You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA RBT & TMK 1/2015

SK Kundor, Pedas

Tarikh

8 Januari 2015

Jam

1:20 petang

Tempat

Bilik Guru.

Kehadiran :
1. En Muhammad Ihsan Che Mat
2. En Mohd Rosli Udin
3. En Khairul Anuar Mohd Shah
4. Puan Sarimah Daud (GPK1)

1: UCAPAN ALU-ALUAN GPK1


1.1.
1.2.

GPK1 mengalu-alukan kehadiran guru.


Beliau berharap semua guru telah bersedia untuk memberikan sepenuh komitmen
terhadap perancangan dan pengurusan yang telah dirancang dan disusun oleh panitia

1.3.

KH/RBT dan TMK untuk tahun ini.


Tambahan lagi, pada tahun ini TMK dan RBT baru sahaja diperkenalkan berdasarkan

1.4.

KSSR yang merupakan dasar kerajaan dalam sistem pendidikan.


Melalui kurikulum yang baru, amatlah diharapkan guru-guru yang terlibat dengan PdP
TMK dan RBT dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya agar murid-murid
mencapai tahap penguasaan yang telah ditetapkan.

2.0

Kata Aluan Ketua Panitia


2.1

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru guru yang menghadiri mesyuarat


RBT dan TMK pada hari ini.

2.2

Pengerusi mengharapkan agar semua guru dapat memberi kerjasama dan


komitmen yang tinggi dalam menjayakan aktiviti-aktiviti RBT dan TMK yang

dirancang sepanjang tahun 2015.

3.0

Pelantikan AJK
3.1

4.0

Senarai pelantikan AJK RBT dan TMK 2015 adalah seperti berikut:
Pengerusi

Tuan Haji Nordin Bharom

Naib Pengerusi

Puan Hajjah Sarimah Daud

Ketua Panitia

Encik Muhammad Ihsan Che Mat

Setiausaha

Encik Mohd Rosli Udin

Ahli

1. En Khairol Anuar Mohd Shah

Rancangan Tahunan dan Rancangan Harian.


4.1

Pengerusi mengingatkan guru-guru bahawa format penyediaan Rancangan


Tahunan dan Rancangan Harian adalah mengikut format yang telah ditetapkan
oleh pihak Kementerian Pelajaran .

4.2

Lampiran tentang format Rancangan Harian ada disediakan.


Tindakan : Semua Guru RBT dan TMK

5.0

Perancangan Aktiviti 2015


5.1

Perancangan untuk aktiviti tahun 2014 yang telah dipersetujui adalah seperti
berikut:
1. Pertandingan membuat power point atau movie maker berdasarkan tajuk
yang terdapat dalam sukatan pelajaran TMK.
2. Pertandingan membuat barang kitar semula daripada bahan-bahan terbuang
berdasarkan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran.
3. Projek membuat tanaman bunga.

Tindakan : Semua Guru RBT dan TMK

6.0

Bentuk Penilaian dan Soalan Peperiksaan RBT/KH dan TMK


6.1

Bentuk penilaian adalah dengan mengadakan pentaksiran seperti mana yang


telah dinyatakan semasa guru mengikuti kursus KSSR RBT dan TMK pada
tahun 2014.

6.2

Soalan peperiksaan hendaklah disediakan mengikut contoh yang terdapat


dalam buku DSKP RBT dan TMK.

6.3

Soalan perlulah diubah dan tidak diambil terus dari buku.

6.4

Jenis tulisan yang digunakan ialah Times New Roman dan bersaiz 12.

6.5

Draf kertas soalan hendaklah diserahkan kepada Ketua Panitia untuk disemak
sebelum cetakan dibuat.

6.6

Sesalinan kertas soalan perlu diserah kepada Ketua Panitia untuk disimpan
dalam Fail Bank Soalan.
Tindakan : Semua Guru RBT dan TMK

7.0

Hal hal lain


7.1

Sudut RBT dan TMK akan diadakan dan meminta kerjasama guru untuk
menceriakan sudut tersebut dengan maklumat yang berguna.

7.2

Borang maklumat guru akan diedarkan kepada semua guru RBT dan TMK untuk
dilengkapkan

7.3

Guru RBT/KH dan TMK dikehendaki menghantar sesalinan jadual waktu


mengajar kepada Ketua Panitia sebagai simpanan dan rujukan.
Tindakan: Semua Guru RBT/KH dan TMK

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh :
(En Mohd Rosli Udin)
Setiausaha

Disahkan oleh
( EN Muhammad Ihsan Che Mat)
Ketua Panitia

You might also like