You are on page 1of 5

2.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Moral

2.1 Pendekatan Analisis Nilai


Pelopor utama kepada kaedah ini ialah L. Metcalf, D. Oliver dan J. P. Shavers (1971). Kaedah
ini merupakan satu cara bagaimana isu-isu awam boleh dibincangkan secara jelas dan teratur
apabila klasifikasi-klasifikasi nilai dilakukan. Metcalf mencadangkan supaya dibuat perbezaan
di antara nilai-nilai objek dengan nilai pandangan. Nilai-nilai objek boleh didefinisikan sebagai
perkara yang bernilai yang dipegang oleh seseorang, manakala nilai pandangan pula adalah
satu standard dimana seseorang menilai sesuatu perkara. Metcalf mengatakan bahawa nilai-
nilai pandangan merupakan:

(a) penilaian seseorang terhadap sesuatu;


(b) dilahirkan samada dalam bentuk positif, negatif atau neutral; dan
(c) boleh dikelompokkan mengikut sudut-sudut pandangan seperti aestatik, moral, ekonomi,
kebijaksanaan dan lain-lain.

Pendekatan ini merupakan satu cara bagaimana isu-isu semasa dapat dikaji secara jelas dan
teratur serta dapat dibincangkan secara logik apabila klasifikasi nilai dilakukan. Ia memerlukan
pelajar mengumpul dan menimbangkan fakta-fakta yang relevan sebelum membuat sesuatu
keputusan. Menurut pendekatan ini, nilai boleh diklasifikasikan kepada dua, iaitu nilai objek dan
pertimbangan nilai. Nilai objek ialah sesuatu yang dianggap penting untuk dinilai. Sementara
pertimbangan nilai pula ialah penilaian seseorang terhadap sesuatu yang boleh dikelompokkan
dalam bentuk positif, negatif, neutral atau dikelompokkan sebagai nilai estetika, moral,
ekonomi,budaya, sosial dan perundangan. Dengan menggunakan pendekatan ini dalam
pengajaran pendidikan moral, guru boleh:

(a) mengajar pelajar memberi markat kepada sesuatu nilai objek.


(b) membantu setiap pelajar memberi pertimbangan yang rasional dan dapat digunakan untuk
mempertahankan sesuatu nilai objek.
(c) menyediakan pelajar dengan keupayaan dan kecenderungan untuk membuat pertimbangan
nilai yang rasonal dan boleh dipertahankan.
(d) mengajar pelajar bagaimana untuk berperanan sebagai ahli kumpulan yang boleh
bekerjasama untuk mencapai sesuatu keputusan demi kebaikan bersama.

Bagi membolehkan seseorang itu memainkan peranannya, model ini mensyaratkan tiga
kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar, iaitu:
(a) Kemahiran dalam rangkai kerja nilai, dimana untuk membolehkan seseorang membuat
penghakiman, asas kemahirannya ialah mengetahui dan memahami nilai-nilai kunci yang
menjadi dasar kepada sistem etika masyarakat tersebut.

(b) Kemahiran membuat klasifikasi dan menyelesaikan masalah. Pada kebiasaannya, masalah
atau isu timbul daripada adanya kontroversi atau konflik di antara dua atau lebih nilai.Namun,
jika dibuat penelitian yang mendalam, konflik itu sebenarnya bukan bersangkutan dengan
persoalan-persoalan asas yang ada dalam nilai-nilai kunci masyarakat itu. Oleh itu,
bilaseseorang cuba menyelesaikan satu-satu konflik, dia haruslah mahir dalam membuat
klasifikasi isu.

1
(c) Kemahiran yang berhubung dengan pemilikan ilmu pengetahuan tentang isu-isu masyarakat
dan politik semasa. Untuk mendapatkan kemahiran ini, para pelajar haruslah mendedahkan diri
mereka kepada satu spektrum yang luas berhubung dengan masalah-masalah semasa dalam
aspek-aspek politik, ekonomi dan sosial yang sedang dihadapi oleh masyarakatnya melalui
pelbagai cara, seperti pembacaan, seminar, perbincangan dan sebagainya.

Pendekatan analisis nilai boleh dilaksanakan dengan menggunakan langkah-langkah


berikut:
(a) memilih isu moral yang ingin dianalisis.
(b) menjelaskan maksud yang tersurat dan tersirat di dalam isu.
(c) mengenalpasti dan membezakan antara nilai objek dan pertimbangan nilai yang terdapat
dalam isu moral.
(d) memberi markat kepada nilai objek.
(e) menggunakan pertimbangan nilai untuk menganalisis nilai objek samada positif, negatif,
neutral atau tergolong dalam kelompok seperti estetika, pertimbangan moral dan akonomi.
(f) menguji pertimbangan nilai dengan sokongan fakta-fakta yang relevan dan hujahhujah yang
meyakinkan.
(g) menguji pertimbangan nilai kendiri dengan:
(i) mengambilkira pertimbangan orang lain;
(ii) situasi yang berbeza;
(iii) mengumpul maklumat baru untuk meyakinkan atau mengubah pendiriannya;
atau
(iv) meletakkan dirinya dalam situasi sebenar.
(h) membuat keputusan yang objektif setelah menimbangkan segala langkah di atas.

Pendekatan ini amat sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah kerana ia boleh
menghidupkan suasana pembelajaran moral di kalangan pelajar melalui penglibatan aktif dalam
proses menganalisis nilai. Pendekatan ini boleh dirancang dalam bentuk projek dan
dilaksanakan secara berterusan sepanjang tahun atau dalam beberapa siri pembelajaran.
Namun begitu, pendekatan ini kurang mementingkan aspek emosi pelajar tentang isu moral
yang dianalisis. Oleh itu guru disarankan agar menggabungjalinkan pendekatan ini dengan
pendekatan bertimbangrasa.

2.3 Kepedulian (caring)

2.4 Pembinaan rasional


Pendekatan ini dipelopori oleh Shaver dan Strong (1976) yang memberi penekanan kepada
proses penaakulan dan kemahiran membuat analisis terhadap nilai-nilai yang diperlukan oleh
seseorang warganegara dalam masyarakat demokrasi. Kerangka teori pendekatan ini
mengandungi tiga bahagian iaitu:
(a) Tanggapan tentang maksud nilai
Nilai boleh dianggap sebagai suatu konsep, berdimensi dan tidak semestinya dinyatakan
secara ekspilisit. Nilai digunakan untuk membuat justifikasi terhadap sesuatu pertimbangan.
Oleh kerana itu konflik antara nilai tidak dapat dielakkan. Adalah penting bagi pelajar mengkaji
makna nilai dan fungsi pegangan nilai seseorang. Dengan berbuat demikian seseorang itu
bukan sahaja menguji pegangan nilainya sendiri tetapi juga mengaitkannya dengan pegangan
nilai orang lain.

(b) Tanggapan tentang maksud demokrasi

2
Fahaman tentang demokrasi perlu dikaitkan dengan prinsip kemuliaan diri yang bermaksud
bahawa setiap individu mempunyai harga diri dan peranan masingmasing dalam masyarakat.
Ini bererti setiap individu adalah makhluk berakal dan mempunyai kebolehan membuat pilihan
yang rasional dan munasabah. Dengan itu guru dan pelajar perlu memahami dimensi nilai
dalam masyarakat demokrasi seperti kebebasan, keadilan, toleransi, perpaduan dan semangat
bermasyarakat.
(c) Tanggapan tentang pendidikan moral dalam masyarakat demokrasi
Dalam masyarakat demokrasi, pendidikan moral seharusnya berfokus kepada penggunaan
penaakulan dan hak-hak seseorang individu membuat sesuatu pilihan secara bebas dan
berautonomi.

Pendekatan ini dapat dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:


(i) mengenal pasti jenis-jenis nilai, menjelskannya dan mencari perhubungan antara nilai
tersebut;
(ii) membentuk pernyataan di mana pelajar akan mengaitkan pegangan nilai kendiri dengan
nilai-nilai yang lebih umum dan yang diterima oleh masyarakat demokrasi;
(iii) menganalisis nilai di mana pelajar menimbangkan kesan dan akibat yang mungkin berlaku
ke atas keputusan moral yang diambil;
(iv) membuat justifikasi kepada keputusan moral yang diambil dengan menyatakan kriteria dan
keutamaan serta membandingkan dengan pegangan nilai orang lain; dan
(v) mengembangkan komitmen emosi moral pelajar supaya dapat hidup lebih harmonis dalam
masyarakat demokrasi.

Teknik yang dicadangkan bagi pendekatan ini adalah seperti berikut:


(a) perbahasan
(b) pidato
(c) forum
(d) projek
(e) perbincangan

Pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar membina kemahiran berfikir secara rasional.
Selain daripada itu ia juga dapat mengembangkan komitmen emosi moral supaya dapat
menerima amalan hidup masyarakat demokrasi. Oleh kerana konsep dan nilai demokrasi yang
dikemukakan merujuk kepada sistem demokrasi di Amerika Syarikat, guru harus
menyesuaikankonsep dan nilai demokrasi tersebut mengikut amalan sistem demokrasi di
Malaysia.

3
2.2 Bertimbang rasa

D. P. Superka (1976) menyatakan bahawa kaedah pemupukan nilai dalam pendidikan


moral adalah bertujuan untuk mempengaruhi atau menanamkan ke dalam diri pelajar
beberapa nilai tertentu yang dikehendaki; yang mana nilai-nilai itu pula dipandang
sebagai standard atau peraturan-peraturan tingkahlaku yang berpunca daripada
budaya atau masyarakat. Oleh itu, proses dalam mana nilai-nilai itu diperolehi telah
dihubungkan dengan diri seseorang, kumpulan atau masyarakat. Sebagai satu
kaedahdalam pengajaran nilai, pendekatan ini mempunyai rasional yang teguh, telah
terbukti keberkesanannya dan amat popular di tahun-tahun 1920-an. H. Lasswell
91976) mengelarkan kaedah ini sebagai bag of virtue approach, iaitu satu kaedah
yang digunakan dalam pendidikan tingkahlaku yang mengajar pola-pola perlakuan yang
positif bagi amalan seseorang. McPhail dan rakan-rakannya (1973) telah menyatakan
bahawa bagi membantu pelajar sekolah menengah bersikap prihatin terhadap orang
lain, mereka perlu belajar membuat pilihan supaya tindakkannya tidak menyinggung
perasaan orang lain. Dalam pendekatan ini, sikap prihatin merujuk kepada tiga perkara
berikut:-
(a) bertimbang rasa dan peka kepada keperluan, perasaan serta kepentingan kendiri
dan orang lain;
(b) belajar memahami pendapat-pendapat yang berbeza dan bersifat empati; dan
(c) belajar menyesuaikan diri dengan orang lain.

Proses membuat pilihan pula mengandungi tiga unsur berikut:


(a) mengenal pasti pilihan;
(b) menimbang kesan-kesan pilihan; dan
(c) membuat keputusan yang bersesuaian sengan apa yang dihargai oleh diri sendiri
dan orang lain.

Pendekatan ini memberi fokus kepada konsep bertimbang rasa yang dikatakan
menjangkau konsep membuat pertimbangan seperti yang terdapat dalam pendekatan
lain yang hanya tertumpu kepada menganalisis peraturan dan moral.

Projek ini telah menghasilkan tiga set bahan pengajaran yang dilaksanakan secara
berurutan.
(a)In other peoples shoes
Bahan ini menyentuh situasi yang melibatkan hubungan biasa antara induividu dengan
individu. Dalam mengkaji isu ini pelajar perlu menentukan:
(i) apa yang perlu dilakukan;
(ii) menimbang apa yang kesan dan akibat tindakannya,
(iii) memahami pandangan orang lain tentang konflik. Contoh konflik dalam situasi
adalah isu jantina, umur, bangsa, budaya dan politik.

4
(b) Proving the rule
Melalui bahan ini pelajar dirangsang untuk mengenal pasti peraturan, harapan dan
tekanan supaya mereka dapat belajar menyesuai diri dengan keadaan tersebut sesuai
dengan pegangan nilai mereka. Situasi yang dikemukakan adalah mengenai hubungan
seseorang individu dengan orang lain, di rumah, sekolah dan kawasan sejiran serta
konflik-konflik yang wujud dari hubungan tersebut.

(c) What would you have done


Bahan ini merupakan hasil kajian kes yang dijalankan tentang beberapa masalah
budaya di seluruh dunia yang berlaku sekitar abad 20. Situasi yang dikemukan lebih
kompleks dan berkait dengan beberapa tanggungjawab, konflik ras, bencana, sikap
penyayang dan masalah dadah.

Pendekatan ini boleh dilaksanakan mengikut langkah-langkah berikut:


(i) mengemukakan situasi moral sama ada dalam konteks perhubungan peribadi,
kepentingan kumpulan, autoriti atau isu-isu semasa.
(ii) mencari alternatif tindakan untuk menyelesaikan masalah dalam situasi dengan
menggunakan fakta-fakta dan penaakulan.
(iii) mentafsirkan kesan alternatif tindakan ke atas diri sendiri dan orang lain.
(iv) membuat keputusan setelah mempertimbangkan kesan ke atas diri sendiri dan
orang lain dengan memberi keutamaan kepada keperluan, perasaan serta kepentingan
orang lain.

Teknik yang dicadangkan bagi pendekatan ini adalah seperti berikut:


(a) simulasi;
(b) perbahasan;
(c) perbincangan;
(d) projek;
(e) kajian kes;
(f) temuramah;
(g) main peranan; dan
(h) drama.

Pendekatan bertimbang rasa menggalakkan seseorang melakukan pemerhatian dan


memahami semua isyarat komunikasi, lisan dan bukan lisan, ke arah meyedari
keperluan, perasaan dan kepentingan orang lain. Pendekatan ini juga dapat memupuk
sikap amalan hidup bertimbang rasa di kalangan pelajar dalam kehidupan seharian.
Dalam mengendalikan pendekatan ini guru seharusnya memilih situasi moral yang
dapat mencetuskan tindakbalas emosi pelajar. Walaupun pendekatan ini mengambilkira
penggunaan pertimbangan dalam membuat sesuatu keputusan moral, ia lebih memberi
tumpuan kepada emosi pelajar. Oleh itu guru disaran menggabungjalinkan
pendekatanini dengan pendekatan yang lebih berbentuk kognitif.

You might also like