH BT TARMIZI)

Setiausaha,

Penubuhan Persatuan Pencinta Alam Sekitar,

Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau.

Disemak oleh,

..

(ENCIK SAFIUDIN BIN KAMIL)

Pengerusi,

Persatuan Pencinta Alam Sekitar,

Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau

Disokong oleh,

..

(PUAN SUZIANA BT AZMAN)

Guru penasihat,

Persatuan Pencinta Alam Sekitar,

Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau.

11
Diluluskan oleh,

(TUAN HAJI ALI BIN MAHFOZ)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau.

Ulasan :

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
___________________________________________________________________

12
14.1 Borang permohonan keahlian

PERSATUAN PENCINTA ALAM SEKITAR (PAS)

Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau, 26500 Maran, Pahang

e-mail : pas.skbt@gmail.com

NAMA :___________________________________________________________________

NO SIJIL LAHIR :____________ TEMPAT LAHIR


:_________________________________

ALAMAT RUMAH :__________________________________________________________

NAMA BAPA :______________________________________________________________

NAMA IBU
:________________________________________________________________

NO TELEFON BAPA :_________________NO TELEFON IBU


:_______________________

TANDATANGAN PEMOHON :____________TANDATANGA BAPA/IBU :_______________

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT

LULUS/TIDAK LULUS :_________________TARIKH DILULUSKAN :__________________

NO. KEAHLIAN :________________

_______________________________ _______________________________

Tandatangan Pengerusi Tandatangan Setiausaha

Persatuan Pencinta Alam Sekitar Persatuan Pencinta Alam Sekitar

Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau

13
14.2 Logo persatuan

Daun kehijauan melambangkan

tumbuhan hijau yang tumbuh dengan baik

Nama persatuan

Warna hitam
melambangkan
Putih melambangkan keberanian

kebersihan

Pokok melambangkan alam sekitar

14.3 Moto Persatuan

SELAMAT, SIHAT, SEJAHTERA

(3S)

14
14.4 Peraturan Persatuan Pencinta Alam Sekitar (PAS)

Peraturan Persatuan Pencinta Alam Sekitar (PAS)

i. Menepati masa.

ii. Menghadiri perjumpaan.

iii. Menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan

sepanjang tahun.

iv. Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut

dikehandaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong

markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil

sekiranya gagal berbuat demikian.

v. Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.

vi. Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua

ahli.

15
14.5 Senarai Nama Ahli

Senarai nama ahli sementara 16 orang

BIL NAMA NO K/P

1. ALIA HUSNA BINTI FUZIL 991204-05-4362

2. SAHIRAH BINTI DAUD 990213-05-4567

3. ADIBAH BINTI NOOR 990202-11-6574

4. HALIZA BINTI MOHD HELMI 990102-11-5674

5. SUHAILA BINTI OMAR 990210-09-6112

6. HAZIQAH BINTI MUHD RAZAK 990917-10-1232

7. KHALISAH BINTI ARIFIN 991105-06-3492

8. NURUL JANNAH BINTI ALIAS 991103-01-2354

9. MILAH BINTI AWANG TOK 990106-02-6785

10. WATIMAH BINTI HALEEM 990321-01-5396

11. AININA BINTI WAFIY 990712-11-5409

12. SYAZWAN BIN MOHD RAFIE 991013-11-5694

13. AZHAR BIN MOHAMAD 991123-01-7896

14. KHAIRUL ALIF BINTI NAZRI 990203-11-6543

15. ADAM BIN MUHAMMAD FAZLI 990621-03-5342

16. ZAQUAN BIN ALIAS 990422--05-4576

16
14.6 Surat Permohonan Penubuhan Persatuan

Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau, Rujukan Tuan : SMKRTU/07/P/2017(1)


26500, Maran Rujukan Kami : JEA1048/PKS/05/2017(5)
Pahang. Tarikh : 18 Februari 2017

Nurain Natul Nadhirah Bt Tarmizi,


Setiausaha Jawatankuasa Persatuan Pencinta Alam Sekitar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau,
26500,
Maran, Pahang.

Melalui:

Guru Penasihat/Pemimpin Jawatankuasa Persatuan Pencinta Alam Sekitar.

Tuan,

Permohonan Menubuhkan Persatuan Pencinta Alam Sekitar (PAS).

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk berasaskan surat tuan SMKRTU/07/P/2017(1)


bertarikh 18 Februari 2017.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Penubuhan Persatuan Pencinta Alam Sekitar


Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau telah diadakan pada 13 Februari 2017 jam 9.00 pagi di
Dewan Mesyuarat Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau. Mesyuarat telah memutus dan
mengesahkan dengan sebulat suara Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan,
Senarai Aktiviti Utama, dan Senarai Ahli Jawatankuasa yang akan melaksanakan tugas
masing-masing sehinggalah ke tarikh Mesyuarat Agung yang pertama yang akan diadakan
secepat mungkin.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Persatuan Pencinta Alam Sekolah
Kebangsaan Bukit Tajau dengan penuh harapan memohon sudilah kiranya tuan mengesahkan
penubuhan Persatuan Pencinta Alam Sekitar Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau ini dan
mendaftarkannya sebagai sebuah persatuan di sekolah dalam bidang kokurikulum di sekolah

17
ini berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998
seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A):
P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama ini disertakan Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persatuan, Senarai


Ahli Jawatankuasa dan Senarai Aktiviti Utama.

5. Jasa baik tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

.................................

(PUAN NURAIN NATUL NADHIRAH BT TARMIZI)


Setiausaha Jawatankuasa Pencinta Alam Sekitar,
Sekolah Kebangsaan Bukit Tajau,
26500,
Maran, Pahang.

18
14.7 Skop Tugas Jawatankuasa Pelaksana

BIL JAWATAN TUGAS


1 Pengerusi
i. Memastikan segala proses persatuan berjalan
dengan lancar.
ii. Mempengerusikan setiap mesyuarat yang
diadakan.
iii. Bertanggunjawab atas segala perkembangan
persatuan.
iv. Menjalankan tugas-tugas khas yang diarahkan
oleh guru.
v. Melaporkan perkembangan persatuan dari
semasa ke semasa.
vi. Menerima laporan dari ahli jawatankuasa.
vii. Memastikal pesatuan dapat dijalankan dengan
jayanya.

2 Naib Pengerusi
i. Mempengerusikan setiap mesyuarat jika
pengerusi tiada.
ii. Bertanggunjawab atas segala perkembangan
persiapan persatuan.
iii. Menjalankan tugas yang diberikan oleh guru.
iv. Memantau jawatankuasa.

3 Setiausaha i. Bertanggungjawab kepada pengarah dalam


bidang pengurusan dan pentadbiran.
ii. Mengumpul semua maklumat seperti
merekodkan semua fail-fail untuk rujukan.
iii. Bertanggungjawab untuk hadir setiap
mesyuarat dalam perlaksanaan program.
iv. Menguruskan urusan surat menyurat kepada
pihak yang berkenaan.
v. Memanggil ahli jawatan kuasa untuk
bermesyuarat.

19
4 Bendahari
i. Bertanggungjawab kepada pengarah dalam
bidang pengurusan pentadbiran kewangan.
ii. Menyedia dan menyimpan buku akaun untuk
kejohanan.
iii. Menerima dan menyimpan cek-cek dan wang
tunai milik kejohanan.
iv. Menyimpan semua resit-resit, baucar-baucar,
buku rekod wang keluar masuk dan lain-lain
yang berkaitan dengan pengurusan kewangan.
v. Menjaga dan menguruskan harta benda bagi
kejohanan dengan baik.

5 Jawatankuasa peralatan
i. Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
ii. Menyediakan alatan dan membantu jawatan
kuasa pertandingan
iii. memeriksa alatan dan memastikan mengikut
spesifikasi.
iv. Menyediakan tempat pertandingan padang dan
gelanggang.
v. Menempah tempat pertandingan.
vi. Menyediakan segala keperluan berkaitan
teknikal bagi melicinkan perlaksanaan
program.
6 Jawatankuasa teknik i. Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
pertandingan dan pengadilan ii. Memastikan keadaan padang dalam bentuk
yang sempurna lengkap dan sedia untuk
digunakan.
iii. Memberi taklimat kepada para pembantu
pertandingan, peralatan dan kemudahan.
iv. Mengedar serta mendapat borang penyertaan
dari pasukan-pasukan yang bertanding.
v. Mengadakan undian bagi lorong atau acara
yang bertanding.
vi. Meneliti syarat penyertaan serta memberi
pengesahan penyertaan bagi pasukan-
pasukan yang bertanding.
7 Jawatankuasa buku program i. Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
ii. Mereka bentuk kulit luar buku program.
iii. Mendapatkan bahan dan perkara yang perlu di
masukkan atau di muatkan dalam buku
program daripada ahli jawatan kuasa kecil lain.
iv. Mencadangkan harga-harga iklan serta
bekerjasama dengan jawatan kuasa promosi
untuk mendapat iklan-iklan untuk di muatkan di
dalam buku program.

20
8 Jawatankuasa protocol dan
i. Membentuk satu jawatan kuasa kecil.
sambutan
ii. Memastikan para peserta telah bersedia lebih
awal ketika acara perasmian atau penutup.
iii. Menyenaraikan atau menentukan tetamu
jemputan atau VIP yang akan hadir.
iv. Menyediakan roset untuk jemputan yang
bersesuaian.
v. Menyediakan dan menentukan jadual latihan
bagi upacara pembukaan dan upacara penutup
9 Jawatankuasa kebersihan i. Memastikan keadaan padang yang akan
digunakan dalam keadaan bersih sebelum,
semasa dan sesudah kejohanan.
ii. Menghubungi pihak berkenaan untuk
peminjaman alat yang di perlukan.
iii. Menghubungi pihak berkenaan untuk
perkhidmatan memungut sampah.
10 Jawatankuasa keselamatan i. Memastikan keselamatan peserta terjaga
sepanjang program dijalankan
ii. Memastikan tempat pertandingan selamat dan
tidak mendatangkan bahaya
iii. Bekerjasama dengan pihak keselamatan untuk
menjaga keselamatan tempat pertandingan.

21

You might also like