You are on page 1of 1

Rujukan kami : SKTRJ.

700-5/6 ( 4)
24 julai 2017

Prof. Madya Dr Rozita Abdul Latif


Ketua Pusat Pengajian
Fakulti Sukan dan Rekreasi
UiTM Cawangan Negeri Sembilan
Kampus Seremban

Y Bhg Prof. Madya,

PERMOHONAN MENDAPATKAN BANTUAN SUKARELAWAN MEDICAL COVER UNTUK HARI


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN DAN JOGATHON SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RASAH JAYA,
SEREMBAN KALI KE 20/2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya akan mengadakan satu hari
Kejohanan Sukan Tahunan dan Jogathon berdasarkan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 30 Julai 2017 (Ahad)


Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Lokasi : Padang Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya

Kejohanan ini akan disertai seramai 700 pelajar dan 59 guru sekolah kami.

Sehubungan dengan itu, saya memohon bantuan pihak puan agar dapat menyalurkan beberapa orang
sukarelawan di kalangan pelajar atau staf puan daripada Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi yang boleh
memberikan perkhidmatan Medical Cover bagi pelajar-pelajar sekolah kami yang terlibat di dalam
pelbagai acara sukan pada hari tersebut memandangkan institusi puan mempunyai kepakaran
berkenaan.

Jasa baik dan pertimbangan pihak puan berhubung perkara di atas amatlah dihargai dan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(Hajjah Noor Azikin binti Hussein)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya

You might also like