You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTEH,

21610 MERCHANG, MARANG


TERENGGANU
skpasirputeh@yahoo.com

Ibubapa/penjaga,
Murid-murid penerima KWAPM
Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh

TEL

: 09-8454032
Email :

Ruj.Kami:
Tarikh
: 22 OGOS 2016

Tuan/Puan,
PENERIMA BANTUAN E-KASIH-KWAMP
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.
Sehubungan itu dimaklumkan bahawa anak tuan/puan _________________________________
dari kelas _______________ telah layak menerima bantuan e-Kasih dalam Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun ini.

3.
Sehubungan dengan itu, anak tuan/puan perlu menghantar buku bank mulai sekarang untuk
dimasukkan wang tersebut ke dalam akaun anak tuan/puan. Oleh itu diharapkan pihak tuan/puan dapat
menghantar buku bank dari AGRO BANK atas nama anak tuan/puan dengan kadar segera sebelum atau
pada 25 OGOS 2016 (Khamis).
4.
Sekiranya anak tuan/puan tiada buku bank, tuan/puan perlu membuat buku baharu dari AGRO
BANK dan menghantar buku bank tersebut ke sekolah. Sekiranya terdapat masalah, sila hubungi pihak
sekolah. Andainya selepas tempoh tarikh tersebut tiada tindakan dari pihak tuan/puan, pihak kami
beranggapan bahawa pihak tuan puan tidak mahu menerima bantuan dan wang tersebut akan dipulangkan
kepada pihak perbendaharaan.
5. Sekian sahaja untuk makluman pihak tuan/puan. Semoga dengan kerjasama tuan/puan dapat
melancarkan lagi proses penyerahan bantuan KWAPM. Kerjasama daripada tuan puan didahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(ZAKARIA BIN OTHMAN)


Guru Besar
SK Pasir Puteh
S.k

: 1) Fail HEM
: 2) Fail KWAPM

: 3) Fail Sekolah

You might also like