You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN MANTIN


71700 MANTIN
Tel: 06 758 1264. Fax: 06 758 1264
1 MALAYSIA; RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Ruj.Kami

: NBE 4136 / PIBG / 2 ( 6 )

Tarikh

: 11 APRIL 2016

Kepada,
Ibu / Bapa / Penjaga
Murid-murid Tahun 6 SK Mantin

Tuan/Puan,

BAYARAN DANA TAHUN 6 (2016)


Merujuk kepada Mesyuarat Agung kali ke-43 pada 29 Januari 2016 yang lalu, majlis telah sebulat suara untuk
mengutip sumbangan bagi dana Tahun 6 sebanyak RM160.00 (RINGGIT MALAYSIA SATU RATUS ENAM PULUH
RINGGIT) bagi seorang murid.
2.
Namun demikian, setelah surat makluman bertarikh 17 Februari 2016 diedarkan kepada semua ibu
bapa/penjaga, masih terdapat ramai lagi yang belum memberi sumbangan kepada dana tersebut.
3.
Sehubungan dengan itu, pihak sekolah bersetuju untuk memberi kelonggaran kepada semua ibu
bapa/penjaga untuk membuat sumbangan tersebut. Sumbangan tersebut boleh dijelaskan kepada TIGA peringkat
seperti butiran berikut :
TARIKH

BAYARAN

10 APRIL 2016

RM 50.00

10 JUN 2016

RM 60.00

10 JULAI 2016

RM 50.00

4.
Sumbangan ibu bapa/penjaga kepada dana ini sangat penting bagi pihak sekolah, untuk menjalankan
program-program yang telah dirancang selain dari menyediakan bahan-bahan untuk persedian murid-murid tahun 6
menduduki UPSR. Kegagalan tuan/puan untuk membuat sumbangan kepada dana ini, akan menyukarkan pihak
sekolah untuk membantu anak tuan/puan dalam menyertai segala program yang telah direncanakan.
Oleh itu, kami merayu tuan/puan untuk memberi kerjasama dan menjelaskan sumbangan dana ini sebelum
berakhirnya sesi persekolahan 2016. Sumbangan ini tidak digunakan untuk tujuan lain kecuali untuk kejayaan anak
tuan/puan. Insya Allah, setiap pengorbanan tuan/puan baik dari segi wang-ringgit mahupun masa dan tenaga, pasti
akan ada balasan dariNya. Kerjasama dan keprihatinan daripada tuan/puan amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menurut perintah,

_______________________
( ADHA FIKRIS B MOKHTAR )
Pengerusi PIBG,
Sekolah Kebangsaan Mantin
Sesi 2016 / 2018

You might also like