You are on page 1of 4

BAGAIMANA MAHU BUAT RAYUAN PERGI

HAJI?
Untuk permohonan rayuan haji, sila
kemukakan surat rayuan dalam format surat
rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Isi kandungan surat rayuan:
Nama penuh
Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad
Tujuan rayuan
Tandatangan

Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen


berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan
tersebut.
Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1437H.
Rogayah binti Mokhtar
Lot 1234, Jalan Sinar
Kampung Harapan
84000 Muar
Johor
18 Disember 2015
Kepada,
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Tuan/Puan,
RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT
MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM
1437H/2016M
NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR
KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678
__________________________________________________
___________________________
Perkara di atas adalah dirujuk.
Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang
ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat
menawarkan tempat kepada saya untuk
menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2016
Masihi.
Saya memohon dipercepatkan kerana usia
yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5
kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam
senarai menunggu. Simpanan saya juga telah
mencukupi untuk menunaikan haji dalam
waktu terdekat ini.
Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan
rayuan saya yang tersebut di atas.
Sekian, terima kasih.
Yang Mengharap,
(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)
No K/P: 450101-01-0400
Surat rasmi rayuan tersebut boleh dihantar ke
Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:
e-mel th-info@lth.gov.my,
faks 03-77284959, atau
iii. menghantar surat rayuan haji ke cawangan
TH berhampiran.
Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut,
sila hubungi Tabung Haji Contact Center
(THCC) di talian 03-62071919 THCC

You might also like